Berbeza sangatkah dengan sekolah agama.


Dalam derap langkah kami ke masjid untuk solat jumaat tadi, saya dan seorang teman rapat, berbual-bual. Dia bertanya kepada saya,

"Aku perasan la kan, kenapa budak sekolah agama kadang-kadang lagi teruk daripada budak sekolah biasa?"

Saya tersenyum. Soalannya itu ialah soalan yang sama, pernah bermain dalam fikiran saya satu ketika dahulu.

"Sebab culture shock kut", jawapan ringkas saya.

"Takkanlah. Mereka tu kan terdidik nak buat baik masa di sekolah dulu. Takkanlah teruk sangat culture shock, sampai keluar aja sekolah jadi entah apa-apa", dia jelas tak berpuas hati dengan jawapan ringkas saya.

Saya tersenyum lebar, lalu saya menjelaskan.

Kita kawan dengan ramai orang, kita akan jumpa dengan bermacam ragam. Bermacam pengalaman. Bermacam pengajaran. Antara pengalaman yang paling berharga itu, ialah pengalaman yang datang daripada pemerhatian kita atas kesilapan-kesilapan orang. Sebab itu bijak pandai pernah berkata, "It's good to learn from our mistake, but it's best to learn from others mistake".

Betul bukan? Maka, terimalah dan hayatilah artikel ini sebagai satu bentuk pelajaran. Mudah-mudahan kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran.

Saya dengan jujurnya dan tegas, menyatakan bahwa saya tidak sesekali bermaksud mahu merendah-rendahkan budak sekolah agama. Tapi, sepanjang saya bersahabat, lebih banyak produk yang 'kurang elok' daripada produk yang berkualiti, yang saya temui. Mungkin kerana saya yang masih kurang berkawan, tapi selalunya, yang baik-baik ini saya temukan daripada jiwa seorang lelaki biasa. Sekolah sekular. Bukan anak tok imam. Bukan pelajar jurusan agama.

Maka, saya membuat konklusi sendiri, bahwa baik dan buruk manusia itu, berkadar langsung dengan peluang-peluang yang Allah sediakan untuknya. Peluang-peluang itu, hakikatnya ialah satu ujian daripada Allah, untuk menguji setiap yang bergelar manusia.

Ada orang, kita nampak baik. Soleh. Taat. Memang dia soleh. Kita akui itu. Tapi sebenarnya dia jadi baik begitu kerana dia tidak diuji, dan tidak ada peluang untuk berbuat dosa serta maksiat. Macam budak sekolah agama. Memang di sekolah, mereka baik-baik. Solat berjemaah. Melazimi mathsurat. Tercelup dengan kehidupan muslim. Tapi bila keluar daripada suasana itu, apa yang terjadi sebenarnya?

Dunia luar, hakikatnya ialah dunia yang kejam. Dunia yang menoreh-noreh, menghiris-hiris halus, kepingan-kepingan iman dalam diri kita. Dunia yang terlalu menguji.

Ada orang, cukup sensitif terhadap couple. Dia cukup tak senang tengok orang lain ada teman lelaki atau teman wanita. Tapi atas dasar apa? Atas dasar agama?

Tidak. Tapi atas dasar, tak ada orang yang berkenan padanya! Cubalah nanti, bila ada perempuan yang menggoda, atau ada lelaki yang memikat, yang garang itupun boleh jadi lembut dan tewas!

Ada orang, dia boleh menjaga solat fardunya kerana dia belum diuji dengan pekerjaan. Masa belajar, dialah imam. Dialah bilal dan dialah juga siak. Tapi sesudah disibukkan sedikit sahaja dengan pekerjaan, siapa imam pun dia tak kenal. Bilal dan siak, lagilah dia tak kenal siapa orangnya.

Ada orang yang cukup menjaga pandangan kerana belum diuji dengan kebebasan. Cubalah nanti apabila dia memiliki sendiri telefon pintar, boleh melayari internet, silap-silap, matanya berair-rair bukan kerana tersentuh atau hiba membaca hadis, tapi berair-rair kerana ghairah melayari laman pornografi.

Memang.

Memang tiada malaikat dalam kalangan manusia. Tapi tak bermakna itu menjadi dalil bahwa kita diizinkan untuk berbuat dosa nan maksiat.

Ada pula manusia yang kita lihat biasa-biasa. Mengaji pun tak lancar. Cara mandi wajib pun baru nak belajar (konon kita dah belajar masa sekolah rendah dulu). Pakai baju kemeja biasa. Pakai kopiah pun jenis biasa-biasa. Baca majalah pun majalah Solusi (kita mungkin baca kitab ulama muktabar).

Tapi orang itu sebenarnya lebih jujur, ikhlas, tulus, dan beradab daripada kita!

Mereka hormat kita. Tunduk. Senyum.

Tapi tidak kita, kepada mereka. Kerana kita kan budak baik! Budak sekolah agama!

Sedang mereka sebenarnya ialah manusia-manusia yang tercari-cari peluang, dan bukannya manusia-manusia yang dihidangkan peluang untuk melakukan kebaikan!

Kita sering berbangga dengan status kita. Yang anak kepada Imam, berbangga dengan ayahnya. Yang menjadi ibu kepada Ustaz popular, berbangga dengan anaknya. Yang berjiran dengan Imam Muda, berbangga dengan jiran. Yang menjadi penuntut Universiti Islam, berbangga terhadap pendidikannya. Padahal, itu semua sampingan. Cuma nilai tambah yang tidak pun menambahkan kemuliaan di hadapan Allah pun!

Alhamdulillah.

Saya bersyukur sangat kerana Allah beri saya hidayah untuk saya kembali mengenali diri saya yang sebenar. Saya bukan budak baik. Ada masa silam. Ada dosa semalam. Ada kotoran, najis maksiat, debu dosa. Ada semua keburukan-keburukan itu.

Dan saya mengenali tahap iman saya bagaimana. Kerana itu saya berdoa sentiasa agar apabila Allah berkehendak mahu menguji saya, maka saya pinta agar Allah berikan dan limpahkan saya dengan kesabaran serta kesyukuran, supaya ujian-ujianNya bukan menyebabkan saya berubah watak. Kerana saya sudah melihat betapa ramai yang gagah, tapi sebenarnya lemah. Hanya sekadar satu ujian sahaja, dia berubah sikap.

Saya bersungguh-sungguh berdoa agar Allah berikan saya lulus untuk ujian-Nya, kerana satu yang pasti, hidup ini sendiri sebenarnya satu ujian yang tidak dapat tidak, akan kita tempuhi juga.

Goodluck!

Nota kaki: Sekolah agama dengan pendidikan agama ialah dua elemen berbeza. Carilah perbezaannya. Di sana ada jawapan bagi keraguan kita.

  
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

dugaan boleh membuatkan dinding yang lama kita bina hancur dalam sekelip mata..renungan bersama..

Balas
avatar

Assalamualaikum. Kali pertama nak komen. Saya sangat setuju dengan artikel ini. Sebab saya antara orang keluaran sekolah agama.

Sebenarnya sama sahaja matapelajaran sekolah menengah agama dan sekolah menengah kebangsaan. Yang membezakannya adalah penambahan matapelajaran bahasa arab. Cuma pelajar sekolah agama ini hanya pelajar Islam. Tiada pelajar agama selain Islam. Jadi semua pelajar adalah sama.

Ada beberapa sekolah yang mempunyai pelajaran azhari dan hafazan al-quran. Sekolah lain hanya pada nama. Wallahua'lam

Balas
avatar

ini bukan soal belajar sekolah agama atau bukan.. yg utama ialah mengamalkan agama dlm setiap aspek kehidupan.. btw.. kdg2 sedikit keburukan yg dibuat segelintir bdk sekolah agama org mmg selalu highlight.. yg baik2 org jrg nmpk.. itulah dunia.. apepun.. pandangan ALLAH Itulah yg paling penting.. DIA MAHA MENGETAHUI..

Balas
avatar

Wallahu a'lam.Dah sllu sgt,x pelik dah..ramai kott kwn sy y ex sklh agma tp sumenya something wrong.Dorg ad ilmu tp dorg x buat.bila ckp gempk mglhkn ustzh..bila bab aml kosong.Nk bngkg pun rasa tertewas.Mampu berdoa je.

Balas
avatar

salam alaikum.macam nak nangis je pulak baca artikel ni.okey admit it...pedas gila.mata berair.betul la tu.culture shock.masa sekolah,semua terjaga.terkawal.sekolah pun asing2 laki pompuan.tapi jangan la cakap macam tu kat kitorang,kitorang tak cakap pun korang jahil,jahat ke apa? huwaaaa...S(.lagipun,nama sekolah je smu-tapi kitorang belajar bahasa arab je.jauh berbeza dengan maahad.jangn judge macam tu...sedih kut

Balas
avatar

Maafkan saya jika artikel ini besifat 'bias'. Tetapi sebagai orang awam, budak-budak sekolah agama sebenarnya sudah berada di tempat istimewa kepada kami. Hanya perlu dikekalkan dan digilap sahaja. Insya-Allah. kerana ramai ulama lahir dari sekolah agama juga :)

Balas
avatar

mmg ramai produk skolah agama yg x berjenis tp ramai jugak yg baik2. slalunye bdk yg x berjenis ex skolah agama ni, mmg kt skolah pon prangai mcm tu dah bknnye dh kluar bru nak brubah.cuma dia mgkin akn jadi lebih teruk bila kuar.sbbnye pngaruh kawan. diorg dah mmg salah cari kwn kt skolah lagi.kbykn skolah agama bkn bljr b.arab je, tp ade sbjek agama sprti tauhid, hadis dll.ramai je kwn aq bdak skolah agama yg baik2.kesimpulannya kita kena pandai pilih kawan.

Balas
avatar

aq ex skolah agama. walaupon aq x jadi baik sgt bila dah kluar, aq ttp dpt sesuatu yg aq mgkin x dpt kalau aq skolah biasa.

Balas
avatar

Assalamualaikum
tahniah kpd saudara kerana sudi berkongsi

Saya bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan berasbabkan situasi yang `selesa` seringkali menyebabkan mereka ter`culture shock`.

Dan pada pendapat saya, ianya terpulang pada diri penuntut untuk terus istiqamah menyekolahkan diri hidup beragama mahupun tidak.

Saya pernah bersekolah agama hingga tingktn 3, tingktn 4&5 di mrsm. Suasananya lain, rasa rindu dengan suasana Islam itu membuak buak.

Suasana usrah setiap jumaat, ucapan yang baik-baik dan positif, dan pengakhiran setiap usaha hanya untuk mendapat redha Allah.

Suasana sekolah agama berbeza bukan setakat subjek bahasa arab, malahan suasananya. Dan penuntut juga berbeza dalam meng`agama`kan diri masing2.

Wallahu`alam.

Balas
avatar

Terima kasih atas semua respon yang diberikan. Moga kita dapat bersepakat di dalam memperbaiki diri dan juga ummah.

Balas
avatar

Salam. Saya rasa terpanggil utk komen post saudara iqbal ttg topik yg agak hangat ni.

Sedikit sebanyak saya setuju dgn saudara iqbal dr segi bukan smua budak sekolah agama kluar2 je jd baik.

Sejujurnya, saya sendiri bekas pelajar sekolah agama. Tapi ada sedikit perkara ingin saya kongsikan dgn anda semua.

1. Ilmu tidak akan menjamin seseorang itu tidak terjebak dlm maksiat mahupun kelalaian. Tapi ilmu itu akan bertindak sebagai "alarm" kpd org berilmu yg salah itu supaya sedar ttg kesalahan dia dan kembali ke pangkal jalan

2. Kalau ilmu itu boleh membuatkan pemiliknya sentiasa terpelihara drpd dosa bererti ada satu golongan lg yang boleh bersifat maksum selain para Nabi, iaitu golongan berilmu. Tapi Allah sudah kata yg maksum itu hanya Nabi. Maka dgn itu, sebanyak mana pun ilmu seseorang, dia tetap tidak akan terlepas dr buat kesalahan. Dan sudah menjadi adat di dunia ini, bila org berilmu buat salah walaupun sedikit, ia dilihat sebagai satu aib besar oleh org lain.
(Cikgu bi cakap tersalah grammar, org pandang slack. Cikgu maths salah kira, doktor tersalah rawat, ayah engineer tapi anak pljar lemah dlm plajaran, ayah ustaz tp anak x jaga aurat....dn mcm2 lg cth lain)

Kita hanyalah manusia yg lemah..larilah mcmana sekalipun..takdir kita sbgai manusia ini xkan terlepas dr keslahan..so masa kita buat salah ni lah masyarakat akan judge kita.

3. Keberkesanan sahsiah seseorang terletak pd TARBIYYAH yg dijalaninya. Kalau dia sekolah agama, tp aktiviti tarbiyyah kurang di sekolah (atau dia yg skip aktiviti mcm tu)..maka tak akan lahir org yg berakhlak sbgaimana sepatutnya.

Mcm tu juga dgn pelajar bukan sekolah/aliran agama..tapi kalau dia melalui tarbiyyah yg baik (mungkin kt sekolah dia ada ustaz/ustazah yg sgt tekankan tarbiyyah, atau tarbiyyah scra lgsung dr mak ayah ke nenek ke..atau dia slalu pi masjid/majlis ilmu..atau dia ikut usrah..atau tarbiyyah langsung dr Allah) maka ketika inilah, TAK MUSTAHIL dia akan jadi lebih baik dr pelajar sekolah/aliran agama yg kurang nilai tarbiyyah nya.

4. Sistem pendidikan kita.

Ada kaitan dgn point no.3. Belajar agama ni x boleh hanya dgn exam. Sistem pndidikan mainstream kita ni kena ikut silibus..kena kejar deadline..fokus apa yg masuk exam..bg dapat A..ada teknik jawab soalan..
Masa yg ada x cukup utk fokus pd pembinaan pelajar secara menyeluruh. Sebab itu perlu kpd tarbiyyah. X payah ckp sekolah agama lah..sekolah biasa pun ada belajar subjek agama. Sejauh mana subjek agama yg kita ambil tu membantu kita utk jadi muslim yg baik lepas kita habis sekolah. Kebanyakan kita dh lupa pun apa yg kita belajar walaupun kita dapat A++. Sebab apa? Sekali lagi, sistem pendidikan. Subjek yg kita belajar dlm kelas tu x ada roh sehingga menjadikan kita berubah menjadi org yg lebih takutkan Allah. Bukan maksud sy nk condemn atau tuding jari pd mana2 pihak ttg sistem pendidikan ni. Tp itulah hakikatnya...kesan2 tinggalan penjajah yg sedikit sebanyak mencorak sistem pendidikan kita. Ada unsur2 sekular yg mana ada unsur pemisahan antara agama dan dunia. Utk cover line, subjek agama tetap diajar. Tapi hanya diajar, praktikalnya? Rohnya? Fikir2lah bersama. ( reformasi pendidikan itu perlu).

Sebab tu kita ada sekolah swasta...yg inginkan perubahan dr segi mendidik pelajar2 mereka..mereka ada aspirasi dn pndapat mereka sendiri ttg corak pendidikan yg berkesan.

Kita perlukan satu corak pendidikan yg seimbang..akademik dan akhlak dan ilmu agama sama mantap.

Balas
avatar

5. Point sy yg terakhir, manusia itu sifatnya tak akan pandai menghargai nikmat hidayah selagimana dia tak kenal kejahilan.

Apa maksudnya ya?

Mcm ni lah, bg saya sama je case "kenapa pelajar sekolah agama kdg2 lebih teruk dr pelajar sekolah biasa" dengan case "kenapa kebanyakan org yg masuk islam lebih baik dr org yg lahir2 dh islam"? Mesti kita selalu dgr jugak version ini kan?

Balik pd point sy td..
Org islam, dia x pernah rasa hidup yg penuh kesesatan dan kekafiran..tercari2 Tuhan tu siapa sebenarnya...1 ke 3 ke beribu2? Hati yg x tenang...mcm2 lg yg dirasa org bukan islam yg tercari2 hidayah. Kita yg dh sedia islam ni senang. Xde susah2 nk serabut mencari Tuhan tu sape dan pelbagai lg konflik lain sbb awal2 lagi kita dh DIDIDIK, DIBERI ASAS ILMU AGAMA, dsb.

Sebab tu sampai satu tahap sebenarnya kita x sedar yg kita TAK HARGAI nikmat hidayah tu..jadilah kita muslim yg lalai...x sepertimana org2 yg baru masuk islam.

Macam tu jugaklah andaian saya ttg apa yg berlaku kpd pelajar sekolah agama yg membesar dlm suasana tarbiyyah. Die x payah cari dh..mmg die hidup dlm suasana islam. Dan die mungkin x kenal apa itu " kejahilan"../ "kegelapan" yg org lain di luar sana lalui sbb mereka x ada ilmu..tidak hidup dlm suasana tarbiyyah...so, org2 yg xda ilmu ni..yg hidup mereka terasa jauh dr rahmat Allah...yg sedang rasa seksa dan tidak tenangnya hidup mereka ni tanpa suluhan agama, mulalah mencari2 hidayah....yang akhirnya menjadikan mereka sebaik2 manusia yg mungkin jauh lebih baik dr pelajar sekolah /aliran agama...dan biasanya, golongan yg MENCARI SENDIRI HIDAYAH dengan mcm2 kepahitan dn segala mcm kesusahan ni lah yg akan jadi sebaik2 muslim.


Sebenarnya banyak lg yg saya nk tulis tp ada kekangan masa.

Tapi apa yg saya nak katakan, masa saya sekolah agama, sy bukan kategori pelajar yg baik. Nak kata nakal dn jahat sgt pun tak juga. Tengah2.

Tapi, sejujurnya, saya benar2 'jumpa' agama di luar sekolah apabila sy masuk ke dalam dunia sebenar....yg amat2 jauhhh berbeza suasananya dr sekolah sy yg terjaga dlm byk perkara. Inilah rupanya medium yg betul utk saya praktikkan apa yg sy belajar. Ketika itu baru saya tau nilai tarbiyyah. Betapa rindunya saya kpd suasana itu. Masa dh masuk ke dunia sebenar barulah sy faham apa makna sebenar yg dh sy belajar slama ni sama ada yg dlm buku teks ataupun yg disebut berbuih2 oleh para murobbi yg mentarbiyah kami.

Masa itu barulah saya dapat hargai nikmat hidayah...setelah berada sendiri di alam luar yg penuh kejahilan...saya mencari2 agama dan hidayah utk dpt harungi alam luar ni mengikut aturan Allah. Masa tu...baru saya tahu apa erti menjadi muslim, apa erti semua yg dh saya belajar...

Jadi, benarlah..manusia xkan dapat hargai hidayah selagimana dia x kenal kejahilan/ kegelapan.

Dan manusia itu xkan dapat kenal kebenaran kalau dia x kenal kebatilan.

Wallahu'alam.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443