Saya tak tahu apa niat lelaki itu. Adakah dia benar-benar 'though' begitu, atau adakah dia mahu memprovok dan menyindir umat islam.
Walau apapun kita tetap perlu bersangka baik. Mungkin dia benar-benar tidak faham atau salah faham tentang Islam. Mungkin kerana dia terlalu banyak dimomokkan dengan perkataan haram, haram, haram, maka dia pun tidak tahu rupanya ada benda yang halal dan tidak haram.
Rule of thumb; asas-asas bagi mengharamkan sesuatu benda itu adalah kerana 5 (bukan secara turutan).
Pertama, menjaga agama.
Kedua, menjaga diri dan nyawa.
Ketiga, menjaga harta.
Keempat, menjaga nasab (keturunan).
Kelima, menjaga akal.
Terlalu banyak benda yang halal tapi benda yang haram saja orang pandang. Saya beri satu contoh. Ada terlalu banyak makanan yang halal dan sedap-sedap. Tapi tak tahu kenapa, orang melayu masih lapar dan haus nak meneguk arak.
Begitu juga dengan pelaburan. Terlalu banyak pelaburan yang halal, tapi kenapa orang melayu masih 'gagah' nak buat pelaburan yang tidak patuh syariah. Pinjaman pun begitu juga. Mudah sangat tertipu dengan perkataan konvensional.
Jadi apa peranan kita sebagai muslim dalam menangani polemik haram?
Pertama, cuba tinggalkan secara total.
Kedua, kalau masih belum mampu, jangan berhenti mencuba meninggalkannya.
Ketiga, jika gagal dalam menahan diri, jangan buat benda haram itu di depan orang ramai.
Keempat, jangan berbangga melakukan benda haram. Sebaliknya perlu rasa bersalah, sedih dan malu dengan orang lain (kalau tak boleh malu dengan Tuhan paling tidak malulah dengan orang lain).
Kelima, terangkan prinsip asas di atas tadi kepada kawan-kawan non-muslim kita.
Semoga Allah beri kita kefahaman agama dan bantu kita untuk menyebarkannya.
0 Komentar
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443