#62 Cara Membela Ikan Hiasan

Alhamdulillah, pagi ni saya lapang (free). Bukan bercuti, tapi kerja shif malam. Jadi pagi tadi saya dan isteri (Busyro pun ikut sama) bercadang untuk berkebun, sapu sampah dan mengemas rumah. Usai mencabut rumput dan berkebun, saya mencuci pula akuarium ikan.

Saya dan isteri sebenarnya dah lama nak membela haiwan peliharaan. Kami sama-sama sangat suka dengan kucing. Tapi dahulu kami tinggal di pangsapuri jadi saya rasa tidak sesuai untuk membela kucing di tingkat 3.

Jadi kami bela ikan. Dah lebih setahun kami bela. Tak banyak, cuma 3 ekor. Itupun kecil-kecil saja.

Kalau nak bela ikan, pertama sekali kita perlu ada akuarium. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis dan bentuk akuarium yang dijual. Terpulang kepada kita nak beli yang besar atau yang kecil. Dahulu saya beli yang kecil sahaja kerana rumah kami tingga dulu pun kecil. Jadi tak gunakan terlalu banyak ruang.
 
Kemudian, perlu lihat kepada pemilihan ikan. Bagi warga Sepang, Bangi, dan Putrajaya, saya cadangkan (recommend) satu kedai ikan hiasan yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Nama kedai tersebut ialah 3B Aquatics.

Saya boleh katakan di situ terdapat terlalu banyak jenis ikan. Ada sesetengah tu saya tak pernah jumpa pun. Rambang mata memilih kerana semuanya cantik-cantik dan tak adalah mahal mana. Tapi memandangkan akuarium kami kecil, jadi ikan yang kami pilih juga daripada jenis yang kecil jugalah.

Saya sengaja tak mahu ambil ikan guppy kerana saya lebih suka ikan yang ada satu warna sahaja berbanding jenis ikan yang bercorak-corak dan berwarna-warni ni.

Selesai pilih ikan, kena pilih makanan ikan pula. Tak mahal pun makanan ikan. Dalam RM5 untuk saiz yang sederhana. Setahun pun tak habis tu.
Jangan lupa untuk beli 'weekend food'. Weekend food ni sejenis makanan ikan yang lambat larut di dalam air. Kadangkala mengambil masa hingga 3 hari untuk larut. Jadi sekiranya kita ada urusan di luar rumah seperti balik kampung dan bercuti untuk suatu tempoh yang lama, kita boleh letak sebiji atau dua weekend food ini supaya ikan-ikan peliharaan kita tetap mendapat makanan walaupun kita tiada.
Selepas makanan, kita perlu cari pam oksigen. Dahulu saiznya semua besar-besar tapi sekarang yang kecil dan mini pun sudah ada. Kerana akuarium kami kecil, jadi kami beli pam motor yang kecil juga. Hargaya baru RM 22 (tauke kedai bagi diskaun jadi RM 20). Walaupun kecil tapi fungsinya cukup bagi menapis dan membantu peredaran air.
Tidak lupa juga, anti-klorin. Itu pun kena beli kerana nanti kita akan gunakan air paip. Sebagaimana kita tahu, air paip mengandungi klorin. Jadi untuk ikan-ikan ini berenang dengan sihat dan gembira, kita perlu nyah kan pencemaran terutamanya klorin.

Jangan lupa untuk beli batu-batu kecil untuk diletakkan di bawah dasar akuarium. Batu-batu kecil inilah yang berfungsi untuk menapis kotoran, najis, dan lebihan makanan supaya akuarium kita akan bersih lebih lama.

Bagi penjagaan ikan hiasan pula, pastikan kita tidak terlebih memberinya makanan. Kebanyakan ikan hiasan mati adalah kerana terlebih makan, bukannya kerana kurang makan. Hati-hati supaya tidak memberi makanan yang terlampau banyak kerana mereka akan memakan semua dan akhirnya mati. Bahkan air pun akan cepat kotor dan keruh.

Setiap dua minggu, cuba untuk bersihkan akuarium anda. Tak perlu buang semua air.. Buangkan kira-kira separuh air lama dan gantikan dengan air yang baru. Jika rasa dah batu-batu di dasar akuarium itu terlalu kotor, berbau, dan penuh dengan najis dan sisa makanan, maka seelok-eloknya ia juga dicuci. Barulah ikan-ikan kita tu gembira.




Previous
Next Post »
4 Komentar
avatar

pehh..baru tahu ikan ada weekend food..senang la cmni..boleh la nk bela ikan jugak

Balas
avatar

sesape ade bela ikan gupy yg banyak ? saya nak beli

Balas
avatar

Assalamualaikum saya suka bela ikan, ikan guppy.. Tpi tak tahan lama. Boleh bgi tips berkaitan air akuarium. Sya rasa masalah air.terima kasih.

Balas
avatar

Assalamualaikum saya suka bela ikan, ikan guppy.. Tpi tak tahan lama. Boleh bgi tips berkaitan air akuarium. Sya rasa masalah air.terima kasih.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443