Sejak zaman sekolah lagi, asal ada perjumpaan sahaja, pasti akan ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Selepas dekat sepuluh tahun, saya tak pernah mahu bertanya, "Eh, kenapa baca surah al-Asr ek? Kenapa tak baca surah al-ikhlas ke, surah al-kafirun ke, surah Yassin ke?"
Surah Yassin. Er, hafal ke?
Rupanya ada falsafahnya kenapa kita baca surah al-Asr selepas selesai perjumpaan kita. Iaitu refleksi masa.
(Saya pernah jumpa dalam kitab hadis, hadis tentang sunnah membaca tasbih kafarah selepas selesai satu-satu urusan atau perjumpaan tetapi belum lagi tentang membaca surah al-Asr. Mungkin memang ada tapi sebab saya ni cetek ilmu agama, saya yang tak berjumpa).
Demi masa.
Sungguh, manusia semuanya dalam kerugian. Kecuali orang berimam dan beramal soleh lalu mereka itu saling ingat-mengingati antara satu sama yang lain di dalam kebenaran dan kesabaran.
Memberi makna, jika hidup bukan atas dasar untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar, maka hidup ini sia-sia.
Jika hidup bukan untuk melakukan perkara yang benar, maka sia-sialah.
Jika hidup bukan untuk bersabar dengan ujian-ujiannya, maka sia-sialah.
Pernah seorang brader datang rumah saya, berbual-bual.
"Korang masa student inilah nak belajar buat usaha agama. Nak tuntut ilmu agama. Sebab bila korang dah kerja, dah ada anak bini, dah banyak komitmen, korang mesti akan tak mampu buat punya. Tapi kalau masa bujang kau dah boleh beri komitmen untuk dakwah dan agama, maka lepas kahwin pun insya-Allah, Allah akan berikan kau kekuatan untuk kekal dalam usaha agama ini. Lebih kencang lagi!"
Masa tu saya tak faham sangat. Jadi saya angguk, senyum, dan gelak (sebab brader tu gelak).
Tapi sekarang, saya sudah mula memahami.
Maha Suci Allah yang memberi hikmah kepada brader tadi untuk berkata suatu yang benar.
Saya belum kerja. Belum kahwin. Belum ada anak.
Tapi saya dah seakan-akan merasakannya. Kalau dulu boleh sangat nak istiqomah dengar kuliah maghrib, tapi sekarang ada masa-masanya, lepas solat sunnat saya terus kena balik rumah untuk study dan turun balik bila masuk waktu isyak.
Exam yang bertubi-tubi memang memaksa untuk kita bersikap adil dengan kewajipan-kewajipan kita.
Saya teringat pada satu ayat dalam al-Quran. Surah al-Qasas ayat 77. Allah kata kepada umat manusia,
"... dan janganlah kamu lupa akan bahagianmu di dunia..."
Ada beberapa pengajaran daripada sesi tadabbur ringkas bagi ayat ini.
Pertama, Allah nak kita fokus kepada akhirat. Sebab tu Allah seakan-akan memberitahu, "Kamu bekerjalah untuk kehidupan akhirat, tapi jangan lupa yang kamu juga ada bahagian untuk sisi dunia kamu".
Bahasa mudahnya seperti, "Kau ni kerja gigih sangat, tapi jangalah sampai lupa anak bini kau kat rumah tu"
Kita pula terbalik. Kita fokus gila-gila kepada dunia, dan kita seakan-akan perlu ditegur, "... kerja, kerja juga. Sembahyang jangan lupa".
Nampak tak? Sembahyang dah jadi subjek kedua (sekunder) sedangkan kerja jadi isu utama (primer).
Buktinya ialah berkenaan dengan masa berkualiti kita. Saling bertanya kepada diri masing-masing.
Di mana dan bagaimana kita habiskan masa berkualiti kita?
Ofis, bagi yang kerja pejabat.
Hangar, bagi yang kerja repair kapal terbang macam saya.
Sekolah, bagi yang masih belum ambil SPM.
Fakulti Sains, bagi yang masih belum bergraduasi.
Tapi Allah Maha Baik. Allah tak azab atas sebab itu. Sebab lihat dalam surah al-Jumaah, ayat 9, 10, dan 11, Allah kata bila diseru untuk solat maka tinggalkanlah segala urusan jual beli (bagi yang berniaga). Tujuannya apa? Untuk ingat Allah.
Lepas tu Allah kata lagi, bila dah selesai solat maka bertebaranlah untuk mencari kurnia-Nya atas muka bumi ini.
Inilah yang kita buat. Kita yang kerja ofis, yang kerja di tapak pembinaan, yang kerja bawa teksi, yang kerja dewan bandaraya, dan sebagainya... kita kena ingat bahawa Allah tak suruh kita blah macam tu saja. Tapi Allah suruh kita ingat kepada-Nya, supaya kita beruntung.
Untunglah. Sebab kalau tak ingat Allah, maka kita akan buat benda-benda haram masa bekerja. Bila banyak dosa, maka banyaklah penyesalannya.
"... jangan lupa bahagianmu di dunia..." juga isyarat bahawa islam memahami kebutuhan (kalau terjemahan bahasa indonesia; keperluan) manusiawi kita. Kita perlu ketawa. Kita perlu bertenang. Kita perlu berehat. Kita perlu bergurau. Kita perlu senyum. Kita perlu tidur.
Kita perlu main game (eh! itu saya sahaja kut. Hehe).
Dan seumpamanya.
Tapi kena faham. Benda-benda tu semua ialah untuk portion yang sangat sedikit. Sebab matlamat kita ialah akhirat. Tapi benda yang tak haram, yang kita suka... tidaklah dilarang selagi tidak melalaikan dan menyesongkan.
Saya sendiri masih main game. Tapi satu jam main, saya dah rasa puas dan seronok. Anehnya, ada orang yang main berjam-jam tapi tak puas-puas lagi. Akhirnya, setiap kerja tertangguh dan tak menjadi.
Ish... ish...
Mungkin ia ada kena mengena dengan keberkatan masa. Masa yang Allah beri pada setiap orang adalah sama. Semua orang dapat 60 saat dalam seminit dan dapat 60 minit dalam sejam. Tetapi ada orang yang boleh buat sesuatu dalam satu jam, yang orang lain buat benda yang serupa tetapi berjam-jam.
Jadi kita kena selalu doa kepada Allah supaya Allah beri kita keberkatan waktu.
Kalau tak silap saya, Imam Syafie rahimahullah (kalau saya silap sila betulkan), pernah berkata: "Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu".
Nampaknya kita bukan lagi telah dipotong, tapi telah menjadi daging kisar kerana dicincang-cincang oleh masa, kerana banyaknya masa yang telah kita bazirkan.
Ayuh kita beristighfar untuk kesilapan dan kesalahan kita yang berlalu.
Dan sama-sama kita berazam, selepas ini kita akan lebih memanfaatkan masa kita dengan cara melakukan apa-apa yang mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T
4 Komentar
"Demi masa.
BalasSungguh, manusia semuanya dalam kerugian. Kecuali, orang yang saling ingat-mengingati antara satu sama yang lain di dalam kebenaran dan kesabaran."
ayat terjemaahan kamu ada yang tertinggal sepatutnya,
"Demi masa.
Sungguh, manusia semuanya dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman, dan beramal soleh dan, orang yang saling ingat-mengingati antara satu sama yang lain di dalam kebenaran dan kesabaran."
sesungguhnya orang yang lalai itu adalaha orang yang menzalimi dirinya sendiri......
Balasterima kasih atas ilmu yang dikongsi...:)
zaman belajar adalah zaman yg tersangat ideal. tersangat!
BalasPerlu ada rasa izzah kpd islam,yakin dgn jalan dakwah tarbiyah yg dipilih serta jelas matlamat yg ingin dituju, insha Allah mampu mentsabatkan jiwa raga walau apa jua alam yg akan ditempuh, alam pekerjaan, alam perkahwinan,alam penghujung usia,alam buana atau apa2 alam sajalah. insha Allah rabbal alamin..
Salam
BalasArtikel yang menarik.
Dalam sehari, kita mempunyai 24 jam.
Adakah formula ini 'relevant' jika kita membahagikan masa 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk beribadat dan 8 jam untuk tidur?
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443