Pendirian saya tentang hiburan (muzik dan filem)

Melewati artikel-artikel saya yang terdahulu, saya seringkali menegaskan betapa saya cukup tidak bersetuju dengan cara orang islam di Malaysia bereaksi terhadap hiburan. Yang saya maksudkan ialah para pelakon, penyanyi, penganjur dan juga penonton, semuanya. Industri hiburan sama sekali tak boleh  lari daripada 5 lembayung hukum fiqah. Kalau caranya betul, maka boleh jadi industri yang 'panas' ini berpahala. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan, saya akan katakan betapa sukarnya untuk manusia menjana pahala daripada bidang ini.

Dan dalam sebuah artikel, saya menyanjung usaha Maher Zain dan Opick, juga memuji para produser dan tenaga kerja orang indonesia yang berjaya mewujudkan filem dan siri Ketika Cinta Bertasbih. (link)

Sebelum saya pergi lebih jauh, suka untuk saya menyatakan pendirian saya berhubung dengan isu hiburan. Kawan rapat saya, seorang ahli jemaah tabligh yang komited dengan usaha tabligh, pernah menguji pendirian saya. Pernah sekali saya menyatakan kehampaan saya tentang Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang gagal melaksanakan amanah yang dipikul mereka untuk menapis dan mengharamkan filem-filem yang buruk. Pada pandangan remaja islam yang berusia 21 tahun seperti saya ini... saya memandang betapa terlalu banyak kerosakan yang wujud daripada filem-filem tempatan, yang dilakonkan oleh orang islam, dan diarah oleh orang islam sendiri.

Saya tak berhajat untuk mengulas isu Zizan yang celupar, juga tak berhajat untuk bercerita tentang Ahmad Idham yang tidak merasakan dirinya jahil agama. Tidak! Sebaliknya saya mahu bercakap tentang pendirian saya dalam hiburan.

Artikel ini pada asalnya bertujuan untuk bercerita tentang Abang Syam Kamikaze, tetapi selepas beberapa baris, saya rasa elok jika cerita tentangnya saya simpul dalam satu artikel berasingan. Mungkin artikel selepas ini.

Baiklah. Berbalik kepada debat kecil antara saya dengan sahabat saya itu, dia berpendirian bahawa apa-apa filem pun sebenarnya tak bagus. Dia bawakan contoh filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) dengan hujjah- "haram untuk kita memandang wanita ajnabi".

Dia tak salah! Apa yang dia katakan itu betul. Memang pun hukum asalnya ialah 'haram' tetapi terdapat pengecualian padanya iaitu untuk urusan perniagaan, urusan pembelajaran, dan juga untuk melihat bakal isteri.

Jadi, sekadar menonton filem KCB... memanglah nampak tidak bermanfaat dan tidak berpahala dan mungkin juga berdosa (baginya).

Tetapi...

Saya melihat betapa setiap inci masyarakat, muda ke tua... semuanya suka menghabiskan masa mereka menonton televisyen. Dan kalau dah menonton tu... takkanlah tak terkeluar kut muka perempuan ajnabi? Padahal banyak sangat gambar model pengiklanan wanita di kaca televisyen!

Maka bagi saya... saya tidak menghukum sebagai tidak boleh- kerana saya melihat kepada potensi.

Kalau kita mahu berbual dengan pelajar madrasah di ceruk pendalaman yang terjaga daripada kerosakan dunia akhir zaman, maka boleh sangatlah kalau kita nak cakap 'haram' tetapi masalah sekarang ialah kita sedang berbicara dengan generasi serba baharu, dan serba rosak.

Rosak perlu diperbaiki dan bukannya perlu diletakkan tekanan yang baharu!

Saya tak tahu ada berapa ramaikah lagi orang yang tak menonton televisyen dan filem... tetapi saya mahu mengajak anda berbuat satu benda sahaja!

Kita perlu tapis apa yang kita tonton!
Itu sahaja yang saya minta.

Kepada yang bergelar ibu dan bapa- tolong jaga anak-anak anda daripada menonton cerita-cerita yang luar alam. Dulu, saya pernah jadi pelik bila mahu menonton Astro di rumah abang sulung saya kerana siaran 104, Astro Ria tidak boleh ditonton. Sebaliknya, abang saya perlu memasukkan kod terlebih dahulu, dan barulah kami boleh menonton. Saya yang masa itu masih tidak faham hanya diam. Dan kini, barulah saya faham. Abang saya mahu menjaga anak-anaknya daripada menonton cerita-cerita yang buruk! Mengapa saya kata buruk? Kerana dalam siaran itu, rata-rata rancangannya dilakonkan oleh orang islam tetapi hampir dalam segala sudut agama, mereka gagal!

Dan saya tahu abang saya takut dan runsing sekiranya anak-anaknya keliru dengan hakikat islam hingga membesar menjadi orang yang ingat dia betul, tapi sebenarnya salah. Faham maksud saya?

Televisyen memang seringkali memberi gambaran islam yang mengelirukan kepada kita... maka tak hairanlah generasi muda ini mudah terpesong- sebab mereka banyak menonton televisyen juga!

Saya tak ajak anda semua untuk berhenti menonton filem atau mendengar lagu dan saya juga tak akan cakap begitu dengan kawan-kawan saya yang kaki download movie. Saya tak kata kepada mereka, "Kau tak tahu tengok movie ni sia-sia... haram..."

Sebaliknya saya selalu pesan, "Kalau nak tengok pun, janganlah sampai terlalai daripada solat. Masuk waktu, kita turun surau dulu"

Dan mereka memang akan turun. Betul.

Juga, kepada yang suka mendengar muzik... Saya juga meminta anda menapis apa benda yang mengalir masuk ke dalam telinga anda kerana takut-takut benda yang tak elok itulah benda yang masuk dalam hati nanti!

Wallahua'lam. Saya cuma menyatkan pendirian saya- dan saya yakin pendirian saya tak mustahil suatu pendirian yang salah. Kalau tak tengok lagi baguslah, kan?
   
Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

nasihat yang baik akhi... insya-Allah akan gunakan sebaik mungkin teknologi sekarang....

‎"Eh, kita kalau masuk rumah orang kena jaga sopan santun. Perompak pun masuk rumah orang perlahan-lahan masuk rumah yang hendak dia rompak takut ganggu tuan rumah nak tidur, apatah lagi kita yang masuk rumah orang terang-terangan." Kid membalas dengan loya buruknya. ::petikan dari siri ketiga cerpen di blog sy.. pukul 10mlm nih insya-Allah akan dipostkan. Masih dalam editing... :: (^^,) preview cerpen ckit... hehe..

jemput klik - http://naqieahmad.blogspot.com/

Balas
avatar

nice post..

masyarakat sekarang dah dijajah dengan cerita korea pula.. xcukup dengan barat dan cerita2 melayu sendiri..

sangat kecewa cerita korea melalaikan remaja dari segi pakaian, isu percintaan, ikhtilat.. itu belum masuk bab2 konsert lagi..

sirah nabi dan para sahabat belum cukup kenal tapi artis korea lebih dikenali..

hati yang kecewa,
wan

Balas
avatar

salam

sebelum kak pulang ke cairo, kak ada singgah mph Alamanda putrajaya. lalu kak ternampak sebuah novel yang bertulis dengan nama kamu.

wah,sudah jauh melangkah ya.
mabruk alaik!

(komen yg tiada kaitan dengan entry :) )

Balas
avatar

yup2, aku sendiri pn tgh dilemma pasal musik. aku mmg minat bermain instrument, tapi kita kene tahu, ada batasnya, jgn smpai lalai.

thx iba for sharing, =)

Balas
avatar

ha'ahlah..skrng kene pndai2 sndiri menapis ap y kite dgr dan tonton klo x nk rosk..mmg dhsyt r.

Balas
avatar

baru berhasrat untuk lebih memilih bahan tontonan..sudah mendapat kekuatan disini. shukran kathir..

Balas
avatar

Salam Alayk,

Saya kagum dengan usaha abang saudara dalam menapis siaran2 yang tidak sesuai dari aspek Agama. Semoga dia terus kuat.

Tapi banyak-banyak kes mak ayah sendiri yang galakkan..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443