Saya bukan orang yang layak nak menghurai permasalahan yang besar ini. Saya tak ada kelulusan. Tak ada pendidikan yang cukup. Cuma saya nampak ada beberapa perkara yang saya perlu luahkan juga. Kalau tidak, saya tak puas. Hati saya akan sakit dan jiwa saya pun akan sakit.
Jadi baik saya luahkan juga.
Pada saya, ada beberapa permasalahan hukum agama yang kita perlu simpan sendiri-sendiri.
Contohnya, beberapa bulan lepas, ada seorang ustaz menulis di laman Facebook peribadinya, bahawa kalau ada jemaah tabligh datang ziarah ke rumahnya, dia akan menyuruh mereka pulang. Tambahnya lagi, kalau jemaah tabligh tu faham agama, dia pasti akan pergi dengan sukarela. Ini kerana ada ayat al-Quran di dalam surah al-Hujurat dan surah An-Nisa' berkenaan dengan tetamu. Kalau tuan rumah tak beri izin masuk, tetamu kena pergi.
Ini memang hukum. Tapi ada berlambak hadis daripada Rasulullah S.A.W yang menyuruh kita untuk memuliakan tetamu yang datang, bukannya suruh dia balik.
Antara hadis yang saya ingat ialah pesan Nabi, "Jangan kamu meremehkan kebaikan sekalipun dengan menyambut tetamu dengan wajah yang manis".
Jika dia tak mahu atau tidak bersedia untuk menerima tetamu, maka tak perlu risau apa-apa. Memang ada kelonggaran untuk menolak tetamu. Bahkan bagi kaum wanita, haram pula hukumnya kalau membawa tetamu yang tidak disukai suaminya masuk ke dalam rumah.
Menolak tetamu, betul. Tapi memuliakan tetamu, juga betul. Saya takut kalau ustaz yang ramai follower tu buat kenyataan sebegitu, orang awam akan melulu berhukum, hinggakan setiap tetamu yang dia tak senangi, dia akan suruh balik. Lebih-lebih lagi kawan-kawan kita daripada jemaah tabligh sebab mereka datang untuk menceritakan tentang kebesaran Allah dan ajak kita pergi masjid.
Berasap telinga kita!
Tapi kalau yang datang tu, datang untuk menceritakan tentang promosi hari raya, buat direct selling, buat kaji selidik, atau jiran datang ajak mengumpat, kita tidak pula bermasalah untuk mendengar!
Baru-baru ini juga heboh tentang isu tahlil. Sebenarnya benda ni dah dibincangkan lama dah. Cuma datang budak-budak baru ni, terus dia kata bid'ah! Sesat! Nabi tak buat!
Sejujurnya, kalaulah kita nak gunakan alasan 'Nabi tak pernah buat' untuk kita mengharamkan sesuatu yang baik dan tidak ada hukum yang qat'i (putus), maka saya rasa itu tidak betul.
Kita bukan bercakap pasal solat subuh 7 rakaat. Tujuh rakaat tu memang baik, tapi menyalahi hukum asal yang telah diputuskan. Maka, baik-baik pun, sesat.
Tapi kita bercakap tentang berzikir dan meniatkan pahala itu untuk disedekahkan kepada si mati. Saya nak tanya sikit dengan puak-puak Wasabi ni... pahala-pahala ni, siapa yang bagi?
Allah ke manusia?
Allah kan. Jadi ikut suka Allah lah Dia nak beri atau tidak. Kita cuma niatkan sahaja. Kalau diizinkan sampai, maka untunglah orang yang berzikir tadi dan si mati yang diniatkan. Tetapi kalau tak sampai, maka tak ada sesiapa yang rugi dan sesat di dalam kes ini kerana kita meminta dan merayu kepada Allah, bukanya kepada makhluk!
Ada tak orang bertahlil sebut kalimah syirik? Semua sebut kalimah tauhid!
Sedangkan Nabi S.A.W ketika melintasi perkuburan dua orang yang diazab, salah seorang kerana istinjak tak betul dan seorang lagi sebab suka mengumpat, Nabi S.A.W ambil ranting pokok dan pacak pada kubur kedua orang tadi.
Sebab apa Nabi S.A.W pacak? Sebab nak main-main? Nak cantikkan kubur?
Sebab kata Nabi, ranting dan daun-daun itu akan berzikir serta memohonkan keampunan kepada si mati yang sedang disiksa itu.
Antara manusia dengan ranting pokok, manakah makhluk yang lebih mulia? Jelaslah manusia. Ini Allah sendiri yang kata dalam surah Al-Insan. Kalau pokok pun boleh berzikir dan meminta keampunan kepada orang mati, takkanlah kawan-kawan si mati serta saudara-mara si mati tidak dibenarkan untuk mendoakan dan memintakan keampunan kepada orang mati pula?
Begitu juga dengan menyedekahkan bacaan al-Quran kepada orang mati. Jumhur ulama kata boleh, walaupun ada pendapat yang kata tidak sampai. Imam Syafie kata tidak sampai pahala kepada si mati, tapi saya jamin Imam Syafie tak kata bahawa membaca al-Quran untuk tujuan itu, bid'ah dan sesat lalu masuk neraka!
Wasabi je yang melebih-lebih. Sikit-sikit mahu menggelar orang ahli bid'ah. Ahli bid'ah tu ialah ahli neraka, maka atas mandat siapakah puak-puak ini nak memasukkan seorang muslim masuk neraka?
Sama juga dengan baca Yassin malam jumaat. Adakah baca Yassin itu salah? Surah Yassin ni dari bible ke? Atau dari veda, sampaikan boleh jadi kesalahan jika kita membacanya pada malam jumaat?
Yang salah cuma bila masyarakat merasakan yang baca Yassin itu wajib sedangkan hukumnya bukan wajib sebaliknya cuma sunat sahaja, sama seperti membaca surah-surah lain dalam al-Quran. Cuma kebetulan masyarakat kita dah terbiasa dengan membaca surah Yassin hingga ada yang jatuh cinta dengan surah ini.
Kita jangan lupa, di zaman Rasulullah S.A.W masih ada dahulu, ada seorang sahabat yang tiap kali bersolat pasti dia akan baca surah al-Ikhlas. Nabi tak buat macam tu. Nabi baca je surah-surah lain.
Jadi pada perkiraan kita, sahabat ni dah buat sesuatu yang nabi tak buat!
Lalu dirujuk kes ini kepada nabi. Nabi tanya, "Mengapa kamu selalu sangat membaca surah al-Ikhlas?"
Jawab sahabat itu, "Aku sangat mencintai surah ini"
Nabi tak marah. Sebaliknya kata Nabi, "Kecintaanmu kepada surah al-Ikhlas ini akan memasukkan kau ke dalam syurga".
Begitu juga dengan membaca selawat dan doa kepada air, lalu mengambil keberkatan atas doa dan selawat itu. Ada orang kata perbuatan tu ialah perbuatan sia-sia. Al-Quran diturunkan untuk dibaca!
Lalu bagaimana puak ni mahu berhukum dengan kisah seorang sahabat Nabi yang mengubati seorang musyrik dengan bacaan surah al-Fatihah?
Apa dia ingat ustaz-ustaz ni baca mantera kah?
Ada juga yang cakap, itu perbuatan memperdagangkan agama. Jadi saya cabar ustaz-ustaz itu untuk jangan terbitkan buku. Kalau nak juga, jangan ambil keuntungan daripada penjualan buku-buku mereka. Kata mereka golongan yang jujur dengan agama, jadi mengapa buat buku ambil untung? Jual sahajalah dengan harga modal cetakan dan kertas saja.
Begitu juga dengan bina masjid dan menjemput ustaz-ustaz mereka. Tak payah ambil upah. Itu kan namanya memperjualkan agama? *sarcasm*
Oh ya. Kalau menurut mereka, kuliah maghrib dan kuliah subuh pun ialah bid'ah sebab Nabi S.A.W tak pernah mengkhususkan waktu untuk majlis taklim. Tak semestinya lepas maghrib dan tak semestinya lepas subuh. Bila-bila masa saja wahyu turun dan bila-bila masa saja para sahabat dan arab badwi akan datang bertanyakan persoalan agama kepada Baginda.
Sejujurnya, saya cuma terkilan. Terkilan dengan aliran pemikiran baharu ini yang kononnya mengikut jejak golongan salaf, tetapi cukup senang hati dan suka-suki nak mengkafirkan orang, mencela orang, dan melabel orang sebagai sesat.
Kita hidup di Malaysia. Kita kena faham corak kehidupan beragama orang di Malaysia. Ada yang taat macam malaikat dan ada yang jahat macam setan. Kenapalah kita terlalu sibuk nak bertekak dalam benda kecil dan cabang, padahal ada benda yang besar kita patut bahaskan.
Contohnya, rumah urut, pusat pelacuran, kasino, kilang arak, konsert, dan gejala sosial. Kenapa kita tidak memandang perkara-perkara itu sebagai perosak akidah anak-anak kita? Kenapa kita tak rasa yang benda-benda itu akan menjerumuskan manusia masuk neraka, lebih banyak keberangkaliannya berbanding dengan yang berzikir dan baca Quran ini.
Saya rasa hidup kita ini, kita perlu banyak bersangka baik dengan Allah. Bila kita berdoa, kita bersangka baik Allah akan makbulkan. Bila kita berzikir, kita bersangka baik yang Allah akan beri kita ganjarannya dan bila kita baca-Quran serta sedekah, kita sangka baik Allah akan sampaikan sedekah dan bacaan kita.
Kalau awal-awal lagi kita dah sangka buruk dengan Allah, maka memang tak payahlah berdoa, baca Quran, dan lain-lain tu.
Satu yang terakhir, kalau masih kita fikir perbuatan tahlil, mendoakan si mati, bacakan Quran dan zikir untuknya ialah perkara bid'ah, sesat dan syirik, maka wasiatkan awal-awal sebelum mati supaya jangan ada seorang pun yang mendoakannya, memohonkan ampun kepadanya, menyedekahkan bacaan zikir dan al-Quran kepadanya, bila dia mati.
Selesai masalah.
Kalau kita tak mahu, silakan. Tapi jangan sampai kafirkan orang ya.
Bak kata Ustaz Hasrizal, jangan jadi 'ultra' salafi.
4 Komentar
*urut-urut dada, tangan, kaki dan picit-picit sikit kepala rakan seusaha yang tengah marah ni*
Balashehe..sabar..sabar..janji Allah untuk orang yang sabar ialah syurga yang luasnya berbillion-billion to infinity kali ganda (paling kecik punya syurga) dari bumi dan langit ini. (mari berihtisab)
semalam, dari bayan wabsi, ada dikhabarkan perihal Nabi saw dan Para Sahabat ra 'telan' semua keperitan, fitnah, tohmahan dan macam-macam lagi ujian Allah bagi. dan untuk kita yang buat usaha agama ni tiru-tiru mereka (yang telah berjaya itu). telan, telan dan telan lagi semua ni. lebih2 lagi hal 'fitnah akhir zaman' tu. kita teruskan je buat jaulah. ^^
psst - ulama ikram kita syorkan agar selain kurangkan masa makan dan minum, masa rehat dan tidur, cakap sia-sia dan kurangkan masa diluar masjid ialah, kita kurangkan masa melayari internet juga (termasuk FB). hiks! <--- tertib ni bukan lah adab usul, tapi ni tertib peribadi. haha ;p
semoga kita dapat amal dan jom kita jadi 'tamak' sekejap di bulan mulia ni. kita bolot habis semua ganjaran dan janji Allah dalam bulan ni.
takut juga bila baca komen2 dari mereka yg menggelarkan diri mereka ustaz. Saya lebih selesa berbincang dgn ustaz yg wujud depan mata. mcm2 sekarang ni....akhir zaman....:(
BalasTAPI......sy tetap suka baca entri saudara...teruskan berdakwah cara saudara dan sy akan sebarkan ilmu yg diberikan...:)
Balassuke bace blog ni . izinkn share ayat2 di twitter ye ?
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443