Dua Perut,Dua Makanan

Salam syawal
Saya pasti saat ini semua orang sedang bergembira dan saya juga pasti,semua orang sedang menikmati juadah-juadah istimewa hari raya.Apapaun,saya harap supaya Aidilfitri ini disambut dalam keadaan besederhana tapi dalam fitrah,tunduk dan syukur kepada Allah.Dalam masa kita enak menikmati juadah hari raya seperti lemang,ketupat,endang dan kuih-kuih raya,beringatlah akan saudara kita di Palestin.Entah bagaimana mereka meraikan hari ini.

Dua Perut Yang Perlu Diisi
Pada penciptaan seseorang manusia,Allah telah menjadikan setiap daripada kita memiliki dua 'perut'.Satu perut yang zahir iaitu pada abdomen kita manakala satu lagi perut ialah yang tidak zahir,iaitu hati kita.Perut yang zahir ini makanannya ialah makanan jasmani namun makanan hati lain pula bentuknya.

Pada saat seseorang bayi lahir ke dunia,kedua-dua perut dan hati mereka kosong.Kerana itu setiap bayi diberi minum susu ibu iaitu sebaik-baik makanan,dan diperdengarkan azan sebagai sebaik-baik makanan hati.Begitu juga kita,sekiranya perut kita kosong,ia perlu diisi.Namun,bukan sembarangan benda boleh dimasukkan ke dalam perut kita.Sekiranya makanan yang terlalu berasid masuk,maka ia memudaratkan badan kita.Sama juga jika makanan yang terlalu berlemak atau terlalu pedas,kita akan mendapat kemudharatan.

Sebaiknya,perut yang kosong perlu di isi dengan makanan-makanan yang baik dan baik.Bagaimana makanan boleh membentuk jati diri muslim,itu sudah diceritakan dalambanyak hadis.Cukuplah jika kita faham bahawa islam ialah agama yang menjaga jiwa manusia,maka setiap yang memudharatkan kesihatan walaupun asalnya halal,tapi menjadi haram.Maka,makan secara berlebihan juga haram.
Adapun makanan hati,ia adalah berupa bentuk tarbiyyah,zikir dan amalan soleh.Hati yang kosong tidak boleh diisi dengan benda lain,selain daripada makanannya.Kita lihat bagaimana remaja-remaja khususnya memberi makanan yang silap kepada hati mereka.Makanan berbentuk hiburan tanpa sekatan,musik dan filem yang melalaikan atau juga cara hidup Barat ternyata tidak memberi mereka kebaikan melainkan mereka menjadi semakin terasing.Terasing daripada kasih Tuhan.

Dari mana datangnya ketenangan?
Ketenangan ialah hasil daripada jiwa yang terdidik dengan acuan al-Quran,sunnah rasul dan panduan ulama.Ramai orang tercari-cari akan ketenangan itu,tapi mereka tak berolehnya walaupun pelusuk dunia telah pun dia jejaki.Kerana firman Allah dlm surah al-Fath ayat 3-"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam diri mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah ada'.

Manusia,walaupun perutnya buncit penuh dengan makanan,namun jika hatinya kosong maka dia sebenarnya menderita.Hati yang kosong daripada panduan al-Quran akan dipandu oleh hawa nafsu dan syaitan.Kerana itu,hati ini ialah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada kita.Dia menilai kita bukan dengan rupa paras,harta atau kedudukan sebaliknya dengan nilai hati kita.Kerana itu Rasulallah berkata bahawa yang kaya itu bukan harta sebaliknya yang kaya itu ialah kaya hati.

Orang kaya mampu membeli segalanya,tapi org kaya tak mampu membeli syurga.Org yg kaya hati,takkan mampu membeli segalanya,tapi dia mampu memiliki segalanya kerana dia memiliki syurga.Itu bezanya.

Topap hati?
Jika perut lapar,makanan ada dimana-mana tapi bila hati kita lapar,kita jarang ambil peduli.Hati yang lapar,rindu kepada Tuhan.Maka pengisiannya ialah dengan mendampingi tuhan.Caranya ialah dengan tarbiyyah.Hati manusia harus dididik dengan didikan Rasulallah.Jika hati sudah bisa memahami islam,maka setiap hak dalam islam bukan lagi sesuatu yan sukar untuk dijalankan.

Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia ialah menyukai keimanan dan benci kepada kekufuran.Maka,kerana itulah saya menyeru kepada diri saya khususnya bahawa untuk hidup dalam keadaan tenang,maka mahu atau tidak kita harus mula kembali beriman.Kita perlu mula kembali memahami islam dan mula mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan.

Akhir kata
Jangan lupa ibadah.Jangan lupa solat jemaah(bagi lelaki) dan solat diawal waktu(bagi wanita) dan jangan lupa berlaku baik kepada tetamu,juga jangan menjadi lelaki dayus iaitu lelaki yang bilamana ahli keluarganya buat maksiat(cth:bukak aurat),dia tak menegur dan paling penting ialah jaga ikhtilat.Jaga hubungan lelaki-perempuan.Jangan main salam je.Kena bakar tangan nanti,saya tak sanggup tengok.Sambutlah syawal dengan syukur.Semoga bertemu lagi dalam ramadhan akan datang.

Salam aidilfitri.Jumpa lagi 20hb nanti ya kalau saya panjang umur :D
Salam kemaafan daripada insan yang kerdil ini.
Previous
Next Post »
11 Komentar
avatar

nice post..pokoknya marilah kembali kepada fitrah yakni dengan beriman kepada Allah dan tinggalkan segala kekufuran...mudah-mudahan kita dipelihara Allah daripada bala' bencana dan azab neraka Allah..

Balas
avatar

Assalammualaikum... selamat berhari raya untuk kamu tuan ampunya blog... maaf zahir dan batin...

Balas
avatar

Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin iqbal,

Alhamdulillah, santapan rohani di pagi raya akak..Jazakalllah yer dik. Bila iqbal sebut topup akak terfikir, jika di dunia ketika kehabisan kredit, kita cpt2 topupkan balik dgn mudahnya, tp bila keadaan dimana di hari kebangkitan kelak kalau pahala kita xcukup utk memasukkan kita ke syurga, bagaimana ye? boleh ke kita nk main topup2 mcm kt dunia ni..Allahu Akbar!
...kena sentiasa doa lagi dan lagi dan berusaha...semoga bekalan kita mencukupi apabila menghadapNya kelak..InsyaALLAH sama2 doakan.

Balas
avatar

Salam..

Bagus sekali dan terima kasih atas peringatannya. Semoga kita tidak lalai dalam kegembiraan Syawal dan semoga juga kita dapat memanfaatkan bulan fitrah ini untuk kita merenung kembali di mana tahap kita sekarang..

Salam Aidilfitri buat anda, semoga semua amalan kita diterima ALLAH

Balas
avatar

salam iqbal ^_^

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

Balas
avatar

aku setuju.

dan kaulah makanan perut aku.

Balas
avatar

salam..

selamat hari raya aidilfiri.

p/s: 1st time komen disini. jemput dtg blog anne boleyn balik kay.. :)

Balas
avatar

selamat hari raya maaf kalau ada kasar bahasa!semoga raya ini dapat bnyak manfaat selain penuh perut

Balas
avatar

(1)-Nazrul
Saya sgt setuju dgn seruan anda supaya kita kembali kpd keadaaan asal kita yang fitrah ini :)


(2)-mama Hidayahamin
Sama-sama.Semoga ramadhan kita bermakna :)


(3)-aisyaHumairah
Ya..semoga sama-sama beroleh manfaat yang besar dan baik :)


(4)-asyrafi
Selamat hari raya juga,semoga amalan kita diterima :)


(5)-cun09
InsyaAllah.Aminn


(6)-Rina
Baiklah rina..


(7)-The Poyo Me
Erk...haha


(8)-Anne
Selamat datang anne ke Bayyinat~nanti insyaAllah saya balas kunjungan saudari

(9)-HentakBerlipat
Ya,selamat hari raya juga :)

Balas
avatar

yeah..mahu mengisi perut yg bukan zahir dgn keimanan..

mahu topap kn hati agar tenang sentiasa :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443