5 syarat utk buat maksiat

Saya yakin,setiap org ada artikel kegemaran sendiri.Hari ni saya nak share tentang artikel kegemaran saya,Saya copy paste.Dah lama giler saya tak buat kerja meng copy paste ni!Okla,baca dgn teliti dan fahamilah ya!
******************
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

Yang kedua," kata Ibrahim,"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

thanks sudi berkongsi... cerita ni dah jadi fav dni pula.. ;)

MURTABAK MAGGI

Balas
avatar

konklusi nye jgn buat maksiat!
tapi ntah laa.
sigh

Balas
avatar

thanx nasihat!

Balas
avatar

salam,

dah lama artikel ni berpusing-pusing kat internet ni kan? hmm..mmg elok kalau nk 'bagi' kat org yg suka sgt buat Allah marah :(
kasi putih sket itu hati itam!

p/s: pendek kata, jgn la ko gatal nak buat maksiat selagi ko hidup kat donia ni. kan? ^^

Balas
avatar

kesimpulannye bukan je jangan buat maksiat malah sgale yang dilarang Allah harus kita jauhi

Balas
avatar

huu... betul jugak.. nak pindah planet lain pun Dia punya~ huhu

Balas
avatar

tlg follow sy punya blog,nnti sy follow awop plop...follow sy Hana Sofeyya..yer..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443