Subhanallah, walhamdulillah, wallahuakhbar.
Saya tak tahu bagaimana saya mahu bermula. Cuma sedikit, tentang ekspo buku islam pada hari sabtu lepas.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada para pembaca DYK, dan pada pengunjung
booth Jemari Seni dan JS Adiwarna.
|
Dari kiri; Kak Nawwir, Kak Nashmin, saya dan Encik Pingu Toha |
Saya sebenarnya ada memberi
talk pada jam 2 petang hingga hampir 2.30 petang. Saya bercakap tentang DYK- tentang sebab saya menulis DYK. Saya juga ada menyentuh beberapa isu kemasyarakatan dan sosial. Tentang kebanjiran novel cinta, ancamannya kepada pola pemikiran remaja, tentang peranan ibubapa, tentang dakwah, dan beberapa perkara lain yang tak kalah pentingnya. Terima kasih Allah atas peluang ini.
|
Pingu Toha jadi MC. Haruuuu! |
Alhamdulillah. Walaupun gagap dan banyak point yang saya tak terkeluar daripada mulut, tapi saya berpuas hati. Setidak-tidaknya, saya mampu membina sedikit rasa konfiden.
Hamdan lillah.
Juga, saya sempat memberi 'buah tangan' kepada pengunjung-pengunjung
booth. Dan saya bahagia melihat mereka menerima dengan senyum.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
May Allah bless all of us. Especially 'you'...
7 Komentar
salam iqbal ^__^
BalasAlhamdulillah...tahniah!!!
**lama dok buka kotak nii**
alhamdulillah... tahniah iqbal :)
BalasAduhh sayangnya tak sempat akak nak pi expo buku Islam tu...kalau tak, dapat tengok iqbal kasi talk;)
Balasapa pun tahniah!.... moga Allah anugerahkan kebaikan yang berpanjangan dalam hidup iqbal. InsyaAllah.
salam iqbal..
Balassaya tringin nak tahu apa ancaman kepada remaja tentang kebanjiran novel cinta..trimas..
Wahh tahniah ye^^
BalasEm Hlovate ada tak kat sana? Hee.
lain kali mai la jenguk penang sama.
kita tak smpai nak ke sana la, hihi.
ruginya tak boleh pergi ekspo islam. alhamdulillah, kali pertama turun dalam masyarakat dengan buku pertama.. satu langkah menjejaki senior hilal asyraf, inshaAllah.
Balasteruskan semangat, Allah ma'ak. niat tulus kerana Islam. doakan supaya lebih ramai pendakwah Islam pada era 'dagang' Islam ni.
salam juang~
alamak ibal, x de video ka?
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443