Ikhwah kita dari Pakistan. Gambar ehsan dari devianart.com |
Dia senyum. Ustazah yang dia maksudkan bukanlah guru agama yang mengajar di sekolah pun. Kerana terma kami, golongan muda... ustazah merujuk kepada penampilan.
"Dia tak cantik pun, tapi bila aku pandang dia... hmm... sejuk hati aku.", dia menyambung.
Saya turut teruja. "Oh ye ke?"
Dia angguk. "Ba... macam mana ya nak mengorat orang macam tu?", soalnya seraya ketawa kecil. Mungkin dia bergurau.
----------------------------------------------
Pertama, saya tak pandai dalam mengorat-ngorat orang ni. Tanyalah saya, pasti anda akan hampa. Sebab kalau saya pandai, sudah tentu saya ada girlfriend. Saya tak ada, tandanya memang saya tak pandai.
Kedua, orang perempuan yang bertudung litup, memakai stokin lengan, dan berbaju longgar, saya yakin mereka bukanlah manusia yang suka untuk 'dimengorat'. Saya pasti mereka bukan golongan wanita yang suka jika orang lelaki tersengih-sengih menggoda mereka.
Ketiga, kalaulah saya reti mengorat orang perempuan, adakah ini bermakna saya perlu mengajar orang cara nak mengorat? Tidak juga. Perlu buat kira-kira dulu. Saya tak mahu wanita-wanita yang 'baik-baik' ini jadi kurang baik. Bukan semua lelaki ikhlas nak berkenalan dengan wanita, walaupun wanita itu baik-baik. Tapi kalau lelaki itu memang betul tak mahu main-main, tak salahkan kalau kita jadi orang tengah?
Keempat, saya memang sejak dahulu memandang tinggi kepada wanita yang menutup aurat mereka dengan sempurna ini. Bila terserempak pun, saya akan jadi terlalu malu dengan mereka. Malu dengan solehahnya penampilan mereka.
Kelima, kerana saya memandang tinggi pada mereka, seharusnya mereka jangan menghampakan orang-orang yang memandang tinggi kepada mereka. Sekali, bila ada desas-desus yang mengatakan seorang saudari, junior saya, terjebak dengan virus pink (kantoi berdating), saya jadi hampa. Saya tak kenal siapa gerangan gadis itu, tetapi menurut cerita orang... dia seorang yang cukup menjaga aurat, selalu ke majlis agama, dan mengikuti usrah. Malangnya, dia bercouple dan berdating. Bila gadis gaya ustazah begitu pun ada dating-dating, walaupun hanya di kedai makan, saya jadi hampa. Saya harap cerita tu tak sahih- hanya persangkaan. Kalau saya jadi murabbi dia, memang kena 'basuh' dah. (Mujurlah anak buah saya sekarang tak terkena virus pink).
Keenam, memang dalam pemilihan isteri, salah satu ciri yang harus kita cari ialah cantik. Tetapi, cantik itu pun perlu diperincikan juga. Bagaimana cantik itu? Cantik yang sebenar ialah bila kita memandangnya, sejuk mata dan hati kita. Kat bumi ni, ramai perempuan yang cantik-cantik. Gebu dan putih lagi. Tapi adakah cantik begitu dapat menitipkan ketenangan dalam hati kita? Kerana perkahwinan, bukannya untuk sehari dua... maka aspek 'sedap mata dan hati bila memandang' juga perlu dititik beratkan. Tapi semua itu jelas berlaku selepas kita yakin dengan keelokan agamanya.
Ketujuh, kalau rasa umur baru 21 tahun nak masuk 22 tahun, masih belajar dan belum berpendapatan tetap, mengapa mahu mengorat perempuan? Mahu membuka pintu kepada couple, seperti orang-orang lainkah? Couple bukan budaya orang islam, sedang orang mengaku islam wajib ada identiti muslimnya.
Kelapan, kalau rasa seram sejuk... takut dan bimbang hati kita cepat sangat terpaut kepada orang, jadi buat apa kita memandang-mandang? Bukankah dari mata turun ke hati, maka jika bukan mata yang mula-mula jatuh suka, bagaimana hati boleh jatuh suka? Suka saya ingatkan kisah Fadl bin Abbas (sepupu Rasulullah, dan juga abang kepada Abdullah bin Abbas) yang memandang kepada jemaah wanita yang mengerjakan haji. Dia memandang sampai terteleng kepalanya, lalu Rasulullah menolak wajahnya. "Jagalah pandanganmu, nescaya kamu akan mendapati kemanisan beribadah." Cerita ini unik, kerana Rasulullah bukan menghalang dia memandang kepada orang buka aurat, tetapi memandang kepada orang perempuan yang sedang mengerjakan haji. Tahu bagaimana pakaian orang perempuan yang sedang dalam ibadah haji? Jika tak tahu, boleh google gambar tu. Betapa orang yang begitu sempurna dia menutup aurat pun, Rasulullah halang kita daripada sembarangan memandang... inikan pula orang yang pakainya tak sesempurna jemaah haji wanita.
Kesembilan dan kesepuluh, kalau dah rasa diri tu memang suka sangat dengan perempuan tu (dalam keadaan diri langsung tak kenal siapa dirinya), maka berdoalah kepada Allah agar Allah pusing-pusingkan suratan takdir, dengan memberikan beberapa pertemuan lagi yang diakhiri dengan pernikahan. Macam cerita novel juga. Bukankah orang yang haram disentuh dengan tangan, boleh disentuh dengan doa?
Sweetnya! Buat ikhwan yang telah jatuh cinta, pesan saya... makin anda panasaran, makin wajib untuk anda dekati Tuhan!
Macam murabbi saya, makin nak kawin... makin dia jadi warak hingga nak ajak lepak kedai makan pun dia kata. "Ana perlu banyak bermuhasabah."
29 Komentar
nice awk :)
Balassaya suke entry ni.hehe
senyum sendiri didepan latop... :D
Balaspengolahan yg menarik.. :D
betul lah . saya setuju... :)
Balasterbaik... :)
Balas=)
BalasAssalamualaikum! suke mmbacanya..osem! ukhuwah fillah..
Balascara penulisan yang sgt kemas dan menarik,,=D
Balasjzkk
Assalamualaikum..
Balasentry yang sangat menarik..
saya suka ! thumbs up..
sy sendiri takut untuk bercouple... syukur alhamdulillah.. smp sekarang sy masih single dan tdk pernah terjebak dlm couple2 nie..
do not wait for my love..
because i still love HIM.. <3
Brother!
BalasIni terbaik . Hehe
Menjentik jentik tangkai hati.
Sampai hati turut senyum membaca!
Semoga berjumpa yang solehah & terbaik :D
assalamualaikum.
Balasentri ni sgt membumi, bawa aku sama-sama mengaduh dlm cara plg lembut, plg humble.
cara kau kongsikan 10 poin ni sgt suci, sgt pure.
aku teringat kuot ustaz kata : "haram mengurat perempuan tanpa niat menikah dengannya".
btw, terimakasih utk entri ni. barakallahufik.
teringat..pernah baca di fb..
Balastak berapa pasti dari siapa..
'dari mata, bukan turun ke hati, tapi turun ke bawah lagi.'
pandangan mata itu amat perlu dijaga..
post yang menarik, satu muhasabah diri yang baik.
alhamdulillah~
salam ziarah..
Balasperkongsian yang menarik..
Alhmdllh..penulisan yg jelas n mantop..syukran ats prlgsian..moga thabat ya akh
BalasAlhamdulillah,masih wujud lagi dot dot dot..
Balasapa pun syukran kpd yg ''menulis'' (=
*hati gembira dan bersyukur..
suka kupasan Iqbal
Balashope Iqbal dapat penyejuk dimata penawar dihati yg benar2 solehah
dik iqbal, ternyata peranan org tengah bole jadi yg terbaik..
Balassenyum lepas baca...
Balassentuh dengan doa?
semoga berjaya...
all the best for you bro~ hehe
Balasmoga dapat cinta sejati yang sama-sama membawa ke arah cinta ILAHI
cewah.
okay komen takde kena mengena
jazzakumullah khayr untuk peringatan akh.
Balas"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (51:55)
LydSunShine likes this.
BalasAssalamualaikum akhi,
BalasAlhamdulillah, coretan yang sangat mengesani hati saya. Syukran.
Semoga anta mendapat jodoh sesegera mungkin dan mendirikan baitul muslim yang diredhai Allah SWT.
BroHamzah
assalamualaikum...
Balaswell said,simple dan olahan yang mudah untuk difahami.
suke quote:
"Bukankah orang yang haram disentuh dengan tangan, boleh disentuh dengan doa?"
berdoa dan terus berdoa utk dia yg berkenan dihati,fitah kan utk menyukai? :)
ziarah ilmu dari sahabah temerloh..
Balashazamin al-fadli rabbi, ahsanallahu 'aza akum
perlukan banyak muhasabah diri...
Balasentry yang bagus :)
Balassemoga kita semua dipertemukan jodoh yang terbaik oleh-NYA .
Pergh! Blog best giler ! Mabruk3! Tahniah3!
Balassaya nak seorang lelaki yg soleh sbg teman hidup...saya cuba untuk menjadi seorang wanita yg solehah..BERCINTA SAMPAI SYURGA..
Balassuke lar post ni
Balasmintak share ye
yg buta boleh jd celik, yg celik boleh jd buta..
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443