Dah reda sikit kan? Kalau dah reda sikit, barulah saya boleh cakap. Kalau keadaan masih tegang lagi, saya cakap pun tak ada yang nak dengar. Saya sendiri pun kalau sedang tenggelam dalam emosi, susah nak mendengar. Jadi, bila sudah tenang-tenang begini, saya nak tulis insya-Allah.
Saya yakin 110% bahawa akan ada yang tak puas hati selepas membacanya. Tapi tak puas hati tak menjadikan kita musuh. Tak bersetuju tak menjadikan kita lawan, sepatutnya.
Begini. Setiap orang cintakan tanah airnya. Saya juga. Saya cintakan Malaysia. Saya sayangkan melayu. Tapi lebih daripada itu, saya cintakan agama islam. Kerajaan Malaysia tak boleh beri saya tiket masuk syurga. Ketuanan melayu tak boleh melepaskan saya daripada neraka. Jadi berpada-padalah dengan keduanya.
Saya tulis sesuatu di fanpage bayyinat, yang mana ia menerima respon yang diluar jangkaan. Sangat ramai orang yang komen. Tekejut juga tapi saya sudah bertahun-tahun menjadi blogger dan saya tahu sangat bahawa kalau nak mendapat publisiti secara ekspress, tulislah salah satu daripada dua tema ini iaitu politik ataupun cinta.
Nah. Rating naik gila-gila punya laju.
Kata saya, saya impikan jika sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Adalah sebab-sebabnya. Tak mahu saya sebut. Nanti jadi makin panjang dan takut ada orang akan marah saya.
Orang UMNO tetap saudara saya [kredit] |
Saya bukan orang ISMA okey. Tak tahulah kenapa, tapi mereka seolah-olah nampak salah PAS sahaja. Ada orang ISMA yang boleh explain tak kenapa?
Saya tak rasa saya perlu kritik UMNO pun sebab UMNO hari ini ialah 'the sinking ship'. Kapal yang sudah rosak teruk. Rasuah, pecah amanah, doktrinisasi, sekularisma, kronisma, dan macam-macam lagi lubang pada dinding kapal. Memang tak lama lagi akan karam. Lubang-lubang tu saya ingat dahulu, bolehlah kut jika mahu ditampal dan diperbaiki. Lagi-lagi selepas Ustaz Fathul Bari dengan rakan-rakannya masuk UMNO.
Mulanya saya bersangka baik. Saya kagum dengan agamawan kerana ada juga yang sanggup untuk masuk ke dalam 'fuel tank' untuk membuat 'internal cleaning'. Tapi selepas beberapa pengalaman buruk, saya nampak mereka rupanya menjadi benteng kepada UMNO sahaja.
Satu yang saya terkilan ialah bilamana Ustaz Fathul Bari menulis di twitter/facebook beliau; "Antara amanat Haji Hadi dengan AJL, amanah Haji Hadi lebih bahaya. AJL cuma ada unsur keruntuhan akhlak, tapi amanat Haji Hadi ada unsur keruntuhan akidah"
Ini mengingatkan saya kepada mufti kerajaan Turki Uthmaniyah di zaman awal-awal Mustafa Kamal Antartuk menggulingkan daulah khilafah. Macam tu peranan mufti-mufti kerajaan di masa Mustafa Kamal Antartuk. Mempergunakan agama.
Saya tak kata Ustaz Fathul Bari dan ulama muda UMNO begitu. Cuma bila seseorang berkata, "Kalau nak tegur seorang pemerintah, tegurlah dengan cara yang sopan dan tersembunyi", maka mengapa bila masuk bab nak menegur para pemimpin PAS, dia sendiri menghujani kata-kata yang sinis dan tajam secara umum?
UMNO tetap tak berubah walaupun sudah masuk agamawan untuk di sana. Tetapi agamawan itu sahaja yang berubah. Ingatkan bila dah ada satu golongan bergelar (baca: menggelar diri sendiri) ulama, indeks rasuah akan turun, penipuan dan pecah amanah akan kurang, keadilan akan ditegakkan (kepada semua termasuk kepada pembangkang), dan seumpamanya.
Tapi macam saya cakap tadilah. Sama sahaja. Lalu saya simpulkan, satu-satunya cara nak selamatkan ORANG (bukan nak selamatkan parti), ialah dengan ahli UMNO itu sendiri tinggalkan 'the sinking ship' dan masuk ke dalam armanda serba baharu di bawah pimpinan PAS.
Itu pandangan saya, nombor satu.
Tetapi masalahnya, PAS sendiri kurang mendapat kepercayaan. Satu ketika dahulu, serasa saya cuma ada dua atau tiga kumpulan sahaja (jemaah) islam yang tak ambil peduli fasal politik. Tapi hari ini, sudah bercambah-cambah macam cendawan tumbuh selepas hujan.
Saya tak nak sebut nama jemaah itu atas sebab saya tak mahu mencetuskan ketegangan antara sesama pendokong islam dan gerakan dakwah.
Tapi cuba tanya, kenapa perkara ini berlaku?
Jawabnya mudah. Orang-orang baik tak sama dengan orang biasa-biasa. Orang-orang baik ni dia cepat muak bila bergelumang dalam fitnah. Telinga mereka mudah panas mendengar caci maki dan sumpah seranah. Mereka tak sukakan kekalutan dan kecelaruan ini hinggalah akhirnya mereka sendiri berkata, "Politik ni kotor. Baik UMNO atau PAS, sama saja!"
Mereka tak perasan bahawa mereka telah termakan racun daripada media-media, hingga akhirnya mereka jadi serabut. Serabut gila... sampaikan baik kerajaan mahupun pembangkang, sebabkan ianya politik maka dua-dua ditolak. Mereka tampal sticker di dahi kedua-dua pihak, "Korang berdua ni sama sahaja!"
Saya pernah join tabligh. Sampai ke hari ini saya rapat dan mesra dengan orang tabligh. Housemate saya (ruamh bujang), tiga orang ialah orang tabligh. Dan bila kami berkumpul di ruang tamu, satu tajuk sahaja yang jangan dibicarakan, iaitu politik.
Banyak kali saya dah cuba dan terkena.
"Orang PAS kata UMNO salah. Orang UMNO kata PAS tak betul. Akhirnya bergaduh sampaikan masjid pun tak datang", kata salah seorang. Kadangkala, dua orang.
Lebih kurang begitulah. Tapi excuse me... siapa yang malas solat berjemaah di masjid tu? Siapa yang malas nak mengaji agama dan mendengar kuliah tu?
Orang PAS ke?
Saya anak kampung. Ayah saya orang kuat PAS dan dia juga ialah orang kuat masjid. Solat fardu ayah saya lima waktu dikerjakan di masjid. Saya cukup bangga dengan ayah saya. Sakit-sakit dia pun (sakit jantung dan lelah), solatnya tetap di belakang imam sejak daripada dia muda lagi (kadangkala dia jadi imam kalau tak ada orang lain), dan saya juga kenal setiap jemaah masjid di kampung saya.
Yang konsisten cuma ialah orang PAS. Orang UMNO ada. Tapi harapkan solat jumaat sahaja. Kalau ada pun yang komited cumalah pengerusi masjid kampung saya itu. Dia orang kuat UMNO tapi dia juga orang kuat masjid (sebab dia pengerusi). Tapi ketua kampung, jangan haraplah. Sembang sahaja kencang nak bina menara masjid, kononnya menara masjid ialah syiar islam hingga meminta derma daripada anak-anak FELDA. Tapi buat apa? Dia pun tak datang masjid. Jujurnya, masjid tu tak pernah cerita fasal politik tapi entah kenapa, hanya orang PAS sahaja nak datang solat berjemaah. Yang lain, Allah lebih tahu.
Begitu juga masa saya tinggal di Ara Damansara. Selama tiga tahun genap. Tiga tahun, dan saya kenal setiap ahli jemaah di surau kecil itu. Semua mereka walaupun mungkin bukan penyokong PAS, tapi mereka pro kepada PAS. Yang geng PEMUDA UMNO pun ada juga sesekali tayang muka di surau tu, tapi bila ada ahli keluarga matilah. Tunggu ahli keluarga mati dulu baru nak datang ke rumah Allah. Kenapa ya? Kenapa takut sangat nak pergi rumah Allah? Takut Allah bakar kita di dalam rumah-Nya ya?
Takut kena bakar, maka jangan rasuah. Jangan pecah amanah. Jangan berlaku zalim. Jangan tak beri hak kepada orang yang berhak. Jangan fitnah seteru politik kita. (orang PAS pun sama. Jangan buat juga).
Kini, sudah masuk dua tahun saya tinggal di tempat baharu dan benda ini tetap serupa. Saya tak tahulah di mana saya boleh berjumpa dengan orang UMNO. Di konsert-konsert? Hmm... saya tak suka. Di fun-fair? Erm, saya pun tak suka.
Orang UMNO yang baca ni, tolong jangan rasa terhina. Saya tak menghina sesiapa. Saya cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya. Ini cuma apa yang saya perhatikan. Mungkin jika orang lain pula yang memerhati, mereka akan nampak benda yang lain. Mungkin bila orang UMNO memerhati, mereka nampak orang PAS ni pun jenis yang solat seminggu sekali juga.
Maka, saya cakap secara general. Secara umum. Saya tak spesifikkan kepada mana-mana tempat dan kawasan. Buktikan keislaman kita. Jangan sekadar cakap, "Kami memperjuagkan islam". Burung kakak tua pun boleh bercakap juga kalau diajar.
Kencangkan lagi tarbiyyah anda! [kredit] |
Itu alasan mereka supaya tak datang ke masjid dan surau dan seterusnya, rela menjadi jahil dan kekal dalam kejahilan. Seterusnya, menjadi fasik.
Sejujurnya, perkara tu memang berlaku. Ada beberapa orang ustaz yang TAK LAYAK diberikan pentas untuknya bercakap. Kalau nak cakap juga, berikan dia pentas politik sebab ada sesetengah ustaz yang tak tahulah... mungkin sebab dia kecewa dan menderita, maka dia pun 'mengadu' di pentas ceramahnya.
Ustaz-ustaz macam tu memang saya sendiri pun boikot ceramah mereka. Saya mahu dapatkan ilmu agama. Kalau nak cerita fasal saham FELDA jatuh, nak cerita fasal 'suruh jaga lembu pun tak reti', nak cerita fasal cincin 24 juta, maka benda-benda ni saya boleh cari di internet. Tak perlu cari di masjid.
Maafkan saya para ustaz ya.
"Tapi kalau bukan berkata kepada manusia, nak berkata kepada siapa? Monyet? Ikan?"
Memanglah diizinkan untuk kita mengatakan tentang kezaliman pemerintah dengan tujuan agar kita tak ditipu untuk kali yang berikutnya. Tapi... sungguhlah... ada medium yang lebih cantik dan tepat.
Manusia biasa, imannya turun-naik. Kadang-kadang bila imannya naik, terdetik hatinya untuk ke surau. Kebetulan ada ustaz mengajar maka dia pun duduklah (padahal lima tahun duduk apartmen tu, ini baru kali pertama dia datang). Lepas tu, tiba-tiba sahaja ustaz tu mula bertempik, "Haram! Haram! Dosa! Dosa!"
Tak ke meletup dada kawan tu. Serik dia. Tak fasal-fasal jadi my first time is my last time.
Ada pula orang yang dalam masalah. Sebab banyak sangat makan rasuah, projek tak jadi. Rugi pula. Syarikat nak lingkup. Sebab dah stress, dia pun datanglah ke masjid. Solat-solat, lepas tu ada pula kuliah cerita fasal benda yang sama.
Oh, nampaknya tunggu mayatnya sahajalah yang sampai. Orangnya memang tak datang lagi dah. Serik.
Nampak tak bagaimana orang boleh jadi 'jauh' sedangkan mereka sudah 'dekat'?
Untuk bab ini, saya setuju dengan adab orang tabligh yang sedang 'keluar'. Salah satu adab orang tabligh masa mereka keluar 3 hari/ 40 hari/ 4 bulan ialah elakkan daripada berbicara fasal politik. Kerana kalau kita sama warna, insya-Allah okey tapi kalau lain warna, tak fasal-fasal bergaduh pula.
Lihatlah kepada maslahah. Manakah yang lebih utama? Ceritakan kepada manusia bahwa 'orang tu zalim. kalau kita biar dia kekal jadi pemerintah, maka dia akan menzalimi kita' ataupun kita cerita kepada orang awam, 'tanda-tanda ahli neraka ialah apabila dia memegang kuasa, dia berlaku zalim. Maka kita dilarang oleh Allah untuk menyokong orang zalim kerana kita juga akan dicampakkan dalam neraka'.
Kita ada dua pilihan. Nak educate orang ataupun nak 'meng-hantu' kan orang.
Saya berdoa, satu hari nanti Allah akan beri kemenangan kepada islam. Moga-moga satu ketika nanti Malaysia akan benar-benar menjadi negara islam, bukannya menjadi negara islam jadi-jadian seperti hari ini dan kelmarin.
Saya juga berdoa agar kita tidak jadi makin berpecah sebaliknya makin bersatu. Orang PAS tak benci orang UMNO dan orang UMNO pun tak memusuhi orang PAS. Kita satu akidah. Kita tetap bersaudara.
Oh ya. Saya teringat malam tadi ada seorang brother cakap kepada saya, "Kita mahukan sebuah kerajaan yang bersungguh-sungguh melakukan amar makruf dan nahi mungkar".
Saya setuju. Lebih-lebih lagi selepas mendengar sambungan ayat brother tu, "Kalau setakat amar makruf, kerajaan sekarang pun masih juga melakukan amar makruf. Mereka bina masjid. Mereka buat sekolah agama. Mereka buka universiti islam. Tapi malangnya mereka jarang buat nahi mungkar. Adakalanya, mereka sendiri pun amar mungkar. Mereka biarkan dan adakalanya, mereka sendiri anjurkan konsert yang melampau dan melalaikan. Mereka biarkan rumah-rumah pelacuran dibuka di sekitar KL. Mereka (bla...bla...bla...)"
Saya tahu orang UMNO balas balik. "Eleh, Kelantan pun banyak kes jenayah dan kes dadah, bla... bla... bla.. "
Sebab tu saya kata, PAS perlu lebih fokus untuk mentarbiyyah ahlinya. Bila ahli itu cukup tarbiyyahnya, mereka pula akan tarbiyyah orang lain. Biar tarbiyyah ni berkembang dan membiak. Biar cahaya iman tu berselerak dan bertebaran.
Macam pesan Ustaz Hasrizal kepada seorang artis tu masa program di Kelantan, "Saya lebih suka kalau kita lebih fokus kepada usrah berbanding ceramah politik"
Macam tulah yang saya fikir. Saya tak rasa melayu sepakat islam berdaulat, tapi saya rasa... islam didaulatkan, melayu dimuliakan.
Saya sayang bangsa saya dan saya tahu satu-satunya cara bangsa ini akan kembali mulia ialah apabila kita sama-sama menjadi orang yang beragama secara KAFFAH. Jangan ambil agama separuh-separuh. Ambil siasah, tolak akhlak. Ambil tazkiyatun nafs, tolak siasah. Ambil ekonomi islam, tolak ibadah. Ambil ibadah, tolak sisah semula.
Akhir, saya pesankan satu pesanan nabi, "Jangan marah".
Jangan komen ikut emosi, nanti hilang akhlak diri. Bila hilang akhlak diri, maka di mana keislaman kita? Tenang ya. Cool. Kalau tak setuju pun, jangan sampai mencaci-maki :)
11 Komentar
salam ukhuwah..
Balassangat setuju dengan post kali ni,,
saya adalah antara golongan yang letih tengok situasi politik sekarang sehingga tahap rasa tak nak ambil tahu langsung dan jadi pihak atas pagar,,tapi bila tak ambil tahu,,rasa ketinggalan pula,,
haraplah pihak-pihak yang berkenaan bersatu demi agama..
Assalamualaikum....
Balaspost yang agak mencerahkan, tambah-tambah dengan pilihan raya yang semakin dekat.
cadangan saya, ahli-ahli tarbiyah/tabligh/agamawan perlu lebih banyak bercakap tentang politik, bukan melarikan diri dan duduk atas pagar sahaja.
politik sekarang perlukan pendefinisian/tasawur yang lebih segar terutamanya dari aspek agama, dengan kesan-kesan yang mungkin sukar untuk difahami sekarang. benar akan ada pergeseran dan sebagainya, dan saya betul2 menyokong usaha untuk membina individu one usrah at a time, tetapi metod menjauhkan diri hanya akan menyukarkan usaha untuk mendalami politik dengan panduan nas yang sebenarnya.
dek ignorance kita, lagi mudah sebenarnya untuk politik dicemarkan dengan pemisahan agama, akhlak-akhlak buruk, dan retorik perjuangan yang sekadar bising di telinga.
politik memerlukan golongan-golongan ini untuk memberi pencerahan, menjadi kayu ukur di tengah-tengah masyarakat yang porak peranda sebagai warga yang boleh menilai secara sihat proskontras kerajaan-pembangkanng untuk kepentingan semua rakyat malaysia.
tambah-tambah lagi hanya manusia yang berusaha untuk mempelajari islam secara kaffah akan dapat memberikan pandangan/berdebat/berdemonstrasi/meluahkan perasaan secara terhormat dan berakhlak.
kita perlukan ini.
politik bukan sekadar wacana ketuanan vs hudud vs good governance. politik ialah kesedaran dan sikap ambil tahu.
Allahu a'lam
Post yang hangat. he~
BalasPernah satu ketika pakcik ana memerintah terengganu, masjid yg berhampiran rumah ana dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tak kira orang UMNO atau PAS.
Bila solat jumaat, tak muat masjid penduduk kg datang. Dah jadi macam masjid negara pada HKR tempoh hari. Solat terawikh pon sama. Datang lambat ja mesti solat kat tangga la jawabnya. Kalo solat harian mesti ada saf yag penuh.
Memang nampak sangat ukhwah antara orang UMNO dengan orang PAS.
Tiba pula PRU yang seterusnya, Terengganu diperintah oleh Menteri besar UMNO. Semasa kempen pilihanraya diadakan sebelum DS Idris Jusoh menjadi MB, terbitlah kain rentang yang bunyinya seperti ini "Kalau UMNO menang, Orang PAS nok sembahyang mane?".Kkain rentang yang diikat pada pagar masjid ana tengok & baca setiap hari. Maksudnya seperti menghalau jemaah PAS. Sedangkan masjid tu rumah Allah. Ssiapa saja yang boleh datang mengimarahkannya. Kesannya jumlah jemaah makin hari makin sedikit. Jemaah yang sentiasa mengimarahkan masjid telah mengunjungi masjid lain kerana depa-depa ni orang PAS. Dan depa terasa dengan keyataan itu.
Ayah ana pula seorang bilal & kadang-kadang jadi Imam masjid dan ayah masih berkunjung lagi ke masjid tu walaupun semua orang kampung tau yang family ana orang kuat PAS. Berlaku kejadian yang tak diingini. Ayah ana mengimamkan solat zohor kerana imam yag sebenar tidak datang.
Seusai solat, dan bersalam-salaman sesama jemaah datang seorang ahli jemaah menggenggam baju dileher ayah sambil tangan satu lagi diangkat tinggi untuk menampar ayang dan mengugut ayah akan dipecat menjadi bilal masjid jika ayah mengimamkan solat lagi. Orang yang mengugut itu adalah tok Iman malah seorang ustaz. Dia lewat datang ke masjid jadi ayah gantikan dia jadi iman solat zohor hari tu. Dihadiahkan pula ludahan di kaki ayah. Dalam rumah Allah berlakunya.
Ayah seraya berkata "Tak usahlah ustaz memecat saya dari jawatan ini, kerana saya rela pergi. Banyak lagi rumah Allah dikampung kita ni."
Impaknya yang paling besar, masjid tu kadang-kadang terpaksa mengira baris saf untuk solat jumaat. Muda mudi pula datang ke masjid tapi tak pijak tangga masjid cuma duk bertenggek diatas motor kat parking masjid tunggu imam bagi salam & bersedia memecut motornya. Apatah lagi solat hari-hari biasa.
Ana pon dah bertahun-tahun tak menjengah masjis tu walaupun dekat. Ana & Family lebih selesa ke masjid lain.
Maaf jika ada yang terasa. Namun ini cerita yang benar. Sebab berlakau didepan mata.
Kalo tiba hari jumaat, ana sering kali berada di hadapan rumah untuk melihat gelagat muda mudi yang datang masjid tapi tak solat. Dah menjadi satu fenomena.
Wallahualam.
Continue~
BalasDunia memang tidak adil, jadi kenalah bawa diri untuk mencari keadilan. Jika tersalah jalan maka buruk kesannya. Dunia ini tempat Allah uji kita. Kesannya sama ada syurga atau neraka.
"Politik juga sebahagian daripada Islam. Jika ada yang berkata, jangan campurkan hal politik dalam Islam semasa memberi ceramah dimasjid, maka bila mana kalian yang masuk masjid & tinggalkan politik di luar masjid, bila mana pula kalian masuk dewan parlimen & tinggalkan Islam di luar dewan parlimen, jika Allah takdirkan roh kalian terpisah dengan jasad makanya hendak dikebumikan dimana?"
Selalu ana ingatkan dalam usrah/taklim semasa ana masih dalam pengajian yakni di universiti yang sedang popular sekarang ni. (Uni listen 6x)
masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.
Kena membina usrah yang mantap untuk menggerakkan jiwa pemuda Islam yang membara.
salam semua... saya tak ada nak komen apa-apa tetapi kalau PRU 13 nanti undi lah PAS okay...
Balasnak ulas panjang2 saya penjawat awam heehehe (bunyi macam penakut)...tapi ada lah cara dan manhaj masing2 kan..
syabas setanggi... saya sokong...
Lupa nak cakap. SAYA INSYA-ALLAH AKAN UNDI PAS :)
Balasapa ni bal.. undi kan rahsia.. haha.. :P
BalasBerkenaan orang UMNO tak gi masjid.. Sebenarnya orang PAS pun taknak gi masjid, kalau masjid tu masjid UMNO la.
BalasBased daripada pengalaman saya la.. Budaya boikot masjid ni amat kuat di Terengganu. Especially org PAS boikot masjid BN.
Saya kira ini tak patut berlaku. Kenapa perlu diboikot masjid sedangkan masjid yang paling afdhal adalah yang paling dekat dengan rumah.
Budaya ni saya lihat kurang di Selangor dan KL. Di Selangor, mungkin kerana ada undang-undang yang melarang daripada berpolitik di masjid. Saya rasa bagusla kalau diaplikasikan ke seluruh negara.
Bukan nak asingkan politik daripada agama, jangan salah faham dengan statement saya. Tapi saya lihat banyak juga manfaatnya. Hubungan penduduk di sesebuah kawasan jadi lebih harmoni
SEPERTIMANA islam yg tak boleh dinilaikan terus dgn perangai muslim,
Balasseperti itu jua parti yg tak boleh dinilai terus dgn perangai pegundi.
:)
rasanya tak ada benda yang perlu dimarahkan atau emosi bagai.Semua terletak pada akal.Waras @ tidak.Iman.ada @ tidak.Nak cakap apa lagi.Hooo.Politik.Haishh.mentaliti susah nak ubah.Dah lama terbiasa dengan prasangka.Juga realiti yang ada.Kena buat checklist.Bandingkan mana yang lebih baik mana yang lebih buruk.Huhu.
BalasJenuh juga nak baca, tebuk-tebuk juga tapi saya faham mesejnya. Tidak ada apa salahnya. Cuma cadangan supaya PAS keluar pakatan pada hari ini tidak rasional. PAS tidak boleh bersendirian kalau nak memerintah. Pas boleh mencatur kemenangan dengan pakatan yang baik sesama mereka.
BalasCuma untuk jangka panjang boleh keluar daripada pr kalau UMNO + India Muslim + NGO muslim + jemaah tabligh + jemaah dakwah dapat dipujuk bersama PAS. Ketika itu baru kuat. Tapi siapa yang buat kerja ni. Memang orang politik memang degil. Wallahu aklam.
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443