Bukalah surah al-imran ayat 14.->Dihiaskan(dan dijadikan indah)kpd manusia,kecintaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak,harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih,dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan(ingatlah),pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya(iaitu Syurga)!
Sengaja Allah jadikan kita mencintai perkara yg disukai nafsu kita kerana Dia mahu menguji kita adakah kita lebih mencintai Allah Yang Maha Agung,atau kita lebih mencintai nafsu serakah kita.Sangat-sangat malang kalau kita cintakan nafsu lebih drpd Allah kerana firmanNya dalam surah At-Taubah ayat 24->Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika bapa-bapamu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isteri(atau suami-suami)mu,dan kaum keluargamu, dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksaNya).Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik(derhaka)." Tidakkah kita patut merasa takut?
Baiklah,Sekarang kita tengok pula cinta sejati.Cinta sejati yg kekal abadi iaitu cinta kepada Allah.Ada 6 tanda cinta kpd Allah,yg saya rasa saya hanya akan tulis 2 dahulu sebab saya taknak entry ni jadi terlalu panjang dan membuatkan anda bosan.Bila anda bosan,anda tak faham.Jika tak faham tp terus bertindak,itu yg jadi tersesat tu.Nauzubillah...(peringatan kpd diri sendiri sebenarnya)
~ku mahu mahabbatullah~Perihal orang yg mencintai Allah,dan selalu berzikir kpdNya di sebutkan dalam al-Ahzab ayat 21->Demi sesungguhnya,pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa susah dan senang).
Dalam ayat yg lain pula,"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan(musuh)maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah(dengan doa dan zikir)banyak-banyak,supaya kamu beruntung"-Al anfal ayat 45.Rupanya-rupanya banyak berzikir ni boleh menambahkan keyakinan dan kecintaan kpd Allah.Jadi,drpd kita duk asyik sebut-sebut nama kekasih,atau nama pemain bola atau mungkin artis,maka baiklah kalau kita sebut nama Allah.Untung!!!Berbaloi-baloi~
Tanda cintakan Allah yg kedua pula ialah kita akan sentiasa bersedia berkorban untuk agamaNya.Contoh yg sama,kalau kita cintakan kekasih kita maka kita sanggup berhabis wang ringgit,masa dan tenaga untuk dia.Kita sanggup memandu 8jam atau berhabis ratusan ringgit atau mungkin sanggup mengorbankan diri untuk keselamatan kekasih yg kita cintai.Samalah dgn pencinta kereta,sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk modify kereta.Pencinta bola sepakpula akan makan bola,tidur bola,mati jadi bala.
Makanya...,orang yg cinta kpd Allah akan sanggup bekorban demi agama ini.Ini disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 207-"Dan diantara manusia ada org yg sanggup mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah."Dia sanggup menginfakkan hartanya untuk perjuangan islam.Dia sanggup menghabiskan masanya untuk dakwah dan tarbiah.Dia juga sanggup menghabiskan tenaga dan usia mudanya untuk beribadat kpd Allah dan mujahadah meninggalkan ajakan berbaur maksiat.Mungkin kita tak sehebat saudara kita yg mengorbankan jiwa mereka memperjuagkan islam sprt di Palestin,namun itu bukan alasan utk kita mencintai yg selain-Nya!
Jom!kita muhasabah diri.Adakah 2 ciri ni ada pada kita?Jika sudah ada,alhamdulillah. Moga-moga istiqomah sampai mati.Tapi jika belum,ayuh!kita masih belum terlewat untuk mengejar cintaNya yg hakiki.InsyaAllah ada lagi 4 ciri.Bersambung...
11 Komentar
belum cukup kukuh cinta itu..sedang mencari..entry yang bagus
BalasSu..Kak baru terbaca catatanmu tentang peristiwa yg pernah menguji hidup ni..Terima kasih atas catatanmu tu..Banyak yag meninsafkan diri ini..Sesungguhnya Allah akn menduga insan itu dengan sakit kerana Dia mengasihani umatnya.Kak amat bersyukur tak terhingga kerana diuji sedemikian rupa.Semoga terampun segala dosaku ini dengan segal kesakitan yg telah dilalui...
Balaslike like like.
Balasngeh ngeh ngeh.
ehh, suke contoh yg diberikan!
senang paham.
thums up.
gud job bro!
embun-->
Balassalam bro.Tq selalu dtg sini.Tapi kan embun,sy stil taktaw nama sebnar embun.hehehe
Kak Ida-->
Alamak!kantoi ada blog.hehehehehe
reen_sofia-->
Hehe..moga bermanfaat.InsyaAllah
Salam...
BalasAsh-Shiddiq mengatakan, barangsiapa telah merasakan mahabbah Allah yang murni, maka apa yang dia rasakan itu dapat melupakannya dari keinginan dunia dan membuatnya merasa asing dari seluruh manusia.
nice entry
Balas4 thumbs up
salam iqbal..
Balasnice entri..semoga kita semua bersungguh-sungguh dalam mengejar cinta hakiki :))
keep ur nice works dik .. barakallah :)
Ustaz Abd azak-->
BalasTerima kasih atas tambahanmu ustaz.
hans-->
Tq bro.moga ada manfaat=)
melatidaisy-->
jzkk.Semoga sama-sama dapat manfaat ya kak~
Hurm,baru dua ciri..
Balastapi terasa cam memang banyak kurang pada diri..
memang diri ini masih belum dapat sepenuhnya kecintaan 100% itu.
Semoga Allah akan memberikan ana kekuatan untuk memenuhi kedua-dua ciri itu..
sentiasa menyebut nama-Nya..
salam dik...:)ermmm...cinta,cinta dan cinta...cinta 2 satu ftrah anugerah Ilahi,cm jgn biarkn ftrah 2 jd ftnah bl kt dahulukn cnta manusiawi dr cnta ILahi...
Balascinta 2 ssuatu yg suci,biarlh ia jatuh dan tumbuh serta berkembng di tmpat yg suci dn bnr2 lyk..:)
salam iba.. :)
Balasaku baru baca entry ko ni..
em betul tu..
cinta kpd ALLAH dan Rasul itu wajib melebihi selain drpd keduanya..
**menilai diri sendiri yang masih jauh dengan ALLAH** :(
jom kita same2 usaha mencintai ALLAH :)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443