Aku kucing, kau anjing.

[Credit]
Dalam tempoh tak sampai sebulan, macam-macam dah berlaku dalam dunia islam kita.

Salah satunya ialah apabila seorang mufti menuduh seorang bekas mufti sebagai Wahabi.

Saya tak reti nak komen pun sebenarnya. Silap komen nanti, saya pula yang akan bermasalah.

Cuma saya faham bahawa fahaman wahabi ialah fahaman yang tidak boleh kita terima. Saya bukan nak katakan yang kawan-kawan kita daripada manhaj itu tidak betul, tetapi saya lebih suka dan gembira jika kita (orang awam) dapat memantapkan akidah kita sendiri.

Tak payah nak terikut-ikut dengan orang. 

Kita kena pahat di dalam hati kita bahawa Allah S.W.T tidak menyerupai makhluk walaupun sedikit. Jadi apabila seseorang mahu kata yang Allah 'duduk' di atas Arasyh, maka kita akan menolak dengan alasan bahawa 'duduk' ialah perbuatan makhluk, dan 'di atas Arasyh' pula ialah ruang dan tempat.

Sebaliknya saya akan berpegang dengan nasihat Syeikh Fathi Yakan di dalam kitab karangannya, 'Apa ertinya saya menganut islam';

Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-soleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan ta'wil, pembekuan nas, dan menyerahkan perkara-perkara seperti itu kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

Sebab itulah bila orang mula mempersoalkan tentang 'Allah ada tangan? Allah duduk? Allah ada wajah?'... maka mereka sebenarnya sudah pun melakukan bid'ah sebab generasi terawal islam tak pula nak memperdebat tentang ini.

Sebaiknya, kita hempuk kepala dia dengan buku tanya balik, "Kau ni dah cukup study pasal ciptaan-ciptaan dan kekuasaan Allah ke sampai nak study pasal dzat Allah ni?"

Mungkin sebab kita ini terlalu banyak masa lapang, sampaikan benda-benda ini pun menjadi agenda utama kita, melebihi agenda kita untuk menjadikan kalimah Allah di kedudukan tertinggi. Memadailah untuk kita imani bahawa Allah tak menyerupai makhluk dalam apa-apa segi sekalipun.

Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa pun kecuali sedikit sahaja.

Selesai satu masalah. (Sebenarnya belum lagi).

Masalah kedua yang makin berleluasa pula ialah tentang kewujudan golongan sikit-sikit bid'ah.

"Setiap bid'ah ialah sesat dan setiap kesesatan tempatnya ialah neraka!"

Mereka baca hadis itu kepada kita.

Saya ada satu kisah nak dikongsi. Murabbi saya pernah cerita tentang seorang bekas mufti Mesir (saya lupa nama dia) yang bertemu dengan seorang anak muda yang terlalu radikal (ekstrem).

"Apakah pandanganmu tentang orang-orang yang minum arak?", tanya mufti.

"Meraka akan ke neraka", jawab pemuda tadi.

"Apa pandangamu kepada orang-orang yang berzina?", tanya mufti itu lagi.

"Mereka juga akan ke neraka"

"Apa pandanganmu jika aku menyuruhmu untuk membunuh mereka?", mufti itu mahu mengujinya.

"Aku sanggup untuk membunuh mereka kerana mereka layak untuk dibunuh. Mereka penghuni-penghuni neraka"

"Maka engkau sedang membantu syaitan dan memudahkan kerja-kerja syaitan!", tegur mufti itu.

Pemuda yang sedang meluap-luap marah itu bingung.

"Bukankah tugas syaitan itu ialah untuk membuatkan manusia masuk ke dalam neraka? Maka adakah kau mahu membantu dan mempercepatkan syaitan untuk memasukkan manusia ke dalam neraka?"

Kisah ini sebenarnya mengajak kita untuk kembali merenung kepada sebuah hadis nabi,

Sesiapa yang menuduh seseorang itu sebagai kafir atau sesat sedangkan itu tidak benar, maka tuduhan itu kembali kepadanya (maksud hadis, mutafaqun alaih)

Nak tunjuk atau tunding salah orang, itu kacang je. Nak kata itu haram, itu salah, memang senang sangat. Tetapi apa selepas itu?

Nak kata suatu perkara itu bid'ah atau tidak, kita memerlukan panduan ulama. Bukan dengan kita baca buku, kita boleh amend sesuatu syiar agama. Macam yang Ustaz Azhar Idrus katakan, sesuatu itu akan jadi bid'ah kalau ada ijmak daripada ulama-ulama di seluruh dunia.

Kalau ulama sepakat kata amalan itu bercanggah dengan islam, maka bolehlah kita nak kata benda tu bid'ah.

Kalau benda yang khilaf, buat cara khilaf.

Anehnya, bila masuk bab ijmak seperti orang islam pergi main dengan pelacur di Lorong Haji Taib, kenapa puak sikit-sikit bid'ah tak nak tegur dan bersuara padahal tak ada seorang ulama pun yang mengatakan melacur dan melanggani pelacur itu harus pada syarak!

Saya sangat tak faham. Maksiat dan kezaliman yang terang benderang di depan mata dia buat-buat tak nampak, tetapi benda-benda furuk dan khilafiyah, benda itulah yang dia besar-besarkan.

Contoh yang lain pula ialah berkenaan amalan berzikir dengan lantang (suara kuat) selepas solat.

Marah betul dengan orang yang berzikir, tapi tak marah pula dengan orang yang berkaraoke sampai tak solat-solat.

Marah betul dengan orang yang membaca tahlil kepada orang mati, tapi tak pula marah kepada orang yang pakai seluar pendek atau tudung singkat yang datang semasa menghantar si mati ke kuburan.

Mungkin pada sesetengah orang, saya ialah contoh manusia yang tak sensitif.

"Mana boleh mereka-reka syariat dan ibadah"

"Orang yang membuat satu ibadah dengan fadhilat dan kaifiat baru, mereka sudah membuat bid'ah"

"Banyak lagi benda yang betul-betul sunnah yang Nabi ajar, kau tak mahu buat. Tapi apa yang Nabi tak ajar, kau nak buat pula".

No problem, sebab saya pun sebenarnya cukup setuju dengan laungan tajdid dan revolusi agama.

Tajdid bukan laungan untuk membuat agama baru.

Tajdid ialah laungan supaya kembali kepada islam yang asli. Yang didasari dengan ilmu bukan dengan persangkaan dan adat turun-temurun.

Namun begitu, tajdid dan revolusi ini janganlah digerakkan dengan jalan perdebatan yang ditunjangi emosi. Bukan dengan hujah-hujah yang sinikal. Bukan dengan contoh-contoh yang provokatif. Tetapi dengan jalan ilmu yang panjang.

Bukan sekadar dengan menelaah kitab-kitab dari Madinah!

Hari ini, umat islam makin tenat.

Yang tidak cukup solat 5 waktu rasanya lebih daripada separuh.

Yang tidak menutup aurat dengan sempurna rasanya lebih daripada separuh.

Yang percaya kepada sihir, tangkal, dan azimat, juga rasanya masih lebih daripada separuh.

Yang berjudi, minum arak, main perempuan, hisap dadah, mencabul, merogol, mencuri... semua itu pun tak terkira banyaknya.

Mengapa semut di seberang kita boleh nampak, tapi gajah di depan mata kita tak boleh nampak?

Benda-benda khilaf yang tak ada ijmak, janganlah diperbesar-besarkan.

Kita menyembah Tuhan yang sama dan meneladani Rasul yang sama.

Nabi kita tak pernah ajar kita untuk berdebat macam orang bodoh, tapi Nabi kita sentiasa ajar kita supaya mempunyai visi untuk menyebarkan agama islam ke seluruh dunia hinggakan bayi yang terakhir lahir pun, dapat lahir dalam agama islam.

Tapi kita, masih dengan hukum baca doa qunut semasa solat subuh?

Huh, kalau macam ni lah, sampai bila islam nak berkembang di Malaysia?
   
    
Previous
Next Post »
5 Komentar
avatar

alamak brother..khilaf ni ade dalil kemudian ulama berkhilaf..qunut ade dalil..nabi ajar bacaan nya kpd cucunya..bidah ni nabi tak buat pastu kita pandai2 buat..cthnya tahlil berkumpulan..klw amalan ni baik dh lama menantu nabi dn sahabat nabi buat tahlil kt jenazah nabi..cth lain maulid nabi..klw amalan ni baik dh lama sahabat2 nabi, tabien dn salafus soleh buat kt nabi..harap dpt beza antara khilaf dn bidah

Balas
avatar

Teringat topik jumaat kat ikim minggu lepas...sy ni takde la arif bab agama....just merasakan yg umat islam krg elemen kasih syg bile menegur & berdakwah....tak hairan la ramai yg mula jd atheist sebab diorg tgk kebanyakan penganut tak amal kan ajaran agama tu ( yg ni sy baca dr blog melayu atheist)

Balas
avatar

Teringat satu comic strip yang dihasilkan oleh siapa nama entah..Muslim apa entah.

Dalam komik strip tu ada dua panel. Panel A menunjukkan dua orang ulama sedang berbincang, saling menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain. Nak betulkan point, nak tambah point pun mintak izin.

While the other panel, menunjukkan pelajar2 kepada dua orang ulama ni. Pelajar2 ni bertelagah, terjerit2, mengatakan pihak satu lg salah....tak ada rasa hormat antara satu sama lain.

Betul la kot apa yg Syaz Wani cakap tu..kurang rasa kasih sayang.

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Balas
avatar

assalamualaikum. :) saya membaca dengan senyuman.
saya rasa, jika semua orang berusaha mencari ilmu dengan menghadiri kelas2 agama atau setidak2nya hadir la ke tazkirah/kelas tasawur/kelas hadis yg banyak dibuat di surau2 secara mingguan dan berterusan... hati yang kontang akan terisi ilmu. maka tiada la ruang untuk kejahilan membid'ahkan orang itu kafir dan orang ini masuk neraka. :)
saudara 'Anonymous' :) berdasarkan ilmu yg saya pelajari dalam kelas hadis 40, bid'ah itu tak boleh dikelaskan terus seperti apa yang 'Anonymous' maksudkan. Bid'ah itu sendiri terdiri dpd 5 iaitu 'wajib','sunat','harus','makruh' dan 'haram'. selagi amalan itu baik, x menyimpang dari hukum syarak, adakah hendak terus dijatuh hukum haram? sebagai cth bid'ah sunat yg tiada pd zaman Nabi adalah membukukan al-quran. Nabi x buat! zaman Nabi al-quran x bukukan al-quran! tapi Saidina Umar buat. bukukan al-quran baik x? baik! tapi zaman Nabi x buat. itu nak bid'ah sebagai haram? begitu juga baca tahlil. benda baik usah dilarang bagaikan berbuat benda haram. yg haram pula jgn dipejam mata bagaikan berbuat benda makruh. :) itu perkongsian saya yg cetek ilmu ini. jika salah, moga ada yg membetulkan.

Balas
avatar

Sy rase isu ni sampai kiamat pon tak kan selesai.....bg sy bde yg plg penting sekarang macam mana nak betul kan akidah dan akhlak umat islam terutama sekali gol muda yg semakin jauh terpesong dr ajaran islam

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443