Jadi saya sentiasa berusaha untuk menjaga mata saya daripada memandang yang Allah tidak redha tapi tetap, saya tidak sempurna. Mata ini memang telah banyak tersalah dan tersilap, tetapi dua mata yang telah rabun ini tidak berehat daripada memandang.
Saya memandang sambil menilai. Beberapa hal. Mutakhir.
Apa antara isu yang paling panas sekarang ini?
Benar. Politik.
Tak tahulah kenapa, tetapi di dada akhbar, saban hari cerita yang serupa diulang-ulang. Tema yang sama, cuma riwayat sahaja yang berbeza-beza. Pelbagai isu timbul. Yang sudah ditanam dalam-dalam pun, dikorek semula. Yang sudah dilupakan langsung pun, diingatkan semula. Bahkan yang sudah tenggelam ke dasar pun, disangkut atas pelampung dan ditimbulkan semula!
Saya tak mahu bercakap tentang amanat Tuan Guru Haji Hadi sebab saya tidak nampak apa yang tak betul dengan kata-kata beliau.
Saya tak mahu bercakap tentang isu penggunaan kalimah Allah s.w.t oleh penganut agama kristian kerana saya sudah mendengar pandangan daripada ramai ulama dan saya bersetuju dan menyokong penuh kenyataan dan penerangan daripada Dr. MAZA.
Dan yang terbaru, apa yang berlaku di sebuah universiti di Malaysia. Seorang wanita melayu, dan seorang lagi wanita india. Sama-sama wanita. Tetapi seorang bersemangat dengan hujah ilmiah, dan seorang lagi dengan hujah emosi semata-mata.
[kredit] |
Maafkan saya, para mahasiswa.
Saya perhatikan seolah-olah audien yang memanaskan kerusi-kerusi di dalam dewan itu bukanlah seorang manusia tetapi seperti penghuni rimba. Tidak wajar sekali seorang mahasiswa untuk memiliki pendirian yang rapuh dan layu sebegitu.
Bila pihak kiri membentangkan hujah, mereka bersorak.
Bila pihak kanan membakul sampahkan hujah itu, mereka juga bersorak.
Keanak-anakan. Kebudak-budakan. Tidak matang.
Jika begitulah mahasiswa, maka satu pihak akan tersenyum lega.
"Pemikiran mereka masih di bawah jajahan kita. Jangan runsing. Mahasiswa belum merdeka"
Saya ingat bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa seseorang yang benar imannya ialah seseorang yang punyai prinsip. Dia bukanlah manusia jadi-jadian. Bukan juga manusia ikut-ikutan. Bila orang lain elok, maka dia turut elok dan bila orang lain rosak maka dia turut rosak.
Memalukan. Aduh.
Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku. Allah s.w.t mungkin sedang menunjukkan satu pelajaran penting kepada setiap daripada kita, iaitu kita wajib menjadi manusia yang berpendirian. Jika di kerusi penuntut pun kita sudah goyah, maka apabila kita mula memegang jawatan dan kuasa, maka itulah muka-muka orang yang hilang integriti; manusia yang maruahnya boleh dibeli.
Orang lain mungkin memandangnya kecil dan ringan. Tetapi tidak saya.
4 Komentar
mahasiswa, sila jadi matang..
Balaskalau x,akan wujud org yg sama sprti si moderator pd masa akn dtg...
Positif,ada aturan Allah utk dinilai oleh mata & telinga masyarakat apa yg mbarah di Malaysia.
BalasJgn jd mahasiswa yg bisu & just listen dan juara tepuk sorai.
ps:lama xsggh di bayyinat.
tajuk lain ...gambar lain..apa2 pun special btul gmbr beruang tu....
Balasbest bait2 ayat dlm artikel ni, mencerna minda..plg best, sabda Nabi ttg prinsip tu. syukran~
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443