[kredit] |
Kita diberi dengan rahmat dan kita dipinjamkan dengan rahmat.
Sampai masa, apabila Allah mahu tarik kembali, maka siapa antara kita yang boleh berkata kepada Allah, "Ini aku punya. Jangan ambil".
Suara kita tak cukup kuat untuk membuatkan malaikat menggeletar. Apatah lagi Tuhan untuk takut.
Allah Maha Sempurna. Begitulah juga cinta-Nya. Maha sempurna. Apabila Allah memberi, itu tandanya Dia menguji. Jangan kita mendabik, kononnya Allah beri kerana kita dikasihi. Dan jangan pula kita mengeluh lagi bersedih, bila Allah mengambil, kita dilupa dan dilalai.
Allah memberi kerana cinta-Nya.
Berterima kasihlah kepada Allah, sekalipun atas kegagalanmu. Kerana apalah sangat kehilangan harta, berbanding dengan kehilangan nyawa dan apalah sangat kehilangan nyawa, berbanding dengan kehilangan iman.
Optimislah dengan rahmat Tuhan. Rezekimu telah Allah tentukan. Jangan runsing. Cuma, berusahalah dengan yakin dan persangkaan baikmu, kerana kasih sayang Allah ialah mengikut perkiraan kita.
Kita diperingat agar jangan bersangka buruk sesama manusia tapi jarang diperingat agar tidak bersangka buruk dengan Allah. Maka hari ini saya memperingatkan diri saya atas segala kegagalan dan kelemahan ini, bahawa Allah menurut prasangka kita. Dia tak zalim jauh sekali untuk bersifat kejam.
Sudah sampai masanya, saya menjerit dengan bangganya, "Tuhan, terima kasih atas segalanya"
2 Komentar
oh..
Balastringat hadis;
"jika Allah sayangkan hambaNya, dia akan diberi faham (agama)"
terime kasih perkongsian :)
Allah bagi apa yang hambaNYA perlu, bukan mahu. Setiap yang berlaku semuanya atas kehendakNYA sekalipun kita tidak menyukainya. Belajarlah untuk redha, pasti ada kemanisannya.
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443