Saya pernah sibuk

Mengapa?
Saya senyum sahaja, menyembunyikan malu."Saya sibuk Ustaz. Tak mampu rasanya nak bertadarrus bersama bulan ini". Pertanyaan Ustaz Khairi mengapa saya tidak bertadarrus bersama dengannya saya jawab dengan hati-hati, namun ustaz faham saya cuma membuat dalih." Siapa tak sibuk dalam dunia ni? Semua orang sibuk. Kalau dia kata dia tak sibuk, hebat lah dia tu".Dan kali ini, kata-kata ustaz membuatkan saya lebih malu dan terasa.Ya, dia sedang menyindir saya.

Tapi saya sombong. Kerana kesombongan untuk mengaku bahawa saya memerlukan bimbingan ustaz , menjadikan saya memilih alasan 'sibuk' untuk saya tidak bersama duduk bertadarrus al-Quran bersama-sama beliau. Jika saya bertadarrus bersama Ustaz Khairi, imam Surau At-Taufiqiyyah, bermakna saya hanya akan pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam. Ustaz memang cukup arif dalam ilmu tajwid. Jika membaca Al-Quran bersamanya, pasti beliau akan mendengar dengan teliti satu persatu dan menegur mana silapnya. Kesemua sekali!
(Gambar dari Google Image-sekadar gambar hiasan)
Teguran
Dan beberapa hari lepas, sekali lagi ustaz menegur saya. Selepas selesai solat sunat rawatib, ustaz datang mendekati saya dan kawan-kawan. Mula-mula kami berbual tentang video The Arrival. Ustaz memang sangat peramah. Banyak sekali ideanya. Kiranya jika kita rapat dengannya, ada-ada saja benda yang akan dia bualkan bersama.Seperti selalu, saya dan kawan-kawan menjadi pendengar setia. Kadang-kadang tertawa, kadang-kadang tersenyum.

Tidak lama, kawan-kawan saya meminta izin pulang kerana ada hal. Lalu tinggal saya dan ustaz dan ketika itu dia 'memberi ubat' lagi.Sanggup menunggu untuk face to face kerana bimbang saya akan malu ditegur. Terima kasih ustaz. Ustaz menegur bacaan al-Quran saya. Sebabnya, sudah dua hari saya mengimami solat fardu maghrib kerana ustaz kelewatan. Saya perasan kehadiran ustaz selepas selesai solat. Maka saya menyimpulkan bahawa ustaz terlewat, dan menjadi makmum masbuk. Dan kebetulan, sahabat saya Ammar, seorang hafiz Quran pulang ke kampung. Jadi saya 'dipaksa' naik sedang dalam hati, saya tahu saya tidak layak.

Ustaz menegur beberapa perkara yang sangat penting iaitu berkenaan dengan tajwid. Masih banyak kecacatan dalam siri pembacaan Al-Fatihah dan surah. Dugaannya juga tepat, bahawa saya menghafaz potongan ayat al-Quran tanpa tasmik (memperdengarkan bacaan untuk disemak oleh guru).

Saya juga menyarankan supaya anda semua berjumpa dengan mana-mana guru Al-Quran untuk menyemak kembali bacaan surah Al-Fatihah anda kerana berkemungkinan solat kita tidak diterima sekiranya Al-Fatihah kita cacat.

Seperkara lagi yang saya kagum dengan Ustaz Khairi, selain sifat ramah dan tegurannya yang berhikmah ialah ustaz tidak pernah membebankan sebaliknya dia mempermudahkan. Dia sendiri mencadangkan bahawa satu hari nanti saya dan kawan-kawan boleh datang kepadanya dan tasmik dengannya. Ustaz bukan sekadar menimbulkan persoalan, tapi dia juga menunjukkan jawapan dan jalan kepada persoalan yang ditumbuhkannya itu.

Leburkan sombong, sebelum ia meleburkan kita!
Ya, buat kali kedua dalam masa yang cukup singkat, saya merasakan bahawa diri saya ini adalah tersangat sombong dan jahil. Mungkin lebih tepat, saya katakan saya 'syok sendiri'. Merasakan bacaan dan hafalan kita sempurna sedangkan bagi pakar, itu jauh dari sempurna! Semuanya bermula kerana kesombongan yang menyebabkan saya beralasan 'saya sibuk ustaz' untuk saya tidak sama-sama duduk memperdengarkan bacaan Al-Quran untuk disemak dan diperbetulkan.

Semoga kisah ini dapat menjadi ikhtibar kepada semua. Ketahuilah, jika kita rasa kita sudah baik, maka sesungguhnya masih banyak yang kita jahil dan tidak tahu. Jangan melenting jika ditegur, hatta yang menegur itu ialah seorang kanak-kanak. Jangan sombong dalam menuntut ilmu dan yang paling penting, jangan berkira-kira dalam mengamalkan agama.

Hidup ini perlukan kesungguhan, mujahaddah dan pengorbanan. Saya belajar melebur sombong dengan cara yang sukar. Saya harap anda tidak begitu. Terimalah teguran, kerana itu tanda anda bukan malaikat.
Previous
Next Post »
13 Komentar
avatar

xpe iqbal..nnti blaja balik dgn ustz..yg pnting keinginan untuk menimba ilmu tu yang penting...ustz tu mngur scra berhikmah,tetiba lak kagum dgn dia:)

Balas
avatar

Assalamualaikum.

Seorang ustaz pernah tasmik bacaan Al fatihah sy.rupanya banyak silap.sy ingat selama ni sy baca dah lancar.

betul,menuntut ilmu tak bole sombong and jgn rasa diri dah cukup bagus...

:)

Balas
avatar

ilmu akhirat ini tuntutan fardhu ain..insyallah setiap kebaikkan yg dibt akn dibalas oleh Allah..

Balas
avatar

belajar,mengajar dan sedia untuk di ajar..
semoga kamu menjadi rijal syurga sahabat!!

Balas
avatar

belajar,mengajar dan sedia untuk di ajar..
semoga kamu menjadi rijal syurga sahabat!!

Balas
avatar

salam iqbal..

akak ada baca satu blog tu, dia student aliran agama la..kat oversea sana. dia belajar semula baca al fatihah selama 3 bulan baru lulus. aduhai..kalu akak la..tak tau la.

dulu dah belajar ngaji quran ngan ustaz dan ustazah (suami isteri). itu kira tasmik ke bukan? sbb hampir tiap hari kena baca surah2 dlm solat kat diorg utk dibetulkan tajwid.

Balas
avatar

ermmm sgt setuju... =)

jgn berkira soal agama n semak bacaan al-fatihah dengan mereka yg lebih tau...

Balas
avatar

Belajar ni tak kan abis sampai kita mati pon....so selagi hidup...kita belajar mane yang baik...;)

Balas
avatar

perihal sombong ni memang betul le dia akan meleburkan kita kerana esombongan itu bagaikan api yang memakan kita jika kecil seperti bara dia memamah kita secara senyap, jika marak kita pulak akan jadik abu

Balas
avatar

salam...
bagus ustaz itu yang menegur kesilapan orang dalam bacaan al-Quran...
ramai yang xsedar yang mereka banyak buat kesilapan dlm baca al-QUran dlm sembahyang.

Balas
avatar

kalau iqbal share video bacaan al fatihah dengan betul kan best hehe..

Balas
avatar

da lama wa tak masuk sini.

sebab nafsu berblog takde

header pun da tukar


wahhh

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443