#7 Stop Making stupid people famous

Aku hari-hari pergi kerja naik ERL. Harini, aku sampai agak lambat sebab aku tersilap tengok jadual perjalanan tren. Aku ingat harini weekdays lagi sebab tren weekdays pukul 8.31 pagi tapi kalau weekend dia awalkan kepada 8.21 pagi.

Aku sampai terminal kebetulan dengan waktu tren sampai. Apa lagi pecut la aku berlari nak kejar tren tapi dari kejauhan aku nampak orang dah keluar, dan pintu pun sedang ditutup. Tapi mungkin sebab konduktor tren tu nampak aku tercungap-cungap cuba untuk masuk, dia stop operation pintu tu dan bukak bagi aku masuk.

Alhamdulillah aku sempat masuk dan tren pun terus jalan.

Dan dalam 10 minit yang lepas, aku pergi kapal sebab ada simple defect. Aku pergi reset computer, dan defect pun hilang. Kalau nak tahu, Airbus memang macam ni. Pesawat airbus memang banyak develop defect yang spurious. Reset je memang akan hilang problem.

Masa nak keluar dari kokpit, aku nampak ada seorang ibu muda sedang memeluk bayinya yang mungkin berumur 3 bulan. Budak tu nampak selesa sangat tidur dalam dakapan ibunya.

Si ibu tu tengah struggle nak manage dirinya, barangnya, dan bayinya. Dia nampak struggle nak hold baby stroller. Stroller tu passanger lain yang tolong tolakkan. Ada seorang wanita cina lain yang tolong dia.

Aku offer nak tolong.

"Akak okey kak? Macam mana nak fold stroller ni?"

Dia ajarkan, kena tarik dua latch di bahagian tepi serentak baru boleh tarik.

"Terima kasih ya. Saya sorang-sorang ni", dia cuba tersenyum.

Padahal nampak riak mukanya, dia gusar. Aku yakin, akak ni baru saja habis pantang. Terus saja kena naik flight ke Kuching, sendirian.

Kisah ketiga pula berlaku dalam 2 tahun lepas di Melaka.

Masa tu aku baru sahaja berkahwin. Kiranya kami ke Melaka ni macam first trip together yang pertama lah. Masa nak balik ke KL, kami singgah ke sebuah kedai di tepi jalan. Kedai yang seperti bangsal sahaja. Kami pun sekadar nak membeli buah tangan dari Melaka.

Bini aku tunggu dalam kereta. Aku yang keluar membeli. Tak banyak mana, sekadar cukup untuk keluarga aku dan mertua merasa.

Bila dah masuk kereta, isteri aku cakap, "Bang, cuba tengok pak cik tu".

Aku pun pandang. Rupanya sebelah kedai yang aku singgaj tu, ada lagi satu kedai yang serupa. Jual benda yang sama juga.

Pak cik tu sedang menangis. Walaupun kami agak jauh dengannya, tapi memang aku nampak pak cik tu mengesat air mata.

"Kesianlah. Abang beli lah sikit kat kedai dia", saran isteriku.

Aku angguk faham. Aku keluar balik dari kereta dan pergi ke kedai pak cik tu.

Tapi dalam hati tak tahu nak beli apa sebab tadi dah beli banyak barang kat kedai sebelah dia. Aku kata dalam hati, tak apa beli saja apa-apa. Kalau tak nak makan pun boleh bagi orang lain.

Bila nampak aku masuk ke kedainya, pak cik tadi terus berubah ceria. Padahal aku ternampak jari tuanya mengelap air mata. Ramah dia melayan aku.

Aku beli beberapa barang, dan membayarnya sedikit lebih. Nampak riak kegembiraan pada pak cik tu. Dia tak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Dia gembira, aku lebih gembira melihat senyumannya.

Mungkin ketiga-tiga cerita aku ni tak ada banyak pengajarannya. Tapi satu saja aku nak kata, yang setiap small deed atau setiap amalam kita yang kecil-kecil ini, kadangkala adalah satu rahmat buat orang lain.

Konduktor tren yang sanggup tunggu aku 3 saat, sebenarnya dah buatkan aku sampai ke office on time.

Membantu orang yang kesusahan walaupun sekadar bertanya khabar, pun boleh meringankan sedikit beban dalam dadanya.

Membeli di kedai orang yang memerlukan wang, walaupun sedikit mungkin boleh mengubah sepanjang harinya.

Gembirakan orang sekeliling kita. Bantu mereka.

Mari share benda-benda yang positif walaupun kecil. Cukuplah kita mem-viral-kan perkara yang tidak elok. Buang udara negetif yang mengelilingi kita, dan mari hidup dalam persekitaran yang positif.

Stop making stupid people famous. Jangan viralkan benda jahat.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443