Barakallahuma

Entry ini berbaur jeles,tapi bukan sy yg jeles.Saya relax aje.Bismillah*-Barakallah utk abg Ihsan yg telah melansungkan perkahwinan ahad lepas.Berkat Allah utk kamu berdua InsyaAllah..Abg Ihsan mmg seorang murabbi yg baik.Bertuah sgt dia kerana seawal usia 23tahun sudah mempunyai kerja tetap di Sime Darby Properties dan memiliki sebuah kereta besar.Kejayaan yg sgt memotivasikan kami berempat.Perkahwinan Abg Ihsan sgt ringkas sempoi!Akad nikah dilakukan pd jam 11.30pg di rumah pengantin perempuan.Lepas aja akad nikah,tak payah susah nak bersanding pun,kami dah boleh makan.Makan pun boleh tahan jugak.Kambing ada,lembu ada,ayam pun ada.Kalau dah rasa gelojoh sgt,makan je semua mcm sy Tapi dlm banyak2 makanan tu sy paling suka ais kacang dia la!Siap bantai 2 mangkuk lg,takpe la sbb mangkuk kecik.

Bersanding pun takde.Itu yg bagus tu!Saya cukup tak setuju dgn bersanding ni.Bukannya saya tak suka sbb diri sy sndiri yg tak suka,tp itulah...logik ke sy menyukai sesuatu yg Allah dan Nabi tak suka?Ops!Terlepas cakap pulak.Saya tak kesah kalau anda nak bersanding,buat lah.InsyaAllah saya datang juga kalau dijemput.Tapi kalau ada niat nak bersanding mcm org selalu buat,baca dan fahami dulu artikel ringkas ini.Bagi yg dah kawin dan dah bersanding,tak pew la.Tak payah marah dan pangkah saya,benda dah berlalu.Istighfar dan menyesal pun cukup.jangan risau sbb Allah berjanji akan menghapuskan dosa yg dilakukan secara tak sengaja,tak tahu dan terpaksa.(hadis 40).So,skrg kita dah tahu hukum sanding,jgn pulak kita suruh anak kita bersanding.Tapi kalau nak buat juga,terpulanglah.Saya tegur sbb saya sayang  anda semua saja.huhu..nada sedih..

Perkahwinan Abg Ihsan juga best sbb dihadiri oleh org-org soleh(saya tak masuk list).Sepanjang 3jam lebih sy menyemak disana,mmg rata-rata tetamu yg dtg semuanya baik,sopan dan soleh solehah.Bagus sbb org yg soleh dtg sambil bawak doa dan berkat.Ada hafal doa pengantin tak?kalau tak hafal jom layan YouTube lagu ni mengancam Erm,gambar ambik juga,tapi terhad kpd gamba Abg Ihsan aje.Gambar zaujah dia tak ambik.Normen la yg paling busy ambik gambar.Tapi bagus juga,sbb kami mmg tak penah bergambar dgn murabbi kami ni.huhu
Eh!Disebabkan ni cerita pasal kahwin,maka wajar saya cerita sikit pasal hukum menghadiri majlis perkahwinan.Secara dasarnya,memenuhi jemputan kahwin hukumnya wajib-kecuali bagi salah satu drpd sebab-sebab berikut.
  1. Kenduri yg dijamukan dgn arak(apa-apa yg memabukkan lah)
  2. Dimasak sesuatu yg tak halal(makanan dan sumbernya)
  3. Kenduri yg bila kita dtg,seseorang akan menjatuhkan maruah kita dpn org.
  4. Kenduri yg hanya kita dijemput,tp bini kita dan ahli kelaurga kita tak dijemput
  5. Kenduri tu membezakan si  miskin dgn si kaya(kaya makan kambing bawah khemah ada air-cond,tp org miskin dijamu nasi dgn telur goreng aje,pulak tu duduk tepi longkang)
  6. Kenduri yg jaraknya jauh(pandai-pandailah fikir 'jauh' tu mcmana)
Adapun perkahwinan tu,kalau rasa nak bercinta sampai ke syurga maka hendaklah didirikan atas jalan taqwa.Banyak hadis menceritakan tentang tujuan kahwin.Antara yg famous ialah-"Allah berhak menolong 3 golongan iaitu org yg berjihad di jalan Allah,hamba yg mahu menebus dirinya dan org yg berkahwin dgn tujuan mahu memelihara kehormatan dirinya'-hadis riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan al-Hakim.

Satu lagi hadis yg cukup familiar dgn kita ialah-"Siapa yg berkahwin ertinya dia telah menyempurnakan sbahagian drpd agama,maka hendaklah beraqwa utk sebahagian lagi"-riwayat al-Baihaqi.Ops,jangan salah faham.Tujuan saya tulis hadis ni sbb saya nak anjurkan anda semua utk kahwin cepat-cepat.Saya lambat lagi.jangan tanya bila!haha.Satu cerita lagi yg sy nak kongsiakan ialah masa saya mesej abg Ihsan dgn tujuan saja-saja nak usik dia.Biasalah,esok pagi nak kawin.Saya ajak dia makan nasi bujang buat kali terakhir sbb esoknya dia kahwin,dah tak boleh makan nasi bujang.Lalu dia reply,'bla..bla..malam ni kena banyakkan tilawah,zikir dan muhasabah.Doakan ana'.

Tersentak saya bila membaca mesej tu.Sbb ini menunjukkan bahawa Abg Ihsan sgt sedar akan tanggungjawab yg harus dia pikul sbgai suami.Tanggungjwab yg akan dipersoalkan dihadapan Allah hinggakan diceritakan dlm hadis bahawa-tiada dosa yg lebih besar drpd dosa akibat kejahilan isterinya.Betapa selama ni ramai org melupai tanggungjwb menyediakan pendidikan agama kpd ahli keluarganya.Selain itu,tanggungjwb suami juga adalah utk menyeru ahli keluarga menunaikan kewajipan kpd Allah sbgaimana yg dinyatakan dalam surat Taha ayat 132-"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya".Solat kena sabar,takleh solat 'patuk ayam'...hehe

 Nak tahu lebih,boleh juga baca dlm entry sy yg lepas berkaitan dgn ibubapa disini.Bagi anda yg sudah ada calon tu,segerakanlah berkahwin kerana pekahwinan ini sunnah yg besar dan juga satu tuntutan dlm islam.Ajaran islam tu sgt cantik.Sgt memahami.Islam faham bahawa setiap manusia memerlukan seks,mcm haiwan perlu.Tapi islam menganggkat darjat manusia melalui sistem kekeluargaan.Lihat sajalah binatang,mana ada kawin.Asal nak je,tak kira tempat mereka boleh buat.Islam memang cantik!itula sebabnya perkahwinan disyariatkan dan zina diharamkan.Kalau anda rasa nak kahwin,tp rasa duit takde so yakinlah dgn janji Allah ini,sbb sy TAK PERNAH pula belajar atau dengar bahawa kalau nak kawin kena tunggu banyak duit dulu-"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),lagi Maha Mengetahui".-An-Nuur;32.Janganlah salah faham.Islam tak kata kahwin mesti menelan kos ribuan rupiah ringgit!

Akhir kata sblm sy habiskan artikel ni,saya nak mintak maaf kalau artikel ni berbentuk peribadi.Seperkara lagi,ingat pesan saya yg sy ambil drpd Quran-jangan dekati zina-(17;32).Moga anda semua hidup bahagia,dunia dan akhirat.Kpd abg Ihsan,tahniah!kami tak sabar nak menunggu 'anak sedara'.hehehehe.. Tambahan-ini kali pertama sy taip satu entry 2 kali sbb masa nak publish,internet problems dan hampir 50% entry ni hilang.Subhanallah.Seperkara lagi,exam physics semalam postponed dan kami diberitahu setengah jam sblm exam.Lusa exam basic aerodynamics dan next week,electrical fundamentals dan physics pulak.Keep on doa ya~!
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

kau bila pulak mau kahwin?

huhuhu

haritu aku pegi kenduri pun takder bersanding..music takder..sederhana..

aku rasa kalau wat mcm tu lagi best la..

ada berkat kat situ

Balas
avatar

hahaha.
nak kawen dah ka?
tuleh entri sampai dua kali?
haish memang sakit aty!
nyway, gudluck!

Balas
avatar

hadoiiii

cerita kawin lg...

org pantang nih dgr cite kawin2 nih...

adoyaiiii~

Balas
avatar

entry kawen dikala sedang bz dengan exam. hebat2 ~
good luck exam~

Balas
avatar

(1)-embun-
Ish...ko ni,aku dah kata kan jangan tanya bila!hahaha..kahwin yg takde musik,jimat sikit!Aku tulis entry ni khas utk org2 cm ko yg dah boleh kahwin.hehehe..nanti jemput aku ea!~


(2)-reensofia-
Ni lagi sorang tanya pasal kahwin!hahaha..erm,tulis 2 kali lah.Agak tensen jugak dan 2nd penulisan ni mmg tak se best yg 1st sbnarnya..

Balas
avatar

(3)-ciknas-
Hehehehehe..soorrryyy..takpew,moga ada indirect punya manfaat~


(4)-Missnafa-
Kebetulan idea banyak.Thanks..exam best~

Balas
avatar

'ingin aman dlm perhubungan?
maka bernikahlah..' :D

kahwin..haiih..bestnya..tapi muda lagi ni..hehe

tpi kan, kalau pelamin tu skadar untuk bergambar takpe kan..

btw,nice2!xsngka lak org sme darby ada yg zuhud cmtu.aritu g intrview dyorg 3 stage b'turut2,mak aiih..rsa kerdil sgt sbb semua nampak vogue,loaded gitu..sbb tu la xpass stage last..huhu XD

Balas
avatar

orang dah tido, cheq baru berpeluang jengok blog nie..

kita same la.. takkan sanding.. dah tau tak boleh, kenapa nak wat gak kan..

agak2 lau sya tanye gak bila iqbal nak kawen, iqbal geram tak? heheee

gud luck yea.. :) ingat senyuman nie. pahatkan dihati eheheee

Balas
avatar

(5)-Iejan-
Zuhud..alhamdulillah,syukur dpt kenal dia.Perkahwinan itu ibadah~sumber pahala..lombong pahala tuu

(6)-hanie
Terima kasih atas senyumannya.hahaha..erm,semoga sukses.huhu

Balas
avatar

persediaan sebelum kawin...
nk dptkn isteri solehah??

maka nk amik kata2 Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com)

"Banyakkan Menjadi daripada Mencari"

Insya-Allah dengan menjadi baik kita akan bertindak ibarat magnet dengan menarik perempuan yg baik sbg zaujah..Allah pn dah kata laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik & perempuan yg baik utk laki yg baik..begitu juga sebaliknya....

Balas
avatar

kau ckp aku dah boleh kahwin..hahahha

aper la ko..

aku duit pun tak banyak,,

macam mana lah tu

Balas
avatar

sape kate kawen x seronok?xdenye..tapi jangan kawen sebab cinta semata,nanti binasa!!huhu

Balas
avatar

salam
maaf saudara iqbal, sy secara spontan tergelak lepas baca list yg no 5 tuh..harap2 xade la yg macam tu kan..kesian si miskin, makan ngn telur tu xpe lg, yg dok tepi longkang tu yg xtahan..adush..hehehe

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443