October 26, 2011

Ekspo Buku Islam

Assalamualaikum.

Sedikit hebahan. InsyaAllah, saya akan berada di Ekspo Buku Islam, di KL Sentral pada sabtu ini (29/10/2011) mulai jam 2 petang hingga jam 5 petang.
Dan insyaAllah, saya akan membawa bersama buah tangan dari saya untuk 60 orang pengunjung gerai Jemari Seni. Anda tak perlu membeli novel Dia Yang Kunikahi (DYK) pun. Cuma, belilah apa-apa buku pun (dari pukul 2 hingga 5 petang hari sabtu) dan anda akan saya beri buah tangan sebagai tanda penghargaan dan persahabatan :)

Mungkin akan ada orang yang tak suka kalau saya bercakap pasal novel, lagi. Tapi percayalah, ada banyak benda yang kita tak boleh sampaikan melalui cara lain selain daripada dengan menulis novel. Dan sebab itu jugalah, saya teringin nak mencadangkan anda mencari beberapa buah novel terbitan JS yang bagi saya, sangat-sangat bermanfaat dan membina.

Antaranya ialah novel Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Sigaraning, Seikat Kembang Merah, Nuansa Kota Merah, Ikhlas A.K, Quartet, dan banyak lagilah.

Apapun, jumpa sabtu nanti ya :)
Berharap agar kita boleh bertaaruf dengan lebih baik.
    

11 comments:

fuza mn said...

kesiannya org yg xnk dgr psl novel tu. just ignore them, xleh ek? :P

mmg novel boleh jdi medium dakwah yg sgt terperinci yet xmembosankn :>

klu author noor suraya & imaen sume sy da baca. author2 lain sy xfamiliar. so, mmg suka sgt klu dpt recommendation buku yg kategori berMANFAAT, bkn santai semata2.

cemomoi said...

assalamualaikum

lama tak singgah sini... tahun ni bajet buku dah abih sebab banyak borong kat jualan dbp

>Misz Farah..?< said...

syukran, informasi yg sangat berguna.
namun apakan daya eventhough saya peminat buku tapi minggu depan penuh dengan test, tak boleh balik kl. huhuhu...

aton said...

salam'alaik~
alhamdulillah saya dan sahabat sudah ke situ pada 26 okt smlm...

Quartet adalah salah satu buku yang saya beli..dan masih belom membuka balutan plastiknya..
insya-Allah saya akan baca bila berkesempatan kelak.. :)

tapi, saya sgt2 mnggemari penulisan HLOVATE..alhamdulillah sudah membaca semua buku beliau, kecuali Contengan Jalanan yg masih dalam proses pembacaan..

Ariffah9 said...

Kepada sapa-sapa yang di Kedah , nak beli novel Iqbal Syarie ni .. boleh cari kat MPH di Tesco SP , sebelah Village Mall . kat tempat lain tak tau la.. sbb ana beli kat situ.

Sekadar maklum :)

iqbalsyarie said...

Afifah- Terima kasih atas info. ada juga orang bertanya :D

Ariffah9 said...

Mulanya, saya cari di bahagian JS . Tak ada. Tengok-tengok buku lain, ternampak nama penulis- Iqbal Syarie. Tak sangka pula di bhgian JS Adiwarna. Kalau tak keberatan supaya pembaca lain senang nak cari, letaklah gambaran novel di blog ..(sekadar pandangan)

p/s: oh ya, bukan Afifah.. Ariffah :) tak apa..

najihatussolehah said...

huhu..bestnya..tp jauh..

light 0F happiness said...

salam,

teruskan berdakwah.. anggap je org x suka degar novel tu sebagai mehnah dlm berdakwah. Sekurang-kurangnya enta boleh mengubah cara berfikir segelintir pihak walau x semua pihak dengan tulisan enta.

fuza mn said...

ok, i'm such a loser
2x pegang buku tu kt ekspo tdi
tp ended up xbeli T_T

hizb addeen said...

saya pergi td~ tapi inche penulis sangat bz menanda tangan,jadi xjadi pegi minta jg sbb mngejar waktu..hee~
apa2 pun..tahniah..
sebab 'bayi' sulung dah keluar.hee~

walaupun baru baca satu bab awal..tp suka.sebab nampak keluarga yang terisi ngn tarbiyah.
sukalah nak berkongsi kata2 naqibah sy,,
" kalau tak mampu nak bina keluarga sekarang dengan tarbiyah, binalah keluarga akan datang dengan tarbiyah..ttp tinggalkan keluarga sekarang dengan doa..semoga mereka menerima hidayahNYA."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails