Jangan zalim dalam tarbiyyah



Saya bukan mengadu. Jauh sekali mengaduh tapi saya pernah menjadi mangsa kezaliman tarbiyyah.

Saya pernah chat dengan Inche Gabanna (angel pakai gucci). Saya tanyakan dia, "Tak terasa mahu buka cawangan di sekolah lama kita ke?"

Jawabnya, "Of course lah nak. Tapi saya tak mahu berlaku zalim"

Zalim dalam tarbiyyah. Hakikatnya, semua orang tidak mahu.

Tapi malam ini, saya terasa saya sudah berlaku zalim kerana menghantar SMS kepada adik-adik, "Salam akhi. Ana tak dapat datanglah malam ni. Tak larat sangat-sangat. Kita tangguh ke malam esok boleh?"

Seorang pun tak reply lagi!

Itulah kezaliman dalam tarbiyyah. Bila mana murabbi sendiri tidak berupaya untuk memberikan komitmen kepada tarbiyyah. Sebenarnya bukan kali pertama adik-adik hensem tu diperlakukan begitu. Tapi itulah. Kasihan mereka, kerana dapat murabbi yang teruk macam saya.Studilah, kerjalah, penatlah... ah, macam-macam.

Masa saya di Ara Damansara, saya dan kawan-kawan lagilah banyak kali 'dizalimi'. Ramai ustaz yang datang, kononnya mahu mengajar kitablah, mahu buat programlah, siap minta nama, minta nombor telefon bagai... tapi baru dua tiga kali berjumpa, terus tak jumpa-jumpa lagi dah.

Sebab tu kalau ada orang tanya pada saya, "Kau ni sudah khatam berapa buah kitab?", maka terpaksa saya mengaku yang saya ni sebuah kitab pun tak pernah khatam. Bila ada kelas saja, masuk saja minggu ketiga-keempat, anak murid sudah mula hilang. Masuk pula minggu kelima-keenam, ustaznya pula yang hilang!

Sedih. Tapi tak boleh nak salahkan ustaz. Ustaz manalah yang suka sangat untuk mengajar bila anak muridnya hanya tiga atau empat orang sahaja, kan?

Saya sendiri pernah rasa begitu. Rasa 'down' gila bila kita penat datang dari jauh, alih-alih yang datang cuma seorang padahal sudah diingatkan awal-awal lagi.

Tapi itulah tarbiyyah...

Kalau kita expect mutarabbi kita untuk zasss, berubah dengan sekelip mata, maka itu sangat-sangatlah mustahil. Tak mungkin boleh. Tarbiyyah ialah proses yang panjang dan lama. Proses yang berperingkat-peringkat dan juga non-stop.

Hari ini, saya teringin nak berpesan kepada ikhwah dan akhwat.

Kita memang bersemangat. Semangat nak berdakwah. Semangat nak bawa liqo'. Tapi adakah kita boleh beri komitmen? Kalau hanya ada semangat tapi tak ada komitmen, baik jangan. Kerana kita akan berlaku zalim kepada mad'u kita. Kita akan bersikap kejam kepada mutarabbi kita.

Dakwah dan Tarbiyyah ialah jalan yang panjang dan memenatkan. Kita perlu banyak berkorban. Perlu banyak memberi. Masa lapang kita perlu kita berikan kepada tarbiyyah ini. Harta yang baik kita pun kita perlu laburkan untuk tarbiyyah ini. Bahkan tenaga dan kudrat kita juga perlu kita lempiaskan untuk tarbiyyah ini.

Tak ada makna tarbiyyah, jika tiada pengorbanan.

Sebab itulah kita dituntut untuk mencari pasangan hidup yang komited dengan tarbiyyah kerana mereka akan faham bahawa suami mereka bukan milik mereka, tetapi milik masyarakat. Maka apabila suaminya mahu keluar untuk mengisi jiwa para pemuda islam, dia akan menghantarkan suaminya dengan senyuman dan redha dan dia akan menunggu suaminya pulang juga dengan senyuman dan redha.

Begitulah juga suami. Suami juga perlu faham bahawa isterinya bukan miliknya sepenuhnya. Isterinya juga perlu larut dalam dunia tarbiyyah. Maka dia pun perlu berdikari. Kalau setakat demam-demam, isterinya tak perlu menangguhkan liqo'nya semata-mata mahu menjaga suami yang demam-demam mengada tu. Suami perlu faham bahawa isterinya berperanan untuk membentuk peribadi muslimah pada adik-adiknya.

Okey. Post malam ini sangatlah random. Saya pun tak tahu kenapa saya menulis. Seakan-akan saya sedang meluahkan perasaan pula. Apapun, moga tetap ada manfaatnya terutamanya kepada para pemuda, kerana selalunya orang muda ni semangatnya membuak-buak. Baguslah kalau bersemangat. Cuma pesan saya sebagai abang (sebab tahun ni saya sudah 23 tahun), kita jangan buat dakwah secara hangat-hangat tahi ayam.

Bimbang nanti kita akan memberi persepsi yang buruk kepada orang-orang yang sedang tercari-cari tarbiyyah, seterusnya memandulkan harapan mereka untuk dekat dengan islam.

Selamat mentarbiyyah dan ditarbiyyah.

Moga kita dapat berjiran dan saling berziarah di jannah yang kekal abadi.
  
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Koff koff. Namaku disebut. ;p

Tarbiyah, bukannya tarbiyyah. Ejaan Arabnya tiada sabdu pada huruf 'ya.'

Asif bercakap tentang perkara furuk. Hihihi.. Tapi emmandangkan tarbiyah adalah suatu perkara yang cukup besar lagi agung, maka saya kira, permulaannnya juga mestilah tepat dan benar. Bukan begitu, ya akhi fillah..? ;)

Teruskan berkarya. Bukan untuk apa-apa, melainkan redhaNya! ;)

Allahu musta'an!

Balas
avatar

Kini mula merasai erti sebenar pengorbanan dlm Dakwah & Tarbiyah

1st tym dgr zalim dlm Tabiyah.
Baru perasan pernah melakukannya.
(agak kerap berlaku tanpa sedar)
Astaghfirullah :'(

jzkk atas peringatan ini.
syabab.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443