Rujukan saya Part 1

Adakah entry baru saya dinanti-nanti?Rasanya artikel terbaru saya pun baru selasa lepas.Bukannya lama sangat.Memang blog pondok cinta ni mmg tak setanding blog-blog yg lain yg ramai follower dan pembaca yg setia.Tapi saya sedar,masih ada ramai juga yg setia bersama pondok cinta.Ramai yg sanggup bermujahadah.Ramai yg faham kewajiban menuntut ilmu.Ramai juga yg faham akan keperluan utk mencari bekalan akhirat dan ramai juga yg lapar santapan rohani.Sebesar-besar dan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kpd anda.Saya hargai anda.Sungguh!

Rujukan
Entry di pondok cinta 90% berbentuk ilmiah dan islamik.Tapi itu bukan bermakna penulis seorang yg islamik.Tak!Saya seorang yg biasa-biasa saja.Dulu,saya pernah terfikir utk menulis 1 hari 1 entry baru,mcm kebanyakan blog org lain.Hari-hari ada cerita baru..tapi rasanya saya tak mampu.

Siapa kata tulis artikel keagamaan itu mudah?pastinya saya mengatakan ia tak mudah!Banyak rujukan dan kajian perlu saya buat.InsyaAllah hari ni saya mahu berkongsi dgn pembaca setia blog  pondok cinta,tentang sumber-sumber rujukan saya dlm menulis sbb dah 2 kali org tanya adakah saya tulis sendiri.(pelik ke student aircraft maintenance tulis pasal agama???)Ya!saya tulis sendiri,dgn rujukan-rujukan berikut.

Yg paling utama ialah Al-Quran itu sendiri.Sebelum tulis,saya akan rujuk Al-Quran.

Datuk A.Samad Said pernah kata;'kalau kita nak jd penulis yg baik,kita kena banyak membaca'.Itu dia kata.Allah pulak kata;'Bacalah dengan nama Tuhanmu yg menciptakan"(surah al-ala'q ayat 1).Kefahaman kita tentang tuntutan Iqra' ternyata masih nipis.Kita ketinggalan jauh drpd bangsa asing dlm amalan membaca.Tapi,yg peliknya kedudukan kita jauh lebih baik drpd bangsa Arab dlm statistik,walaupun rasanya kita banyak baca majalah hiburan. Org jepun yg sgt sikit yg muslim ternya lebih faham akan wahyu pertama ini-Iqra'.

Kitab Terbaik
Kalau kita bukak mukasurat 2 Al-Quran,dlm surah al-Baqarah ayat 2,kita dah dikejutkan(sepatutnya lah...).Ayat 'za likal kitab..' yg bermaksud 'kitab ini'..tiada keraguan di dalamnya! Kenapa Allah guna perkataan kitab?Kenapa tidak Allah guna perkataan 'za likal Quran'? Yang tersirat ialah,Allah nak emphasis kpd kita bahawa dlm dunia ni takkan ada 1 kitab pun yg sempurna dan 100% dijamin betul,KECUALI Al-Quran.Al-Quran sgt istimewa!

Istimewanya Al-Quran ini,kita manusia tak sedar.Sedangkan jin lebih menyedari akan keajaiban Al-Quran.Rujuk surah al-jinn ayat 1.Jin berkata;'Kami telah mendengar Al-Quran yg sgt menakjubkan!".Apakah kita manusia,tak merasa takjub dgn Al-Quran?
(Al-Quran saya penuh dgn tanda contengan pensil sbb saya suka tandakan dalil-dalil yg saya jumpa,utk rujukan di lain hari)

Saya tak tipu.Sesungguhnya semua benda Allah dah sebut dlm Quran,hinggakan cara nak buat pisang goreng pun Allah sebut!(tapi kalau saya tulis,entry ni jd tambah panjang.)Semua masalah manusia disebutkan dalam kitab ini.Rugilah kita kalau tak baca.Saya kongsi 1 ayat yg ajaib dari surah Al-Furqan ayat 53.Saya saja nak kongsi sayat ni sbb semua org dah tahu pasal fakta ni.Fakta yg baru ditemua baru-baru ni,iaitu ada sungai dalam laut.Dari dulu lg,sblm manusia jumpa benda ni Allah dah bagitaw tentang kewujudan benda ni.Manakjubkan?

Keajaiban Al-Quran
As we go deeper in learning Quran,kita akan jumpa juga pasal kandungan oksigen di tempat tinggi,fungsi besi,tentang 7 layers of atmosphere,tentang development of baby dlm perut mak dia,tentang gunung-ganang yg setiap tahun bertambah ketinggian,pasal siang malam pasal bintang-bintang banyak lagi.Lebih seronok kalau anda cari sendiri dan jumpa.InsyaAllah iman akan bertambah.Bukankah saya selalu ingatkan supaya kita banyakkan berfikir tentang kekuasaan Allah?dah lupa tentang PKR?

Kenapa Bahasa Arab?
Org pertikaikan,kenapa Al-Quran bahasa arab?agak-agaknya kenapa?jwpn ekspress ialah Allah lebih tahu yg tersirat.Tapi jwpn saya: tujuan Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab ialah supaya wujud kesatupaduan  dan kesamaan serta keseragaman dlm diri setiap muslim.Maknanya,saya boleh baca Quran dekat German,kat Sepanyol,kat Argetina,kat Holland dan kat mana-mana saja.Allah Maha Pandai.Dia nak kita bersatu padu walaupun lain warna kulit.Hebat?

Seorang doktor yg hafiz Quran terlalu busy pd suatu hari hinggakan dia tiada masa nak baca Quran!Jadi apa dia buat?Dia ambil Quran,bukak dan tutup balik.Pastu dia cakap,'aku minta maaf sbb harini aku tak dapat baca kau'.lalu dia cium.Persoalannya,dia kan hafiz(hafal 30 juzuk),nape dia tak baca tanpa tengok Quran?Jwpnnya ialah- takkan sama baca dgn lihat Quran dan baca tanpa Quran.Pandang Quran pun dapat pahala!free pahala..mudah sgt-sgt!

Seorang anak tanya atuk dia,"kenapa atuk baca Quran?atuk bukannya paham pun bahasa arab".Atuk dia suruh dia ambil air kat sungai dlm bakul yg berlubang.Cucu dia penat la ulang alik nak ambik air tapi setiap kali sampai aje kat atuk dia,air dlm bakut tu semuanya keluar melaui lubang-lubang tu.Lalu atuk dia kata ,'Baca Quran walaupun tak faham,sebenarnya ia membersihan hati.Mcm bakul tu juga.Walaupun ia tak dapat mengangkut air,tapi ia telah dibersihkan oleh air yg keluar melalui lubang-lubang tu.. Sgt betul!Walaupun saya tak faham b.arab,tapi tiap kali baca Quran,saya rasa tenang.Agak-agak,siapa yg bagi ek?

Hati-hati
Part ni penting!Jgn salah faham tentang tafsir dan terjemahan Quran.Terjemahan Quran ni mcm kita alih bahasa,tapi tafsir ni more toward the elaboration ayat yg kita baca.Dlm Al-Quran ada 2 bentuk ayat iaitu ayat muhkamat dan ayat mutashabihaat.Ayat muhkamat tu ayat yg simple,jelas dan senang faham.Manakala ayat mutashabihaat ni ayat yg samar-samar yg bukan kita boleh sesuka hati terjemahkannya.Contohnya ayat surah al-Baqarah ayat 256-Tiada paksaan dlm agama.Org yg sesuka hati dlm menafsirkan satu-satu ayat Al-Quran,dgn sukahati mak bapak dia buat dosa contohnya bukak aurat.Bila ditegur dia kata-"tiada paksaan dlm agama.Jadi sukahati saya lah nak ikut atau tak!" Ini punya orang sesat.Nauzubillah..

Pesan saya:kalau tak jelas dan tak faham akan sesuatu ayat yg kita baca,maka kita rujuklah dgn org yg tahu sbb kdg-kdg ada asbabun nuzul atau cerita disebaliknya yg kita tak tahu.

Kesimpulan
Tidakkah kita terasa nak baca Quran?Ia manual kita.Kita perlukan petunjuk.Kita perlukan lampu.Jadi,saya harap sangat selepas membaca entry ni,ada sedikit semangat dalam diri anda timbul utk semakin ghairah meneroka keindahan Al-Quran.Sesungguhnya,beza antara org islam dan org bukan islam ialah org islam berjalan atas telunjuk Quran.Tanya sama pokok,apa sebab hujan..er..tak!!tanya sama diri sendiri,setakat mana kita berjalan atas telunjuk Quran?sama-sama muhasabah diri...


P/s-Baru siap part 1.Part 2 bakal menyusul,insyaAllah.Skrg ni saya tgh pening kepala giler belajar electronics sbb basic saya dlm elecric sgt weak.Doakan saya ya..
Previous
Next Post »
25 Komentar
avatar

teringin sangat nak bace al-quran... :(

Balas
avatar

baca QURAN,
bile hati tak tenang baru nak belek.
huhuh

Balas
avatar

iqbal. cam ne nak redha dgn ape yg dah diberi?

Balas
avatar

Kena ada usaha dan du'a, bila ada kedua-duanya, berserahlah kepada Allah, tawakal kepada-Nya. Insha'Allah awak akan berjaya dalam pelajaran =)

You'll be in my du'a, insha'Allah.

Balas
avatar

(1)-nisya
Kalo rasa mcm teringin sgt,pekata download bacaan Quran...senang sikit~boleh baca


(2)-reen
Biasa la tu reen.Kita punya iman perlu kpd musibah utk buat kita ingat semula kpd Allah,Cmne nak redha dgn pemberian?PKR dan PiKR la reen...ingat lg kan entry tu? =)


(3)-nisa
Owh..jazakillah.Yes!mmg matlamat saya nak 1st in dakwah and 1st in study~

Balas
avatar

oh sy fhm dan ske bace blog ni slps lok knlkn hahaha

teruskan menulis...

p/s: tocey tocey tocey kerana sudi berkongsi =))

Balas
avatar

salam iqbal.
nice entry
pasal al-quran
& nis ternanti part seterusnya

al quran itu mendekatkan diri kita dgn Allah.
:)
erm.dahulunya nis hanya baca al-qura tanpa mengetahui maksudnya.
so,nis amik keputusan amik bahasa arab di universiti semata2 ingin tahu isi kandungan al-quran
hmmm

Balas
avatar

(4)-penulis setia(lah konon..hehe)
ok..gurau je td tu~nak ambik tafsir Quran?ambik apa?blajar?kalau nak beli agak mahal la..


(5)-miss xyz
Doakan saya tak busy sbb klo busy sgt,saya takleh menulis.huhu


(6)-nis
Wah...boleh la belajar b.arab ngn nis!kan?heeehe..part 2 menyusul tak lama,tapi kalau saya free la...hehe

Balas
avatar

wah...1st,,,gud luck dulu...
2nd...thanks tuk n3 yg menarik ni...

lagi best klu ko dpt bg contoh2...mcm goreng pisang ngan sungai tu...

kipidap bro...

Balas
avatar

sy risau sebnrnya.. baca AlQuran tu, musykil camne ,. nak soh.. paham makna.. walopon kite baca tafsir..

Jum singgah belog Pink!

Takdir yang mendukacitakan! !

Balas
avatar

bla bc entry ni rase bsmgt nk bc Quran..

sllu smpt bc yasin j..2 pn kdg2...
rase cm dh lame xbc...:(

Balas
avatar

laaa.... bakal aircraft engineer ke... ingt kan adik beradik imam muda astro oasis tu... (hehhehhe...)

anyway, it's gud for u and of coz, ur frens too.. they surely feel so please to have u around! =)

gudluck dude. sy pon nak final exam lg 1 week...

Balas
avatar

salam ukwah.

syukran atas info yg menarik. ttg tfasir alquran bagus benar jika para ustaz dapat serasikan dgn sains. sbb al-Quran tak kan bercanggha dgn kebenaran trmasuk kebenaran sains. Teori big bnag contohnya, telah lama dinaytakan dl mal-quran. Begitu juga teori blog spot jg telah diternagkan dlm al-quran. rasnya buku-buku harn yahya byk membantu.

elakkan kisah2 israiliyat sbb adakalanya ia mencemarkan kesucian al-quran.

Balas
avatar

Quran dia atas mcm Quran saya.Sama!
Ok.itu tak penting.yg penting point yg nak kamu sampaikan di sini.
Rujukan utama dalam menulis atau menyampaikan adalah Al Quran. :)

Sedangkan saintis barat yg bukan Islam tu baca n mendalami Quran apatah lg kita yang Muslim ini perlu berdamping dengn Quran.

Insaf~

Balas
avatar

okaylah blog nih
tak perlu follower ramai2 pun tak apa

Balas
avatar

entry ni menjawab banyak persoalan kat aku, yang tu la kite kena ada usrah. boleh merujuk antara 1 same lain


anyways, nice entry =]

Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik dan suka tengok bola [Jawapan]
► Play. ▌▌Pause.

Balas
avatar

(7)-mario
1st-tQ atas doa ko.hehe
2nd-Sama-sama bro sbb baca
3rd-nak contoh?insyaAllah lain kali.nanti entry ni jd makin panjang~


(8)-PinQib
Agak kurang faham apa kamu nak kata...tapi yg penting,saya dah dtg blog kamu.Terima kasih~


(9)-Farid
Tq bro atas senyuman.Cool~haha


(10)-echah
alhamdulillah.keep it up~


(11)-NZ
Ceh...engineer boleh,imam pun boleh..boleh blah.hahaha

tak faham.So please to have me around?maksud..?

Exam sy lmbat lg..tapi belajar makin susah.Migraine!!


(12)-shameel iskandar
Sgt betul.Islam bukan setakat takkan bercanggah dgn sains,tapi jua apa-apa cabang ilmu pun...pasti selari!dan terima kasih atas nasihat..Tq~!


(13)-Sidratul muntaha
Tu Quran saya beli drpd student UIA la..hehhe
Quran itu hujah~!ada hadis kan pasal ni? =)
Kena bermanja dgn Quran sbb kita perlukan Quran....insaf juga~!


(14)-hans
Tak apew ke bro?ok.Tq


(15)-Lt.fDanialz
InsyaAllah.Tq dtg bro~!

Balas
avatar

orang yang berhujah tiada paksaan dalam agama tu memang bingai la... ibarat kalu dah masuk rumah orang, ikut la adat atau peraturan tuan rumah... kalu dah masuk islam tu ikut je la peraturan ditetapkan.. banyak songel tul kita nih

Balas
avatar

trok tol aku neyh..
sejak xbawak al-Quran kat uitm nieyh seminggu ak xbce...
esok ak nak balik uma...nak bawak al-Quran..

Balas
avatar

(16)-cemomoi
hahaha..bingai?haha..jgn tak caye.Ramai org yg sesat dgn ayat Quran!Ada yg salah tafsir ayat membenarkan lelaki kahwin 4,dia kawin smpai 10.4+3+2+1=10!!!kat johor...gila punya orang!sesat!


(17)-nas
Eh...takde la teruk bro.at least dlm ati masih rindukan Quran.kan?=)

Balas
avatar

ha ah iqbal...
rsa nk slalu je belek tafsir
al-quran ngn kawan sye sorang ni
lpas bca entry ni..
dy slalu bwak tafsir gi skolah..
tq iqbal..

Balas
avatar

salam...

walaupun terlewat khatam quran, tp bersyukur dapat belajar hingga ke hari ini...

Balas
avatar

um, kenapa bahasa arab?
jawapan maCy, sebab rasul semua diturunkan dari bangsa arab. kenapa bangsa arab? sebab bangsa arab la yg paling degil.

wallahu'alam~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443