Kerana Dia Imaen



Dalam arena penulisan terutama penulisan novel… seringkali kelibat kaum Adam kabur. Lebih tepat rasanya, kaum lelaki dikaburkan oleh kehebatan penulisan kaum wanita. Susah nak mencari penulis lelaki yang kena dengan selera saya. Tambahan, memang bilangan mereka ini jarang. Oh!

Tapi ada seorang penulis, dalam keramaian… yang saya cukup minati karyanya. Siapa? Dialah Imaen. Abang Imaen yang saya kenal di dalam tulisan, dan juga di luar tulisannya, sama-sama mengkagumkan saya!

Setakat hari ini, saya cuma baru membaca tiga buah karya beliau. Sebuah novel kompilasi- Vandetta, Blues Retro dan Seikat Kembang Merah. Dan ketiga-tiga tulisannya, bagi saya… sangat dekat dengan hati, sangat tepat dengan selera saya.

Jadi, apa kata saya tentang Vendetta?

Mudah dan ringkas- Saya menyukai cerita ini, termasuk juga aksi-aksinya.

Apa kata saya tentang Blues Retro?

Saya rasa, buku ini sangat ‘jantan’. Dan tidak teragak-agak untuk saya kata, buku begini sangat sesuai untuk lelaki muslim- bukan pondan, bukan bapuk, tetapi tegas pada tempatnya juga lembut pada keadaannya. Banyak perkara yang dirangkum di dalam novel ‘kuning’ ini. Tiada helah politik, melainkan semuanya hanyalah suatu garapan pena yang meniti dari satu huruf, menjadi satu perkataan, seterusnya satu ayat… yang pada saya, sangat mengkagumkan!

Ghazi- lelaki itu seperti ‘hidup’ dalam realiti. Dia seorang anak desa yang dhaif, tetapi kaya dengan maruah diri sendiri. Ghazi ialah seorang melayu. Lebih melayu daripada segelintir pejuang melayu. Sungguh!

Dia punya ketetapan hati- yang mana tekadnya tidak boleh diperdagang. Ghazi juga punya prinsip, yang tak juga diperjual beli. Dan Ghazi jua punya semangat, yang tidak surut.

Abang Imaen menggambarkan Ghazi sebagai lelaki yang tidak alim, tidak juga warak, tapi sederhana pada wataknya… juga sederhana pada peribadi. Pun begitu, dia bijak menilai yang mana benar dan yang mana salah, juga tidak gentar untuk memperjuangkan apa yang benar itu. Ironinya, ramai antara kita yang terlebih alim daripada Ghazi, orang miskin… juga lebih warak daripada beliau, tapi mereka kudung daripada satu nilai- keberanian untuk memperjuangkan kebenaran!

Sejujurnya, saya akan katakan betapa orang lelaki selamanya akan mulia, jika dia berani. Harus difahami betul-betul konteks berani itu! Berani kerana benar- dan tiada bentuk keberanian yang mulia, selain daripada itu.

Bagi saya, Blues Retro memang cukup bagus- tapi saya hanya mampu fokus kepada watak Ghazi sahaja. Yang lain-lain, tak banyak saya boleh ulas.

Apa kata saya tentang novel Seikat Kembang Merah?

Saya jatuh cinta dengan novel ini, bukan hanya dengan jalan cerita tetapi serba-serbi di balik 495 muka surat ini!

Watak utamanya, Gary ialah seorang yang jahat. Takrif jahat yang sahih- dia menyeluduh, minum arak, clubbing, dan lain-lain. Tetapi yang menariknya, kejahatannya hanyalah berkisar kepada Tuhan. Dosanya dia buat, hanya melibatkan dirinya sendiri. Orang lain di sekelilingnya, terselamat daripada kejahatan dirinya.

Tapi Allah beri dia hidayah. Caranya unik. Gary, satu hari… mabuk, dan sakit perut. Melilau juga dia mencari tandas dan akhirnya, hanya satu tandas yang ada- tandas surau! Lalu dia pun melepaskan hajat di tandas surau itu.

Selasai, dia terjumpa satu cebisan mukaddam. Satu kertas carik, yang terkoyak… berada di atas lantai. Hatinya berfikir sendiri, “Ish! Tak boleh ni. Kalau orang terpijak kertas yang ada nama Allah, macam mana…”

Lalu dia pun kutip cebisan kertas itu lalu disimpan di dalam poketnya.

Hanya satu perbuatan yang sangat minimal dan kecil. Tetapi dia telah berjaya menarik perhatian Allah. Dia telah berjaya membuatkan Allah suka kepada dia lalu Allah memberinya hidayah dengan jalan yang sangat unik. Dia terjumpa dengan Nur Tahani, seorang gadis bertudung labuh.

Secara peribadi, saya melihat watak Nur Tahani sebagai gadis yang biasa-biasa sahaja, di sebalik tudungnya yang lebar itu. Dia bukan jenis wanita yang…”Kau lelaki! Haram aku cakap dengan kau!” bukan juga jenis wanita yang… “Aku perempuan! Aku kena duduk rumah saja!”

Tidak. Nur Tahani faham konsep wassatiyyah. Konsep islam, agama yang sederhana. Tahani tak ekstrem, dan tidak juga longgar. Dia di tengah!

Gary… bila sudah jatuh suka dengan Tahani, terus saja merancang segala macam strategi dan gerak kerja untuk memikat gadis idamannya ini. Semuanya gagal- kecuali selepas dia berlakon menjadi hero. Dan tika itu, hati gadis tudung labuh tu pun cair untuk berkawan dengannya.

Seorang sahabat saya, bila sampai babak Tahani berkawan dengan Gary, dia terus tutup buku. Katanya, “Aku tak suka perempuan tudung labuh kawan dengan lelaki”. Saya hanya boleh diam tidak komen, sedangkan dalam hati saya… tercetus juga rasa, “Eleh… kau tu… ikhtilat di alam maya… dengan perempuan-perempuan, tak pula nak kecoh?”

Astaghfirullah.

Benar! Tahani, di dalam novel itu memang sentiasa diburu rasa bersalah sebab sudah beberapa kali dia berjumpa dengan Gary atas tiket sahabat. Mereka berbual dan makan-makan, di tempat yang terbuka dan aman daripada fitnah. Tapi, apa yang dia buat itu bukan semata-mata kerana ‘mahu’ tapi sebenarnya kerana dia ada agenda tersendiri- mahu dakwah Gary!

Tolong jangan jumud sangat, dengan terus-terusan meletakkan noktah kepada hubungan lelaki-wanita. Tidakkah kita tahu, bahawa hukum asal pergaulan lelaki-wanita ialah haram, kecuali ada sebab yang memerlukan mereka berhubung?

Tak tahu? Okey. Sekarang kita sudah tahu.

Dan bagi situasi Gary dan Tahani, mereka ada sebab untuk berhubung iaitu kerana Gary hanya ada dua orang sahabat sahaja- Joe dan Nina. Kedua-dua mereka ialah kaki kelab, kaki togok arak dan kaki lepak. Kehadiran Nur Tahani, tidak lain dan tidak bukan hanyalah berfungsi sebagai alkali kepada asid, dan asid kepada alkali- mahu menutralkan Gary.

Dan dia pun berjaya. Bukan dia sahaja berjaya, tapi Gary pun berjaya. Gary berjaya membuatkan Tahani suka kepada dia, dan Tahani juga berjaya mencuit hati Gary untuk bertaubat. Dan ‘pap!’ Nina pun campur tangan.

Nina ialah pengemis cinta Gary. Anak jutawan yang sanggup melepaskan segalanya, semata-mata mahukan cinta lelaki itu namun dalam hati Gary, sudah tiada ruang untuk gadis genit bernama Nina itu.

Dan situasinya bertambah buruk dengan campurtangan bapa Nina, dan seterusnya, Datuk Kazar sebagai ‘bapak penjahat’ dan adengan tembak-menembak yang real… dan macam-macam lagi!

Saya tak mahu tulis panjang sangat, nanti orang tak beli buku… tapi baca ulasan saya sahaja.

Saya cuma nak fokus kepada Gary dan Nina, dia watak hitam yang menjadi putih. Untuk seorang kaki kelab malam dan pencandu arak, bagaimana mereka mahu meninggalkan tabiat yang maha buruk itu?

Pasti, campur tangan dari langit adalah suatu yang pasti wujud!

Allah menjadikan perbuatan ‘angkat cebisan mukaddam yang ada nama Allah dari lantai’ sebagai asbab hidayah taufik kepada Gary. Sama macam Nina juga (Nina sebab CD bacaan al-Quran)

Dengan sebab itu, Allah campakkan dalam hati Gary rasa suka kepada Tahani. Dan Allah pilih Tahani untuk menjadi manusia yang mengubah kiblat Gary, dari kelab malam kepada masjid.

Kita memang tak nampak link atau kaitannya, tapi percayalah… ia benar-benar belaku. Seorang abang pernah menegur saya. Kami berborak, selepas sama-sama menunaikan solat sunat rawatib, “Kita kadang-kadang buat usaha dakwah, kita tengok… tak ada kesan apa-apa. Tapi percayalah, sebab usaha kita, orang lain akan dapat hidayah”

Kalau dalam novel saya, DYK... Ameena yang pernah menjadi teman sebilik Aisyah, sentiasa berusaha untuk mengajak Aisyah berubah. Tapi dakwahnya tak berkesan di UK kerana sampailah Aisyah balik, Aisyah tetap Aisyah yang sama. Hanya selepas beberapa bulan di Malaysia, dia disampuk oleh hidayah taufik. Maka, siapa boleh cakap usaha Ameen itu sia-sia? Yang jadi isu hanyalah lambat atau cepat, kerana yang pasti… kesannya tetap akan ada!

Hidayah ini sebenarnya ada dua bentuk. Pada mulanya, Gary hanya diberikan hidayah dholalah. Hidayah dholalah ialah hidayah yang Allah beri kepada semua, tak kira dia kafir atau beriman. Sebagai contoh, dalam isu arak. Islam kata ia haram tapi orang kafir cakap, ia aktiviti tak sihat. Zina… islam kata haram, orang kafir pula cakap tak bermoral. Buka aurat… islam kata haram, orang kafir pula kata tak sopan.

Asasnya, hidayah bentuk ini… semua orang ada. Kata kuncinya- Setiap orang dapat tahu dan membezakan antara yang baik, dengan yang buruk!

Tapi tahu sahaja tak cukup. Nak jadi orang beriman, perlu kepada hidayah yang kedua iaitu hidayah taufik. Secara mudah, hidayah taufik bererti kekuatan. Macam Gary. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia lalai. Dia tahu minum arak tu tak bagus, haram, dosa. Tapi dia tak mampu tinggal sebab Allah belum beri dia hidayah taufik.

Hidayah taufik bagi Gary, datang selepas dia jatuh cinta kepada Tahani… lalu cinta itu menjadi inspirasi dan sejambak kekuatan baginya untuk meninggalkan not-not dosa yang dia lakukan dahulu, tanpa had. Dia sedar, dan dia cukup kuat untuk melunaskan kata hati kecilnya yang tersedar.

Dan hidayah taufik ini kita perlu cari. Saya akan terangkan dalam artikel yang berasingan.

Pembaca yang tercinta sekalian… tentu pernah dengar cerita seorang pelacur yang Allah ampunkan dan masukkan dalam syurga, kerana perbuatannya memberi minum pada anjing yang kehausan, dengan kasutnya. Perbuatan itu pada kita, kecil. Sangat kecil. Tapi di sisi Allah, ia dapat menyukakan Allah. Bila Allah suka, Allah beri rahmat. Bila dapat rahmat, kita akan selamat.

Sama macam apa yang Gary buat. Dia cuma kutip cebisan mukaddam yang ada nama Allah sebab dia rasa bimbang kalau-kalau orang terpijak kalimah Allah, dan perbuatannya yang kecil itu… Allah pandang!

Kekuatan novel Seikat Kembang Merah, bagi saya… terletak pada konsep hidayah ini. Maka, saya harap sangat supaya kita tidak memandang ringan pada satu amalan yang mungkin kecil dan ringan pada pertimbangan kita kerana siapa tahu, itulah dia tempat di mana pandangan rahmat Allah berlabuh!

Dan… saya sudah jatuh cinta dengan gadis seperti Tahani, dan saya cukup gatal untuk berdoa agar Allah temukan saya dengan gadis seperti Tahani. Heh, apapun… tak salah untuk saya meminta kepada Allah begitu, bukan? :P
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

salam alaik..

Tahani ek?? insyaAllah, Allah akan hadiahkan gadis yang solehah...amin..

Balas
avatar

salam...

sy baru abes bce labyrinth. sweet.
ringkas dan sangat ironik.

Balas
avatar

as-salam

ana blum membca novel seikat kembang merah. tpi ana xsetuju bila tahani berkawan dgn gary. dunia realiti memg ade muslimat yg berdakwah berlainan jntina,tpi kbyknnya terjerumus dlm cinta 'islamik'. memanglah bagus niat tahani berdakwah kpd gary,tpi ana rasa ia bercanggah dgn kisah nabi musa dan puteri nabi syuib.

dan ana rasa lbh baik tahani cari muslimin yg bleh guide gary.itu lbh selamat untuk menjaga kesucian hati.itu pendapat ana berdasarkan pglmn kawan-kawan ana..

Balas
avatar

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Balas
avatar

salam'alaik

Terlebih dahulu sy nk ucapkan Tahniah atas novel baru yg di hasilkan DYK. :')

sy sangat setuju dgn pendapat 'Anonymous'! lagipun tahani dalam watak tu seorang wanita bertudung labuh, mestilah dia faham hukum agama.Antara wanita dan lelaki di tengah2nya tu ada syaitan laknatullah, paling tidak pun ada zina hati mgkin ketika mereka keluar bersama.
huhu~

ini hanya pendapat sy,sy mohon maaf.wallahua'lam

Balas
avatar

kepada anonymous,
saya tak apa, sama ada orang setuju atau tidak dengan apa yang saya tulis.
Dan sebagai penulis, saya pun tak sepatutnya ambil kisah dengan kritikan.
Jadi saya komen di sini, bukan untuk membela tulisan saya, setiap orang ada pendapat sendiri.

Saya hanya mahu menyatakan saya tidak setuju dengan orang yang terus tidak setuju tanpa membaca terlebih dulu. Sikap itu salah, dan kalau anda seorang mahasiswa, anda telah membelakangkan prinsip ilmu.

Satu waktu dulu, kecoh satu malaysia kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz kata Allah tu samseng. Siap dengan petikan video klip lagi. Mereka mahu tindakan diambil keatas TGNA. Memang TGNA sebut, tapi apabila diengok konteks keseluruhan, tak salah apa-apa ucapan TGNA. Jadi tidak setuju sebelum membacanya, tanpa faham konteks, meletakkan anda setaraf dengan Berita Harian, Utusan Malaysia dan TV3.

Tapi kalau selepas baca, dan anda masih tak setuju, saya rasa itu anda patut dipuji kerana mempunyai pendapat.

Balas
avatar

slm,sy dh bc novel tahani-gary tu...
tp x arif sgt hukum yg berkait dlm cite tu...
stiap org ad sebab masing2
asal ia memberi manfaat,sy sokong
wallahu a'lam

Balas
avatar

saya sudah baca novel seikat kembang merah dan saya setuju dgn bro imaen. kita akan tahu dan faham jika baca dulu kemudian tafsir.

Balas
avatar

as-salam..

pertama sekali ana minta maaf sekiranya komen ana diatas menyebabkan ada yg terasa. ana bukan seorg mahasiswa.ana juga bukan penulis yg hebat macam kamu semua.

tapi selapas ana membaca post en.iqbal,ana terasa ingin meluahkan apa yg berada didalm fikiran.ana tak sangka akn menerima feedback yg agak mengejutkan.

maafkan ana sekiranya terkasar bahasa. inyaallah jika ada peluang ana akn cuba membaca novel dhlu sblm memberi komen..

selamat berpuasa..

Balas
avatar

maaf mencelah,cuma saya juga antara peminat tulisan imaen!
sebabnya,saya suka baca novel2 genre thriller;
selain tulisan ramlee awang murshid, saudara imaen juga ada kekuatannya yg tersendiri dlm penulisan thriller.

setakat ini,saya cuma sempat membaca novel bertajuk Sigaraning.

wallahua'lam,moga ALLAH kasih,dan minta maaf.

Balas
avatar

ameeen..semoga mendapt gadis seperti tihani..

Balas
avatar

Sy suka karya imaen y sblum ini.bohemian.sigaraning.labyrith.novel imaen best y amat once i read i dunnp how to stop.every word t'susun kemas :-)

Balas
avatar

ohoo..sukeee gilerr novel imaen...sbb novel2 imaen takde laa fantasi gile2 cm kebanyakkan novel2 sekarang...dye ade flow yg sangat menarik...huhu...nak baca arr novel ni..hiihiii,,,mesti best kan..=D

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443