Kerana aku lemah, aku menulis.

Hidayah, ibarat cahaya; ia tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.
Dengan nama Allah, aku bermula dan dengan nama-Nya, aku berakhir. Segala puji hanya buat-Nya, dan segala harap, ku pusatkan buat-Nya. Apa yang bakal kalian baca sebentar lagi mungkin akan membuatkan darah kalian menggelegak, mungkin juga membuatkan jantung kalian berkocak. Bisa saja, mata kalian bertukar merah dan urat merih kalian timbul menyirat.

Yalah. Kita ini manusia biasa. Kita pasti takkan senang hati jika ada orang bercakap tentang yang buruk-buruk tentang kita. Biarlah perbuatan kita itu, sudah ditukarkan nama sebagai kritikan membina, nasihat, atau teguran... berilah apa saja nama pun, hati kita tetap takkan mampu untuk positif secara keseluruhannya.

Kerana itulah sifat kita, sifat aku juga. Aku sendiri tidak meletakkan harapan yang mencecah awan. Aku juga tak menggambarkan apa yang aku tulis ini sebagai nasihat. Tetapi cukuplah untuk Allah tahu, aku mencuba belajar bersyukur atas suatu yang Allah beri kepadaku, yang mungkin belum Allah beri pada kalian. Dan sahabat, maaf... aku mungkin terlalu segan untuk berbicara tentang cinta dengan setiap daripada kalian, tapi tahulah... sungguh hatiku ikhlas mencintai kalian, kesemuanya! Cinta sesama lelaki, hakikatnya lebih jujur dan lebih berpetunjuk, asal saja Allah menjadi tempat di mana sauh kita dilepaskan.

Sahabatku semuanya.

Aku teringat, ada sebuah hadis yang diceritakan oleh Muawiyyah r.a sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, tentang peristiwa yang pernah berlaku di masjid Nabawi, di Madinah. Suatu ketika, Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid. Di sana, ada satu kelompok kecil para sahabat sedang duduk dalam satu bulatan, seakan berbincang. Lalu, Baginda mampir dan bertanya kepada mereka.

"Atas sebab apakah kalian berkumpul?"

Lalu jawab para sahabat Rasulullah yang berada di situ, "Tidak ada apa-apa, wahai Rasulullah. Kami cuma duduk mengingat-ingat akan masa silam kami... masa kami belum dapat hidayah dahulu"

Rasulullah kembali mengulang soalannya. "Bernarkah sebab itu sahaja?"

Jawab mereka lagi, "Benar ya Rasululullah. Kerana ini sahaja"

Lalu Baginda menyambung bicaranya, "Sungguh, aku tak meminta kalian untuk bersumpah dengan nama Allah, atas prasangkaku kepada kalian. Tetapi sebenarnya tadi, Jibril a.s telah datang kepadaku dan mengkhabarkan bahawa Allah sedang berbangga tentang kalian dihadapan para malaikatnya"

Kalian faham apa yang aku faham?

Aku faham, betapa nikmat hidayah itu besar nilainya... mahal juga harganya. Kita tak boleh rasuah Allah untuk mendapatkan hidayah, tetapi kita boleh melobi Allah untuk diberikan hidayah. Jangan berhenti membaca, nanti kalian akan salah faham pada penyataan aku tadi.

Begini...

Orang selalu kata, "Ah... belum sampai seru", atau "Nak buat macam mana... belum dapat hidayah lagi". Kalau dipandang pada layer yang pertama, "betul juga apa aku kata tadi", tapi kalau dilihat kepada layer yang berikutnya, pasti kalian akan menelan hadam kembali kefahaman dangkal kalian tadi. Maaf kerana menggunakan perkataan dangkal. Tapi hakikatnya, memang begitu pun.

Hidayah perlu dicari! Kita perlu faham, bahawa hidayah ini ialah karbohidrat bagi jiwa. Sebagaimana jasad kita perlukan tenaga untuk bergerak, jiwa kita dan iman kita juga perlu diberikan tenaga agar ia punya kekuatan untuk berperanan seperti yang sepatutnya.

Sebenarnya, apa peranan iman kepada kita?

Ramai yang tak tahu, apa peranan iman. Ramai juga belum tahu, apa pula peranan kita, manusia di muka bumi ini! Adakah kita, Allah ciptakan untuk score 4 flat? Adakah kita, Allah ciptakan untuk jadi engineer, kumpul duit dan aset bernilai satu semesta? Atau, adakah Allah ciptakan kita untuk menjadi ahli sukan yang terkenal, atau apakah Allah ciptakan kita untuk menjadi artis atau menjadi public figure?

Pasti jawapannya tidak. Fungsi ultimate kita ialah untuk menjadi hamba Allah- beribadah dan taat kepada segala perintah dan petunjuknya, juga menjadi pengaman, pentadbir, dan pemakmur alam buana ini.

Baiklah. Benda itu mungkin terlalu besar untuk kita.

Tapi, kita perlu tahu yang segala-galanya bermula dengan hidayah. Aku teringat kata-kata Ibn Athoillah dalam kitab al-Hikam, pada pesanan ketujuh.

"Apabila Allah telah membukakan salah satu jalan makrifat (mengenal Allah) bagimu, maka jangan hiraukan mengapa ia terjadi, walaupun amalmu saat itu masih sangat sedikit. Allah membukakan pintu itu bagimu hanyalah kerana Dia ingin memperkenalkan diri kepadamu. Tidakkah engkau mengerti, bahawa makrifat itu merupakan anugerah-Nya kepadamu? Sedang engkau mempersembahkan amal-amalmu kepada-Nya? Maka, apalah ertinya apa-apa yang engkau persembahkan kepada-Nya itu, dengan apa apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu"

Kata ulama tersohor, Ibn Athoillah... mengenal Allah ialah suatu keperluan asasi; seperti oksigen bagi manusia, seumpama air bagi ikan, dan seperti tanah bagi tumbuhan. Dan... peluang dan kekuatan untuk mengenali Allah (makrifat) itu pula ialah anugerah Allah yang paling agung!

Sebab itu, aku suka untuk mengajak kalian semua kenal Allah. Dan caranya, inilah yang mahu aku sebarkan. Harap kalian sudi sebarkan kepada yang selainmu. Ingat, tadi aku bercakap soal melobi Allah. Adakah wajar dan berupaya, untuk hamba hina umpama kita... melobi Allah?

Pasti jawapannya tidak. Allah Maha Suci daripada sifat-sifat makhluk yang punya kelemahan.

Sebenarnya, aku sedang bercakap tentang cara menarik hidayah dari tingkat langit, agar buah dari langit itu dapat kita tanam dan semai dalam dada hamba.

Sahabat, mari kita semak amal ibadah kita. Aku tak ajak kita untuk melihat pada amal sunat, kerana gagal ialah suatu yang berkemungkinan besar menanti kita sebagai jawapannya. Tetapi, lihatlah bersama akan solat kita. Bagaimana solat kita?

Berjemaah, atau sendirian? Kita bersolat dengan ilmu, atau sekadar ikut-ikutan?

Kita tak sedar... betapa kita perlu ada ilmu dalam setiap amal dan perbuatan kita. Ilmu ialah fondusi. Ilmu ialah nyawa dan roh kepada amal kita. Kalau kita beramal tanpa ilmu, kita cuma membuat kerangka tanpa isi.

Tapi masalahnya, kita tak suka menuntut ilmu! Masalah kita, tunjangnya ada di sana. Kita sendiri ialah masalah kepada masyarakat, dan pasti... kita sendiri ialah petualang keatas kegoblokan diri kita sendiri. Kita malas, kita berasa serba cukup, dan entah apa-apa lagi sebabnya.

Sahabatku...

Aku tak tahu dengan ayat apa lagi aku perlu bercakap, dengan struktur bahasa yang bagaimana lagi, jariku boleh menaip tetapi cukuplah kalau selepas artikel yang panjang (sebenarnya ialah luahan rasa) ini, kalian dapat menangkap satu atau dua point utama, yang cuba aku sampaikan- iaitu hidayah perlu dicari.

Untuk kehidupan dunia, kita cari makanan... kita cari wang... kita cari, segala macam perkara. Tetapi untuk kehidupan akhirat, kita tak berkeinginankah untuk mencari redha Allah?

Keinginan itu takkan terbit, tanpa ada hidayah yang menyentuh ulu hati kita. Sungguh!

Dan hidayah itu takkan membijik tumbuh, tanpa kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya.

Dekatilah masjid surau. Bila orang azan, itu tandanya Allah sedang mengajak kita kepada hidayah, maghfirah, makrifat, dan hikmat. Penuhilah ajakan solat berjemaah. Dan bila diumumkan ada majlis agama, ambillah masa dan duduklah sebentar. Siapa tahu, dalam sela masa yang kalian habiskan dengan online, tengok movie, dan segala macam perkara itu... Allah tarik nyawa ibu bapa kalian?

Kita susah untuk membayangkan kita mati. Rasional- kita muda. Walaupun muda pun boleh mati, tapi kesan pada hati remaja pasti tak sama. Maka, mari kita ingat bersama tentang ayah dan ibu kita.

Tidakkah ibu bapa kita mahu kita jadi manusia yang berguna? Ingatlah itu. Ibu bapa kita akan bangga jika anaknya mahukan agama, sebab agama sudah menjadi suatu yang jarang diluahkan pada mulut mereka... tapi hati mereka takkan boleh berhenti berbicara rasa tentang kita.

Aku, kalau terasa sisi gelap aku memanggil-manggil, aku akan ingat balik kepada mak dan ayah aku. Tidakkah aku perlu jadi orang baik?

Dan kalian...
Maaf kiranya apa yang aku tulis ini mengganggu. Layanlah aku seperti biasa, kerana aku akan layan kalian seperti aku tidak ada menulis apa-apa pasal ini. Aku senyum, dan aku harap kalian sudi membalas senyuman aku itu.

Maaflah kerana bukan semua benda aku boleh sampaikan dengan bahasa mulut. Aku tak kuat. Aku bacul, penakut dan pengecut. Sebab itu, aku berharap kau semua boleh mendengar bahasa tulisan, sebab ini ialah suara aku!

Salam kemaafan. Walaupun pahit, kita tetap kawan. Tetap bersaudara.

     
Previous
Next Post »
11 Komentar
avatar

Kita sama, akh.. saya juga menulis kerana lemah dalam berhadapan dengan masyarakat.. moga2 Allah beri kita kekuatan untuk menjadi lebih baik dan lebih kuat dari sebelumnya. Kerana kerja Nabi yg utama adlh bukan secara menulis, kita perlu menuju ke arah usaha dakwah Nabi dan para sahabat..

Moga hidayah kekal dan dikukuhkan dngan taufiq.. kerana hidayah tanpa taufiq masih bahaya..

Balas
avatar

insya Allah, ada yg terkesan dan insya Allah sammpai apa yang akhi cuba sampaikan..=)

Balas
avatar

tertarik..cara menarik hidayah dari tingkat langit...^_^

Balas
avatar

hmm..mmg x mdh tp x ssh..kne p'lhn2 n b'pringkt.InsyaAllah.

Balas
avatar

I'm thankful because Allah lead me the way. Show me the right path, introduce me some good friends.

Alhamdulillah, more than a year of struggling finding His hidayah, I'm now crawling to get to know Him better.

I'm learning... Hoping that I'm going to be a good muslimah. Hoping that all muslim will always remain on the right path. InsyaAllah...

Balas
avatar

Moral of the entry, kalau kita tak dekat dengan Allah, macam mana hidayah nak rapat dengan kita iyer dak?

Balas
avatar

emm....kerana lemahlah kita memerlukan panduan yang membina, bukannya dimaki hamun hanya kerana kelemahan kita terbuka hijabnya....

Balas
avatar

Entry yg bagus. Sangat. Dah lama juga kamu tidak menulis entry yg seperti ini. Terus terang, jika kamu menulis tentang novel, saya tak baca. :D.

Balas
avatar

Tuhan dengarkan aku,
Tuhan lihatlah aku,
Tuhanku jangan ambil nyawaku,
Sebelumku dekat denganMu...

Allah inginku sujud padaMu dalam keredhaanMu buat hambamu ini, ampunkan dosa hambamu ini...Kenalkan hamba ini dengan diriMu, Tuhan, tiada disisi hambamu ini, selain kejahilan dan kebodohan tentang diriMU. Jika tidak diriMu yang menyapa hamba ini...jadilah hamba ini...hina dan rugilah selama-lamanya, dunia mahu jua akhiratnya...

Balas
avatar

Salam, akh ...

this one is wonderfully written and just because i just feel like that too..

"bila kita start berbicara mengenai agama, orang selalu mudah cop kita as ustaz/ustazah"

tapi, diri ni jauh sgt jika nk dibandingkan dengan gelaran mulia tersebut. masih baru mengenal Islam, dan memang mahu mengajak yg lain kenal Allah dengan lebih dekat lagi. Bersama-sama.

bila dicop gelaran tersebut, akan wujud satu barrier, hingga khuatir mereka akan lari jauh daripada kita.

jadi sy sgt setuju bila akh cakap, "layanlah aku seperti biasa, kerana aku akan melayan kalian seperti aku tidak ada menulis apa2 pasal ini. Aku senyum, dan aku harap kalian sudi membalas senyuman aku itu."

em, mohon izin share sedikit kata-kata di dalam blog sy. jazakallah jiddan ^^

-ALHAMDULILLAH-

Balas
avatar

pengisian yg menarik. = )

Hidayah itu akan turun apabila ada ilmu. Ilmu itu bknla sampai na taraf alim ulama,ahli agama etc tetapi cukupla klu sekadar tahu yg fardu..

sebenarnya, mmg hidayah tu sudah ada dlm diri masing-masing cuma terpulang pada empunya hati untuk buka pintu hati atau tidak. Allah maha mengetahui isi hati kita samada lebih pada perkara yg baik atau sebaliknya.

Alhamdulillah. http://lessanoorsheda.blogspot.com/2011/12/hadiah-unggul.html

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443