Allah terima tak perarakan org-org munafik?

Hari tu,ada satu org hamba Allah kata kat saya yg saya ni membabi buta tidak menyukai pemerintah sekarang.Disebabkan saya malas nak berdebat,maka saya tinggalkan dia.Sampai sekarang tak ym lgsung dgn dia.Maaf sgt-sgt.Berikut adalah satu artikel yg saya 'curi',utk memberi satu kesedaran bahawa 'kita sedang ditipu!'

********
SAYA ada membaca tulisan seorang sahabat yang mendedahkan fakta isu perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang. Saya jarang menulis isu politik di sini, tetapi jika dilihat akhbar-akhbar Melayu sangat suka memainkan isu sebegini.

Jika sebelum ini isu kalimah Allah digembar-gembur, kali ini isu Maulidur Rasul.Selagi mana umat Islam menjadi umat yang jahil, pemalas untuk mengkaji Islam melalui sudut wahyu, selagi itulah umat Islam akan diperbodohkan oleh umat Islam yang lain dan bukan Islam sudah pastinya. Oleh kerana kemalasan mengkaji Islam, dan kejahilan yang teramat sangat, kita melenting apabila isu nama Allah timbul.

Disebabkan kejahilan, dan sudah dibiasakan bertaqlid buta kepada tradisi datuk nenek, kita melenting apabila isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan timbul. Umat Islam terus diperbodohkan. Kita menjadi sensitif kepada isu-isu yang tidak patut diperbesarkan, tetapi kita membiarkan banyak masalah akidah umat berleluasa.

Di sini saya pastekan satu tulisan seorang sahabat yang membongkar isu sebenar di sebalik pembatalan perarakan Maulidur Rasul:Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar perdana. Sekadar ingin memetik pandangan "anak imam" ini yang menyatakan:

"Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam." Saya jadi terpinga-pinga dengan kenyataan ini. Sejak bila perarakan Maulidur Rasul menjadi satu "kepentingan umat Islam"?

Lebih memeranjatkan lagi kenyataan dari bekas Perdana Menteri dalam Malaysia Insider yang ingin saya petik sebagai berkata: "Abdullah (gambar), yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

"Pandangan sebegitu tidak sepatutnya ada dalam fikiran kerajaan negeri sebab Maulidur Rasul adalah sambutan yang tiap-tiap tahun diadakan, perayaan yang aman dan tidak menjadi perayaan yang mencetuskan apa-apa yang tidak baik," katanya kepada pemberita di IKIM di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini."

Kemudian Dr Mohd Puad Zarkashi pula dipetik sebagai berkata:
"Maulidur Rasul adalah satu sambutan yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah (SAW). Jikalau mereka mahu membatalkannya kerana takut akan terjadinya demonstrasi, maka ia adalah satu pandangan yang amat sempit," katanya kepada Bernama di Rengit hari ini.

Saya merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan. Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul. Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan. Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan. Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Semalam EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidka mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut. Ketua Menteri ketika di dalam ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti. Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan!

Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir. Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul. Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

Saya jarang ingin melahirkan kekecewaan saya. Tapi kali ini saya ingin menyatakan dengan jelas perasaan kecewa saya terhadap rakan-rakan yang kononnya bersama saya berjuang untuk menegakkan sunnah. Tidak sedikit pun saya mendengar atau membaca kenyataan keras dari rakan-rakan yang menolak pandangan jumud dari pihak Pak Lah, Dr Fuad ataupun Muhyiddin Yassin mengenai perarakan maulidur rasul. Saya merakamkan di sini bahawa perjuangan dakwah sunnah tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak.

Jika keberanian menegur hanya untuk sesetegah kelompok(?) maka tidak berguna lagi kita mengatakan kita mengikut jejak langkah Salafus Soleh. Berapa ramai di kalangan mereka tegas dengan pendirian dan ada dikalangan mereka yang menemui syahid hanya kerana ketegasan mereka mempertahankan apa yang mereka yakini sebagai kebenaran.

Oleh :ABU HASIF dipetik dari mStar Online dan blog Ustaz Reza.

Previous
Next Post »
6 Komentar
avatar

err.. ayat dlm last paragraph tu ayat sndiri ke ayat paste gak? cukup berkobar2!

perarakan? laa.. awk ni mcm tak tau plak. ni kan hobi masyarakat kita. org kata, sy ulang, org kata, perarakan maulud nabi ni bila ramai2 join akan menunjukkan semangat cintakan rasul, semangat perpaduan, semangat itu ini. org kata la, bkn sy kata..

sama la kesnya dgn satu lg hobi masyarakat kita that is buat demonstrasi. tunjuk perasaan tak puas hati beramai2. nak2 plak klu berkaitan nak tegakkan islam (klu agama kita kena perlekeh dgn bkn islam), tp bangun esok pagi terlepas subuh gak.... ade free time g buat bnda tak senonoh gak...

Balas
avatar

Salam..

Apa nilainya perarakan maulidarasul itu jika diadakan dengan bercampurnya sebebas-bebasnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram? Sedikit pun ianya tidak mendatang manfaat kepada sesiapa pun melainkan penat lelah dan dosa.

Sempurnanya majlis maulidarasul itu jika ianya diadakan tidak sedikit pun melanggar syariat.

Balas
avatar

Salam!
Dlm mslah ni, biarlah kita rujuk pada suatu hadis Rasulullah SAW,`Sunahku ada 2 jenis sunah. Sunah yg wajib asalnya dari kitab Allah (AlQuran).Mengambil dan mengamalkannya berpetunjuk manakala meninggalkannya sesat. Sunahku satu lagi yg bukan dari kitab Allah, mengambilnya berpahala manakala meninggalkannya tiada dosa/kesalahan`
Apa yg dikesalkan ialah umat Islam lebih fokus kpd benda2 Sunah yg sunat tetapi meninggalkan yg wajib (AlQuran juga merupakan Sunah Rasulullah). Rasulullah juga digelar sebagai AlQuran bergerak. Yang menjadi mslah utama sekarang, bila pula syariat Rasulullah menyuruh kita berarak sehingga menjadi isu perpecahan umat. Nak berarak pun bkn satu masalah tetapi menggunakan isu maulid dan perarakan sbg bahan retorik... Wallahualam

Balas
avatar

sekadar membaca.. tak tahu nak kata apa dah..

Balas
avatar

hal skrg semua nak dipolitikan
tu la masalahnya

Balas
avatar

Banyak je orang yang forward email, bagi link mengenai sikap segelintir pemimpin kepada saya. If u think that im not aware of these things, then you are wrong.

Apa guna jika kita hanya tahu mengutuk dengan lisan tanpa membuat apa-apa tindakan? Siapa suruh pilih pemimpin yang macam tu? Nah sekarang serve your right. Pandai pilih, pandailah tanggung.

For me, the best way is, kamu didik dulu HATI. Pemimpin bermula daripada seorang individu. Perlu produce individu muslim yang bagus. Sekarang dah kena start training.

-Hari tu,ada satu org hamba Allah kata kat saya yg saya ni membabi buta tidak menyukai pemerintah sekarang.Disebabkan saya malas nak berdebat,maka saya tinggalkan dia.Sampai sekarang tak ym lgsung dgn dia.-

is it me who are u talking about?

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443