Saya tak campak dadu. Jadi saya pilih untuk bercerita tentang hudud dahululah.
Saya sebenarnya sedih dengan apa yang berlaku. Kerana sebuah keputusan daripada Allah, manusia jadi makin berpecah. Sepatutnya, bila datang sebuah ketetapan daripada Allah, manusia jadi makin bersatu! Tetapi yang berlaku kini ialah yang sebaliknya.
Saya memandang punca utama yang menyebabkan berlakunya perpecahan ini adalah kerana masalah akar; tunjang iman!
Baiklah. Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, molek rasanya jika kita melihat kepada situasi sebenar di Malaysia. Di Malaysia, telah wujud dua kelompok muslim yang paling besar. Satu kelompok yang berkeras mahukan hukum hudud dilaksana dan ditegakkan, dan satu golongan lagi, menolak dengan seribu satu macam alasan.
Malangnya, golongan yang menolak itu golongan yang sedang memegang tampuk pemerintahan di negara ini.
Saya, ada beberapa perkara yang mahu komen. Pertama, berhubung dengan pendirian PAS yang mahukan hudud dilaksanakan. Pelik juga, mengapa dalam keadaan umat islam di Malaysia ini jahil tahap kosong, mereka melatakkan hudud sebagai benda yang perlu capai dengan segera?
Saya teringat, sebuah kisah tentang seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang datang berjumpa Rasulullah dan mengadu kepadanya.
"Ya Rasul. Si fulan bin si fulan (seorang pemuda) itu bersolat, tetapi dia mencuri"
Lalu jawab Rasulullah, "Suruh dia bersolat, kerana nanti, solatnya akan mencegahnya daripada mencuri lagi"
Menarik sekali bila kita berpeluang untuk merenung ayat al-Quran pada surah al-Ankabut ayat 45: "...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar..."
Jadi, dengan ayat yang satu ini, sudah terjawab persoalan kenapa malaysia ini ialah negara maksiat. Sebab daripada pemimpin, sampailah kepada kuli... ramai yang mengabaikan solat. Dan kalau bersolat pun, celam-celum sahaja! Berjemaah pun tidak. Bahkan, selalu di akhir-akhir waktu sahaja.
Saya suka untuk mengingatkan, betapa dalam beberapa situasi, manusia tidak diazab dengan perbuatan yang besar-besar, tetapi mereka diazab dek kerana perbuatan yang kecil sahaja. Antaranya ialah perbuatan melambat-lambatkan solat dengan sengaja!
Baiklah. Saya bukannya orang yang alim. Tetapi tahu juga, bahawa kewajipan untuk menegakkan hukum hudud ialah kewajipan umat islam sejagat. Pemerintah wajib melaksanakan, dan rakyat pun wajib menyokong!
Maknanya, kerajaan BN-UMNO wajib melaksanakan, dan PAS hanyalah wajib menyokong.
Tetapi kerana politik dan kuasa, hukum ini seperti sudah dimain-mainkan oleh tangan-tangan yang curang. Sebab apa?
Pertama, untuk apa kita meminta BN untuk melaksanakan hudud, jika mereka sendiri yang membuka ruang untuk rakyat melakukan dosa?
Pusat hiburan berleluasa. Hiburan melalaikan bahkan digalakkan. Sistem sekuriti yang lemah longlai. Rakyat tidak disuruh untuk bersolat. Majlis ilmu disekat. Wang dan sumber negara berputar pada golongan atasan. Arak dijual dimana-mana. Dan budaya songsang dari Eropah dan pelusuk bumi, dibiarkan tanpa sekatan.
Lalu, bagaimana mungkin PAS boleh meminta BN untuk melaksanakan hudud sedangkan hudud berada di hujung senarai yang saya sebut tadi?
Malaysia ini penuh dengan orang jahil. Selepas itu, penuh pula dengan orang pemalas. Malas nak belajar. Malas nak membaca. Dan malas nak berfikir. Selepas malas, Malaysia penuh dengan orang yang banyak bercakap. Dengan sesuka hati, mereka bercakap.
Dan akhir sekali, Malaysia penuh dengan orang yang keliru dan lalai.
Mengapa sampai kita perlu melangkaui step?
Kalau betul mahu hukum Allah dilaksana, maka kita perlu terlebih dahulu laksanakan pengisian jiwa dan otak. Dalam suasana masyarakat kita jahil tahap ayam, mengapa perlu ditakut-takutkan dengan hudud?
Bukannya kita tak tahu peranan akhbar Utusan Melayu terutamanya, yang suka sekali menjadi ejen perpecahan dan ejen kekeliruan. Oh! Risaunya saya jika ada ahli keluarga saya bekerja sebagai wartawan atau kartunis di dalam akhbar itu. Tetapi seperti biasa, bukan semua isi dalam akhbar itu merosakkan dan merbahaya, ada sesetengah sahaja... terutamanya yang berkaitan dengan islam. Kerana mahu 'mencantikkan' kerajaan BN, islam dimanipulasi sendiri. Saya ulang- sesetengah krew sahaja!
Sekarang, apa dah jadi?
Orang jahil dah ingat hukum hudud ini ialah hukum yang kejam. Bila mereka kata hudud ni kejam, automatik mereka jadi kafir! Kita hari ini, macam sengaja nak buat orang islam jadi kafir pula! Kafir... dalam keadaan mereka sendiri taj tahu mereka sudah kafir.
Dalilnya apa? Jika seseorang tak mahu melakukan satu kewajipan kerana dasar malas dan tak mahu, maka dia berdosa sahaja. Dosa boleh terampun dengan taubat. Tetapi kalau sudah sampai dia mempertikaikan kewajipan itu, maka akidahnya sudah gugur!
Manakala, golongan non-muslim pula sudah kata hukum hudud ini hukum yang kejam. Dan akhirnya, mereka menyimpulkan, "islam ialah agama yang kejam"
Padahal berderet step dan procedur yang perlu kita ambil sebelum kita mula menghukum. Saya ambil sedikit. Dalam pelaksanaan hudud, saksi dan bukti perlu 100%. Kalau di mahkamah sekarang, hakim tak menghukum dengan bukti yang 100% tetapi hakim cuma menghukum dengan bukti yang 'beyond reasonable doubt'. Kalau dalam islam, tiga orang saksi yang berserban kata 'ya dia berzina' tetapi seorang lelaki yang tak fasik tapi tak sampai tahap sufi kata 'belum', maka hukum yang disabitkan itu akan gugur. Samalah macam kalau hari ini, kereta kita hilang dan esok... kita nampak kereta itu depan rumah si fulan, maka tak boleh kita sesuka hati heret orang itu untuk dipotongkan tangannya. Boleh jadi orang itu dikhianat dan dianiaya! Buktinya belum ada. Banyak benda seperti 'kesilapan kerana membiarkan penjahat terlepas adalah lebih baik daripada kesalah menyebabkan orang tak bersalah dihukum' harus digunapakai. Juga, hudud bukan hukum untuk mencari-cari kesalahan orang! Kalau dia mengaku dia buat dosa dan mahu dihukum pun, banyak benda perlu ditilik. Adakah dia betul-betul waras masa mengaku?
Banyak! Islam tak kejamlah sayang... yang kejam itu undang-undang kita sekarang ni.
Uh! banyak lagi, tapi cukuplah sampai ini.
Sekarang... saya nak ulang kembali sejarah masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Sepertimana yang kita tahu, semasa pemerintahan khalifah Umar Bin Abdul Aziz, rakyatnya hidup dalam keadaan yang sangat-sangat baik! Hinggakan duit zakat, tiada siapa yang layak untuk menerimanya... kerana barakah yang Allah kurniakan kepada corak pemerintahan yang dikepalai pemimpin yang soleh- Umar Bin Abdul Aziz.
Tetapi beliau tidak implement hudud dengan sepenuhnya lagi hinggakan anaknya bertanya, "Wahai ayah, mengapa kau belum mahu melaksanakan hukum hudud lagi?"
Lalu Umar Bin Abdul Aziz menjawab, "Masanya belum sampai. Aku bimbang kalau aku tegakkan ia sekarang, maka ramai rakyat kita yang tak dapat menerimanya"
Dan perkara yang sama berlaku di Malaysia. Di saat hiburan berleluasa, orang ramai tak solat, orang ramai makan rasuah, kita nak menjerit minta hudud dilaksana? Untuk apa?
Kita tak belajar fiqah aulawiyat kut? Kita tak nampak kut keutamaan-keutamaan dalam islam kut?
Kalau nak bina rumah, kita kena bina tiang dulu. Hudud ialah umpama pagar. Pagar yang mencegah kita daripada ancaman dari luar rumah. Tapi kalau ada pagar sahaja, tak jadi rumah. Tiangnya mana? Oh! Tiangnya tiada sebab memang umat islam di Malaysia ini memang........ ah! tak sanggup saya nak habiskan ayat sendiri.
Saya memang sedang beremosi dan saya memang sudah sedia tahu, seorang yang profesional tak mungkin akan terbawa dan hanyut bersama emosinya saat menulis. Tapi saya tak profesional lagi.
Saya cuma seorang pemuda 21 tahun yang mahukan islam berada di tempat paling atas. Kalau caranya dengan hudud, maka saya akan sokong seratus-peratus! Tetapi saya tak nampak yang islam akan tertegak jika hudud dilaksanakan sekarang, kerana yang pasti... jutaan lagi umat islam yang jahil tahap ayam... yang tak nak mengaji... yang lalai dengan hiburan... dan ia disokong oleh pemimpin sendiri.
Kalau PAS ialah parti bapak saya, saya akan suruh PAS untuk minta BN untuk wajibkan rakyat solat berjemaah di awal waktu, dan wajibkan mereka belajar agama, selain daripada haramkan mereka mengunjungi pusat hiburan dan dalam masa yang sama, melakukan sekatan hiburan di televisyen dan internet. Jika semua itu sudah berlaku, barulah sampai giliran untuk hudud.
Tapi itulah... PAS bukannya parti bapak saya.
Ustazah pilihan, artikel lain. InsyaAllah.
14 Komentar
alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Allah jalla wa a'la.. satu artikel yang sangat baik. pendapat ana, PAS berkeras untuk melaksanakan hudud kerana itu hukum Allah. ini lah prinsip yang ana sanjungi.maksudnya mereka akan berjuang sehingga hudud benar2 tertegak di muka bumi Allah (sekurang-kurangnya Malaysia). tujuan mereka berkeras kerana menyatakan pendirian wajibnya menegakkan perudangan Allah.tetapi ana yakin, andai PAS naik memerintah selepas PRU 13 nanti, agenda utama adalah merubah dasar pendidikan sekular kepada dasar tarbiyatul islamiah,pemantapan ekonomi, setiap orang dijamin haknya, dan keadilan sosial.selepas semua rakyat yang terdidik dengan acuan Islam dan sudah memahami tuntutan syariat,maka masa itu tidak ada masalah lagi untuk menjalankan hudud bahkan rakyat sendiri,tidak kira muslim atau non muslim di Malaysia akan meminta pemerintah menjalankan hudud di Malaysia. jadi, awlawiyatnya, ana yakin pendidikan adalah soal pokok dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.atas dasar ini, kita perlu merubah dasar pendidikan sekular yang sedia ada kepada pendidikan yang membentuk insan menjadi bertakwa dan intelek.kalau menteri yang sedia ada tidak mahu merubah,maka menteri itu akan kita tukar kepada menteri yang ingin menjalankan dasar2 Islam dalam bidang pendidikan..wallahua'lam.teruskan menulis akhi, ana jadi silent reader..:)
Balasx sabar nak baca artikel ustazah pilihan pulok..
Balasbismillah. salam.
Balassetahu saya, dan saya yakin, PAS tak akan memulakan pemerintahan negara terus menerus dengan hukum hudud. mereka di pihak pimpinan PAS sendiri pun tahu itu bukan satu langkah yang perlu untuk menstabilkan negara. ini semua pernah saya dengar dari penerangan ketua penerangan pas pusat, tuan Ibrahim tuan man. tak tahulah kalau tiba2 bertukar pula.
kalau nak cerita apa yg dia cerita, panjanglah nanti.
saya cuma nak cakap, PAS tak akan mulakan hukum hudud dengan cepat. sekurang2nya mereka akan memperkenalkan Islam terlebih dahulu. ada sesetengah orang anggap pemimpin PAS orang lama, orang jumud. sebenarnya tidak. ingat, segala keputusan mereka keluar daripada syura. apa yg TGNA cakap, kalau tidak selari dgn syura, tetap tidak diterima.
cuma sy tak tahulah kenapa PAS menimbulkan isu ni sekarang. mungkin mereka nak melihat berapa ramai orang yg nak pakai hukum ni kot.
wallahua'lam.
Menanti artikel ustazah pilihan.
Balasmembina negara islam memang sukar..tapi membina manusia yang faham islam lebih sukar. kita lihat 7 maratib amal. 1st sekali ialah individu muslim. kita layari sirah rasulullah bagaimana baginda bina qaedah sulbah sebelum ke peringkat seterusnya hinggalah madinah terbentuk.
Balasana setuju kata2 enta mengenai jika hukum hudud dilaksanakan tapi jika yang memahaminya adalah sifar maka jumlahnya akan sifar juga..
amatlah penting kita memberi kefahaman dan kekuatan roh kepada semua umat Islam di Malaysia sebelum kita menegakkan negara islam.
jika kita tidak belajar dari sejarah; maka kitalah yang akan mengulang sejarah.
allahualam
Bismillah, rasa terpanggil utk mencatit komen, krn enta kawan kpd kawan saya walaupun istilah itu mungkin sudah bertukar.
BalasHudud itu sikapnya mendidik bukan. Hudud satu bentuk hukuman, tapi hukuman yang mendidik. Maka Hudud sendiri adalah salah satu cara mendidik masyarakat tentang Islam.
Bukan PAS menimbulkan isu hudud di saat yg tidak sesuai, apa yg berlaku hanyalah di Kelantan diadakan Seminar tentang Hudud, yg diadakan setiap tahun bermula tahun 1993. Tujuannya tidak lain tidak bukan mendidik rakyat bagi mengenali dan mencintai undang2 Allah ini.
Impaknya, setelah malaysiakini mewar2kan program ini, dan Dr. MAZA sendiri selaku jemputan pada satu slot forum menuis artikel, media yang memang berminat dgn negeri Kelantan tiba2 memainkan isu ini dengan dahsyat, bagi menimbulkan kebencian Bukan Islam kpd pemerintahan Tok Guru. Harapnya tiada dlm kalangan Pencinta Agama terpengaruh sama :)
Ketiga, Kerajaan PR sendiri hanya mahu mengimplementasi hudud di Negeri Kelantan. Bukan di seluruh Malaysia. Tidak juga di Kedah, Selangor atau Pulau Pinang. Biar Kelantan jd trendsetter spt mana sblm2nya, memandangkan rakyat Kelantan sendiri sudah memberi sepenuh mandat utk kerajaan negeri menjalankan hudud. Sudah 21 tahun usia kerajaan PAS di Kelantan, sejak awal lagi kerajaan negeri mewar2kan mahu melaksanakan hudud, dan sekiranya rakyat tidak bersetuju utk hudud dilaksanakan, seharusnya pada beberapa kali PRU sebelum ini kerajaan PAS di Kelantan akan diboikot. Usah gusar ttg masyarakat Non-Muslim di Kelantan, krn kubu kuat PAS yg menunjukkan kemenangan dgn majoriti besar adlh di kawasan penduduk bukan muslim yg ramai.
Saya kira cukuplah sekadar ini. Dan moleklah kiranya kalau kekeliruan ini dibincang bersama yg mahir, sebelum kekeliruan anda turut mengelirukan pembaca setia blog ini. :)
saya jahil.
Balassaya pinjam petikan
'Dalam pelaksanaan hudud, saksi dan bukti perlu 100%. Kalau di mahkamah sekarang, hakim tak menghukum dengan bukti yang 100% tetapi hakim cuma menghukum dengan bukti yang 'beyond reasonable doubt' untuk buat status.
maaf komen tak membina. :)
saya pinjam '
oOo..no komen.
Balashttp://nurmuslim91.blogspot.com/2011/10/warga-internet-cina-tampil-bela-pas.html
Balastry baca post blog ni...
Bismillahirrahmanirrahim.
BalasKembali kepada perbahasan asal hudud. Pas melaungkan isu ini di Kelantan khususnya. Di kelantan. Selepas 21 tahun PAS memerintah kelantan dan rasanya keadaan di kelantan cukup 'stabil' untuk pelaksanaan hudud. Kalau tidak bagaimana ribuan rakyat kelantan mampu memenuhi stadium kelantan untuk meminta pelaksanaan hudud di sana. Isunya di kelantan. :)
Tapi kita semua sedia maklum dengan kerenah media massa yang sentiasa sukakan isu-isu begini. Dan impaknya maha dasyat.
Kan lagi bagus kalau kita memandang isu ini sekarang bagai satu ilmu bagi rakyat malaysia yang jahil dengan ilmu agama. Sekurangnya ramai yang bersuara, dan sedikit demi sedikit hudud mungkin boleh difahami. Think positive.
Kalaulah nak tunggu setiap orang di malaysia faham apa itu hudud, entah bila pelaksanaan hudud itu boleh dilakukan. Di malaysia agak-agaknya bilakah baru rakyat boleh menerima? Dan mungkin ketika itu, bumi malaysia lagi maha dasyat.
Isk.
Oh lupa, kita kena ikut step by step kan? :)
menantikan artikel ustazah pilihan dr saudara...=)
Balasassalamualaikum..lama xtinggal komen kat sini...terpanggil pula hati ni nak tinggalkan jejak..
BalasinsyaAllah..nk pinjam kata2 ni..
"Kalau PAS ialah parti bapak saya"
terkena hidung ana pula... namun ana hanya anak perempuan... insyaAllah.. ana sependapat spt mana sahabat2 diatas... teruskan menulis akhi..ana sentiasa sokong..
kalaulah Najib tu bapak saya, oh oh! dan akan ikutkan semua kehendak saya (mcm kebanyakan ayah yang kaya-raya kat tv), saya nak mintak Najib buat apa yg awak nak tu.
BalasSalam alaik,agak lambat komen ana ni,artikel yg sangat2 berguna.alhamdulillah.Ana ada terbaca tentang hukum hudud ini tidak layak diimplimentasikan ketika masyarakat masih jahil dan iman masih belum betul2 meresap dalam jiwa mereka.
Balassekadar berkongsi
:http://asoib001.tripod.com/FalsafahHudud.htm
harap kita beroleh manfaat.
salam alaik
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443