Perang Memelihara Akidah

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullah.

Seperti mana yg kita sedia maklum,negara Malaysia yg kita cintai ini sedang merana,derita dan terseksa kerana menaggung kanser yg kronik.Kanser yg sy maksudkan ini ialah kanser murtad.Penyakit keluar daripda agama islam ini semakin menjadi-jadi dari masa ke masa.


Semakin ramai yg sedia menzahirkan kekafiran sesudah mereka beriman dan masih ramai juga yg masih berselindung di sebalik adat resam melayu.Mereka ialah org tidak menzahirkan kekafiran secara terang-terangan.Namun,hakikatnya mereka tidak layak dipanggil sebagai muslim kerana bukan lg bertuhankan Allah Yang Maha Esa.

Sebagai seorang yg mengaku cinta akn Allah,Rasul dan agama islam,adakah kita benar-benar sedar akan permasalahan yg semakin meruncing ini?Sedar atau tidak?Usah dijawab dgn mulut,sebaliknya jawablah dgn hati yg ikhlas.Kita sebenarnya tidak sedar,tidak tahu atau tidak peduli sama sekali mungkin.

Mengapa bilangan org yg murtad ini semakin bertambah dari tahun ke tahun?

Kerana kita yg masih belum murtad ini(Ya Allah,selamatkan akidah kita),tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar.Jika dibandingkan keadaan umat islam di zaman Rasulallah,bilangan mereka yg murtad amatlah sedikit.Sebabnya ialah amar makruf nahi mungkar.Jika setiap drpd kita yakin dgn Allah ini jalankan amar makruf dan cegah mungkar,pasti dan pasti bahawa akidah umat islam akan selamat.Bayangkan jika setiap org sentiasa mengajak kpd kebaikan,lalu semua orang akan beramal.Setiap org mencegah kemungkaran,lalu siapa akan berbuat mungkar?Org nak buat mungkar pun akan malu jika ditegur beramai-ramai.Malangnya sekarang,org yg buat maksiat diberi bantuan dan sokongan sedangkan org yg hendak beramal,akan dikritik dan dihalang.

Tanggungjawab siapa?

Tanggungjawab saya,anda semua dan keseluruhan umat islam.Siapa yg akan menyelamatkan akidah adik,anak,saudara-mara dan sahabat handai kita kalau bukan kita sendiri! takkan kita nak suruh Ah Chong pulak ambik tanggungjwb?Takkan nak si Raju pulak ambik tanggungjwb?
Kitalah yg bertanggungjwb.

Apa kita boleh buat?

Kita sbgai pemimpin?tutup pintu maksiat di dalam negeri dan negara kita.Anjurkan program pengukuhan akidah terutamanya kpd remaja serta perjuangkanlah islam.Kita sebagai guru?Usaha didik anak murid kita dgn ilmu duniawi dan ukhrawi.Bimbing mereka.Jadi sahabat mereka.Tunjukkan mereka perkara yg benar dan jauhkan mereka dr sebarang kekeliruan.Kita sebagai ibubapa?jaga akidah anak-anak kita dgn didikan,pemantaun dan kasih sayang cara yg dianjurkan Rasulallah.Kita sebagai kawan sekelas?jagalah akidah kwn kita.Dakwah mereka.Sentiasa membasahkan mulut dgn kata-kata seperti 'jom' iaitu mengajak berbuat solah dan meninggalkan maksiat.Kita sebagai jiran tetangga?jaga masyarakat kita.Anak-anak jiran kita,usahlah berkira.Kita sebagai org alim?sediakan diri utk membimbing anak-anak muda.Usah fikirkan wang ringgit semata.Kita sebagai bos?jaga akidah pekerja kita.Dorong mereka berbuat kebajikan dan tutup semua pintu maksiat dlm syarikat.Kita sebagai pekedai?Selitkan dakwah dlm perniagaan.Tutup segala ruang riba,rasuah dan penipuan.Sediakan diri utk mendakwah setiap org yg dtg ke kedai kita.Usah sesekali menjual barang yg melalaikan,sia-sia dan haram.
Kita sebagai org biasa?belajar mengenal Allah,mengenal syaitan,mengenal pahala,dosa,syurga dan neraka agar akidah kita kuat.Kita sebagai umat islam?jaga akidah seluruh umat islam dgn istiqamah berdakwah dan berdoa memohon agar kita dikuatkan akidah dan mati sbgai org yg bertakwa!

Allah akan bertanya di akhirat kelak akan apa usaha kita dlm menyelamatkan akidah umat islam khususnya di Malaysia.Allah tidak akan bertanya sebab kegagalan kita dlm berjuang.Oleh itu,tolonglah timbul rasa tanggugjwb utk melibatkan diri dlm usaha menjaga akidah ini.Mungkin bukan utk mendakwah org lain,tetapi jagalah akidah diri sendiri.Itu yg paling utama.Imam Hassan al Bana berkata,"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akn melihat islam tertegak di tanah airmu"..

Akhirul kalam,sekali lagi ditegaskan bahawa kita sebenarnya sdg berada di medan perjuangan.Kita sdg berperang menjaga akidah dan pegangan kita.Setiap yg ada di sekeliling kita sedang cuba menipu kita.Malanglah jika Allah tidak pilih kita utk berusaha menjaga akidah kita dan lebih malang lg jika Allah membiarkan kita sesat dan buta sesudah kita berada ats jalan yg lurus dan celik.

Semoga kita semua diberikan kekuatan dan utk sama-sama menjaga akidah kita dan setiap org di sekeliling kita kerana jika kita sahaja yg beriman,pasti mereka akan menarik kita utk menjadi teman sekampung di dlm neraka kelak.

Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

Salam...antara sebabnya berlakunya musibah mrtad ni ialah kurang mendapat ilmu pemantapan aqidah, makanan yang tidak halal dan subahat, kawalan dari ibubapa dan banyak lagi

Balas
avatar

Hidayah itu akan terwujud, bila Allah ditaati dan kewajiban ditunaikan, baik berupa perintah atau larangan dan yang lainnya.

Doakan saya dapat terus terlibat sama dalam apa yang diperkatakan dengan usaha atas iman.

Balas
avatar

Salam ziarah, masyallah benarlah kata Imam Hassan al-Banna: tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya kamu akan melihat Islam tertegak ditanah-airmu.

Semoga Allah mengurniakan keikhlasan didalam niat kita untuk beramal....

Balas
avatar

Razak-->ya.benar..mmg banyak faktornya..penyelesaiannya masih sama walaupun faktornya berbeza-beza iaitu Quran dan Sunnah Rasul yg mulia.

inas-->salam.InsyaAllah..semoga kita semua dpat hidayahNya.

zazrh-->salam ukhwah.terima kasih sudi berkunjung ke sini.Tegakkan islam dlm diri setiap daripd kalangan kita!

Balas
avatar

Kita ni entah islam entah idak sekrang yek? Kadang2 lintasan hati yg kita sedar/xsedar pun pun membahayakan akidah jugak.. Amalkan mengucap kalimah syahadah setiap kali dan waktu..InsyaALLAH..

Islam tu berdiri di jalan yg lurus.. di mana penamatnya adalah syurga.. Di landasan ni mcm2 dugaan.. pulak tu landasan kita skang ni bukan nye besar! tp haluss!! sangat halus! Hanya iman/takwa/ikhlas/tauhid padaNya saja akan membuka laluan itu..InsyaALLAH

Mcm mana pulak hidup kita skarang? Di landasan lurus ke idak? Rezeki halal ke idak? Perkataan percakapan manfaat ke idak..? setiap semua ada hitungan.. jika manfaat di sini insyaALLAH manfaat di sana.. Kumpul bekal banyak2.. hasilnya tunggu kat sana..
Yg pasti berbaik2 dan taatlah padaNya..~

Balas
avatar

Assiddiq-->terima kasih saudara.benar,mmg laluan itu terlalu halus.Seringkali sy yg lemah ini tergelincir dari laluan itu.huhu
Nasib baik Allah masih berikan peluang taubat kpd saya.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443