I love u,so please go to hell

Anak ialah anugerah.Anak juga ialah satu bentuk ujian.Anak jugalah yg akan menjadi magnet yg akan menarik ibubapanya samada ke kutub syurga(S) atau ke kutub neraka(N).

Khutbah jumaat sempena tahun baru,jumaat lalu bagi saya benar-benar menarik dan memberi kesan.Oh!tahniah kpd khatib yg bertugas kerana membaca teks khutbah dgn jayanya!Sedikit perkongsian;

Kita sering melihat,di dada-dada akhbar bahkan di kaca TV,bayi-bayi dibuang di merata-rata tempat hatta di dlm tandas.Kes buang bayi menjadi satu kanser yg sedang berkembang biak di negara 1 korupsi,Malaysia ini.Masyarakat,semuanya menzahirkan kebencian yg teramat kpd mereka yg bertanggungjwb melakukan dosa berat ini.Tapi,ramai yg lupa bahawa wujud lg satu jenayah yg lebih berat iaitu ibubapa membuang anak ke dalam lubang neraka!

Bagaimana?ibubapa tidak memberi mereka didikan agama yg benar.Saya tersentak.Betul lah,mmg rata-rata anak dimanjakan dgn harta sebesar bukit,tapi ilmu agama yg diberi cukuplah jika tahu baca 'doa makan'.Apakah cukup ilmu yg sebesar zarrah ini mampu utk menjadi perisai? Nah!lihatlah sendiri,kerana silapnya ibubapa yg meremehkan urusan agama anak-anak,kita sendiri menjadi saksi akan peningkatan pesat gejala-gejala so..sial ini.Salahkan mereka,muda remaja?Lebih adil rasanya jika disalahkan ibubapa yg lalai dlm mendidik anak-anak.

Bayi yg dibuang sudah dijamin akan ke syurga,tetapi anak-anak yg dibesarkan tanpa didikan agama,tanpa nilai-nilai islam pasti akan kembali ke dlm neraka kerana maksiat dan kekufuran mereka.Nauzubillah..Lalu,ibubapa akan dipertanggungjwbkan oleh Allah,”Apa yg kamu lakukan sehingga anakmu sangat kuat bermaksiat??” Mulut yg semasa di dunia lancar memuji kecantikan tubuh anak-anak yg berpakain mendedahkan aurat,mulut yg tersenyum bangga mendengar pujian org akan kemerduan suara anaknya,mulut yg lembut bicaranya memberi izin anak keluar dgn teman lelaki bukan mahramnya...di sana(akhirat),terkunci!

"Oh!Anakku..Jangan kau tarik bapak ke dalam neraka kerana bapakmu ialah abid.Oh!anakku,jgn kau tarik ibu kedalam neraka kerana ibu seorang solehah!Oh cucuku,jgn kau tarik atuk ke dlm neraka kerana atuk seorang tuk guru!",Kita mula mencari alasan di sana.Saling salah-menyalahkan di hadapan mahkamah agungNya.

Apa mungkin kita berlepas diri drpd dipertanggungjwbkan?Sedangkan kita punyai kekuatan dan kemampuan utk medidik anak-anak dgn akhlak dan akidah islamiah.Jika tidak mampu,kan ada ribuan sekolah yg menawarkan pengajian agama islam utk diterapkan dlm diri anak-anak?

Mungkin masih lmbat utk sy bergelar bapa,tapi saya sudah mula merasa takut akan tanggungjwb yg mungkin akan sy pikul nanti.Kpd anda yg bergelar ibubapa,tolong didik anak-anak anda dgn nilai-nilai islam.Perkukuhkan perisai dan benteng iman mereka agar mereka ‘immune’ dgn virus maksiat.Tutup semua lubang maksiat seperti televisyen yg menawarkan hiburan-hiburan berlebihan bahkan melalaikan!
Previous
Next Post »
18 Komentar
avatar

negara 1 korupsi,Malaysia?

ehehe.. walaupun Malaysia penuh dengan korupsi, tapi saya takkan burukkan Malaysia, place where i grown up.

Balas
avatar

Tangok tajuk entri, ingatkan ada wanita dok menggoda Iqbal..kena halau go to hell..hehehe..

Tanggungjawab ibubapa berat sebenarnya lebih2 lagi zaman sekarang ni..banyak sangat pengaruh kat luar dan dalam rumah..Kadang-kadang mak bapak pun boleh tersungkur..

Balas
avatar

salam..
btol tu..
aku pun baru sedar lepas bace ni..
thanx!

Balas
avatar

KAK TIRANA-->
salam kak~wah..meleset sama sekali.kalo betul la ada pompuan goda,oh!bahaya betol..takut2 tergelincir jugak.huhu..iman senipis kulit bawang.

semoga kak menjadi ibubapa yg berjaya..insyaAllah..amin..


MUZ-->
salam~!
nampaknya kita kena buat persediaan awal la..kan?haha

Balas
avatar

x dapat nak imagine macam mereka yg buang bayi ni buat benda bodoh ni. tergamak kan?

Harap2 pula untuk ibu ayah yg baru menerima kelahiran dapat mendidik anak2 sejak kecil lagi!

Balas
avatar

baguslah klu saudara dah fikir tentang masa depan(berumah tangga)..memang susahla sekarang ni nak cari yang terbaik..ape2pun nak yang terbaik ni kite kene mulakan dengan diri kite dulu la..

Balas
avatar

SI TEDI-->
erm...bilangan kes buang bayi ni semakin meningkat dr tahun ke tahun.Malang sekali...


NAZRUL FADZLI-->
salam saudara..
bukan memikirkan,cuma bersedia..hehe
sy tak mencari yg terbaik kerna sy tak layak utk terbaik.Mungkin...

Balas
avatar

today my family and i went to mines, and while waiting for my bro to drive his car to get us from the entrance, we saw bunch of school and college kids who were so irritating, or in short, they're are just way to 'social'!

when i was walking beside a young couple (they dressed like gothics), i said "astaghfirullahal'azim..", and they looked over me and i buat muka do-no je.. hahha

Balas
avatar

salam iqbal...

siapa yg harus dipersalahkan??

Balas
avatar

Inas-->
I think dat is common.We just have to pray for their guidance..


cun09-->
Salam kak!
siapa?sudah tentu saya...sbb sy tak mampu mengubah kemungkaran-kemungkaran itu..huhu

Balas
avatar

itula pasal
mahu nikmat yg haram
lepas dah jadi macam tu mulalah buang anak
ntah la budak2 skrg

Balas
avatar

bayangkanlah saudara, mase depan nanti anak2 cucu cicit kite, dugaan mereka memang besar dan berat...

kite yg idup zaman nie pon amat kuat godaan syaitan...

walaupon ibu bapanya kuat iman, x semestinya anaknya pon same,,,

renungkan,,,

Balas
avatar

HANS-->
Bersyukur kita belum termasuk dlm kalangan mereka tu.Semampunya,kita tegur.Jika tidak mampu,cukup sekadar doa.


FID-->
iya lah sandara.kita pun sudah tunggang langgang.bagaimana pula anak cucu cicit kita nanti ek..huhu

Balas
avatar

Cuba tengok gambar bayi dalam link yang saya bagi ni. Sedih. Pilu. Bayi tu tak bersalah. Sangat kejam orang yang membuang bayi macam tu. Benci orang macam tu! :(

Balas
avatar

Di akhirat kelak.bayi2 perempuan yg dikubur hidup2 akan ditanya.kerana apa dia dibunuh?
rujuk surah attakwir.
seperti dizaman jahiliyah anak perempuan dikubur hidup2.dizaman nabi Musa anak lelaki dibunuh.tapi zaman sekarang,bayi lelaki dan perempuan terima nasib sama.

Balas
avatar

Dida-->
thanks for the link.sy baca,saya bukak dan saya tengok gmbar2 tu.mmg menyayat hati.huhu


Singgah-->
Bayi-bayi yg dibuang ini kelak akan dimasukkan ke syurga.ibubapanya?moga-moga sempat bertaubat...

Balas
avatar

salam,

salah satu cara didikan ialah melihatkan contoh melalui perbuatan.

misalnya, akak solat di hadapan anak2. jarang sgt2 solat berkunci di dalam bilik. kalau berjalan pun sama, bawa anak2 ke surau sekali. ajar dia duduk di sebelah ketika akak solat.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443