#20 Bangsa Cina dan The Star Online.

Aku suka baca komen-komen pada portal The Star Online. Bak kata seorang pengguna Facebook, "Everytime we have some issue relating to Islam, everybody will show their true face".

Macam-macam komen menghina, sarkastik, dan provokatif. Tak seperti portal akhbar bahasa melayu seperti Harian Metro dan Berita Harian, sukar nak jumpa orang melayu atau islam yang komen. Rata-rata yang akan komen ialah sahabat kita dari bangsa Cina.

Mungkin kerana portal ini menggunakan bahasa inggeris sebagai tunjangnya. Manakala orang melayu pula ramai yang tak fasih berbahasa inggeris lalu tak ramailah yang nak komen.

Pepatah melayu menyebut, tak kenal maka tak cinta.

Betapa tidak cerdiknya kita kerana membenci sesuatu yang kita tak tahu. Begitulah yang berlaku pada sahabat kita dari bangsa cina dan india (dalam The Star Online).

Aku tak marah. Aku cuma simpati. Mereka ini sebenarnya tidak tahu. Pernah dahulu seorang kawan kami berbangsa india menegur perbuatan seorang sahabat yang lain kerana dia menolak untuk berjabat tangan dengan seorang wanita. Padanya, itu kurang ajar. Dia tak tahu yang lelaki muslim tidak boleh menyentuh wanita sesuka hati.

Kami pun menjelaskan kepadanya dan dia sangat terkejut. "Saya tengok dekat Tv ada orang pegang tangan. Saya ingatkan boleh!"

Lalu kami terangkan bahawa terlalu banyak Muslim yang tidak mempraktikkan agama islam dan berpesan kepadanya supaya jangan terpedaya dengan apa yang dia tonton di Tv.

Non-muslim di Malaysia belajar tentang Islam hanya melalui televisyen dan bacaan di Internet. Maka mereka cenderung untuk faham islam melalui apa yang mata mereka nampak sahaja.

Contohnya dalam kes 1MDB. Mereka masih keliru dan tak faham kenapa Islam tidak berkuasa untuk menghukum pesalah-pesalah 1MDB ini. Kekecewaan mereka terhadap kelonggaran undang-undang ini membuatkan mereka menyimpulkan bahawa Islam bukan agama yang adil dan sempurna.

Contoh lain, apabila mereka menggaji (employ) seorang pekerja melayu yang bermasalah. Maka mereka senang menyimpulkan yang seorang muslim itu tidak menepati masa, suka curi tulang, mengambil masa yang terlalu lama untuk solat, dan seumpamanya.

Kebanyakan mereka tidak tahu pun yang solat 5 waktu kita ni cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Mereka sangka solat kita macam solat jumaat. Lama! Sebab tu mereka keberatan bila kita meminta untuk pergi bersolat.

Dan ini diburukkan dengan sikap kita yang mengambil kesempatan. Solat 5 minit, tapi bersembang, hisap rokok dan melepak hingga 30 minit!

Ramai juga yang mempertikaikan institusi penguatkuasa seperti JAKIM dan mahkamah syariah. Mereka salah faham kerana mereka nampak orang islam sendiri ramai yang bercakap buruk tentang institusi agama. Dalam isu Pokemon Go tempoh hari, mereka menyaksikan beribu-ribu orang islam memaki hamun Mufti secara berjemaah.

Bila umat islam pun memaki hamun Mufti, adakah orang bukan Islam semakin hormat dengan ketua-ketua agama ini?

Orang Cina dan India ni tak faham. Mereka kenal Islam melalui kita. Kita cuai, balik kerja awal, suka mencarut, gangster dan samseng (seperti sebuah parti politik ultra-melayu), tipu, rasuah, dan macam-macam jenayah kita buat.

Lepas tu kita nak kata pada mereka yang agama kita terbaik. Agama kita benar.

Sesungguhnya actions speak louder than words.

Aku harap kita boleh jadi orang yang menjelaskan agama Islam kepada mereka. Sekali sekala kita perlu masuk ke portal The Star Online dan cuba terangkan apa yang mereka salah faham. Perkasakan bahasa inggeris kita supaya kita konfiden (yakin) untuk berkomunikasi bersama mereka.

Cina dan India tidak rasis tetapi kitalah yang rasis.

Kita sahaja yang tak berkongsi keindahan Islam dengan mereka.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443