Aduhai saudaraku, awak tak tercium ke bau yang mencucuk-cucuk itu?
Oh, lupa. Itu bau badan awak. Wajarlah awak tak bau. Hidung awak dah sebati dengan baunya!
Berhias bukan bererti memakai barang kemas. Bukan juga membawa maksud memakai pakaian yang mahal-mahal. Tetapi berhias bermaksud mengelokkan penampilan, baik dari segi kekemasan mahupun kebersihan. Kerana antara sunnah Rasulullah, Baginda tidak akan mendatangi solat sebelum baginda bersiwak (bersugi). Sunnah lain yang juga besar ialah mandi, dan memakai haruman.
Memakai haruman sebelum solat ialah satu sunnah yang besar, tapi sudah dianggap kecil, remeh dan tidak penting. Sedangkan dengan sedikit calitan minyak atar, bau badan kita dapat ditutup. Mutiara keringat yang mengering juga dapat dihilangkan baunya. Bahkan, haruman ini dapat menjentikkan kesegaran dan tenaga kepada badan kita yang lesu.
Kerana ia sunnah yang besar, para ulama dahulu mewajibkan diri mereka untuk berwangi-wangian semata-mata mahu beribadah dan menuntut ilmu.
Tapi kita mengabaikan pula sunnah yang mudah ini. Bukan apa, saya geram dengan sesetengah manusia yang mahu melakukan ibadah, tetapi menganggu orang lain. Saya tak boleh fokus bila yang berdiri di sebelah saya ialah 'bawang putih' dalam bentuk seorang manusia!
Alang-alang saya menegur para pencinta rumah Allah yang mengabaikan kebersihan dan kekemasan, maka saya mengambil sedikit ruang untuk bercakap tentang hal yang sama, terhadap golongan wanita.
Ini namanya berlebih-lebihan. Dan perbuatan berlebih-lebih ini bukan lagi perbuatan orang yang tak solat, orang yang tak tutup aurat, tetapi para muslimah yang bertudung dan baru keluar dari pintu surau juga melakukan 'zina' begini!
Hati-hati saudariku. Jangan berlebihan sangat dalam memakai haruman. Saya bukan suamimu. Bahkan, lelaki-lelaki yang kembang-kempis hidung mereka mencicip kelazatan syahwat itu juga bukan suamimu!
Jadi mengapa perlu melampau, hingga menarik perhatian?
Calitlah sekadarnya. Buat lindungan pada aroma busuk yang bergantungan, agar tidak memalukan diri. Janji ya jangan buat lagi!
3 Komentar
Jadi maksudnya wanita langsung tak boleh pakai wangian atau macamana?
BalasBoleh saja. tapi jangan berlebihan sampai menarik perhatian lelaki sudahlah. Pakai cukup2 utk hilangkan bau tak senang pada badan, itu dibenarkan. Sampai orang teransang dan tertarik, itu kesalahan besar.
Balasnaudzubillahi mn dzaalik.=)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443