Minta Maaf,En.Dakwah

Maaf.Dalam entry lepas,saya ada menceritakan perihal sahabat sy yg tak solat.Maaf.Ramai org yg beranggapan pendekatan dakwah saya salah.Maaf.Ya!saya salah.Maaf.

Org kata saya memalukan mereka.Tapi saya rasa tak.Sebab saya tak sebut nama dia pun.kan?
Kalau begitu,jika ada org mencuri atau meragut,kita tak boleh lah ceritakan dalam akhbar sebab ia akan memalukan penjenayah tu.kan?huh...

Tapi org tak sedar,bahawa meninggalkan solat tu merupakan satu jenayah juga!Yang kesan meninggalkan solat itu bukan hanya terkena pada si pelaku shj,tapi kpd satu ummah selagi tiada usaha pencegahan dilakukan.

Ada org kata dakwah kena berhikmah.Saya setuju!Tapi bukan semua org tahu apa itu hikmah.Dalam surah An-Nahl ayat 125,Allah berfirman,


"Serulah manusia kpd Tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik...".Dalam penafsiran Al-Qurtubi,hikmah diertikan dgn jalan atau cara penyampain.Iaitu penyampaian hendaklah sesuai dgn tahap akal dan pemikiran org yg didakwahkan itu.

Jadi,saya guna kaedah sindiran yg agak kasar kerana saya tahu dan yakin bahawa si dia faham dan akan sedar betapa jijiknya jenayah meninggalkan solat itu.Lagi satu,mmg sahabat sy tu takkan baca blog saya,jadi dia takkan terasa.Saya tegur dia face to face dan dia pun dah lali dgn ajakan saya.Maklumlah,kami sekelas.Hari-hari jumpa,dan diajak bersolat.InsyaAllah kejap lagi solatlah mereka tu.

Nabi s.a.w sendiri bukan sepanjang hayat Baginda dakwah dgn berlembut.Ini terbukti dengan kes Nabi berdakwah di Taif.Dakwah Baginda yang mulia itu ditolak oleh pendudk Taif dan Baginda cedera dibaling dgn batu dan najis oleh penduduk Taif.Namun Baginda tetap cool dan berdoa agar satu hari nanti akan ada golongan yg akan beriman.

Tapi,dalam kes yg lain pula,di mana Baginda sedang solat dan sujud dihadapan Kaabah,dtg Abu Jahal dan geng jahannam dia buat onar.Diorang letak perut unta atas belakang Baginda hingga Baginda tidak mampu bangkit dari sujud!Kemudian barulah perut itu diangkat oleh para sahabat r.a dan anaknya Siti Fatimah r.anha.Waktu tu nabi tak doakan kebaikan lagi,sebaliknya doakan kecelakaan kpd Abu Jahal!

Lihat!penduduk Taif tolak dakwah sbb jahil,tapi Abu Jahal tolak dakwah sebab sombong.Nabi tak marah dgn org jahil,tapi dia marah dgn Abu Jahal sbb Abu Jahal tahu tentang kebenaran Baginda s.a.w tapi dia tak terima sbb sombong dan angkuh.

Saya pula?saya cuma sindir,saya tak doakan bala pun!Siap doakan hidayah lagi utk 3 org istimewa tuu..salah ke saya guna pendekatan sindir?Oh.saya mmg salah.Maaf.(jika sesorang kata dia betul,maka sebenarnya dia itu yang salah)

Ingat juga tak kes Al-Qomah,iaitu lelaki yg soleh tapi dimurkai mak dia sebab dia utamakan isteri dia drpd mak dia.Si ibu tua terasa hati.Waktu nak meninggal dunia,Al-Qomah tak dapat ucap Lailahaillallah.Nabi kemudian ugut nak bakar Al-Qomah kalau mak dia taknak maafkannya.Lalu mak dia tak sampai hati dan memaafkannya.

Jelas?Nabi tak berlembut sprt merayu mak dia atau memujuk si ibu tu utk maafkan Al-Qomah,sebaliknya guna cara yg 'mengejutkan' yg akhirnya berjaya melembutkan hati mak Al-Qomah utk memberi maaf.Jadi,saya menolak jika ada org kata bahawa dakwah kena sentiasa lemah lembut.

Sebaliknya,dakwah kenalah hikmah iaitu fatonah atau bijak.Bijaksana utk menyesuaikan dgn suasana dan keadaan.Benarlah,dakwah itu boleh jadi lembut,selembut-lembutnya dan juga boleh jadi keras,sekeras-kerasnya!Tak semestinya kita kena jadi lembut seperti Khalifah Usman r.a,kita juga kena jadi segarang Khalifah Umar r.a.Apa pun,yang penting sekali ialah kita tetap kena jalankan dakwah juga,sesuai dgn kemampuan kita.ok?Allah jua yang tahu kita betul atau kita salah.
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

iqbal,
selagi kita tak sebut nama sebenar, nama keluarga, itu tidak mengaibkan.

berkongsi cerita sebegini beri keinsafan dan pengajaran pada org lain!

Balas
avatar

Nabi s.a.w sendiri bukan sepanjang hayat Baginda dakwah dgn berlembut.Ini terbukti dengan kes Nabi berdakwah di Taif.Dakwah Baginda yang mulia itu ditolak oleh pendudk Taif dan Baginda cedera dibaling dgn batu dan najis oleh penduduk Taif.Namun Baginda tetap cool dan berdoa agar satu hari nanti akan ada golongan yg akan beriman.

-------------------------------------------

The best way to express this part is, kamu asingkan ayat ini daripada ayat seterusnya. Macam ini.

Nabi s.a.w sendiri bukan sepanjang hayat Baginda dakwah dgn berlembut.

Ini terbukti dengan kes Nabi berdakwah di Taif.Dakwah Baginda yang mulia itu ditolak oleh pendudk Taif dan Baginda cedera dibaling dgn batu dan najis oleh penduduk Taif.Namun Baginda tetap cool dan berdoa agar satu hari nanti akan ada golongan yg akan beriman.

sebab, bila kamu sambung 2 ayat itu, orang akan silap faham. sekali baca ayat kamu, saya terfikir, nabi berdakwah secara keras ke di Taif? Itu yang bermain di fikiran saya. Nak tegaskan pentingnya dibuat perenggan.

-end of the 1st part-

-2nd part-
Saya tahu kamu nak cakap, ada kawan kamu yang masih tak solat. Tapi, once i read your statement, saya rasa kamu mempunyai perasaan ''holier than thou".

I give you 1 situation. Bayangkan suatu hari nanti, kamu dijodohkan dengan wanita yang soleh, tetapi pak mertua kamu tak pernah solat seumur hidupnya. Apa pendekatan kamu?

saya takut nak bandingkan diri saya dengan orang. Tahu kenapa? Sebab saya takutttt sangat solat saya walaupun penuh tetapi sia-sia. Tetapi solat dia walaupun hanya sekali, diterima olehNYA.

saya tidak mengenal kawan kamu. so, it's up to u. u know them better than i do.

api yang menyala tidak boleh dipadamkan dengan minyak, kelak akan terbakar sampai rentung.

salah silap minta ampun~~~

Balas
avatar

Shahida-->
maaf.saya rasa mcm malas nak bertekak atas perkara yg tak masuk akal.Perkara cabang dan rasanya tak berapa penting.Cukuplah sekadar saya jalankan tanggungjawab saya.Biarlah org nak kata saya hipokrit atau riak atau apa pun sbb bukan semua org kenal saya dan bukan semua org kenal sahabat-sahabat saya.Allah jua yang tahu...ok?Jangan risau.Saya tak mengaku saya betul.saya akui mmg saya salah.InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati dlm menulis.Thanks for ur kind attention~

Balas
avatar

Tiada apa yang perlu ditekakkan. Maaf dipinta jika kamu rasa komen saya sedikit berat sebelah.

Iqbal, setiap insan lain pendekatannya.
Seiring dengan perubahan masa, sifat seseorang itu juga berubah. Seiring dengan perubahan masa, kaedah kita hendak berdakwah juga berubah.

take your time n think.

U know what, selalunya orang perempuan je yang meluahkan masalah kepada orang lain. sebab orang perempuan ni, sifatnya suka meluahkan. Maybe awak pun mempunyai sifat meluahkan. (you express yourself through your blog) and maybe it's me who misunderstood that.

btw, i just dont like it when you say "bertekak".
if u think, i come here to bertekak dengan kamu, then you are wrong.. sebab niat saya bukan hendak bertekak dengan kamu. adakah kamu rasa seolah-olah saya nak bertekak dengan kamu? uh? a bunch of sorry then =)

Balas
avatar

salam..

xpe dik, kita semua manusia biasa, xlari dr buat silap, mcm yg kita tahu, jalan dakwah tidak dibentang permaidani merah dan indah..

tetapi dibentang dgn duri2 yg menjadi onak dan ranjau dari segenap sudut dalam perjuangan kita..boleh jadi cara kita berdakwah juga menjadi pertikaian..

sekiranya org pertikai cara dakwah kita, kita ucapkan terima kasih kerana dia sudah luangkan masa utk menulis sesuatu yg 'istimewa' utk mu.

sekalipun tulisan itu sedikit mengganggu, tetapi percayalah..yakinkan olehmu bahawa ianya sesuatu yg istimewa, tidak adik sedari skrg, mgkin masa hadapan.

fatonah itu bkn sekadar pada lisan dan hati, tetapi kematangan dari seluruh jiwa rohani kita.

im proud of u. teruskan berdakwah demi DIA YG ESA.

Balas
avatar

pengisian iqbal memang bagus.. apa-apa pun Allah tahu apa niat iqbal.. orang lain tak paham.. sebab dia tak tahu niat iqbal tu.. yang cerita begini akan menjadi renungan buat kita semua..

Balas
avatar

pengisian yang menarikk..

jazakallah..minta copy..
baca kat rumah..hee..
dok cc ni..

Balas
avatar

Salam...

Teruskan usaha dakwah dgn penuh rasa tanggungjawab kerana Allah semata

Balas
avatar

salammualaika...iqbal...masalah kita sama...dan melalui pendekatan yg sama juga....

namun...sy rase kita patut mengambil pelbagai warna pandangan manusia lain...untuk menghiasa seni dakwah kita pada masa akan datang...

apa yang telah kita buat...kita pohon pada Allah...Allah maha mengetahui apa yang dalam hati kita..kita serah pd Allah....sekiranya kita salah dalam pendekatan dakwah ini..minta Allah tunjukkan sekiranya dia yg salah ...serahkan dia pada Allah juga....

nice perkongsian turun ke hati...moga menjadi bekalan ketika bertemu dengan-Nya..

Balas
avatar

saya rasa menceritakan untuk pengajaran kepada semua tak apa..asalkan tidak menyebut identitinya..kerana boleh mengaibkan beliau.

namun dalam konteks pemimpin pula ada yg berpendapat kena bagitau keburukkannya dan jika benar supaya orang tidak lagi memilih pemimpin2 yang hipokrit ini..

ya dakwah mempunyai beberapa disiplin pendekatannya.bergantung lah pada individu..namun bagi sy,jika sy mempunyai kawan spt saudara sy akan tngk dlu..klu dia ni mmg jenis mdh naek angin kalau ditegur maka memadailah saya hanya menunjukkan contoh yang baik shja.mudah2an dia akan ikut dan insaf

Balas
avatar

klu dia ni mmg jenis mdh naek angin kalau ditegur maka memadailah saya hanya menunjukkan contoh yang baik shja.mudah2an dia akan ikut dan insaf

i like the way u approach them :)

Balas
avatar

Syah-->
Wah...saya suka!Terima kasih.Tapi syukur,kawan saya tu bukan org yg mudah naik angin.Elok aje kami berkawan.Dulu lagi teruk dia tu.Sikit2 nak porn.Kalau bercakap pun 10 patah,5patah mesti akan lucah.Tapi sejak kami rapat,dia pun da kurang sbb sy marah dia.Hehehehe

Balas
avatar

erm..gud Iqbal..klw kita xtegur..kita sama2 dpat saham..iman plg lemah apbila kita taw org tu slh..tidak setuju dengn perangai dye...mrh dye dlm hati..tp xtegur dye sbb iman kita plg lemah..tp cara iqbal ni ade betolnya kan..xsebut nme pon..x aib pon...hurm..hnya Allah yg taw

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443