Balik kelas ptg tadi,hujan turun rintik-rintik.Kawan saya mengajak saya utk singgah sebentar pekena roti canai sekeping.Serba salah saya dibuatnya.Memanglah saya terasa tak lapar juga,tapi melihatkan hujan rintik-rintik yg baru mulai turun,saya kerisauan jika tiba-tiba hujun turun dgn lebat.Tapi Allah memilih sy utk makan juga.Sedang kami berdua menunggu roti canai siap,hujan sudah menjadi semakin lebat.Dalam hati,kami pasrah.Oh!hujan lebat!romantik
Dikala sy sibuk menikmati roti canai panas berserta secawan teh-o panas di kesejukan hujan,saya terfikir tentang kekuasaan Allah yg selama ni tak terlintas pula.Saya kagum dgn Allah yg menurunkan hujan,kerana setakat yg saya tahu mmg tak wujud satu alat dan teknologi pun yg dpt stop atau prevent hujan drpd turun.Manusia berbangga dgn teknologi ciptaan terbaru,tapi manusia sering pula terlupa bahawa Allah lebih hebat ciptaanNya.
Allah ciptakan matahari,utk menerangi alam semesta.Manusia pula, menciptakan lampu utk menerangi.Namun,ternyata lampu hanya menerangi ruang bilik shaja sedangkan matahari menerangi satu dunia.Manusia mencipta kipas dan Allah mencipta angin.Bila kipas dinyalakan,angin hanya bertiup dan menyejukkan kwsn sekitar kipas sedangkan bila Allah dtgkan angin,seluruh kwsn akan sejuk dan nyaman.Oh!semua tu mmg adalah tanda kekuasaan Allah,tapi bila kita tak berfikir tentangnya,mmg kita takkan rasa Allah tu hebat.Setuju tak?Itulah pasal Allah suruh kita supaya berfikir.Dalam Quran pun sgt-sgt banyak Allah tekankan tentang berfikir.Salah satu drpd banyak-banyak ialah ayat ke-13 surah Al-Jaatsiyah-"dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya,(sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."
Jadi saya pun tertanya-tanya juga,mengapa kita perlu berfikir?Jwpannya ialah kerana dgn berfikir,kita dapat bertindak.Sebagai contoh mudah,manusia berfikir-bagaimanakah caranya supaya dapat melintasi lautan yg dalam?maka hasilnya-manusia mencipta perahu dan kapal.Manusia berfikir,apakah ubat bagi penyakit demam selsema-maka hasilnya ialah terciptanya ubat pil kuda paracetamol.Begitu juga dgn kapal terbang yg canggih.Manusia menjumpai besi dan mereka berfikir,bagaimanakah besi ini dapat membantu mereka utk bergerak dgn lebih cepat dan selamat?maka mereka berusaha utk bina kapal terbang dgn besi menggantikan kayu yg banyak kelemahannya.
Jelaslah,bahawa dgn berfikir,manusia menjadi semakin maju.Jadi saya nak bawa satu suruhan drpd Allah dalam surah Al-Imran ayat 102-'Wahai org-org beriman!bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali mati dalam keadaan muslim'.Sebagai org yg dikurniakan akal utk berfikir,seharusnya kita gunakan akal utk merancang dan memikirkan cara supaya dapat mati dalam keadaan berserah diri.Bagaimana?sebab kita tak tahu bila kita mati-siapa tahu dia mati bila?mungkin banduan yg kena hukum gantung tahu atau mungkin org yg diberi kelebihan mcm dia.(Link)
Allah juga menyebut dalam surah At-Tahrim ayat 6-"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."-Allah sayang kita dan Dia taknak kita masuk neraka.Fikir--'cmne nak dijauhkan drpd neraka dan masuk syurga yg penuh kenikmatan?".Kenikmatan syurga itu...kalau semua nikmat kat dunia di kumpulkan,...takkan setaraf pun dgn 1 nikmat syurga.Kalau nak rasa terliur dgn syurga,bukak surah Ar-Rahman,surah ke 55.
Oleh sbb itu,kita surely nak masuk syurga dan mahukan redha serta ampunanNya.kan?Tapi kita punya tindakan tak mencerminkan peribadi bakal ahli syurga lgi.Maka,kita kena guna akal,rancang strategi dan fikir dgn teliti apakah tindakan yg wajar kita ambil utk memastikan kita mati dalam keadaan berserah diri dalam islam serta diri kita dan ahli keluarga kita dijauhkan drpd api neraka.Saya sudah terfikir beberapa langkah tapi saya takkan tulis dalam entry kali ni.InsyaAllah lain kali pula ya!Kesimpulannya,marilah mula berfikir supaya kita dapat kita mencari jalan seterusnya dpt berusaha menjadi hamba yg bertaqwa.Bersambung...
31 Komentar
entry yang menarik. membuatkan sya berfikir..
Balaspepun, sya suka hujan!!!! :)
fikir.
Balascam ne nak masuk syurga.
fikir.
layak ke masuk syurga.
hmm
hujan itu romantik
Balassebab itulah perlu berfikir sebelum bertindak :)
Balasorg kata masa hujan best utk tido...
Balastp masa hujan sbnrnya adlh satu masa di mana doa kamu (yg dilakukan sungguh2 n ikhlas) dikabulkan Allah.
sy penah dgr pasal ni.
betul kan?
masa hujan elok kita berdoa :)
Balas-(1)--Sya-
BalasBerfikir satu tuntutan yg banyak kebaikannya.kan? =)
-(2)--reen sofia-
Fikir dan rancang.Moga Allah mudahkan jalan kita semua.
-(3)-ain fatihah
mmg romantik pun hujan tuu..haha..sejuk
(4)-si Tedi-
BalasBetul tu.Berfikir dulu samada perbuatan kita nanti akan mendatangkan mudarat atau kebaikan..kan?
(5)-ciknas-
Betul tu..Nabi s.a.w ada ajar amalan smasa hujan dan antaranya ialah dgn berdoa.
(6)-Iejan-
InsyaAllah pasni nak doa banyak-banyak ;-)
oh,kalau manusia tak berfikir..wakpe hidup?tol x??bagaikan ranting yang jatuh dalam sungai,ikut saja arus sungai yang mengalir..=)
Balassangat tersentuh..
Balas-(7)-koru-
BalasAbsolutely bro!kalo kita tak guna otak,maka apa bezanya kita dengan lembu?main bantai berbuat sesuka hati aja.huhu...maka,mmg patut kita jd lebih berhati-hati~
-(8)-Lukisan Pena-
Semoga ada manfaatnya.Selalula dgn ziarah sini ya~
subhanallah..good2..i like it!
Balas-(9)-miss havoc-
BalasInsyaAllah u are very22222 welcome here.Anda sgt222 dialu-alukan disini~
salam iqbal..
Balassubhanallah..baru akak perasan..sbb selama ni tak terfikir..ttg tiada alat yg dapat stopkan hujan turun dari langit..meskipun tamadun manusia kini dikatakan sudah hebat dan maju hingga dapat menjejakkan kaki ke bulan..Allahu Akbar!
teruskan perjuangan :)
Salam iba..betul tu.. :)
Balaskalau boleh, setiap perkara yang kita alami di dunia ini, kita relatekan dengan ALLAH..
Sebab apa?
sebab semuanya berlaku dengan izin ALLAH Taala.. ^_^
teruskan usaha anda dgn blogging! menarik! tak sabar nak jumpa! :)
singkatnya pemikiran kita kan...hanya fikir hujan turun hanya sekadar hujan tanpa memikirkan hikmah disebaliknya...lemahnya kita pd pandanganNya...
Balaskalau org bukan islam tu jauh pemikirannya..sampai boleh fikir utk mengubah seketul besi menjadi kapal terbang...
-(10)-Kak melatidaisy-
BalasItu la pasal...kalau akak perasan,apa azab yang Allah pernah turunkan kpd kaum terdahulu sprt kaum Ad,Samud,dll semuanya berbentuk azab yg manusia katogerikan sbgai bencana alam.Dan kesemua itu manusia tak boleh halan drpd terjadi.Allah Maha Kuasa..menunggu utk mengazab kita.Dalam hadis juga diceritakan tentang 3 golongan yg menyebabkan Allah menahan azab dan bala drpd turun-1st,sbb binatang yg melata di bumi.2nd-sbb org tua yg beribadah.3rd-sbb bayi yg menyusu.Maksiat kita terlallu banyak! Hinggakan saidina Umar pun pernah berkata-'Allah membantu kaum muslimin kerana maksiat org0org kafir.'Bila kaum muslimin sendri buat maksiat,maka tiada nusrah Allah lg.Wallahua'lam~
-(11)--Muzhafar-
BalasInsyaAllah bro.Aku pun sgt tak sabar nak bertemu ko.InsyaAllah nanti kalau ko duk KL,kita boleh tuntut ilmu sama-sama.looking forward to learn from u~
-(12)--Fitri-
Kelebihan akal fikiran manusia.Sepatutnya umat islam lebih banyak berfikir drpd umat kafir,sbb alakan berfikir ni dinyatakan dalam Quran sendiri.Tapi apa ubat yg kuffar beri entah...yg menyebabkan kita jadi malas nai pikir lg.huhu
sekarang tengah hujan..dan saye sedang membaca entri yang sangat bermakne ini. berfikir~
Balasakak memang suka hujan,,,
Balaskejadian alam memang banyak untuk kita renung dan fikirkan
-(13)-MissNafa-
BalasSalam miss.Banyakkalah berfikir.Moga bermanfaat~
-(14)--Kak Normah-
Saya pun suka jugak hujan,tapi suka bila sy kat dalam rumah la..tak suka redah hujan.haha
kak dpt menyelami tumuhat, lepas baca kisah perang khandak=ahzab
Balasdi kala mereka berasa takut dan lemah bila tentera2 musyrikin yang ramai bakal menyerang mereka di madinah, Rasulullah telah mendidik mereka untuk berjiwa besar
Dengan berjiwa besar, mereka mampu membangun obsesi meski dalam keadaan lapar, dingin, terkepung dan mencekam.
Inilah thumuhat dakwah dan tarbawiyah (obsesi dakwah dan tarbiyah). Obsesi yang luar biasa. Tidak pernah terbayangkan oleh fikiran banyak orang ketika itu. Keadaan yang mencekam, lapar yang menggeliat, dingin yang menusuk. Namun keyakinan akan memperoleh kemenangan selalu bersama mereka. Kemenangan yang akan datang segera atau kemudian.
:)
kak copy paste apa yg kak dpt ari tu
apa pon, iqbal boleh la mencari jugak ttg tumuhat ni ya
n kalau apa2 nk betulkan atau nk tambah, sila share2 juga ngn kak :)
tq, iqbal
ya..hamba selalu berziarah ke sini..sama2 kita menjalinkan ukhwah kemasyarakatan..alam maya..
Balas-(15)-kak Fathiyyah-
BalasWahh....sgt mendalam pengertian tumuhat,hingga saya tepaksa baca beberapa kali.Jazakillah kak.InsyaAllah nanti saya ada masa sy cari juga.
-(16)-Salju-
InsyaAllah.Kita bersaudara kan~alam maya,dan semesta..hehe
fikir untuk ke arah kebaikan..jangan lah fikir untuk ke arah keburukan lak...
Balasko mmg hebat..hikhik..teringat lagu sudirman..hakhak..
Balasapa kes anonymous tu? bnda apa dia tulis tuh?
wahai Tuhan ku tak layak ke syurga-Mu
Balasnamun tak juga aku sanggup ke neraka-Mu
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Enkaulah pengampun dosa-dosa besar...
hujan itu rahmat..
Balasciptaan yang tiada tandingannya..
Alhamdulillah...Allah masih turunkan hujan di sini..
dapat juga akhirnya dengar bunyi katak
hujan itu rahmat..
Balastu apa orang atas2 kata, juga apa kita biasa dengar..
tadi banyak nak komen..
ada panggilan.. dah lupa~
Milik Allah segala kejadian~
Balassalam..betul tu, sokong sesangat secanggih mana teknologi manusia sekalipun tiada apa yg dapat mengalan bencana alam.
Balassy juga selalu terfikir, bila cari brg hilang dlam gelap kita guna torchlight, tapi matahri boleh terangkan seluruh alam.
magic kan?itula pentingnya kembara alam...
Teringat pulak cerita "Syukur 21"
satu perkongsian yang bgus..suka sesgt...:)
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443