"Aku penatlah malam ni", jawab Hafizi. Mukanya nampak lesu. Tangannya sedang melurutkan tali leher yang sejak pagi penjerut lehernya. Manik-manik peluh halus kelihatan di dahi. Benar-benar penat barangkali.
"Tapi malam ni kan malam akhir tahun. Special sikit ni", Hafizal masih mencuba.
"Ada apa yang special?", tanya Hafizi spontan.
"Eh kau ni", dia menggelengkan kepala. "Kejap lagi kan ada doa akhir tahun dan doa awal tahun"
Mendengarkannya, lantas sahaja Hafizi menyergah.
"Bida'ah!"
Persoalannya, betulkan itu bida'ah.
Kalau betul bida'ah, kenapa ulama tak bising pun tapi pegawai bank macam Hafizi lebih dahulu tahu tentang ini? Adakah kerana subjek perbankan yang diambilnya di sebuah universiti di semenanjung ini ada memperbahaskan topik bida'ah?
Kenapa kelompok orang bekerja makan gaji, yang belajar agama masa sekolah, dan banyak disibukkan dengan keduniaan ini boleh jadi lebih alim daripada orang alim?
Tapi jika betul pun boleh, salahkah?
Tak salah. Ada saja pegawai bank yang huffaz. 30 juzuk dalam kepala. Waktu rehat dia pergi solat dhuha. Isnin dan khamis member-member tak akan ajak pergi lunch sebab mereka tahu dia berpuasa sunat, dan di kubikel kerjanya ada naskah al-Quran, kitab mustika hadis, dan buku agama, yang disaat pekerja lain main Fb ketika ada masa lapang, dia pula memilih untul baca Quran dan Hadis.
Ada. Bukannya tak ada.
Tapi mereka beramal, bukannya berlagak.
Sedangkan para ulama sendiri dah sebut bahawa bida'ah itu ada hassanah, ada saiyyiah. Ada yang baik lalu dibenarkan. Ada pula yang buruk lalu dilarang.
Baca doa awal dan akhir tahun itu memanglah tidak dilakukan di zaman Rasulullah dan para sahabat, tapi apakah ia termasuk dalam benda-benda yang diharamkan?
Sedangkan Imam Izzudin as-Salam pula menggariskan bida'ah kepada 5 iaitu wajib, sunnat, harus, makhruh dan haram.
Apa contoh bida'ah wajib? Antaranya belajar ilmu alat. Ilmu alat ni senang cerita, macam ilmu perantara. Contoh, untuk kita faham al-Quran, kita wajib belajar bahasa arab. Untuk faham hadis, wajib belajar ilmu hadis pulak.
Jangan tanya aku lebih-lebih sebab aku pun 'pegawai bank' macam Hafizi. Jahil macam budak tak lepas darjah 1. Tapi insyaAllah aku sedar diri.
Ada orang dia tak sedar diri. Sudahlah jahil, banyak pula berbunyi.
Mungkin dia berniat baik walaupun marah-marah.
Tapi tak betullah caranya. Bila mulut tu laser sangat kata seseorang sebagai suka melakukan bida'ah, maka secara automatik dia sudah mula mengeluarkan bunga-bunga silat mencabar orang masuk ke gelanggang.
Maka seeloknya jangan melabel, tapi memperinci.
Beritahu orang, bahawa banyak amalan masyarakat melayu ini tidak ada dalil-dalil yang khusus dalam islam. Maka, janganlah pula kita meletakkan sesuatu hukum yang khusus padanya. Takut nanti jadi memandai-mandai.
Tak bagus tu, sebab memandai-mandai dalam hal agama boleh menyebabkan kita masuk neraka.
Terangkan balik kepada pakcik makcik adik kakak, bahawa berdoa itu hukumnya adakala wajib adakala sunnat. Doa yang wajib itu maknanya solat.
Yang sunat itu doa yang selalu kita baca tu. Bila dah namanya sunat, kalau ditinggalkan pun tak berdosa. Jadi janganlah nak kejar kepada doa-doa yang terntu, atau pada masa-masa tertentu saja sebab kita boleh memberatkan diri kita untuk sesuatu, tapi tetap tak boleh mewajibkan sesuatu.
Contoh lain baca yasin malam jumaat. Perlu diingatkan balik yang itu amalan yang sangat baik tapi bukanlah wajib dan tak berdosa kalau digantikan bacaan yasin itu dengan bacaan surah-surah yang lain.
Atau melawat kubur di hari raya. Ziarah kubur tu baik. Kalau nak lebih sunnah, ziarah di tengah-tengah malam dalam gelap gelita tu. Elok diingatkan semula bahawa hari raya ialah hari seronok bukan hari suram. Pergi kubur menangis dan spoil mood raya. Kan tak sunnah tu.
InsyaAllah nanti aku cerita sikit pasal pseudo-salafi. Siapa dia pseudo-salafi ini.
0 Komentar
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443