Sanah Helwah akhi...

Assalamualaikum akhi.
Pertama sekali, ana nak ucapkan selamat hari lahir buat enta. Tahniah, kerana hari ini enta sudah pun bergerak kepada satu lagi titik usia yang lebih. Enta sudah 21 tahun ya? Subhanallah! Cepat benar masa berlalu. Rasanya macam baru semalam enta menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 20. Rasa macam baru semalam juga enta menulis entry tentang azam dan objektif enta untuk umur 20 tahun. Jadi, macam mana akhi?

Dapat tak capai apa yang enta nak tu?

Akhi...
Seingat ana, tahun lepas enta menyatakan kekaguman enta kepada seorang ikhwah, Hilal Asyraf. Enta kata enta mahu mengikut jejak langkah dia dalam dunia tarbiyyah dan dakwah mata pena. Macam mana akhi? Sukses?

Apapun, tahniah atas kelahiran novel sulung akhi, Dia Yang Kunikahi. Ana sudah baca, dan ana perhatikan banyak lompong-lompong kesilapan yang enta boleh perbaiki. Banyak juga benda yang enta perlu dalami. Banyak juga skil dan kemahiran yang enta perlu tajamkan. Tapi apapun, tahniah akhi atas usaha enta. Ana harap sangat enta tak riak dan ujub. Ana berdoa agar enta ikhlas berkarya. Sungguh-sungguh ana doakan kerana jika enta menulis kerana mahukan populariti, percayalah... enta takkan dapat apa-apa ganjaran pun di sisi Allah! Rugi akhi... rugi!

Akhi, dalam peluang yang sedikit ini... ana mahu mengingatkan enta akan satu hakikat. Enta sebenarnya seorang fityah. Enta tahu kan apa itu fityah? Enta bukan syabab... enta bukan rijal... tapi enta ialah fityah! Ana tahu, ramai pembaca enta belum tahu apa itu fityah. Ana harap nanti enta kongsikanlah tentang fityah dengan para pembaca enta kerana ia adalah satu tajuk yang penting juga untuk difahami. Berkongsilah akhi... berdosa untuk orang yang ada ilmu jika dia tak menyampaikan. Boleh ya akhi?

Akhi...
Ana lihat... enta sebenarnya ada peluang yang sangat besar untuk dakwah. Seakan-akan Allah telah membetangkan satu jalan yang khusus buat enta untuk berdakwah. Cuma enta sahaja yang perlu tempuhi jalanan itu. Allah beri enta kelebihan untuk menulis. Maka, sampaikanlah mesej-mesej daripada Quran dan hadis dalam tulisan enta. Lebih-lebih lagi, orang kenal enta sebagai penulis novel. Siapa tahu selepas ini enta boleh mula memberi ceramah-ceramah pula, kan? Dan tidak menghadkan dakwah dengan tulisan sahaja. Bagaimana akhi? Belum cuba belum tahu.

Akhir kata, ana cuma nak pesan... supaya enta selalu tajnid niat enta. Jalan yang sedang enta tempuhi ialah satu jalan yang hangat dan panas. Allah pasti akan menguji kesungguhan enta dalam dakwah yang enta laung-laungkan. Ana berdoa sangat agar enta thabat dan tidak tersungkur di tengah pendakian. Allah akan tapis orang-orang yang mahu serius dengan dakwah, dengan Dia mengekalkan hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas sahaja. Kerana itu, ana harap enta ikhlas!

Moga Allah meredhai usia enta. Salam ulangtahun.

Yang mencintaimu kerana Allah,
Adam Johari Bin Hamzah.
Terima kasih Akhi Adam Johari...
InsyaAllah...
Saya sudah mendengar seru-Nya!
 
Previous
Next Post »
5 Komentar
avatar

tnggu entry fityah XD
HB skli g ^^ smoga b'jy dlm bidng pendkwhn krnNya,amin =)

Balas
avatar

Selamat ulang tahun hari lahir iqbal!!..


PS: tertanya2 juga apa makna fityah..

Balas
avatar

Dia Yg Kunikahi??
harus dicari ni... :-)

Balas
avatar

subhanallah, ini pengharapan yang kita mahu dr seorang sahbat di waktu kita menginjak usia sebagai amanah dari YANG ESA. alhamdulillah. beruntung punya sahbat sebegini. inshaALLAH moaga Allah pertemukan kita semua dengan sebaik2 sahbat2 di dunia dan akhirat sana. amin, RAbb

[tersentuh kot bace ni~]

Balas
avatar

sanah helwah ya akhi.
moga dberi kekuatan dlam setiap langkah perjuangan y dtmpuh. i'A~
mgkin lpas nie boleh brkongi apa fityah y dmksud tue.. ana sdri pown kurng fham antra rijal/syabb dan fityah tue sdri. i'Allah.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443