Mujahadah dan pengorbanan Ijtimak

Alhamdulillah dapat juga sy membuat sedikit coretan peribadi berkisar tentang pengalaman sy menghadiri perhimpunan umat islam(ijtimak) dunia yg berlansung pada 9-12Julai 2009.Sy hanya dapat berada di tapak ijtimak di kuarters KLIA pada hari Sabtu slpas zuhur sehinggalah pd hari ahad selepas Asar.Setinggi-tinggi syukur kpd Allah kerana memilih sy utk berada di sana.

Bercerita tentang ijtimak ini,mmg banyak benda yg boleh sy kongsikan bersama para pembaca.Dengan kehadiran ratusan ribu manusia yg dianggarkan 500ribu,keadaan di kawasan Ijtimak mungkin serupa dgn keadaan para jemaah haji semasa di tanak suci.Kehadiran umat islam dari pelosok umur,bangsa dan negara benar-benar menjadikan ijtimak ini sebagai sesuatu yg istimewa kpd sy.

Bemujahadah.Itulah yg sy dan sahabat-sahabat cuba sematkan di dalam diri kami sblm kami berangkat ke tapak ijtimak.Sedari awal kami telah diberitahu tentang keadaan dan suasana ijtimak yg benar-benar tidak selesa kecuali kpd mereka yg bermujahadah.

Sejujurnya,kami benar-benar diuji.Bersempit-sempit dgn manusia membuatkan jiwa sy terasa tenggelam dalam persaudaraan islam.Benar,tidak pernah sy bersolat dlm keadaan bahu bertemu bahu dgn begitu rapat hinggakan pergerakan dlm solat pun agak sukar dilakukan.Keadaan yg berbahang dan panas,ditambah dgn pakain sunnah yg kelihatannya tebal juga membawa suatu mesej yg sangat-sangat bermakna kpd sy iaitu 'kepanasan dunia tiada sebab utk ditakuti,bahkan kepanasan nerakalah yg sebenarnya patut kita takuti!'

Duduk mendengar bayan yg live daripada ulama-ulama besar dan maulana-maulana hebat benar-benar menyentuh jiwa.Bayan drpd Bhai Wahab yg kelihatannya sudah lanjut usianya mengajar sy bahawa tiada rehat bagi usaha dakwah sehinggalah kakinya menjejakkan syurga.Dgn umur yg lanjut dan keadaan kesihatan yg kerang baik pun,ulama hebat ini masih menggagahkan diri memberi nasihat dan kata-kata hikmah kpd seluruh jemaah.

Malamnya pula,slps selesai solat maghrib,kami disajikan dgn sajian rohani drpd Maulana Saad.Ulama yg masih muda dan sangat bersemangat menyampaikan mesej dan motivasi kpd kami!Bayan habis sekitar 11.30mlm.Sy lari dr tapak ijtimak utk ke masjid kauters KLIA kerana tidak tahan utk ke tandas.Sesungguhnya bekalan air di tapak ijtimak agak sukar utk didapati dan tandasnya juga agak uzur.

(pemandangan di sekitar medan ijtimak)

Jadi,kami terpaksa menggagahkan diri berjalan ke masjid yg mengambil masa kira-kira 10-15minit perjalanan.Itupun masih diuji dgn keadaan tandas itu yg memaksa kami beratur panjang dan hampir 30minit barulah sy mendapat giliran menggunakan tandas.MUJAHADDAH!!

Alang-alang berada di masjid,kami bersolat isyak di sana berjemaah.Ramai juga ahli jemaah yg beriktikaf di masjid.Makan malam disajikan pada pukul 12tghmlm.Sungguh,tak larat nak makan di waktu sebegitu walaupun makanannya sedap...

Tidur dan bangkit pada pukul 4 pagi.3jam saja tidur.Kepala terasa berat dan pening.Ketika bangun,sudah ramai yg sedia bersolat dan berzikir dgn penuh syahdu kpd Allah.Mungkin ada yg cuma tidur satu jam sahaja!

Usai solat,bayan lagi sehingga matahari terbit.Malangnya sy tak dpt tahan mengantok!jadi ada beberapa bahagian yg sy terlepas drpd mendengar kerana tertidur(aduh~!)Selesai bayan sekitar 8.45pagi,kami bersarapan.Sekali lagi makanan yg disediakan amatlah sedap.Kali ni kami makan nasi lemak udang mengikut sunnah iaitu berjemaah menggunakan tangan dan duduk di ats lantai.Susah benar nak istiqamah dgn sunnah makan walaupun hari-hari kita makan!

Pukul 10,bayan hidayat utk jemaah 40hari dan 4bulan.Kami turut duduk mendengar pesanan nasihat dan ilmu yg disampaikan oleh maulana.Duduk di dalam majlis ilmu atau taman syurga sememangnya menjanjikan ketenangan dan kemanisan bagi diri mukmin yg dahagakan ilmu.Sekitar jam 2,bacaan doa diadakan.Ramai yg menangis mengaminkan doa yg dibacakan oleh maulana.

Diri masing-masing mengharapkan Allah.Mengharapkan rahmat dan hidayah.Dahagakan tarbiah dan taufiknya.Rindukan janji-janjiNya.Jiwa terasa berharap agar dikurniakan kesbaran dan disertakan kekuatan utk terus berjuang mencari redha Allah.

Di kala itu juga,semua umat islam di tapak ijtimak bersemangat melaungkan azam dan utk tidak sesekali meninggalkan solat walaupun sebesar gunung kerugian yg akan ditanggung!!Ya Allah,kami yakin bahawa tiada langsung hak dlm agama ini bagi hambaMu yg meninggalkan solat!

Selepas zuhur,org ramai tangguh dan beransur pulang.Saya bersama-sama Jalal dan Shamil pula menunggu slps solat asar kemudia barulah kami pulang dgn menumpah Haji Rahman.Tiba di Ara sebelum magrib dan jendela ilmu masih terbuka luas kerana selepas magrib,Ust Zawawi Yusof pula menyambung kuliah ilmu yg bertajuk 'Dosa Meninggalkan Solat'.Alamdulillah.Terima kasih Ya Allah.

Sesungguhnya bagi sy,ijtimak ini berlansung dgn jayanya!Berjaya membuatkan sy merasa sifat kehambaan.Jiwa yg sentiasa berdmping dgn keselesaan perlu disedarkan dgn hakikat keselesaan dunia hanyalah sementara.Jika hari-hari yg sy lalui di sini sentisa mudah kerana ada tandas yg lengkap,katil yg empuk,makanan yg enak dll..di ijtimak,sy dapat merasakan erti mujahadah.Mujahadah melawan ketidak selesaan dan nafsu yg sentiasa mahu selesa dan malas.

Semoga Allah menjadikan Ijtimak ini sbgai asbab utk hidayah keseluruh alam.Ku bakal merinduimu,ijtimak umat islam 09.
Previous
Next Post »
7 Komentar
avatar

Satu pengalaman yang menarik. Tidak semua orang berpeluang merasainya. Terimakasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman itu

Balas
avatar

x de gmbr ke?

hebat nya cerita2 kalian yg pegi ijtimak....

Balas
avatar

Tirana-->sama-sama.Seronok sgt dipilih ke Ijtimak.

Inas-->gambar?haritu nak jugak ambik gmbar maulana,tapi maulana marah sbb majlis agama main tangkap-tangkap gmbar.tak beradab plak.jadi batalkan hasrat nak ambik gmbar maulana-maulana tu..gmbar jemaah pun tak ambik gak..maaf yek tak dapat nal letak gambar.

Balas
avatar

Salam ziarah.

hubby n ank lelaki (13thn) turut hadir d ijtimak. Asbab mujahadah tuan2, Allah sebarkn hidayah seluruh alam. Amin

Ahlia Azhar

Balas
avatar

salam iqbal..

sorry sys tanya..
acteli bayan tu ialah?
maafla tny, tp akak never heard of it..

Balas
avatar

bayan tu mcm kuliah agama la...org alim akan bercakap pasal kebesaran Allah.
sy pun tak faham sgt dgn istilah tu pada awlnya..hehehe(budak baru belajar nk jd khairun ummah dan buat kerja Nabi tercinta)..

Balas
avatar

bila baca, terasa macam balik ke zaman kegemilangan islam dulu. tak perbayang dek akal saya.. menda2 macam nih. T_T

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443