Allah kita dan Allah mereka

Pertama sekali, saya nak copy-paste satu keratan 'status' Facebook yang berbunyi;
Antara benda yang paling dibincangkan sekarang ni ialah pasal penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.

1- Secara peribadi, saya juga menolak dan cenderung untuk tidak membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam 'kitab suci' mereka. Saya juga merasa tidak patut untuk kalimah Allah digunakan dalam apa bentuk dan apa-apa cara pun oleh penganut kristian. Sebaliknya, cukuplah jika mereka menggunakan perkataan God, Jesus, atau apa-apa sahaja tetapi tidak Allah.

2- Ini adalah kerana saya bimbang sekiranya ada agenda dan pakatan yang sulit untuk menyebarkan dakyah dan misi meng-kristiankan Malaysia. Sangkaan saya tidak lebih daripada sekadar pendekatan berhati-hati dan bukannya mahu bermusuh.

3- Kebimbangan ini tercetus kerana saya risau akan wujud kekeliruan dalam kalangan umat islam. Jika mereka tidak murtad secara zahir sekalipun, saya bimbang jika di sudut hati mereka, mereka menganggap agama islam dengan agama kristian mahupun agama-agama apapun sebagai sama. Saya risau jika mereka mula merasakan setiap agama adalah sama dan masuk apa-apa agamapun adalah serupa. Fahaman liberal ini wajib dibendung kerana ia juga ialah barah akidah dan boleh menyebabkan orang yang bersolat juga menjadi kafir.

4- Tetapi, saya lebih risaukan dengan sesetengah kelompok masyarakat terutamanya ahli politik dan pemimpin masyarakat, daripada parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan isu ini sebagai modal atau permainan politik mereka.

5- Mereka bermain wayang seakan-akan mereka bermati-matian tidak membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah hingga kelihatan seperti seorang wira atau pejuang agama, tetapi dalam masa yang sama, mereka jugalah pihak yang menjatuhkan nilai agama.

6- Saya bimbang, masyarakat islam di Malaysia akan jatuh dalam kategori "menang sorak tapi kampung tergadai". Kita tak mahu kita cuma 'dapat' kalimah Allah tetapi kita tak dapat keampunan daripada Allah. Ini adalah kerana kita sendiri tidak kenal siapa dia Allah yang kita mahu 'jaga' itu.

7- Saya juga merasakan bahawa perkara yang lebih utama yang wajar dipertahankan ialah tauhid. Kita perlu lebih tegas, progresif, dan menggunakan pendekatan yang proaktif untuk memperkenalkan 'Allah kita' dan dalam masa yang sama, memberi juga kefahaman jika tidak secara mendalam pun, cukuplah dengan secara general tentang 'Allah mereka'.

8- Malangnya, usaha-usaha untuk memperkenalkan 'Allah kita' tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, baik daripada pihak berwajib seperti jabatan dan kementerian agama, ataupun individu-individu yang mempunyai kewajipan yang khusus, seperti pemimpin negara, pemimpin masyarakat, dan juga pemimpin keluarga.

9- Saya yakin dan percaya jika kita berjaya memperkenalkan siapa 'Allah kita' dan kita sendiri mampu mengenal siapa dia 'Allah kita', kita bukan sahaja dapat menghalang barah murtad daripada membiak, tetapi kita juga mampu merawat penyakit-penyakit masyarakat seperti gejala sosial dan juga kadar jenayah.

10- Saya juga yakin dan percaya, hanya dengan kita benar-benar mengenali 'Allah kita', kita mampu menarik rahmat dan keampunan Allah seterusnya menjadi 'baidatun toiyibatun warabbunghafur'. Dengan itu, apa agama kita sekalipun, baik islam, kristian, hindu, budha atau pagan, kita boleh hidup dengan aman, makmur dan tenteram, kerana disaat itu islam sudah mula dikenali dengan kaca mata yang selayaknya, bukannya pecahan-pecahannya seperti di saat ini.

  
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

I agree with most of your points.In my humble opinion, it does not make Malaysian any better..it gives bad reputation to Islam instead. however, this issue has widened our knowledge that Islam is still the official religion in Malaysia YET people do not preach it 'syumul-ly'. that's why this issue happens. If people know their very responsibility towards their own religion, this matter won't be propagated.

Thanks for the intriguing post brother. :)

Balas
avatar

Assalamualaikum Iqbal,
Maaflah akak tak faham...maksud Iqbal, kena betulkan pemimpin dulu, baru perjuangkan kalimah Allah.
Iqbal pernah hidup 30/40 tahun dahulu? Pergi sekolah kena pakai skirt dan seluar pendek....kecuali sekolah agama....lihat sekarang, masa akak sekolah menegah baru dibenarkan pakai seluar panjang masa PJ, dan baju kurung sebagai uniform sekolah.

Iqbal pernah makan dan tidur satu bilik dengan orang Kristian ni? Baca blog akak, banyak perkongsian pengalaman akak dengan mereka ni.

Apakah peranan kita sebenarnya? Hanya mengutuk mereka yang tidak menjalankan "tugas" mereka? Apakah peguam2 tu semua mengerjakan perkara yang sia2 yang tidak di redhai Allah?

Maaf sekiranya akak/makcik ni tersalah erti/faham.....

Balas
avatar

Assalamu'alaikum.

Pada pendapat saya, lebih baik saudara hadamkan artikel Dr. Maza http://drmaza.com/home/?p=2528 berkenaan isu ini.

Jazakallahu khayr.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443