Kesuntukan masa

Saya nak tulis laju-laju ni.Masa semakin suntuk.3 exams to go starting from next monday.Ok,baiklah.Alhamdulillah,anda semua mesti sudah baca entry ini dan semestinya sudah mula memikirkan penyelesaian masalah kita kan?-Apa yg perlu kita buat supaya kita dapat mati dalam islam dan dijauhkan drpd neraka?

Sesungguhnya Allah Maha Adil.Bukti keadilan Allah yg paling cantik dan stylo ialah penciptaan syurga dan neraka.Mengapa ya?Allah beri syurga kpd org baik,dan org jahat Allah bagi neraka.Nak masuk neraka mudah sgt.Sbb jalan ke neraka tu lurus,bersih,terbentang luas lagi.Tapi jalan ke syurga pula berliku-liku,susah-terpaksa mendaki,turun bukit,sempit pula dan ditambah pula dgn banyak halangan.Sebab itulah org tak ramai yg mahu melalui jalan ni.Takut tayar kereta pancitlah,penatlah,jauhlah,bosanlah,bla..bla..bla..-itu antara alasan mengapa kita tak cuba melalui jalan syurga.

Saya seorang pelajar skrg,dan saya akan mati sebagai seorang pelajar.Saya seorang pengembara,dan saya akan terus mengembara sampai saya tiba di 'padang itu' bersama-sama anda.Saya juga seorang pencinta,dan saya mencintai anda semua.Atas maksud kasih sayang dan persaudaraan,saya dgn rendah diri mengajak anda bersama-sama,kita lalui jalan mujahadah ini.Saya perlukan anda semua utk menemani saya dalam menempuhi pendakian ini.Kita perlu saling melindungi.Jalan ini sgt mencabar,tapi penamatnya yg indah akn membuatkan kita lupa akan kepayahan pendakian kita ini.InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim-Alhamdulillah,Allah masih beri sy masa utk update blog,berkongsi buah fikiran dgn anda.Masa sy semakin terhad.Saya tak ada banyak masa-8 jam tidur,8jam belajar,8jam lg sy buat hal lain-lain.Sy sibuk dgn buat sesuatu yg sy tak tahu,tp sy tahu sy sibuk.Sgt sibuk.Saya perlukan lebihan 6 jam setiap hari supaya dapat saya ziarah semua blog kat Malaysia ni dan ajak anda semua utk habiskan 10-15minit shj utk kita berfikir-apa kesudahan/pengakhiran hidup kita.

Seorang yg bakal nak exam,akan study gila-gila.mcm sy  Org yg nak mati pula akan beribadah mati-matian.Org yg nak kaya pula,kerja smpai hampir gila.Tapi masalahnya,kita tak tahu kita nak apa.Nak kaya?tak kaya..Nak bahagia?banyak pula masalah..Nak cemerlang?exam cukup makan aja..Nak apa ya?Kita nak redha Allah?er...tunggu tua sikit la...muda ni enjoy dulu.Kahwin pun belum lg ni!(Awas!ini sindiran)

(Ini antara subjek yg saya ambil,klik utk besarkan gambar)

Wahai saudaraku yg ku cintai dan kasihi.Benar!kita muda.Benar,kita kuat!Benar,kita kacak dan cantik!Tapi,kita tak diredhai Allah.Belum.Kita belum diredhai lagi,belum komfem.Kita akan tahu bila sudah 6 kaki dalam kubur.Waktu tu kita akan berdoa dgn salah satu doa ini iaitu,"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (Al-Mu'minun : 107).Ada juga org yg akan berdoa dgn doa ni,Ia akan berkata:"Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"-(Al-Fajr : 24).

Hakikatnya kita memang tak bersedia lagi utk mati.Kan?Tapi yg paling best,bila kita jadi mcm Habibun Najar yg berdoa,"Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui"-yassin ayat 26.Kisah Habibun Najar ni best sgt sbb dia mati kena bunuh sbb dia ajak kaum dia sembah Allah.Berbalik kpd soal masa,saya tak banyak masa,dan anda pun tak banyak masa juga lagi.Kita sama-sama ada 24jam sehari dan 7 hari seminggu.Kita juga sama-sama menjadi makin tua dan sama-sama jd makin matang..Kita sama-sama yakin bahawa time machine-(yg boleh kembali ke masa lepas)tak wujud.Doraemon pun tak wujud juga.kan?

Yang wujud ialah kematian yg kita tak suka.Imam As-Suyuti pernah menulis dalam satu kitab,'harus utk seseorang berdoa minta segera dimatikan bila fitnah berleluasa.Saya masih belum berdoa utk mati sbb saya masih belum puas enjoy lagi.Kan kita semua setuju bahawa hidup ini utk enjoy.Awas!ini juga sindiran semata-mata.hehe.Ops,saya serius ni.haha Fitnah berleluasa?maknanya-kiamat makin dekat-maknanya dajjal akan turun-Bila dajjal dtg bersama janjinya,kita akan berpotensi menjadi salah seekor pengikkutnya dan kita akan menyaksikan event ini-"akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam:"Adakah engkau sudah penuh?" Ia menjawab:"Adakah lagi sebarang tambahan?"-(Qaaf : 30).

Kesimpulannya,ambil sedikit masa-kalau perlu,curi!Curi masa.Mencuri masa hukumnya tak haram,sbb kita boleh mencuri barang kita yg telah dicuri org(curi balik).10minit sahaja utk zikir dan istighfar sblm tidur.Baca Quran sedikit slps solat subuh,dan kalau mampu,saya yakin anda mampu-kita kurangkan hiburan.Saya akui,kita semua suka hiburan,tapi bukan semua org perlukan hiburan.Mereka(org yg byk berhibur)tu ada banyak masa,tapi kita tak banyak masa.Tak payah la compare dgn diorang.Kita KURANGKAN hiburan ya.

Akhir kalam,saya akan update blog ni setiap 2-3 hari insyaAllah kerana sy rasa inilah satu-satunya cara saya menyatakan kasih sayang sy kpd anda.Saya mahu kita semua berjiran di syurga sana,sambil kita berbual-bual dgn para sahabat r.a dan menatap wajah suci Baginda Rasul.Tolong bantu sy mencapai hasrat ini.Al-hujurat ayat 10-'Kita semua bersaudara dan perlu memperbaiki hubungan kita'.Tq sbb baca.Saya sgt2 hargai~
Previous
Next Post »
20 Komentar
avatar

Iqbal.. selamat menghadapi exam.

kita sama2 mengembara sehingga bertemu di padang yang sama dengan izin ALlah juga. :)

Jaga diri!

Balas
avatar

salam Ibba, kehidupan hari ini hanyalah pentas lakonan kita untuk dipertontonkan semula di akhirat kelak..semoga istiqamah mencari Redha ilahi..

Bila nak ziarah cg di ipoh?? antara murid saya yang paling lama juga tidak bertemu, hanya bersua di alam maya!!!

Balas
avatar

alhamdulillah..tQ ingatkn..fitrah manuisa insan pelupa..tp tu la specialnye ade dlm jemaah..insyaallah saling memperingati..maap baru link..ape2pun all da best utk exam..bittaufiq wannajah..

Balas
avatar

ish. terpaksa sy bace laju2 (tp x tinggal even 1 word) sbb awk dok kata kita sume x cukup masa!

heh.

all the best dude.

p/s: sy x de exam human factor, just kena buat assignment (which is so boring) je.

Balas
avatar

Salam...

All best to you..

Semoga Allah permudahkan..ameen

Balas
avatar

selalunya kita manusia (termasuk saya) sedar yang waktu semakin suntuk tapi still melebihkan hiburan. terima kasih pada awak sebab berkongsi dan dalam masa yang sama mengingatkan orang lain mengenainya.
anyway, good luck exam.~

Balas
avatar

Salam iba.. :)

best la bace blog anta.. :)
hehe..

gudluck exam!!

Balas
avatar

(1)-Tedi-
Terima kasih.Iya,kita akan terus mengembara.Jaga diri dan iman juga~


(2)-Kak ummumishkah-
Terima kasih kak~


(3)-Cikgu Shahnun-
Salam juga cg.Saya bukan taknak balik,tp tak boleh balik.Kekangan waktu.InsyaAllah akan balik juga,mybe masa cg kahwin nanti.hehehehehe

Balas
avatar

teruskan perjuangan yang belum selesai...

yes...berblog salah satu kaedah untuk bertenang dan berhibur sambil berkongsi info..

Balas
avatar

-(4)-Fareza Azhar-
Terima kasih.Amin..moga Allah mudahkan~

-(5)-Ciknas
Saya lagi suka blaja human factor drpd blaja math dan fizik tanpa kalkulator.haha...esok saya exam fizik,then basic aerodynamics pastu electrical fundamental~Tetap berdoa ya..

-(6)-Abd Razak-
Jazakallah Akhi..ana juga doakan yg sama utk anta.

Balas
avatar

amin,,,gud luck iqbal...tu la..pkara paling senang nk buat..zikir..rugi klw dok sje2 xbuat..;))

Balas
avatar

ngeh ngeh. amin... and done it well yah!

Balas
avatar

(7)Miss Nafa
Bukankah Allah susuh kita saling memperingatkan?erm,saya tulis entry ini pun utk diri saya sendiri sbnarnya.Sbb org lain baca sekali,tapi saya baca berkali-kali.hehe

-(8)-Muz-
Jazakallah akhi.Ana tgh kegusaran ni.hehe...anta pun gudluck selalu ye~

-(9)-Lukisan Pena-
Iya...berblooging ni boleh jd sooo stressful but can alsa be sooo peaceful...kan? =)

-(10)-Fasya Abdi-
Yang senang tu la yg susah nak buat.hehe

-(11)-reen sofia-
terima kasih.InsyaAllah akan buat yg terbaik~

-(12)-hanie-
Terima kasih juga.terima kasih banyak~

Balas
avatar

gud luck beb,,

wat aper yg utama dulu..hehehhehe

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Semoga berjaya dalam semua peperiksaan dengan cemerlang dunia dan akhirat. Amiin

Balas
avatar

salam iqbal

....singkatnyeee kita di dunia ini...
berape byk masa yg kita sia-siakan...

Balas
avatar

Jazakallah...moga Allah memakbulkan doa kalian

Balas
avatar

selamat bergelar doktor kapal terbang yang bertakwa.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443