#70 Asma | Suppliment dan Rawatan

Semua orang tahu tentang penyakit asma. Ia bukan sebuah penyakit yang jarang sebaliknya ia sangat biasa berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Asma ialah sebuah penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan adakalanya saluran pernafasannya akan tersumbat.

Rekod daripada Center of Desease Control dari Amerika Syarikat mendapati hampir 25 million rakyat Amerika mengalami masalah ini dan terdapat hampir 3500 kematian disebabkan asma setiap tahun. 7 million daripadanya ialah kanak-kanak.

Terdapat dua jenis asma. Pertama, serangan asma kerana faktor alergi (extrinsic) dan kedua, serangan asma bukan kerana alergi (intrinsic).

Asma kerana alergi adalah berkait rapat dengan sistem imunisasi badan. Antara punca alergi adalah habuk, debu-debu bunga (pollen/seeds), bulu haiwan, dan lain-lain.

Asma bukan kerana alergi pula berpunca daripada faktor dalaman seperti kemurungan (anxiety), stress, udara sejuk, udara panas, asap, tabiat merokok, dan serangan virus.

Terdapat beberapa tanda-tanda seseorang itu menghidap asma. Antaranya ialah batuk-batuk, bersin, semput, sering kepenatan dan tercungap-cungap, dan juga sakit di kawasan dada.

Setakat ini cuma ada dua kaedah rawatan iaitu melalui ubat-ubatan untuk melegakan serangan asma dan juga dengan cara menjauhi faktor alergi.

Namun begitu, pelbagai pihak telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti bahan-bahan yang berupaya menurunkan risiko serangan asma. Antaranya adalah mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan. Sebuah kajian pada tahun 1993 bernama 'The Zupthen Study' dan pada 2001 oleh Pan America Health Organisation & National Institute of Public Health, menyimpulkan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan berupaya menurunkan risiko serangan asma.

Selain itu vitamin C juga dikatakan mampu meransang kesihatan paru-paru dan jantung terutamanya kepada kanak-kanak. Pengambilan lebihan (ekstra) 40mg vitamin C sehari daripada RDA (recommended dietry amount) berupaya membantu mengelakkan serangan asma. Untuk info, RDA bagi vitamin C ialah minimum 120mg sehari bagi orang normal. Jadi bagi yang berpenyakit dan terdedah kepada persekitaran dan pencemaran, mereka seharusnya mengambil dos yang lebih.

Minyak ikan juga dibuktikan berupaya mengurangkan asma. Minyak ikan atau omega-3 mempunya dua komponen yang sangat kritikal untuk kesihatan kita iaitu DHA dan EPA. DHA bagi kesihatan otak, EPA pula untuk kesihatan paru-paru dan jantung.

Sebuah kajian daripada Columbia University Medical Center juga mendapati ginger atau halia juga sangat membantu pesakit asma terutamanya bagi membantu otot dibahagian trakea dan salur pernafasan untuk relaks dan berfungsi dengan normal.

Selain itu, terdapat juga banyak kajian yang menunjukkan ginko, ekstrak biji anggur, protein soya dan vitamin D, membantu menurunkan risiko serangan asma seterusnya membantu para penghidap asma untuk hidup secara normal. Semua journal tentang kajian ini boleh dibaca di sini.

Mengetahui betapa bahayanya serangan asma ini, pihak Shaklee telah bekerjasama dengan ramai pihak bagi membangunkan produk-produk makanan tambahan (suppliment) yang berkualiti dan sesuai untuk membantu para pesakit asma.



Antaranya ialah Omega Guard. Omega Guard ialah minyak ikan yang bersumber ikan lautan sejuk (cold-water fish). Antara fungsi lain omega 3 ialah bagi mengelakkan penyakit kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol jahat (LDL).


Selain itu kita juga ada Sustained Released Vitamin C untuk membekalkan 500mg vitamin yang akan diserap secara perlahan-lahan oleh badan dalam tempoh 5 jam.

Selain itu kita juga ada Peppermint Ginger bagi membantu saluran pernafasan supaya lebih lancar.


Kita juga tahu yang asma juga boleh disebabkan oleh sistem imunisasi yang lemah. Jadi Nutriferon dihasilkan untuk meningkatkan kadar imunisasi badan. Nutriferon ini juga bagus bagi orang yang suka melancong (travel) ke luar negara. Bayangkan kalau kita melancong, tiba-tiba sahaja terkena penyakit. Pasti susah nak dapatkan rawatan segara, dan jika sembuh pun, pasti kos rawatan itu jauh lebih mahal daripada dalam negara.

Namun begitu suka saya ingatkan yang suppliment bukan ubat. Suppliment juga bukan pil ajaib. Sekali makan sembuh semua penyakit. Yang penting bagi pesakit asma ialah jauhi pencemaran, jauhi faktor alergi, amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, dan ambil suppliment yang bersesuai.

Dan kami di Shaklee, semua suppliment kami natural. Always green. Jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di 013.685.2443
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443