Entry kali ini mungkin sedikit beremosi. Maaflah, kerana penulisnya ialah manusia bukannya malaikat. Maka saya rasa saya perlu gunakan emosi saya juga sesekali.
___________________________________________
Manusia bila kepedasan, dia pasti akan mencari air. Tapi hairannya, sambil meneguk, sambil makan cili lagi. Dah kalau terasa pedas, berhentilah makan cili. Makanlah pula yang manis-manis.
Begitulah yang berlaku kepada kita. Kawan saya seorang wakil mahasiswa di sebuah universiti yang ada huruf I pada namanya. I, islam. Tapi islam sekular atau islam liberal, namakan sahaja. Dua-dua mungkin betul.
Gejala ikhtilat, berdua-duaan sesama bukan mahram, dan seumpamanya menjadi satu pemandangan biasa di sana. Sudah tentu bagi orang beriman, ini suatu yang sangat menyakitkan mata dan menyedihkan hati. Lalu ada satu usaha untuk menegur, dengan cara mengambil gambar dan meletakkan amaran, "Jangan tiru aksi ini".
Gambar tu tak nampak pun siapa-siapa. Dah dikaburkan dan tak mungkin boleh kenal siapa perempuan itu dan siapa pula lelaki itu. Lalu adalah 'malaikat' yang terlupa, terjaga.
"Ini membuka aib namanya!"
"Rasulullah tak ajar buat macam ni!"
Sedih. Sumpah sedih.
Lalu betullah bahwa dalam diri manusia, ada sisi malaikatnya yang dia terlupa dia memilikinya. Dek kerana dia tahu hukum-hakam, dan dia rasa malu kerana tertangkap melakukan aktviti yang melanggar hukum hakam yang dia tahu itu, maka sisi malaikatnya terus tersedar, dan dia pun mahu 'menghukum' orang lain semula.
Apa salahnya kita mengaku kesalahan kita sendiri?
Kita terasa pedas kerana kita makan cili. Maka ludahkan cili itu. Janganlah kunyah dan telan lagi.
Situasi begini telah banyak kali berlaku di Facebook saya hingga saya rasa rimas dan sedih. (sudah delete pun akaun Fb lama saya. Cuma aktif dengan fanpage Bayyinat sahaja). Apabila saya menegur kesalahan orang, akan ada orang lain yang (konon-konon) mahu mengajarkan saya tentang bersangka baik.
Alhamdulillah. terima kasih atas perhatian yang diberikan kepada saya. Tapi insya-Allah saya juga faham tentang maksud husnu dzon itu. Adakah bersangka baik menghalalkan perbuatan maksiat?
Adakah dengan bersangka baik, "Oh, diorang adik beradik kut sebab tu berdua-duaan", maka ia menghalang kita daripada menegurnya supaya jangan berkelakuan begitu di tempat awam? Bukankah mengelakkan diri daripada fitnah itu juga penting.
Samalah macam orang yang tak solat fardu subuh yang sudah komfem tak bangun solat subuh (sebab dah dikejut banyak kali), lalu bila kita tegur fasal ini, kita yang menegur ini pula yang dipersalahkan!
Hairanlah.
Yang mahu menegakkan amar makruf nahi mungkar, inilah yang akan ditentang habis-habisan. Yang menentang pun tidak selamanya orang jahil dan fasik, tapi kadang-kala yang menentang ini pun ialah orang baik, belajar agama, pergi masjid, belajar kitab, dan lain-lain.
Manakala golongan sebaliknya, iaitu amar mungkar nahi makruf, ini pula yang dibela dan dipertahankan. Merekalah hero! Merekalah wira!
Kalaulah selamanya kita mahu berlindung di bawah alasan 'jangan buka aib orang', maka sampai bila-bila pun Rasulullah tak buat hukuman hudud. Ketahuilah, adalah hukumnya mendapat pahala bagi kita jika kita pergi menyaksikan pesalah dihukum dengan hudud. (tapi ingat, hukum hudud bukan untuk mengaibkan pesalah tapi nak beri pengajaran kepada orang awam)
Kalaulah selamanya kita berlindung di bawah alasan 'bersangka baik', maka sambil bila-bila jugalah kita ada alasan untuk biarkan maksiat berleluasa. Bila perempuan buka aurat, kita boleh kata dia tak ada duit nak beli baju lain. Kalau lelaki melanggan pelacur pun kita boleh bersangka baik yang pelacur itu isteri dia. Kalau lelaki islam sembah pokok pun kita masih lagi boleh bersangka baik yang dia tengah gila.
Tapi adakah itu menggugurkan tugas mencegah kemungkaran?
Tapi tak mengapalah. Rasulullah sendiri pernah 'ditegur' oleh seorang lelaki yang kononnya lebih bagus daripada Rasulullah. Dengan penuh 'bajet', lelaki itu berkata, "Demi Allah, sesungguhnya pembahagian harta rampasan perang ini (perang Hunain) bukan dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah!"
Pergh... Rasulullah S.A.W sendiri bahkan pernah 'diajar'.
Tapi Rasulullah tahan. Rasulullah kata, "Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada Musa A.S, sesungguhnya Musa A.S telah disakiti lebih daripada ini tetapi beliau sabar"
Maka benarlah sifat Ibadurrahman itu (Surah Furqan ayat 63), "Adalah hamba-hamba Ar-Rahman itu ialah orang-orang yang berjalan atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila mereka disapa (dibantah/diperdebat/dicabar) oleh orang-orang jahil, mereka pun mengucap "salam" (tak layan).
Saya tak benci dengan orang bermaksiat kerana saya pun bukan suci daripada maksiat. Tetapi saya benci dengan orang yang bermaksiat, tapi menggunakan alasan agama untuk 'menghalalkan' maksiatnya.
Ego! Sombong! Takabbur!
Sudah terang-terang kita salah dan buat dosa, maka mengapa mahu mempergunakan agama untuk menegakkan benang yang basah? Pedas dunia sahaja pun dah meroyan, kalau pedas dalam neraka... nauzubillah...
Akuilah kesalahan kita apabila kita bersalah. Jangan rasa diri kita mulia, kerana jika mulia mengapa melakukan dosa? Maka, terima sahajalah dan perbaikilah. Janganlah kesombongan itu menyebabkan kita menolak kebenaran yang datang kepada kita. Maka jadilah kita seperti iblis; "Aku lebih baik daripada dia!"
#Saya tak tahulah anda faham tak apa saya tulis ni. Sebab saya pun sedang istighfar untuk bersabar.
7 Komentar
stuju dgn apa yang disampaikan. betul. kdg2 org suruh sngka baik kpd bnda yg dh mmg salah.
Balasideologinya sama dengan "niat tak menghalalkan cara".
sama la juga "besangka baik tidak menghalalkan cara". rmai yg menyalahgunakan sangkaan baik utk bnda2 munkar sebgini, tetapi salah tetap salah.
tenang
Balaspembawa agama sentiasa diuji
:)
kita cuma mampu tegur atau usaha, kalau orang tak terime, takpe..
syukran ats perkongsian rasa ini..byk memberi peringatan..dn teruskan perjuangan.
BalasWell.. how shall I say this..
Balashmmff..
Wrong is wrong although everyone is doing it..
and Right is right even if only you are doing it..
so well done and good job!
amar makruf nahi mungkar..
Assalakualaikum Iqbal,
BalasMemang susah nak tegur orang ni, nanti orang kata lagak alim lah, betulkanlah anak kau dulu...pada pendapat saya..memang geram juga, tapi...kadang-kadang tu tak cakap pun ok jugek, just pergi duduk dekat-dekat dia orang dan buat-buat macam dia orang tu ada pun kat situ...tengok apa terjadi...tapi kita mestilah yang berjubah, berkopiah dan bertudung tak glamour tu barulah jadi....
Assalamualaikum...
BalasAllah...
Sangat2 faham.
Faham & faham.
Pesan buat diri ini,
Org yg plg berdosa adalah yg melakukan dosa saat dia tahu perkara yg dilakukan itu adalah dosa.
Jzkk.
Moga Allah kasih.
sesekali beremosi tak per dik..alhamdulillah dik iqbal sentiasa bersabar..panjatkan doa untuk kawan adik dan redha..moga Allah beri hidayah padanya :)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443