#4 Hobi

Aku percaya semua orang ada hobi, walaupun tak semua orang boleh jawab soalan apa hobi awak.

Sebab kadang-kadang dia sendiri pun tak sedar apa hobinya.

Apa yang aku perasan, kita cenderung untuk berhabiskan duit untuk memenuhi keperluan hobi kita. Tak kiralah tua atau muda, mesti ada sesuatu yang menarik minat kita. Kadang-kadang, menjadikan kita unik dan lain daripada orang sekeliling.

Cuma dalam memilih hobi, atau sebenarnya 'dipilih' oleh hobi (sebab minat tu boleh dipupuk), kita kena ingat yang ia tak lari daripada hukum islam. Halal, harus, makhruh ataupun haram.

Contoh macam aku, hobi aku samada baca buku (sedikit), main game (banyak), dan bukak Fb (paling banyak).

Pada mulanya, semua ni harus. Tapi akan menjadi makhruh dan lama kelamaan, haram sekiranya berlaku perkara-perkara berikut.

Ni aku listkan sedikit. Antaranya bila wujud elemen;

1- Membazir dan boros.
2- Membuang masa dengan tak berfaedah.
3- Lalai daripada urusan agama
4- Lalai daripada benda yang lebih penting dan keutamaan.
5- Mula bercakap perihal aib orang lain.
6- Hilang empati dan simpati pada orang sekeliling.
7- Obses hingga hidup jadi tak balance.
8- Mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, anak, dan anggota masyarakat.
9- Lain-lain. Korang tambah la sendiri.

Dan paling hairan, ada wujud satu hobi baharu. Iaitu hobi "mengutuk hobi orang lain".

Ini golongan manusia yang hidupnya kasihan. Tak cukup kasih sayang. Dahaga pada perhatian.

Bila memandang, hanya mahu memandang sisi yang buruk sahaja.

Tak eloklah begitu. Kita hidup bermasyarakat. Biar harmoni, biar sinergi.

Kalau kita tengok kawan kita suka kumpul koleksi Gundam, sebelum kata dia membazir, kita tengok dulu adakah benar pengurusan kewangannya tiris di sini sana. Kalau tak, diam sahaja. Kalau ya, barulah boleh kita menegur. Tapi tegurlah sikapnya, tak perlu meleret sampai kepada koleksi gundamnya.

Manusia ni Allah ciptakan ada bezanya. Aku minat menulis, dan aku tak pernah paksa kau membaca.

Atau kau minat memancing, dan aku tak pernah akan mengeji kalau kau tak dapat ikan.

Hormati hobi orang lain. Jangan buat dosa sahaja. Berpada-pada kerana hidup ni ada terlalu banyak kewajipan untuk kita penuhi.
Previous
Next Post »
1 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443