Aku pun tak khatam banyak kitab. Cuma dulu zaman belajar sempatlah nak mengaji kitab munyatul musolli. Jadi aku konfiden untuk bersolat mengikut cara mazhab syafie.
Aku ada ramai kawan, jadi aku boleh tengok beberapa kesilapan dalam solat mereka.
Antara yang paling common adalah kesilapan dalam membaca surah al-Fatihah. Kalau setakat salah cara sebutan, tak apa lagi. Asalkan jangan salah baca baris atau salah sebutan sampai lari makna.
Ustaz aku kata belajar bahasa arab ni hukumnya wajib, paling tidak pun sampai boleh faham makna surah al-Fatihah. Nanti aku belek-belek semula nota lama aku. Bolehlah aku kongsi tentang special-nya dan miracle surah al-Fatihah ni.
Antara kesalahan common juga adalah solat diam. Mulut tak bergerak. Bila ditanya, "Oh, aku baca dalam hati".
Dalam solat ada 3 komponen, iaitu rukun qawli, rukun fikli, dan rukun qalbi.
Maknanya dalam 13 rukun solat tu, ada yang kita kena sebut, ada yang kita kena buat, dan ada yang kita perlu semat dalam hati.
Antara yang perlu dilafaz ialah bacaan surah al-Fatihah. Setakat mana kena lafaz? Setakat telinga kita sahaja yang dengar. Jangan baca kuat sangat sampai orang lain dengar, tapi baca sedang-sedang sahaja untuk telinga kita dengar apa yang kita baca.
Yang inilah yang ramai orang tak buat. Mereka salah faham kononnya cukup sekadar baca dalam hati tapi tak lafaz di mulut.
Selalu juga orang melakukan kesilapan dalam sujud. Antaranya kerana rambut dia terlalu panjanh hingga menutup dahi semasa sujud. Lain kali pakailah kopiah.
Atau menambah bilangan sujud, contohnya semasa sujud, dia tersujud di atas batu. Lalu dahi pun rasa sakit. Lantas dia angkat sedikit dahinya, dan dia alihkan batu tu dan kembali sambung sujud. Kalau ikut kitab muyatul musalli, itu dah menambah bilangan sujud. Dah terbatal.
Selain itu ada juga orang yang suka bergerak-gerak dalam solat. Bergerak still boleh, tapi dalam gerakan yang ringan dan tidak berturut-turut. Tapi sekiranya pergerakan besar, sekali pun boleh batal. Contohnya dia angkat kaki lalu tangan dia menggaru kaki semasa sedang berdiri tegak dalam qiam.
Aku juga perasan kita selalu silap dalam duduk tasyahud (ada orang paggil tahiyyat). Dia badan besar, lalu bila time tasyahud akhir, dia tetap nak duduk cara tasyahud akhir lalu dada dia dah tersasar dari arah kiblat. Maka terbatal.
Dalam solat, muka boleh terlari sedikit dari arah kiblat. Tapi dada tak boleh. Tetap kena mengadap kiblat. Lainlah kalau solat dalam kenderaan.
Duduk tasyahud ni ada 2 jenis. Satu namanya duduk iftirasyi dan satu lagi duduk tawarruk. Boleh google untuk tengok image.
Ini baru solat sendiri, belum masuk bab solat berjemaah. Dalam solat berjemaah, lagi banyak kesilapan-kesilapan yang perlu kita baiki. Kadang-kadang bukannya sampai membatalkan solat, tapi mengganggu jemaah di kiri dan kanan saf.
Satu, bau badan kita. Yang paling siksa adalah bila solat sebelah bangla, dan orang yang baru lepas hisap rokok. Memang sangat mengganggu deria hidung.
Kemudian aku perasan makmum yang masbuk (terlambat) ini lebih suka tunggu imam naik rakaat baharu kemudian barulah dia angkat takbir. Padahal lebih besar ganjaran kalau dia terus ikut imam walaupun dia tak dapat rakaat tu. At least dapat pahala lebih.
Lepas ni tak payah tunggu tapi terus saja ikut.
Mungkin ada benda yang kalian nak tambah, sila tinggalkan di bahagian komen. Nanti aku edit.
Disclaimer; lupa nak kata yang apa aku tulis ni khas kepada golongan lelaki dan khas dalam mazhab syafie. Kalau nak sembang pasal salaf mungkin lain kali. Sekarang memang aku tak berminat.
0 Komentar
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443