Saya kenal pemilik blog itu,dan saya tersangat yakin bahawa itu fitnah yg sgt busuk!Lalu saya cuba menasihat si human.Malangnya saya pula dituduh sebagai mahu berlagak sebagai ulama.Adakah hanya ulama yg boleh memberi nasihat?
Pembaca budiman,siapa kita utk mengatakan org lain syirik atau sesat?Siapa??
Ada satu hadis,daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulallah s.a.w bersabda;"Jika ada seseorang berkata,'Org ramai sekarang ini sudah rosak',maka yg berkata itu sendiri yg paling rosak di antara mereka"-riwayat Muslim.
Dalam kitab Riyadhus-shalihin,Imam Nawawi menerangkan hadis ini seperti berikut iaitu org yg rasa konon dirinya mulia dan benar,manakala org lain salah atau sesat lalu dia berbangga dan merendah-rendahkan org lain,maka itu haram.Tapi,jika rasa itu kerana simpati dan sedih dgn kesesatan org lain,maka ulama-ulama membenarkannya.
Jadi,mengapa kita perlu mengatakan org lain sebagai sesat?
Saya tahu,mmg mudah bagi mulut utk menuturkan sesuatu,wlpun kita tak yakin kebenarannya.Susah nak jaga mulut.(Baca di sini)
Dalam surah Maryam ayat 70,Allah berfirman;"Selanjutnya Kami lebih mengetahui siapa yang seharusnya dimasukkan kedalam neraka". Ternyata,kita tidak layak utk mengatakan seseorang itu bakal ke syurga atau keneraka.
Dalam Hadis 40 Imam Nawawi,hadis ke 4,dikisahkan bahawa ada manusia yg beramal soleh sepanjang hayatnya,namun sebelum mati dia melakukan dosa lalu dihumban ke neraka.Juga perihal seseorang yg sepanjang hayatnya bergelumang dosa hinggakan jarang antara dirinya dgn neraka cuma sehasta,namun akhirnya dia bertaubat sblm mati dan beramal soleh lalu dimasukkan ke dlm syurga.
Kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana.Celaka atau bahagia?Oleh itu,saya pelik dan aneh dgn golongan manusia yg sesuka hati melabelkan org lain sbgai ahli neraka sedangkan dirinya pun belum terjamin.Jadi,tak penting di mana kita bermula,yg penting ialah dimana kita berakhir(sblm mati).zero or hero
Saya juga tertarik dgn satu pesan Baginda s.a.w kpd kita iaitu utk kita menjauhi 7 dosa-dosa yg menghancurkan.Salah satu drpd 7 dosa yg membinasakan itu ialah menuduh perempuan yg baik dan suci berzina.Oleh itu,islam menyuruh kita mengemukakan 4 org saksi yg adil jika mahu menuduh zina.Fikir..antara zina dan syirik,sudah tentu syirik lagi teruk?maka,menuduh org syirik juga perlu kpd bukti!
Sesungguhnya,islam sgt menitik beratkan maruah seseorang.Tidak halal bagi seorang muslim menjatuhkan maruah muslim yg lain.
Mungkin si penfitnah itu tak taw apa itu syirik.Cuma mahu memecah-belah.Sangat keji!Sekiranya mahu tahu lebih lanjut berkaitan syirik dan jenis-jenis syirik,sila ke blog Ustaz Azhar Idrus(Baca di sini) dan sini.Mungkin jika mahu sgt cakap org syirik,nape tak point saja kpd mereka-mereka yang menjadikan kuasa,pangkat dan harta sebagai tuhan hingga samggup menzalimi rakyat,memakan harta anak yatim dan rakyat secara zalim serta memftnah dan menyiksa tahanan yg tak bersalah?Jangan tanya siapa.Sendiri faham laa...
Akhir kata,saya berpesan kpd diri saya dan kpd mereka yg merasakan diri mereka betul agar jangan mudah mengatakan org lain itu sesat atau rosak atau terpesong.Segala-galanya perlu kpd ilmu.Kajilah,telitilah dan fikirlah serta istikharah mohon petujuk drpd Allah kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.
10 Komentar
assalammualaikum iqbal
Balasbahaya fitnah, tak terjangkau oleh kita
semoga sahabt iqbal dilindungkan dari bencana fitnah tersebut dan moga kita juga terselamat dari menjadi mangsa fitnah
assalamu'alaikum...maaf andai ada perkataan yg akn di tulis di sinie tersalah, harap di betulkan, saya hanya hamba Allah yg hina...kurg ilmu.
BalasSaya xkenal siapa tue HUMAN yg kata kat kak deeNa "syirik"...tetapi bg saya tiada insan dlm dunia nie yg layak untuk menghukum insan lain...kerna hanya ALLAH yg lbh mengetahui siapa yg lebih banyak amalnya di sisi DIA. Ramai yg berkata fitnah itu lebih dasyat dari membunuh tetapi sebenarnya ia merupakan salah satu ayat cinta dari DIA..."...dan fitnah itu lbh kejam dari pembunuhan..." (al-Baqarah : 191). Dan sekiranya betul ada salah kak deeNa, xsalah sekiranya menegur tetapi dgn cara dan pertuturan yg lbh sopan..."dan perangilah di jln Allah org2 yg memerangi kamu, ttpi jgn melampaui batas. Sungguh, Allah tdk menyukai org2 yg melampaui batas" (al-Baqarah : 190)
saya pun xtahu nak coment apa, tapi si HUMAN tue, mungkin tersalah anggap atau terikut sesiapa...saya xrasa kita patut mengenepikan dia, tapi saya juga xtahu bagaimana untuk menghampiri dia.
Bagi lagu yg dikatakan syirik tue...pa kata siasat benda nie, zaman sekarang org percaya bila ada bukti dpn mata, kalau boleh minta HUMAN nyatakan alasan n sebab knapa dia ckp cm tue...dan saya rasa, bagi pihak kita pula, setiap bait kata lagu itu di kaji dari kitab Allah, sunnah rasulullah dan pendapat ulama'...mungkin juga boleh ditanya pada yg lebih alim...bila ada bukti dpn mata, mulut dgn sendri akn tertutup, jika masih terbuka, tue maksudnya, dia adalah insan yg tdk mahu menerima slah sndiri...yg pasti n penting adalah cuba bersihkan nama kak deeNa, walau mostly tahu kak deeNa xsalah...
mungkin buat masa nie, tue je pendapat saya...maaf andai ada tersalah n tersilap...
=) Kenapa kita perlu marah? Saya sudah lali dengan semua kata-kata di blog. Saya pernah di tuduh seorang Syiah kerana membaca karya Faisal Tehrani, saya pernah di tuduh Sosialis kerana menyokong idea Hishamuddin Rais, saya pernah di suruh bertaubat, saya juga pernah di suruh bermacam-macam.
BalasSaya tak akan marah dengan manusia-manusia yang suka bercakap tanpa menilai. Saya hanya pegang pada satu: Selagi saya tahu apa yang saya buat itu betul, tidak melanggar suruhan agama, dan yang tak elok, saya akan teruskan walaupun orang lain tak suka.
Siapa kita untuk hakimi orang lain? Kita manusia, kita buat silap, kita tidak sempurna. Orang-orang semacam ini janganlah marah, kita akan penat. Diam, dan teruskan apa yang kita rasakan betul. Biarkan sahaja dia dengan fitnah dia. Seorang Islam pasti tahu hukum hakam dalam memfitnah. Sambutlah ia dengan senyuman, kita sudah dapat pahala kerana orang fitnah kita dan, doa kita sampai pada-NYA tanpa hijab kerana di tindas.
Salam sdraku...
BalasAlangkah baiknya jika sikap kita terhadap muslimin terdahulu sebagaimana yg telah Allah tetapkan lewat kalam-Nya: "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yg telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. " (Al Hasyar : 10).
saya bersetuju dgn dua saudara di atas...pei pan n abd razak...tp ikut pendapat setiap org, setiap org mempunyai pemikiran yg berbeza dlm menilai setiap perkara, mungkin bg sesetgh pihak, mampu utk hdapi tuduhan spt itu, ttpi sesetgh pihak masih lemah. Kita sama2 lah bantu...moga kita turut sama diperkuat. InsyaAllah....
BalasEntry ini bukan hanya ditujukan kpd si human tu,sebaliknya lebih saya tujukan kpd diri saya dan golongan yg memperjuangkan agama.Kerana kita ini mudah sangat mengeluarkan kenyataan seperti demikian.Sesuka hati mengatakan org itu bakal ahli neraka,hanya kerana kita rasa diri kita lebih baik dan lebih alim..
Balasowg gituw kitw leh bunuh x ???
Balashehehe..
ghoststone-->
Balashahaha..ko nak masuk penjara ke?
Salam...
BalasSiapalah kita nak menilai seseorang hanya melalui penulisan... Kalau kita kena tuduh itu dan ini, berlapang dada sahaja... Jangan cepat melatah walau seberat mana tuduhan itu... Sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui...
p/s : Salam ziarah kembali... Timaseh sudi bertandang... :D :D
salam..tumpang bertanya,krna kekurangan ilmu dan sekadar ingin tahu,kt mne eh nk cri rujukan hadis ni...Rasulallah s.a.w bersabda;"Jika ada seseorang berkata,'Org ramai sekarang ini sudah rosak',maka yg berkata itu sendiri yg paling rosak di antara mereka"-riwayat Muslim.
Balassbb sy xpnah dgr hadis ni sbelum ini..jzkk didahulukan..
hamba~
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443