Azam ialah sesuatu yg kita mahu dan kita usahakan kearahnya.Berbeza dgn mimpi atau angan-angan.Mimpi dan angan-angan ini sekadar lintasan dalam hati yg menyeronokkan seperti mengimpikan kereta mewah,emas berlian dan mengangankan isteri atau teman yg cantik.Ini hanyalah sekadar pendapat saya dan bukannya takrif sebenar 'mimpi' dan 'angan-angan'.
Sebagai manusia yg bijak,kita sepatutnya kurangkan berangan-angan.Sebaliknya,angan-angan dan mimpi itu hendaklah kita jadikan sebagai azam.Lalu,kita sematkan dalam hati serta jadikan ianya sebagai visi,misi dan objektif yg ingin kita capai.Dengan cara itu,semangat kita utk mencapai perkara itu akan membara dan kita kan dimotivasi dan berusaha dgn bersungguh-sungguh serta yakin.
Berbeza pula dgn tanggapan.Kebanyakan kita yg serba lemah ini seringkali menganggap dan seringkali juga kita tersilap dan tersalah anggap.Sebagai contoh,kita berkeinginan kpd sebiji kereta.Malangnya kewangan kita tidak mencukupi.Lalu kita meminjam duit.Kita menggap kita mampu utk membayar balik hutang tersebut tetapi akhirnya kereta ditarik dan harta benda terpaksa digadai pula.
Bagi remaja,ramai yg beranggapan bahawa kita mampu utk manage masa kita.Oleh itu,kita banyak berhibur dgn perkara-perkara lagha' dan sia-sia seperti bermain games,tgk movies dll.Akibatnya mereka terpaksa study last minit dan hakikatnya mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan.Lebih malang apabila mereka cenderung utk menyalahkan Allah Taala kerana doa mereka tidak dimakbulkan padahal pada hakikatnya mereka yg tidak berkeinginan utk berjaya!
Bagi yg ada kekasih,kononya mereka menyangka yg kekasih mereka akan beri kebahagiaan,bantuan,dorongan kpd mereka setiap saat.Mereka sangka mereka lebih bijak drpd syaitan iaitu mereka dapat mengelakkan maksiat.Jelas,syaitan yg telah menipu Adam a.s lebih pintar.Mustahil org yg berkasih tanpa ikatan perkahwinan akan terjebak dlm kancah maksiat walaupun tak zina,tempiasnya takkan berjaya ditepis!Semuannya kerana SANGKAAN sahaja.
Mimpi dan angan-angan itu indah.Tidak dpt dinafikan bahawa setiap drpd kita ini mengimpikan pasangan hidup yg beriman,harta benda yg banyak serta dikurniakan kesihatan dan keberkatan hidup.
Kerana bermimpilah,kita tidak langsung berusaha utk mencapainya.Jika berusahapun,tidak istiqamah dan bersungguh-sungguh atau mujahadah.Sebaliknya,jika kita meletakkan ianya sebagai azam atau matlamat,maka kita akan berusaha utk mencapainya.
Kembali kpd hadis di dalam matan Arba'in.Hadis pertama tentang niat.Dari Umar bin Kattab r.a berkata,aku mendengar baginda RasulAllah saw. bersabda; "sesungguhnya amal perbuatan seseorang itu bergantung kpd niatnya,dan sesungghuhnya setiap orang akan mendapatkan apa yg diniatkannya.Barangsiapa yg berhijrah kerana Allah dan Rasulnya,maka hijrahnya akan diteriman sebagai hijrah kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yg berhijrah kerana dunia yg ia cari atau kpd wanita yg dia nikahi,maka dia akan mendapat apa-apa yg dia tujui"
Kita berazam utk mendapatkan sesuatu kebaikan atau menjauhi sesuatu keburukan,maka kita perlu usahakan kpdnya.Kita juga perlu berdoa kerana Allah jua yg memberi.Khazanah Allah maha luas.Allah cuma mahu kita minta!Mintalah dgn sifat kehambaan.
Akhirul kalam,semoga Allah memberi saya kekuatan utk mencapai azam saya iaitu kearah sifar dosa dan maksiat.Sesunguhnya saya tidak kuat utk mengelakkan maksiat serta dosa melainkan setelah diberikan kekuatan oleh Allah.Salam Ramadhan buat semua dan semoga kita benar-benar beroleh kebaikan di dalam bulan yg amat istimewa ini.
7 Komentar
salam Ramadhan juga iqbal =)
Balasim in Malaysia right now...
best sambut puasa kat malaysia ni..
feelings tu lebih sikit kot..
semoga kita sama-sama ke arah sifar dosa n maksiat...
salam.hai kak shahida..
Balasbtw,hometown kat mane?
lame ke cutinyew?alhamdulillah dapat puasa ngn ibubapa~
Salam sdra, moga Allah memberikan kekuatan kpd sdra dpt melaksanakan hasrat & azam
Balasazam.. azam baru pada tahun baru.. azam nye psl nak raih kemewahan dunia.. *gulp*
Balasampunkan dosa ku ya Tuhan..............
Dik Iqbal,
BalasSorry lama akak tak datang ziarah iqbal. Usahkan nak ziarah, nak online pun tak ada mood.
Akak dlm cuti sakit seminggu sbb kena chic pox... hilang mood...tapi amat merindui dunia blogging!!
Sempena Ramadhan al Mubarak...akak mohon Iqbal tlg doakan kejayaan yg cemerlang dan kesihatan yang baik utk dua org puteri akak yang akan menduduki exam UPSR dan PMR bln Sept dan Oktober. Tidak ada doa yg sia2 di bulan Ramadhan kan???
salam iqbal .. selamat menjalani ibadah pose eh .. huhu
BalasRamadhan di STAR kena banyak sabar melihat karenah anak2.doakan saya menjadi insan yang sabar ya Iqbal
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443