Siang tadi ada program jamuan hari raya MAS dekat parking lot depan bangunan HR.
Aku join, dengan kawan-kawan aku. Niat aku sebab nak makan free je. Penuhkan perut dengan makanan supaya malam ni tak payah pergi makan lagi dah. Jimat sikit.
Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak komen. Tapi aku ni macam ikan bilis je dalam syarikat ni. Bahkan aku bukannya staf pun. Jadi, setidaknya aku tulis kat sini sahajalah. Mudah-mudahan ada orang yang baca boleh ambil ikhtibar dan buat refleksi diri, bersama-sama.
Aku perhatikan, masyarakat kita ni memang sangat sukakan hiburan. Tak kira usia, semuanya suka berhibur. Tadi aku perhati, ada seorang lelaki yang berpangkat atuk, pun masih ligan berjoget atas pentas. Seorang lagi pak cik ambil mikrofon dan menyanyi. Lagu lama. Tak silap aku, lagu P. Ramlee.
Tapi okeylah. At least suara dia boleh tahan sedap juga.
Tapi yang aku tak berkenan ialah bila gadis-gadis yang menyanyi. Lebih-lebih lagi gadis yang bertudung. Sepatutnya bila diri bertudung, adalah sedikit rasa sensitif terhadap agama. Tak adalah terkinja-kinja di atas pentas sebab perangai hodoh ni bukan Allah sahaja yang tengok.
Aku pun tengok. Orang tua pun tengok. Patutnya adalah sikit rasa malu.
Aku pun, sejujurnya, adalah juga tarikan kepada perempuan. Lagi-lagi perempuan yang cantik. Aku bukannya gay. Aku normal. Dan aku juga bukannya malaikat.
Keinginan untuk memandang perempuan tu memang lahir semulajadi dalam diri aku. Aku pun malu juga kalau-kalau aku kantoi dengan kawan-kawan aku atau dengan sesiapalah, kantoi tengok perempuan. Malu sebab aku tahu itu perbuatan yang tak elok. Mungkin juga berdosa.
Pada aku, cara yang paling mudah untuk jaga mata ialah dengan berkahwin. Sebab aku rasa bila kita sudah ada yang halal untuk kita, kita tak akan nak benda yang haram lagi dah. Logiklah kan. Kalau kau diberikan nasi goreng yang kau dapat dengan cara yang halal, dengan nasi goreng yang kau curi, dah tentu kau akan makan nasi goreng yang halal itu walaupun nasi yang halal tu tak sedap berbanding nasi curi tu.
Macam itulah bila ada isteri. Mungkin ada perempuan yang lebih cantik daripada isteri kau, tapi sebab kau ada iman, kau ada akal, dan kau ada kasih-sayang, pasti kau akan rasa isteri kau tetap yang paling cantik, menawan dan seksi.
Ceh. Bab kahwin ni aku cuma boleh sembang kencang saja. Aku pun tak tahu bila aku boleh kahwin. Nak tu memanglah nak. Siapa yang tak nak ada isteri kan? Tapi itulah... Allah knows the best. Aku berserah sahajalah. Nak usaha pun, ini sahaja yang dapat aku usahakan.
Cuma aku nak sebutkan bahawa di akhir zaman ni, memang berat sekali tuntutan supaya kita menjaga mata kita daripada memandang-mandang kepada yang haram. Bukan setakat tak boleh tengok aurat orang perempuan, tengok aurat orang lelaki pun haram juga.
Lebih daripada itu, memandang dengan sengaja kepada orang perempuan tanpa sebab-sebab yang munasabah, itu pun tak boleh. Ada orang kata, berdosa.
Aku selalu ingat cerita yang pernah berlaku di zaman Nabi. Kisah Fadl bin Abbas radialluanhuma (abang kepada Ibn Abbas). Ada lagi satu cerita yang berlaku kepada seorang sahabat remaja bernama Tsa'labah al-Ansori (aku pun tak berapa sure nama dia). Tapi sebab aku tak yakin sangat, aku nak cerita apa yang aku confirm sahaja. Cerita fasal Fadl bin Abbas. Dia pernah ikut Rasulullah menunaikan haji, iaitu masa bertawaf, Masa tu, dia telah memandang kepada satu jemaah wanita yang juga sama-sama sedang melakukan tawaf. Lalu Rasulullah pun tolak muka Fadl Bin Abbas, hingga pandangannya teralih ke tempat lain.
Kata Rasulullah kepada Fadl Bin Abbas, "Jika kamu mahu merasai kelazatan ibadah, maka jagalah pandanganmu".
Cuba fikir. Perempuan bertawaf pakai apa? Sudah tentulah pakaian yang menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Kepada perempuan yang memakai pakaian se-simple dan sesempurna itupun sudah datang larangan daripada memandang-mandang, bagaimana dengan anak gadis kita pada hari ini?
Ramai anak gadis kita, kawan-kawan perempuan kita, adik beradik kita, yang sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka pakai. Mungkin bagi diorang, bila sudah bertudung maka itu makna 'sudah menutup aurat'.
Betul ke yang aurat perempuan hanya rambutnya sahaja? Kalau macam tu, kat mana kita nak letakkan hadis, "Mana-mana wanita yang keluar dari rumah dengan berwangi-wangian hingga menarik perhatian, maka keluarnya itu umpama seorang pelacur".
Mana nak letak larangan-larangan tentang tabarruj? Pakai baju yang lip-lap, yang kaler menyerlah, dan seumpamanya.
Belum lagi aku cerita pasal satu grup perempuan yang pakai tudung labuh siap berhandsocks lagi tapi buat perangai gedik dalam tren KTM, minggu lepas.
Masa tu aku dari Sungai Buloh nak ke Stesen KTM Serdang sebab kawan aku tunggu aku kat sana. Kitaorang nak pergi kenduri kahwin kawan sekolah kitaorang.
Aku tak tahu di stesen mana gadis-gadis muda ni naik (macam sebaya aku je). Tapi aku cuma perasan yang diorang ni ada bila aku dengan diorang bergelak ketawa. Bukan setakat gelak-gelak je, tapi juga bersembang kuat-kuat dan buat lawak bodoh.
Pelik aku. Aku yang lelaki ni pun senyap. Bahkan bangla-bangla yang duduk di kiri dan kanan aku ini pun senyap je. Tapi perempuan pula yang terlebih seronok dapat naik tren yang penuh dengan lelaki ni. Berjubah dan handsocks pula tu!
Itu pasallah aku update status Facebook aku cepat-cepat. Aku tulis,
"Loose clothings, jubah, and handsocks is just a small part of a great word, modesty".
Apa maksud modesty? Korang faham tak maksud modesty pada segi bahasa, dan pada segi istilahnya?
Aku rasa ramai yang tak faham. Buktinya, masalah sosial dalam kalangan muda-mudi masih belum selesai. Sekarang ni bukan setakat masalah sosial, tapi masalah jenayah pun dah mendadak naiknya. Semua ni ada hubung kaitnya walaupun mungkin bukan secara langsung.
Tak apalah. Nantilah aku cerita apa yang aku faham pasal modesty, baik kepada lelaki macam aku atau perempuan macam korang.
4 Komentar
perkongsian yang ckup menarik..Perempuan ketawa kuat dah selalu sangat aku jumpa tak ada adab jangan kat luar je, dalam kelas sendiri pun ada. Macam tak ada sifat malu..
Balashmm.. lelaki pun perlu ditegur juge... bukan hanya perempuan.. lelaki juge gelak kuat,malah lebih kerap dijumpai berbanding wanita..
Balastidak kira jantina lah, kalau gelak kuat tu maksudnya kurang sopan.
Tercampak ke laut rasanya baca post ni. Semoga Allah thabatkan hati penulis dan memberi kesedaran pada golongan bakal ibu generasi Muslim akan datang.
BalasYang part perempuan berjubah , tudung labuh n handsock bagai gelak kuat2 tu : selalu sangattt jumpa sampai kadang2 konfius "ke x pe gelak kuat2?" haih
Apabila telah hilang rasa malu,maka lakukanlah apa sahaja yang kamu sukai.
BalasYa Allah,peliharalah kami,muslimah di akhir zaman.
Allahumma Amin..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443