Antara Nur Hidayah dan Nurul Izzah.

Apa maksud hidayah?

Hidayah ialah petunjuk; guidance.

Daripada siapa, melalui siapa, dan kepada siapa?

Allah berfirman dalam ayat 52 surah As-Syura: "Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,"

Mudah nak faham, begini. Kita nak bermusafir ke Perlis. Dari Kuala Lumpur, ada banyak papan tanda yang menujukkan jalan ke sana. Kita membuat pilihan. Kiri atau kanan. Orang yang faham bahwa yang dituju ialah Perlis... maka dia takkan ambil jalan yang membawanya ke Johor.

Bagitulah hidayah. Hidayah ialah petunjuk, yang menunjukkan dan melorongkan kita kepada jalan-jalan yang membawa kita kepada destinasi atau matlamat kita. Kita inginkan syurga, kita inginkan bahagia. Maka, dalam kehidupan seharian kita... Allah sediakan 'papan-papan tanda' di sepanjang derap langkah dan hembusan nafas kita, untuk kita ambil dan manfaatkan; supaya kita bertemu dengan ultimate goal kita iaitu redha Allah... dan seterusnya terselamat daripada godaan syaitan dan dunia.

Kemuliaan.

Hidayah dan kemuliaan ialah dua perkara yang datang seiring. Berpasangan, berpapasan. Jika kita menjalani kehidupan atas landasan taqwa, dengan hidayah sebagai engin yang memacu, maka kehidupan kita akan jadi mulia, harmoni dan tersusun.

Jangan terpedaya dengan apa yang mata kasar kita cerita. Jangan tertipu dengan nafsu kita rembeskan. Tiada kemuliaan dari balik kolam emas. Tiada kemuliaan daripada segedung permata. Tiada kemuliaan di balik segunung ilmu. Kemuliaan bukan suatu yang didapati melalui banyaknya aset mahupun tingginya ilmu. Bahkan kedudukan sosial juga bukan kayu ukur. Sebaliknya kemulian ialah sesuatu yang didapati melalui agama.

Buktinya?

Maruah seorang muslim ialah hartanya yang paling berharga. Orang yang mampu membeli matahari pun, dia takkan mampu membeli maruah seseorang melaikan orang itu sendiri yang menjualnya!

Jika kita katakan bahawa kemewahan ialah kemuliaan, kita lihat Arab Saudi. Negara mereka kaya. Bumi mereka Allah bajai dengan sumber minyak (petroleum). Pak-pak arab disana kaya raya. Kaya raya sampai tak tahu nak buat apa dengan duit mereka sampaikan mereka boleh beli kelab-kelab bola sepak, boleh bercuti di London, Las Vegas, Hawaii... boleh berpoya-poya dengan gadis yang umppphhhh! sampaikan boleh pula membida nombor pendaftaran kereta mewah mereka dengan harga berjuta-juta!

Tapi, adakah mereka kelompok yang mulia?

Saya tak nampak begitu. Kerana mereka banyaknya menjadi boneka Yahudi dan Amerika. Disuruh tidak membantu rakyat Palestin, mereka sami'na wa atoina. Disuruh jangan membantu umat islam di luar negara mereka, mereka juga sami'na wa atoina.

Muliakah begitu bila hidup ditunggangi musuh Allah?

Baiklah. Kita katakan ilmu yang menjadikan manusia mulia. Jika begitu, kita boleh lihat kepada Mesir. Mesir ada Universiti al-Azhar yang merupakan matahari bagi penduduk bumi. Pelbagai cabang agama diajar dan dikaji di sini. Tetapi adakah ini menjadikan Mesir sebagai negara yang mulia?

Dahulu, sepanjang musim pemerintahan Hosni Mubarak, keadaan tak menunjukkan begitu.

Tetapi kini, beransur baik insyaAllah. Tetapi tak lama dahulu, dunia dikejutkan dengan peristiwa rusuhan yang tercetus kerana bola sepak yang menumpahkan darah pekat. Darah hanyir berlendir yang menjadi saksi betapa kosongnya fikiran anak muda bila mereka sanggup menyahut seruan jahiliyah; berperang kerana bola sepak dan mati kerana sukan!

Muliakah? Nampaknya tidak begitu.

Jika kita katakan juga bahawa agama ini menjanjikan kemuliaan apabila umatnya ramai... maka kita boleh mengerling sekilas kepada negara jiran kita, Indonesia. Dibuktikan oleh fakta... Indonesia ialah negara yang menampung umat islam yang paling ramai. Tapi jika disoroti pola pergerakan alam di sana, keadaannya tidak jauh berbeza dengan di Malaysia. Tidak menjanjikan kemuliaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh sebahagian kecil kita, kononnya kemuliaan ialah kerana ramainya anggota, ramainya jemaah!

Ittiba'ir Rasul.

Baik hidup dengan basah bermandi hidayah, mahupun hidup dengan hangat diselimut kemuliaan... kedua-duanya hanya akan terlaksana apabila kita mengikut Rasulullah. Jika ada impian, tapi tiada tindakan, maka ia adalah retorik cetusan Mat Jenin versi diri sendiri.

"Sungguh, yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa"- Al hujurat ayat 13.

"Padahal kekuatan (dan kemuliaan) itu hanyalah bagi Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahu"- Al munafikun ayat 8.

Sisi Pandang.

Allah ada cara menilai hamba-Nya dan manusia juga ada cara menilai saudaranya. Allah menilai melalui ketaatan manusia, sedang manusia ada sejuta macam cara mereka menilai.

Jika kita mahu puaskan hati setiap orang, maka kita akan gagal dengan segagal-gagalnya. Kita takkan mampu membuatkan setiap jiwa berasa lapang dan senang dengan kita.

Sebaliknya jika kita mahu puaskan Allah, mahu sukakan Allah... maka di sana ada sosok seorang Muhammad S.A.W untuk diteladani yang padanya tidak ada selain daripada kejayaan!

Ingatlah. Jika manusia suka, tapi Allah murka... maka sia-sia hidup ni!

Sebaliknya jika manusia murka tapi Allah suka... maka kehidupan ini telah pun menjadi miliknya!
   
Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

Ada banyak perkara lagi boleh anda tulis di sini selain isu cinta kepada Allah, Rasullulah dan sebagainya.

Anda seorang muda. Bacalah kassimahmad.blogspot.com. Debatlah. Berilah pencerahan. Tulislah di blog ini. Itupun jika anda sayang Islam (kerana anda berpengetahuan). Banyak orang Islam terbabas di blog itu.

Jika anda hanya memperjuangkan cinta semata-mata, halal-haram dan isu ranting. Anda tidak ke mana-mana dan musuh Islam seperti dia semakin bermaharajalela.

Balas
avatar

Assalamualaikum..

Tidak berapa setuju dengan mengatakan orang-orang Arab tu suka berfoya-foya. Alhamdulillah..saya dah kerja 3 tahun disana...ada yang beriman tu akhlak nya seakan Rasulullah...

Sebenarnya sama je manusia ni, tak kira apa bangsa...keimanan sahaja yang membezakan...

Balas
avatar

semoga Allah redha...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443