Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

memandangkan tak boleh taip panjang2, terus pd soalan. apa pdpt ttg "llk yang soleh lbh baik berkahwin dgn wanita biasa dan wanita solehah berkahwin dengan lelaki biasa. minta jelaskan lebih pd keadaan yang ke2, bagaimana wanita mampu membimbing suami?
Saya suka mengulang-ulang sebutan orang tua kita dulu-dulu; "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga."

Maksud peribahasa itu ialah; Kalau tidak cukup syarat, jangan dibuat apa yang tidak terdaya!

Samalah dalam pernikahan. Saya kira, hadis tentang 'memilih pasangan berdasarkan kriteria agamanya' sudah cukup jelas. Dalam hadis itu, Rasulullah kata; "Carilah yang beragama", kerana hakikatnya... yang beragama itu akan membahagiakan.

Satu perkara yang kita selalu tak faham, kita bayangkan 'orang beragama' itu sebagai orang yang hafaz al-Quran 30 juzuk, orang yang berceramah di masjid dan surau, orang yang ambil ijazah dalam jurusan fiqh atau usuluddin, atau juga orang yang dicanang-canang padanya gelaran ustaz atau ustazah.

Tak. Tak semestinya begitu.

Yang benar, yang tepat... ialah bagaimana dia mahu agama. Tak seharusnya dia fakeh. Tak semestinya dia perlu alim. Tapi yang perlu ialah, dia punya kesungguhan dan keupayaan untuk menggerakkan iman kita ke hadapan.

Kembali kepada persoalan isteri bimbing suami, saya suka nak bertanya; Yakinkah kita mampu membimbing? Atau mungkin ombak dan badai alam rumah tangga, memusnahkan niat murni kita tadi, hingga kita sama terdorong kepada kemelut iman?

Saya bukan mahu merendah-rendahkan orang wanita, tapi jelas... Allah menyatakan bahawa kaum lelaki ini sebagai pelindung kepada wanita, atas kelebihan lelaki yang Allah sediakan secara fitrahnya. Rujuk surah An-Nisa ayat 34.

Yang berlaku, bukannya sedikit orang perempuan yang murtad kerana jatuh cinta dengan lelaki kafir!

Mesti perempuan-perempuan melayu yang bercinta dengan lelaki cina kristian tadi, pernah berfikir: "Aku nak islamkan dia nanti sebelum kami kahwin."

Tapi ia tak berlaku. Kerana jelas, perempuan tak cukup kuat untuk melawan ego, tipu daya, dan pujuk rayu lelaki. Lelaki berkulit buaya, banyaknya!

Jadi, jawapan saya bagi soalan ini ialah: Ukurlah baju di badan sendiri. Jika yakin yang kita akan dakwahkan dia, dan bukannya dia yang akan 'dakwahkan' kita, maka terpulanglah. Tapi jangan lupa untuk berfikir panjang dan meminta petunjuk Allah melalui rintih sayu kita pada dinihari.

Tolong jangan buat sesuatu keputusan menggunakan akal yang pendek. Lebih saya takutkan, anda membuat keputusan yang besar, menggunakan perasaan yang sudah penuh dengan cinta. Cinta yang tak jelas, tapi telah menjadi kabus yang menutup logik!

Jangan begitu.
Anda ada Tuan punya takdir. Tanya Dia.

------------------------------------------
macam mana nak jaga ikhtilat dalam facebook?
 Nak jawapan yang pendek atau yang panjang?

Yang pendek- deactivate Facebook anda, atau unfriend dengan lelaki-lelaki, sahabat anda.

Tapi kalau jawapan ini yang saya beri, jelaslah tahap intelektual saya menghampiri sifar. Tak bernas langsung!

Tapi begitulah. Susah nak jaga pergaulan di alam maya, hingga ramai yang terbabas. Saya suka nak menggunakan beberapa dalil daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi.

Ada satu hadis yang berbicara tentang hati. Pertama, dalam hadis ke-11, Rasulullah S.A.W bersabda, "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu."

Kedua, hadis ke-27, Rasulullah S.A.W bersabda; "Dari Nawwas bin Sam’an r.a dari Rasulullah saw baginda bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “ Riwayat Muslim. Dan dari Wabishah bin Ma’bad r.a dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah saw, lalu baginda bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan?, Saya menjawab, "Ya." Baginda bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguraguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.

Dan dalam surah al-hujurat, Allah katakan, "...Allah menjadikan hatimu benci kepada kekufuran..."

Jadi, nak jaga ikhtilat ialah dengan berasa 'tidak suka diketahui orang'. Bagi saya, ia terpulang kepada individu. Ada sesetengah orang (seperti saya), memang ada contact atau berhubung dengan wanita. Wanita yang bukan mahram saya. Dia update status, saya komen. Tak pun, saya like. Kadangkala, tak ada isi tarbawi pun. Tujuan saya cuma mahu mengurangkan 'ruang' atau 'gap' yang menghalang mereka daripada mendekati agama.

Sebab, orang lelaki atau perempuan... mana-mana sahaja, dan sesiapa sahaja... mereka akan mencari orang yang mereka senang, apabila mereka dalam kekusutan atau dalam masalah. Dan sekiranya penasihat mereka ialah orang yang salah, maka masalah kedua dan ketiga akan timbul. Dan paling kita takut, mereka akan jadi makin jauh dengan agama!

Dan inilah yang berlaku bila orang agama nampak terlalu 'singa' pada mereka. Hingga bila ada kemelut peribadi, setiap yang berpisat dari benang pemikiran mereka akan diluahkan kepada orang yang salah. Jika kita meminta nasihat daripada orang yang salah, apakah kita mengharapkan mereka akan memberi jawapan yang betul?

Tak. Saya sendiri terkilan, bila ada yang pandang serong pada saya. Saya belajar agama, insya-Allah saya faham dan tahu batas-batas saya. Saya ada bergurau di Facebook, ada melawak di Facebook, dan ada bertukar komen juga!

Kerana saya nak orang faham, orang dakwah bukannya singa. Orang dakwah ialah manusia. Ya, spesis yang sama. Dan paling utama, orang dakwah boleh didekati, dimesrai, dan boleh diminta pertolongan.

Dan saya mendakap rapat fatwa hati saya. Bila saya rasa tak kena, rasa serba salah, dan rasa gusar bermukim, saya akan tinggalkan perbualan saya di Facebook dengan wanita. Kerana bila dah sampai pada tahap itu, saya yakin memang saya dah nak sampai limit!

We do have a limit. Dan limit itulah yang menjaga ikhtilat di alam maya.

Wallahua'lam. Ini pendapat peribadi saya. Cuba anda tanya Inche Gabanna, kerana dia pun ramai pembaca wanita juga.

----------------------------------------

salam, sy sngat suka usrah, but then , kdg2 usrah tu ambil masa sngat lama, smpai sy jd boring n asyik ingat nk balik je. mcm mana ye? hati pun da jadi x ikhlas
Ada dua masalah disini. Masalah anda, dan masalah murabbi anda.

Tapi saya lebih nampak kepada masalah murabbi anda.

Sepatutnya murabbi contohi cara Rasulullah mentarbiyyah para sahabat. Rasulullah punya banyak metodologi yang berbeza-beza. Ada kala baginda suruh sahabatnya berimagenasi (imagine). Kadangkala, baginda melukis (seperti di atas tanah). Kadangkala, baginda mengajak sahabat berfikir. Kadangkala, memberi kuiz (seperti dalam hadis pokok kurma). Kadangkala, membawa sahabat berjalan-jalan. Dan kadangkala, baginda tak mengajar apa-apapun!

Murabbi, tak perlulah tiap-tiap minggu nak beri bahan. Kadang-kadang, tayanglah video-video pendek. Tadabbur video. Kadang-kadang, tadabbur novel. Jadilah lebih kretif. Jangan kerana anda ghairah mahu 'membina peribadi Abu Ubaidah Ibn Jarrah r.a atau peribadi Muaz Bin Jabbal r.a, anda hilang seni berdakwah.

Dan bagi anda pula (yang bertanya), kalau cepat sangat bosan, cuba buat nota. Bila murabbi anda cakap, anda salin. Dah kalau duduk dan pasang telinga sahaja, memanglah cepat bosan!

Dan paling utama, saya nampak niat anda tu seperti ada sesuatu yang tak kena. (Jelas sekali saya tak tahu apa yang ada dalam hati anda. Saya cuma meneka). Jika anda hanya mahu seronok, maka memang wajarlah untuk kebosanan segera menggigit.

Tarbiyyah bukanlah aktiviti untuk mendatangkan rasa seronok atau terhibur. Rasa seronok ialah perkara sekunder (secondary) dan ia dicapai, bukan kerana kita mencari melainkan Allah yang memberinya.

Sebaliknya tarbiyyah ialah aktiviti untuk mendapatkan rasa hidup bertuhan. Dan apakah ada perkara yang lebih indah daripada kita merasa kita ada Tuhan? Tuhan yang sebenar-benarnya, dan bukannya tuhan yang mengalir daripada celah bibir!

Wallahua'lam. Bersihkan niat. Moga kita sama-sama dipilih oleh Allah untuk membawa cahaya agama-Nya.
            
Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

jgnlh bertangguh-tangguh dan janganlah tergesa-gesa dlm soal kahwin ini. Ada banyak hal yg kita kena mempertimbangkan seblm melangkah ke alam perkahwinan.

Balas
avatar

Calon suami walaupun Islam tapi kalu tak suka solat, tak suka mesjid tidak akan bahagia rumahtangga akan berlaku berantakan dan perceraian. Tapi andai calon suami ikhlas mencari kebenaran itu lebih baik dan akan bahagia rumahtangga. Wallahu alam

Balas
avatar

Akhi wa ukhti.
Bab kawin ni janganlah terlalu ideal sangat atau jgn mudahkan sangat. Asal boleh menyejukan jiwa dan ada asas agama sudah memadai untuk dibuat pendamping dalam kehidupan. Yang penting pasangan kita ada jamaah untuk tempat bersandarnya kerana manusia ini tidak akan kuat meski dia punya ilmu setinggi gunung tanpa jamaah untuk dia bersandar. Kehidupan kita adalah proses. Berjamaah bertarbiyah untuk memningkat juga perlukan masa dan proses. Begitu jugak dengan kawin! Ianya satu proses untuk membina generasi bertakwa ... apa yang penting ikatkan diri dengan jamaah dan tarbiyah dan berusaha untuk menuju kematangan.
''''''''''''''''''''''''''''''''''
Ikhtilat ... Dalam berfacebook yang paling penting sekali ialah jangan bawak perasaan tapi bawak iman juga kena ada sifat qawammah ( menguasai diri) barulah kita boleh berpacu kemana saja. Orang dakwah perlu bergaul dan menjadi pemandu ummah ... oleh itu sikap ini amat perlu buat dirinya.
''''''''''''''''''''''''''''''''''
Boring berusrah? Hidup orang beriman dibumi ini sebenarnya tiada hiburan selain mendekati Tuhannya dan meningkatkan imannya. Kita tiada pilihan sebenarnya kecuali banyak memohon kepada Allah agar mengurniakan keindahan kepada hati kita untuk islam dan akhirat.Jadikanlah segala ibadah termasuk usrah sebagai hiduran kita dan bukan sebagai bebanan .... lama kelamaan ianya akan membuahkan kekuatan dan keseronokan. Insyaalah.
muharrikdaie sang perindu.

Balas
avatar

terima kasih atas jawapan. salam

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443