#34 Diam-diam sudahlah

Ada perkara yang besar tapi menjadi kecil kerana diam. Ada perkara yang kecil menjadi besar kerana 'bising'.

Seseorang yang mencuri tabung masjid. Kalau dia senyap-senyap saja mencuri, agaknya siapa yang akan tahu selain dirinya dan juga Allah? Mencuri itu dosa besar. Mencuri tabung sumbangan orang ramai, lebih-lebih lagilah berdosa. Tetapi kalau satu hari dia nak bertaubat, mudah sahaja. Dia cuma perlu taubat kepada Allah dan pulangkan duit itu.

Tapi kalau dia kecoh, dia upload status atau gambar dia mencuri di Fb, kehidupannya akan jadi semakin sulit. Dia akan dikecam, keluarganya akan dikeji, dan dia akan diburu polis. Akhirnya dia sendiri pun akan susah nak bertaubat.

Begitu jugalah dosa kita setiap hari.

Banyak dosa kita buat. Curi masa, balik awal, tipu claim, mengumpat, dan seumpamanya. Tapi benda tu akan jadi 'mudah' kalau kita dengan Allah saja tapi akan jadi rumit bila kita bawa orang lain sama-sama dalam dosa kita.

Sebab itu, jangan sesekali kita hebohkan dan berbangga dengan dosa-dosa kita.


Hari ini kita lihat betapa ramai manusia yang berlumba-lumba berbuat dosa. Mereka berbangga seolah-olah dalam pertandingan pula. Tidak ada sekelumit pun rasa malu apatah lagi takut kepada Allah.

Kita ni lemah. Kadangkala ter-buat juga dosa tapi janganlah dikecohkan di Facebook!

Antara dosa yang sering dibanggakan adalah dosa couple dan khalwat. Semua orang fikir 'tak apa' bagi lelaki untuk berdua-duaan dengan perempuan. Pergi kerja, pergi makan, bahkan melancong. Tapi itu dosa yang dibanggakan. Mungkin pada mulanya kecil tapi menjadi besar kerana kedegilan kita.

Ingat hadis ini,

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan maksiat di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari]



Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443