'Saya' yang mahu kahwin

Siapa tak nak kawin?rasanya semua org nak berkahwin,kan?Cuma tujuannya saja yg berbeza-beza.Ada org berkahwin kerana harta,ada pula yg berkahwin kerana mahu mengelak zina,tapi ada juga org yg berkahwin kerana mahu mengikut sunnah Rasulallah s.a.w

Saya pun selalu bergurau dgn kwn-kwn lelaki saya,siapa antara kami yg akn mula-mula sekali kahwin.InsyaAllah bukan saya.Fitrah manusia akan sunyi jika hidupnya sebatang kara.Manusia memerlukan teman,memerlukan pasangan.

Dan bagi saya,saya memahami bahawa perkahwinan itu adalah separuh drpd urusan agama saya.Bersesuaian dgn Sabdaan Rasulallah bahawa dgn berkahwin,sebahagian drpd urusan agama saya telah selesai,maka dgn itu saya wajib utk bertaqwa utk mendapatkan sebahagian yg masih tinggal-riwayat al-Baihaqi.

Memilih pasangan hidup,bukan semudah memilih pakain di pasaraya.Setiap aspek kehidupan harus diteliti.Ramai org memandang bahawa perkahwinan itu adalah utk mencegah zina.Ya benar.Dgn berkahwin,zina dpt dielakkan.Tapi,pekahwinan adalah lebih drpd itu.Jika ada org yg merasakan susah utk mengelakkan zina,maka dia harus sedar bahawa tanggungjwb sesudah perkahwinan adalah lebih besar dan payah.Perkahwinan adalah tanggungjawab dan hanya org yg bersedia sahaja layak memikul tanggungjawab ini.

Saya tak memandang diri saya sebagai masih muda walaupun saya masih berusia 20 tahun kerana saya sedar bahawa utk memikul tanggungjwb yg sebesar itu,saya perlu benar-benar bersedia.Jika kita merasakan bahawa persediaan sblm kahwin hanyalah beberapa bulan sebelum akad nikah,maka kita telah silap.Sebaliknya utk memikul tanggungjwb sbgai suami atau isteri,persediaannya bermula selepas sahaja baligh.

Saya bukan seperti seorang akhi mahasiswa yg saya pernah jumpa.Sengaja saya mahu mengusik dia dgn soalan,’Anta bila nak kahwin?’,Lalu dijawabnya,’Tggu ana dapat tahajjud hari-hari tanpa bantuan alarm’.Mantap sekali jwpn dia dan benar-benar memberi kesan kpd saya.

Rasulallah pernah bersabda bahawa ada 3 perkara yg kita perlu segerakan.’Pertamanya ialah berbuka jika sudah masuk waktunya.Keduanya ialah menguruskan jenazah dan yg ketiga ialah berkahwin jika sudah tiba masanya’.

Dan dlm hadis yg lain Rasulallah berkata,’Jika kamu tak mampu utk berkahwin lagi,maka berpuasalah’

Kaitan dua hadis ini ialah,utk berkahwin setiap pasangan memerlukan kemampuan dan kesediaan.Dan kesediaan yg paling utama ialah ilmu.Ya,ilmu lah yg paling utama.Ilmu sentiasa mengatasi yg lain dalam banyak hal.Adakah kita mengira bahawa utk mencari ilmu,cukup sekadar dgn kursus perkahwinan selama 2 hari?

Tidak!sama sekali tidak.Sebenarnya kewajipan menuntut ilmu agama itu telah disandang oleh kita sejak kita baligh lagi.Keluarga bahagia bukanlah keluarga yg kaya,tapi keluarga bahagia itu ialah keluarga yg diberkati.Bagaimana mahu rumah tangga diberkati jika dalam perkahwinan,Allah melaknat kita?

Bagaimana utk tahu adakah kita dilaknat jika bukan dengan ilmu?

Saya pernah YM dgn seorang sahabat.

Dia: iqbal,betul ke bersanding tu haram?
Saya: Ya.betul
Dia : Alaaa…once in a lifetime kan..
Saya: Pasti ke hanya once? :)
Dia : er……..

Saya tak salahkan dia.Sebaliknya saya kagum dgn dia kerana dia selalu bertanya.Bagus.Saya sgt yakin,bahawa ramai dalam kalangan kita yg mengimpikan perkahwinan yg sekali,tak bercerai-berai sampai lah mati.

Tapi saya tidak.Saya mahukan berkahwin dua kali.Sekali di dunia,sekali lagi di syurga.Pasangan suami isteri yg layak ke syurga,kedua-dua mereka akan dikahwinkan sekali lagi oleh Allah.Subhanallah.Biarlah jika di dunia,banyak benda kita tak boleh buat,asalkan mati nanti kita ke syurga.kan?

Sebaliknya,jikalau suami isteri kedua-dua ke neraka,walaupun kat dunia mereka pasangan paling romantis,di neraka mereka akan saling membenci.Yakinlah…mereka akan saling menyalahkan sambil badan diratah api neraka jahannam.Binasalah diri,jika hati tak memahami erti tanggungjawab.

“segerakanlah berkahwin,bila dah sampai masanya”

Bila ‘sampai masanya’ itu?Sampai masanya ialah bilamana kita sudah bersedia utk memikul tanggungjwb.Kesediaan individu itu berbeza.Ada yg masa tgh belajar pun dia mampu.Jika rasa ilmu di dada dah mantap,tafaddhol.Silakan..Sama juga halnya dengan cinta.Jika rasa dlm tempoh terdekat kita tak memungkinkan kita utk berkahwin,tolonglah jgn bercinta.Cinta yg jauh drpd perkahwinan hanya akan membuka ruang zina.
(GAMBAR HIASAN-saya penah terbaca di blog seseorang,beliau jeles tengok gambar ni.haha)

Kesimpulan
Saya hanya mahu menyampaikan mesej bahawa persiapan perkahwinan drpd sudut spiritual adalah lebih utama.Persiapan ini harus bermula selepas sahaja baligh dan dimulakan dgn menuntut ilmu yg cukup.Bertemanlah,dan bercinta lah dgn Allah dahulu sebelum kita layak bercinta dgn manusia.jadilah imam kpd nafsu kita sendiri,sblm kita layak menjadi imam kpd anak dan isteri.Wallahua’lam.
Previous
Next Post »
58 Komentar
avatar

tersentuh!
tertarik ngan bab sanding & kawin la lau dah bersedia.

:)

Balas
avatar

takde calon lagi. so. aku tak fikir lagi hal nie.

ekekeke

good info!

Balas
avatar

ok dah bace. mcm knal dialog tu :p

mcm tu rina msih belum layak bkahwin. byk lagi ni xtau. masak air je lulus hehe..

xperlulah becinta tnpa ade niat nak kawen, membazir waktu menambahkan dosa yg da memang banyak

wuwu..mnyesal...harap Allah maafkan dosa2 dulu T__T

n again, thanks for the info

Balas
avatar

terhibur post yg ini ! hee :)
sbb ade gambar imam asyraf kott.
ahas.

ape ape pun,
semoga ketemu jodoh yang kekal dunia dan akhirat.
:)

Balas
avatar

sedeh la bace,,
mgkin mlm neh mode sedeh kot~~
sy byk blaja dari blog awk neh,,
thanx sgt2,,;)
nanti buat entry best2 lagi okey??

Balas
avatar

tersenyum aje baca entri ni n tgk pic imam muda ngan isteri dia ada kat entri ni..

trm ksh :)

Balas
avatar

entah bila la baru nak kawen ni. dlu pernah jugak bergurau ngn member2 gtau aku yg dlu kawen.. sekali, member lain jugak yg dlu kawen. haha.. siap bakal dapat anak dah tahun depan.. isk2..

Balas
avatar

subhanallah..
makin lame penulisan iqbal makin menarik! bakal ganti ustaz hasz & uzar :)

sgt tertarik dgn post ni..sy pun nak kahwin 2 kali! doakan ye...aaamiin... insyaAllah :)

Balas
avatar

kawen?

haram
makruh
harus
sunat
wajib

bukan sekadar sampai seru je

Balas
avatar

(1)-Rina
heh...sanggup komen walaupun tak baca lagi?tak aci la! ;D
dan thanks membaca,get prepared lor~hehe


(2)-fisha
Muhasabah cinta~


(3)-mofasad
Cepat2 bro~hehe...jemput aku makan nasi minyak ya :)


(4)-cikdoktorfalsafah
Terima kasih komen :) dan terima kasih atas doa~


(5)-Nis
Itulah kebanyakan ulama berpendapat~


(6)-Farah farhana
InsyaAllah.Khamis ni saya exam,tapi masih sempat tulis blog~aduyai...hehe


(7)-Nazurah
Terima kasih singgah ziarah blog saya :)


(8)-Kak Deena Farhana
senyum2 sorang2 bahaya kak :) hehe

Balas
avatar

(9)-Asada
Menarik~so,maknanya asada pun dah tak la la kan ;D


(10)-iejan
Komen drpd iejan sgt berharga bagi saya.Terima kasih :)


(11)-cemomoi
Erk..abg bunyi mcm nak tambah lagi je?hehehee

Balas
avatar

mantap! syabas iqbal. tak rugi baca entri ni. saya panjangkan pada kawan2 ya..

Balas
avatar

memilih pasangan x semudah macam mencari pakaian di pasaraya..sokong 100%

Balas
avatar

(12)-Ain Fatihah
Terima kasih ain kerana singgah membaca :) dan silakan berkongsi,moga ada manfaat~


(13)-Cik jari
Hahaha...takut ap?klo takut tanggungjawb,ia biasa :)


(14)-Muz
Muz...aku jauh drpd mantap..ko lagi mantap :)


(15)-Nazrul
Ia fakta bukan? :) thanks for you visit dear brotheR~

Balas
avatar

Kahwin muda....banyak cabaran, banyak halangan. Tetapi, harus penuhkan ilmu di dada. Menjadi suami adalah lebih susah drpd menjadi lelaki. Kerana...wanita itu adalah racun dan penawar. Baik dijaga, maka baiklah dunia akhirat...InsyaAllah. Saya pun berkahwin muda, sebaya dgn suami. Alhamdulillah, dia adalah dahan paling kukuh buat saya.

Balas
avatar

isu kawin isu hangat skrg ni eh. hehe. mtk izin share kt fb. :)

Balas
avatar

btl2..khwin mudah dr segi perkataan aje..nmpak semua indah2...tp bile dah msuk tu mcm2 dugaan,badai yg akn melanda utk menguji iman psgn tersebut.dan,..rmai yg dh karam dlm lautn perkhwinan ni..selagi tdk bersedia dr segi rohani n jsmani...jgnlah nk menangankan yg indah2 belaka...

cehhh....mcm pernah khwin la pulek...kui9

Balas
avatar

MASYAALLAH. UMUR SNGAT MUDA, TP PENULISAN SANGAT DEWASA

Balas
avatar

salam.. masyaAllah,, ye... lazim masyarakat kita mengutamakan persiapan fizikal berbanding spiritual.. majlis berjuta2 habisnya.. tapi 3 bulan sudah bercerai.. apakah?? hanya mengundang tohmah dan fitnah sahaja..

Balas
avatar

sempurnakanlah separuh agamamu itu apabila tiba masanya... jangan lupa menjemput...:-)

Balas
avatar

kahwin lah kamu sebelum kamu dikahwinkan..hehe, kahwin awal jika mampu utk mngelakan maksiat..

Balas
avatar

(16)-sophietarmizi
Alhamdulillah~baguslah akak dah dapat kelebihan yg org lain belum dapat :)


(17)-Munie
Izin sentiasa diberi~tiada hal cipta bagi ilmu ;)


(18)-echah
i like ur comments~bernas dan sgt betul...pemerhatian yg sgt baik :)
takpew,it's not too early utk kawin ;D


(19)-PinQib
Terima kasih tas doa dan terima kasih kerana dtg lagi ;)


(20)-amira
Itulah yg rugi~ebs berjuta,tapi kalau Allah tak berkati,merana kita!


(21)-UJ
InsyaAllah sgt lmbat lagi :D


(22)-Life
Yes~harapannya begitulah..hehe

Balas
avatar

saudara iqbal, btul jugak yang dikatakan ttg bersanding tu..tp kalu sekadar begmbar tak bleh jugak ka?..hmm teringin la jugak nak bersanding....n_n....

Balas
avatar

tahniah tahniah cepat sikit bena masjid

Balas
avatar

Orang sekarang ni bila cakap pasal kahwin, kenduri comes first. Orang-orang yang dijemput selalunya datang bila time kenduri je. Time nikah tak datang. "Tak penting" la katakan.

Balas
avatar

bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)

Balas
avatar

nenek nagis2 bercita pasal hlal haram bab sanding..
dan die harap sngt cucu cicit xsanding bagai walaupon die dah mati kelak...
tp ade gak spupu spapt ckp sekali ni jer..
errrmmmmmmmm...

Balas
avatar

asmidar > ikut husband la nanti..kalu dia tak bagi,i'm accept..golongan yg fhm agama kena start dulu, baru org lain ikut..kan?

Balas
avatar

aku setuju apa yg ko tuliskan tuh..

Balas
avatar

nak kawen..nak kawen..ngeee...

saya juga mahu kawen..hehe

Balas
avatar

input yg sgt menarik...=)
biarlah berseorangan di dunia ini asalkan cinta dan redha ALLAH mengiringi...mungkin kita tidak ditakdirkan bertemu dengan pasangan hidup di dunia, tp, mgkn di akhirat nanti? bukankah itu lebih indah? pertemuan di syurga...subhanallah!!

Balas
avatar

insyaallah...
kawen, cukup nikah
x pyh sanding
hohohohoho


((Wa mau komen panjang .. tp terkelu jemari ini. huahuahauhau))


>>___<<

Balas
avatar

bila tiba masanya nanti, ia akan datang sendiri...

yang penting tu ilmu seperti yang iqbal cakap, tetapi amalinya lebih utama

Balas
avatar

(23)-Ckin Kembaq
Entah la..tak taw :X


(24)-brutalsolo
haha..bro,aku lmbat lagi :D


(25)-Sarah
Haha..mcm terkena ja ;D
Lgpun yg wajib dtg ialah masa walimah,masa nikah tak wajib dtg pun kalau dijemput :)mgkin sbb tu kot~


(26)-mama Hidayah amin
Terima kasih :)


(27)-aSmiDar
wah..nenek mmg detail ya~


(28)-Pencacai Alim
TQ bro :D


(29)-Mawaddah
Haha..kan...siapa yg taknak kan? :X


(30)-man ana
Sama-sama.terima kasih dtg baca :)


(31)-frodo
Takpew la bro,ko dtg pun aku dah syukur :)


(32)-Cikgu Normah
dlm apappun,praktikal lebih sukar

Balas
avatar

ilmu masih belum cukup lagi nk berkahwin ni.. =)

Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?

Balas
avatar

"Saya mahukan berkahwin dua kali.Sekali di dunia,sekali lagi di syurga.Pasangan suami isteri yg layak ke syurga,kedua-dua mereka akan dikahwinkan sekali lagi oleh Allah."

saya aminkan..

Balas
avatar

doa yang baik diamalkan untuk orang bujang... jangan marah ya..

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.

Balas
avatar

Salam :)

Entri yang menarik.terima kasih

Hukum asal persandingan asalnya adalah harus.

Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram:

-bertepung tawar
-jampi serapah (biasanya ada dalam upacara tabur beras)
-percampuran bebas wanita dan lelaki
-membuka aurat dan pembaziran.

Jika perkara2 di atas dielakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut. Wallahu A'lam.

Balas
avatar

ouh.. maksudnya betul la erk tak leh sanding if mau kahwin..

hurm.. agak susah jugak tu becoz amalan bersanding tu memang da macam tradisi masyarakat melayu..

macam resepsi segala tu.. tujuan buat katanya untuk memperkenalkan pasangan kepada umum.. yer lah if tak der siapa y tahu kita da kahwin.. nengok2 da duk serumah.. nanti orang mesti fikir lain kan.. coz langsung tak der berita ..

tapi rasanya kalau buat majis makan makan without sanding tu tapi just buat pasangan sambut tetamu n makan beradab tu kira boleh la erk?? ker tak leh jugak???

Balas
avatar

syukran atas perkongsian.menarik.=)

err.bagi sy.persediaan ke arah itu sama sperti keberusahaan kita utk menjadi anak yg soleh/solehah.eh.sama ke.(tiba2 rasa xsme pulak.huhu.)

Balas
avatar

(33)-Hasrol Nizam
Jadi,kena mula bersedia dari sekarang lah kan? :)


(34)-lilacfla
Terima kasih~dan bagimu juga :D


(35)-mama hidayah amin
Heheheh..tak marah la kak,wtpe nak marah :D
Terima kasih atas doa yg sgt menyentuh hati itu


(36)-Ros
Terima kasih atas penambahannya :)


(37)-Fara
Setahu saya,bersanding kalau diam-diam takpew.Maksudnya ialah hanya disaksikan oleh ahli kelurga terdekat dan tidak dicemari dgn ritual2 yg pelik2~

Dan,saya sgt setuju jika pengantin yg jadi penyambut tetamu.Kalau org soleh yg kahwin,mmg mcm tu..mereka yg akan sambut tetamu :)


(38)-anayilz
Sama~saya setuju juga.Nak jadi ibubapa yg hebat,perlu kpd kita menjadi anak yg hebat :)

Balas
avatar

very22 nice!! :D

skarang keje study. smpai mase, ade jodoh. baru kahwin. :) heh

Balas
avatar

yups
bersanding tu budaya india kan kalau xsilap
tapi kadang2 terpaksa juga
ialah
mak ayah dah kemaruk sangat nak buat persandingan nih kan

insyaallah harapnya niat bukannya buruk


P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha

Balas
avatar

taw xper..kalau nak kawen..kne ar ader persediaan fizikal n mental....huhu..susah kalo nak kawen tapi duit xde..xkeje..

Balas
avatar

DELETE THIS TOPIC!!

Balas
avatar

(39)-bha
Ya~semua org punya matlamat yg sama..kerja dulu :)


(40)-sidratul muntaha
Erk.....tersgt lmbat lagi la :D


(41)-hans
Yup...budaya india~


(42)-nas
Hahaha..entah la~rasanya tak jumpa lagi manusia mcm tu :)

Balas
avatar

yup.. perkahwinan adalah satu tanggungjawab.. jika tak berani nak memikul tanggungjawab jangan suka2 nak kahwin.. hahaha...

baguslah dengan pendapat iqbal tu.. akak sokong..

Balas
avatar

(43)Anonymous-
Napa nak delet lak?


(44)-kak Faarihin
Thanks kak ;)

Balas
avatar

hehhe..nice!

betul..tanggungjawab itu lebih penting.hidup selepas kahwen bknla seperti yang diangan2kan ketika sebelum kahwin. jadi, persiapan diri sgt penting.

teringat seorang mkcik pernah cakap,
"bdk2 muda skg ni,ikot sedap nak kawen ja..tpi pastu rumahtangga haru biru.tanggungjawab lepas masing2.."

jadi,marilah menyiapkan diri~hee

Balas
avatar

Salam, terima kasih. Tulisan kamu membuka fikiran, wlaupun kamu still 20 thun ( seperti saya ) tp cara kmu berfikir sangat matang, dan penuh ilmiah. semoga kamu dapat jodoh yg baik, dan dikurniakan zuriat yang baik.

Balas
avatar

Salam, saya suka statement ni;
"Biarlah jika di dunia,banyak benda kita tak boleh buat,asalkan mati nanti kita ke syurga.kan?"

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443