Ayat keramat: Kami Memang Nak Nikah

Salam.Nak tanya, sejauh mana couple itu dibenarkan dengan modal ayat keramat “Kami memang niat nak nikah” .minta saudara beri penjelasan…
Sejauh mana? Saya pun tak pasti. Tapi sedikit yang boleh saya kongsi.
------------------------------
"Kawan aku bukan setakat dah kawin, dah cerai dah pun."

Saya tergamam. Usia baru 21 tahun, dah berkahwin dan sudah bercerai?

"Kenapa ya?", satu soalan yang kurang bijak terlontar secara tak sengaja.

Dia mengangkat bahu. Tak pasti.
------------------------------
Kahwin di usia yang masih hijau memang indah, asyik, hebat, meriah, mewah, agung... jika kita nilai dengan formula A+B= Aman Bahagia.

Adakah semudah itu, atau adakah sesempurna begitu? Atau adakah memang akan sifatnya begitu?

Tanyalah kepada orang yang dewasa, yang terlebih dahulu melewati fasa perkahwinan. Apa yang majoriti mereka akan kata?

"Perkahwinan itu indah pada awal-awalnya sahaja. Selepas satu atau dua tahun, ia sudah takkan indah seperti awalnya. Yang ada selepas itu ialah tanggungjawab."

Kita ambil kata kunci. Tanggungjawab.

Tanggungjawab suami kepada isteri, tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab pasangan kepada anak-anak, kepada keluarga kandung, kepada keluarga ipar, kepada adik-beradik, kepada kawan-kawan, kepada kerjaya, dan segala macam sisi lagi.

Kerana itu pentingnya memilih pasangan yang 'memahami'. Dan itu ialah rencah utama yang akan menentukan keberhasilan percampuran antara dua nurani- kefahaman.

Dan apakah dia bentuk kefahaman yang paling utama?

Agama.

Ya. Agama. Sebab itu Nabi pesan, cari pasangan yang punya nilai agama yang kukuh. Kerana mata kasar memandang cinta itu mengasyikkan, sedangkan dibelakang keasyikan cinta itu wujud nilai tanggungjawab.

Setakat mana hujah 'kami memang berniat nak kawin' boleh dipakai?

Bagi saya, jawapannya ialah 'setakat mana kefahaman islam kita.'

Kalau kita faham agama, pasti kita akan faham tuntutan perkahwinan- bagi melahirkan generasi yang soleh-solehah.
--------------------------------
Saya pernah ditelefon oleh seorang lelaki dari Yaman. Kita letak sahaja namanya sebagai Abu. Saya terkejut besar. Bagaimana saudara kita dari Yaman ini boleh dapat nombor telefon saya?

Tambah menghairankan, dia boleh cakap campur-campur; bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.

"Sayalah lelaki yang Nasuha ceritakan kepada awak tu", katanya.

Terus saya teringat. Sebelum itu, saya pernah dihubungi oleh seorang kenalan lama, atau boleh juga saya katakan, kenalah jauh saya... Nasuha. Dan seperti tadi, Nasuha ialah nama samaran sahaja, yang saya petik daripada watak novel DYK.

Kata Nasuha, "Saya dengan Abu berhajat mahu bertunang, tapi saya tak mahu keluarga saya tahu."

Saya tergamam. Mahu bertunang, tapi tak mahu keluarga tahu pula?

"Apa maksud kamu dengan bertunang tu?", tanya saya semula.

Dia terdiam seketika, sebelum dengan ragu-ragu, dia menjawab. "Mungkin dengan cara buat janji."

"Janji nak kawin?"

"Erm"

"Berapa lama tu?"

Senyap. Tiada jawapan yang pasti.
------------------------------------------
Terburu-buru mahu berkahwin, itu mudharat. Bukankah dalam agama kita, ada satu kaedah feqah- 'Setiap yang baik pun, jika dikerjakan, mengundang mudharat, maka tak harus dikerjakan.'

Kalau nikah semata-mata nak elakkan daripada berlaku zina, tapi mudharat yang sama besar berlaku... seperti kegagalan mengurus diri, yang akhirnya menjerumuskan kepada kegagalan dalam pelajaran dan aspek kehidupan bersosial, maka apa guna pernikahan?

Sedangkan dalam situasi itu, yang utama untuk diambil ialah menjaga jarak.

Yang bahaya pada hubungan lelaki dan wanita (berpasangan) ialah jaraknya. Jika kita nak kata orang couple ni semua pembawa virus zina hati... maka tak couple pun terdorong kepada zina hati juga. Buka sahaja Facebook. Sudah ada macam-macam sajian mata yang membuatkan timbulnya kehendak kepada perzinaan. Mata sudah berzina. Buka pula televisyen- tonton filem Ombak Rindu (contohnya), maka bertambah-tambah keinginan itu.

Jadi, masalahnya bukan pada hubungan itu... tapi masalahnya ialah kepada individu itu sendiri. Yang paling penting ialah jarak. Selagi kita dengan mereka jauh, maka kita akan insya-Allah selamat. Sebab, benda-benda yang melalaikan dan mengajakkan kepada zina bukan hanya datang daripada gender yang berlainan, tapi dari semua segi.

Sebaliknya jika seorang lelaki atau wanita yang sudah ada pilihan hati, menggunakan masa lapangnya untuk usrah, dengar kuliah, baca buku agama, dan lain-lain... adakah dia akan terdorong juga kepada zina?

Cuba bandingkan dengan orang yang belum ada calon yang mahu dinikahinya, tapi masa lapangnya dilorongkan kepada mendengar muzik, menonton filem, facebook, blog, dan seumpanya... bukankah golongan kedua ini lebih lalai? Lebih rapat dengan dinding maksiat?
----------------
"Tapi zaman sekarang melalui telefon pun boleh berlaku seks!", tungkas seorang akhi.

Heh, jangan cakap telefon. Di tepi jalan nak ke masjid pun ada jalan-jalan yang boleh 'trigger' nafsu. Pakaian seksi. Cakap-cakap berbaur lucah. Pergaulan bebas. Hilangnya sifat malu. Dibudayakan sikap 'anak orang, lantaklah', semua itu menjerumus. Sama bahayanya itu.

Jadi, pada saya... hanya satu jawapannya. Setakat mana kita faham agama.

Jika sekarang anda couple, maka makin perlulah untuk anda dekatkan diri dengan majlis ilmu, dekat dengan halaqah, dan yang utamanya... dekat dengan Allah!

Kerana tiba masanya, perasaan yang Allah gelincirkan itu akan Allah tolong jagakan, supaya anda boleh fokus dalam membina peribadi muslim... sebelum anda melangkah ke fasa keluarga muslim.

Wallahua'lam. Ini cuma pendapat yang bernilai kurang dua sen daripada saya. Kerana ia hanya pendapat, maka jelas ia tak lari daripada keterangan hukum. Salah dan silap, saya minta anda tegur dengan cara berhikmah dan lemah lembut.

Kerana berakhlak ialah tuntutan, walaupun kepada Firaun, walaupun kepada Abu Jahal. Berakhlaklah... walaupun mungkin anda tak sependapat dengan saya dalam bab ini :)

    
Previous
Next Post »
7 Komentar
avatar

mohon izin untuk post di fb ya saudara.

Balas
avatar

lihat sahaja orang2 sekeliling kita, berapa ramai yg bercinta bagai nak rak, tai bila sudah berkahwin, tidak ke mana..

tidak dapat dinafikan bahawa perkahwinan itu tanggungjawab.. sebuah tanggungjawab yg kadang-kala membebankan tetapi ada juga seronoknya.. lagi2 bila perkahwinan itu didasarkan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt..

apa2 pun, kita juga tidak boleh lari dari tanggungjawab yakni dengan mengambil keputusan untuk tidak berkahwin..

tipu daya syaitan meletakkan percintaan sebelum kawin itu sesuatu yg menyeronokkan..

(",)

Balas
avatar

maaf , nak tanya . apa maksud ni. kurang faham sket. tq

Cuba bandingkan dengan orang yang belum ada calon yang mahu dinikahinya, tapi masa lapangnya dilorongkan kepada mendengar muzik, menonton filem, facebook, blog, dan seumpanya... bukankah golongan kedua ini lebih lalai? Lebih rapat dengan dinding maksiat?

Balas
avatar

Orang yang dah ada pilihan hati (dah ada orang yang dia suka), kiranya dah couple... tapi dia sibukkan diri dengan belajar agama.

Sedangkan orang yang tak couple, tak ada pilihan hati lagi, buang masa takmau blajar agama.

Antara dua jenis ni, mana yg lebih lalai?

Yang penting ialah keberadaan kesedaran agama. Sebab kalau dalam diri ada agama, jarak akan dijaga, dan akan mempersiapkan diri kepada rumah tangga.

Balas
avatar

Cinta perlu bermatlamat! Andai tidak faham erti Cinta usah bercinta. Kerana itulah perkahwinan yg dibina atas dasar Cinta Palsu ini tidak ke mana dan bercerai adalah penghujungnya!

.::Diriku Hamba Sang Pencinta::.

Balas
avatar

Super like! (sayangnya boleh like sekali sahaja) Haha.

Saya mahu petik sesuatu yang saya baca di suratkhabar dalam bulan lepas. Dikatakan di suatu kawasan di Malaysia ni (tak mahu cakap negeri mana, nanti kene sembur dengan orang negeri dia), ada banyak anak-anak terbiar di situ.

Menurut pegawai tu, antara sebab anak-anak terbiar itu ialah "perkahwinan touch n go". iaitu kahwin cepat, beranak cepat, cerai pun cepat. Maka disebabkan perpisahan itu, ditambah pula ekonomi yang kurang baik, anak-anak seperti tiada tempat bergantung.

jadi betullah mungkin, berkahwin awal, walaupun dapat mengawal nafsu, tetapi berkahwin tanpa penyediaan dalaman diri adalah seperti mempersiapkan kemusnahan generasi muda kita.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443