Saya Ayah Pin ?


'Ko ni dah macam ayah pin! '

Satu tuduhan melulu dilempar kepada saya, melalui formspring saya. Saya tak marah, juga tidak terkejut. Cuma saya terasa mahu mencoret sesuatu, menjelaskan yang samar dari dalam benang-benang pemikiran manusia yang suka melulu.

Saya ayah pin?
Satu persoalan saya tujukan kepada kalian. Dari bahagian mana dalam Bayyinat ini kalian rasa saya seperti ayah pin? Saya jadi aneh sendiri. Lebih tepat, saya mencari-cari punca. Oh, mungkin formspring saya yang 'bermasalah', bukan Bayyinat.

Mengapa harus begitu lantang dan melulu?

Saya bukan Ayah Pin. Pengikutnya pun juga bukan. Ayah Pin kafir, maka menuduh saya Ayah Pin, sama seperti menuduh saya kafir. Dan, menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang tanpa sebab menjadikan si penuduh itu sendiri boleh jatuh kafir. Ini kerana Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 70 - Sesungguhnya Kami sungguh lebih mengetahui orang yang (seharusnya) masuk ke dalam neraka.

Menghukum kafir tanpa sebab, menyebabkan 'kamu' telah menjadikan diri kamu seolah-olah seperti Tuhan, yang mengetahui perkara-perkara yang hanya layak untuk Dia saja tahu. Bertaubatlah. Berfikirlah sebelum menuduh.

Soalan yang bermasalah
Dalam formspring, saya pernah diajukan soalan, " Bolehkah lelaki dan wanita ber sms ? sebagai contoh, dalam bertanya khabar " . Saya jawab, 'Boleh. Tapi harus dijaga tertib, adab, dan syariat '.

Lalu seseorang cuba 'membetulkan' saya dengan berhujah bahawa dalam apa jua keadaan pun, sms antara lelaki dan perempuan adalah haram!

Terima kasih mencuba, tapi ternyata 'kamu' belum benar-benar faham apa itu zina hati. Zina, semua orang faham. Tapi 'hati' orang tak faham. Apa yang ada dalam hati, itu hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Untuk kita mengatakan sahabat kita sedang zina hati, adalah satu tuduhan, kerana kita bukannya ahli nujum yang mampu membaca hati. Cuma kita boleh mengatakan perbuatannya seperti zina hati, bukan dia sedang berzina hati. Nampak bezanya?

Maka, kerana ia adalah 'hati', yang dapat mengatakan kita betul atau salah hanyalah hati kita sendiri. Maka, islam meletakkan kawalan dan batas. Jika merasakan sms itu membawa kepada perbualan yang tidak sepatutnya, maka berhentilah. Bukankah ketenangan itu tanda baik, dan resah gelisah itu tanda dosa? Mintalah fatwa hati.

Saya menjawab soalan manusia, bukan soalan malaikat. Kerana itu saya dahulukan 'Boleh', kerana saya mahu menunjukkan kepada anda, bahawa islam itu mudah dan tidak menyusahkan, tapi dalam masa yang sama, islam itu sifatnya menjaga. 'Aslim taslam'- masuk islam (ikut ajaran islam), maka kita akan selamat !

Dalam kaedah Feqah sendiri, ada satu kaedah iaitu 'asal sesuatu perkara itu harus kecuali ada dalil menyatakan yang sebaliknya' .Saya cuba mencari dalil berkenaan 'sms lelaki-perempuan'. Yang banyak saya temui ialah panduan seperti merendahkan pandangan, menjaga akhlak dan sebagainya. Kerana itu, saya lebih cenderung mengatakan 'tidak berdosa' sekiranya kita menjaga batas-batas.

Bayangkan, jika sepasang tunang yang hampir berkahwin tidak dibenarkan ber sms kerana pandangan 'kamu' yang ekstrim ini, maka pening juga ya. Jika mahu berbincang, tidak boleh sms. Kena datang rumah. Mungkin praktikal, tapi jika lelaki di Johor, wanita di Perlis. Bagaimana?

Jika seorang sahabat tidak dibenarkan sms sahabat lelakinya yang ditimpa musibah, maka bukankah itu bererti kita menolak suatu ajaran islam- mengambil berat urusan saudara.

Jika kerana perbezaan pendapat kita, 'kamu' tuduh saya Ayah Pin, maka saya tidak boleh terima. Bukankah Imam Syafi'e dan Imam Hambali juga berbeza pendapat. Saya sendiri berbeza pendapat dengan Imam Syafi'e dalam satu hal sahaja, iaitu berkenaan hukum memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk. Jika Imam Syafi'e katakan ia sebagai sunat, saya mengambil ia sebagai wajib kerana saya mengkaji dan bertemu dengan pendapat yang bagi saya, lebih tepat. Saya telah talfiq (ikut pandangan mazhab lain) kerana saya mengkaji, bukan kerana suka hati saya. Diulangi, saya mengkaji, bukan suka hati. Kita dibenarkan talfiq hanya jika kita mengkaji. Tidak boleh ikut sebab nak mudah saja, macam ada sesetengah orang buat.

Oh, persoalan ini terlalu panjang untuk dibahaskan. Cukuplah saya simpulkan bahawa dalam islam, ada perbezaan pendapat tapi dalam perkara yang furu' iaitu perkara cabang.

Jadi, tidak layak saya dituduh sebagai Ayah Pin hanya kerana pendapat kita berbeza.

Dan jika 'ko macam Ayah Pin' itu suatu peringatan kepada saya supaya tidak memandai-mandai dalam agama, maka saya ucap terima kasih. Saya sudah lama sedar, tahu dan hati-hati. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka dia telah menempah tempat di neraka" Hadith mutawatir, muttafaq alaih. Saya tahu itu!

Kesimpulan
Islam menyuruh kita berhati-hati dengan suatu berita. Dalam surah al-hujurat ayat 6- Allah suruh kita selidik kesahihan suatu berita yang dibawa kepada kita. Dan dalam ayat yang lain, al-Baqarah ayat 217- Allah menegaskan bahawa kesan fitnah (membawa berita yang salah) itu lebih berat daripada membunuh. Maka, hati-hati 'meluahkan perasaan'. Moga selepas ini kita, hamba-Nya yang beriman belajar sesuatu dari artikel ini.

Saya sebenarnya gembira ada orang 'ambil berat' pada saya. Cuma selepas ini jangalah samakan saya dengan Ayah Pin lagi :-) 

Previous
Next Post »
24 Komentar
avatar

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa

Balas
avatar

kpd "kamu" sila la mengkaji terlebih dahulu..fitnah lebih besar dosa dia.

Balas
avatar

beto tuh,sy stuju ngan mama hidayahamin..
kalau pon nk menegur,biarlah lebih manis teguran tuh..
lagi satu,senang2 nk judge org ni ayah pin...mcm2 la manusia ni..
apepun,sy suke hujah awk tuh..good~~

Balas
avatar

Assalamu'alaikum.

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang akan mencintaimu di akhirat."

Saya pasti kamu mesti pernah dengar quote ini. :) Pedulikan dia.atau mungkin patut bersimpati padanya kerana dia mungkin masih xfaham.Apapun,saya doakan kamu terus kuat & bermanfaat buat semua.insyaAllah. moga terus tsabat.salam perjuangan.^_^

~anayilz~

Balas
avatar

Al Anqabuut:2

Anggap ini sebagai ujian dalam menyampaikan.

'Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.'

;)

Balas
avatar

mungkin die mksudkan ayah kepade pin? ayah upin dan ipin? hehe

be strong bro!

Balas
avatar

salaam a'laikum warah matullah. iqbal syarie..! sgt seronok membaca blog kamu..! penuh dgn nasihat yang 'basah' dan ada identiti sendiri..! sgt bangga sbb tak ramai warga STAR yang memilih jalan ini..

syabas dan teruskan usaha murni ini! moga allah membalasnya dgn syurgaNya yg abadi nnti.. biidznillahi ta'ala. ;)

“Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.”

[Hadis Riwayat Muslim]

Balas
avatar

Salam iqbal,

" Biar seluruh penduduk bumi membencimu, asalkan seluruh penduduk langit menyebut2 namamu "

Biarlah dik, biar manusia tak suka asal ALLAH suka..
Inilah jalan dakwah yg penuh dgn liku2, jln2 berduri..masakan jalan dakwah ini dihamparkan permaidani merah kan? jd, Insya'ALLAH..iqbal pasti kuat hadapi semua ni..akk sentiasa menyokongnya..
teruskan!

Balas
avatar

Menyuluh kebenaran bukan kerja mudah, pasti akan ada halangan. Bukan semua maksud yang kita ingin sampaikan dapat di fahami oleh semua orang. Kadang-kadang bukan salah kita yang 'menyuluh', mungkin 'cahayanya' belum sampai kepada si penerima - tersekat di mana-mana.

Lumrah alam. Kalau semua manusia baik, siapa nak masuk neraka kata merekalah.

Balas
avatar

Salam ziarah..

insyaAllah,teruskan dan kuatkan kesabaran..
ni antara hadith yg menjadi pembangkit semangat saya..
just nak share..

'seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.' (HR Tirmizi)

dan dari blog ini juga..
baru jumpa.
http://mutiara-i.blogspot.com/

Balas
avatar

" Andai Islam seperti sebuah Bangunan usang yang
hampir roboh, Maka akanku b'jalan keseluruh dunia
mencari jiwa2 muda.
Aku tidak ingin mengutip dgn ramai bilangan mereka...
Tapi!!! Aku ingin hati2 yg ikhlas utk membantuku & bersama2
membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan
yg TerSERGAM INDAH " - Hassan Al-Banna

echah ade trjumpa ayt ni n rasanya sesuai sgt utk iqbal :)
perjuangkan islam...perjuangkan !

Balas
avatar

Semoga Allah memberikan hidayah kepada Si 'Kamu' ini. Dan bagi Iqbal pula, don't stop writing. Terima ia sebagai satu dugaan dan bersabarlah (:

Balas
avatar

salam, saya tak penah bace ur frmspring tu. tapi with this entry, saya rase oh!! rase marah sgt dgn 'kamu'.. oh watthefeel. uuhh.
niway, suke ur ketenangan.
keep it. i adore u. ur blog bnyk buat sy berfikir jauh. seriously. update blog sendiri pun malas. kat sini singgah je.. huhu. nice sharing iqbal. thanks.

Balas
avatar

zina hati adalah apabila hati terbuai dengan rasa rindu yang melalaikan.

entahlah. lebih banyak yang didengar berdasarkan pendapat dengan hujah yang kuat, tapi bukan dalil yang kuat. maksud maCy, hujah yang logik dan amat boleh diterima oleh akal.

dan dalam banyak2 zina, zina hati adalah yang paling sukar dikawal, kerana sememangnya hati bukan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. semuanya bergantung kepada empunya diri. cuma, tipulah kalau kita kata apabila hati ada terdetik menyukai seseorang, kita sms tidak sedikit pun menggoyang iman. pasti ada sedikit racun rasa, sekurang-kurangnya dengan penantian dan kegembiraan apabila sms dibalas.. kadangkala, lebih berat lagi sekiranya perbualan berterusan sehingga larut kepada soal hati, rindu dan sebagainya..

semuanya bukan mudah untuk ditafsir kerana ianya melibatkan hati, dan setiap individu mempunyai cara tersendiri..

cuma, apa pun, bawalah berbincang, lontarkan pendapat dengan tenang, bukan menuduh melulu sehingga membuatkan satu pihak berasa tidak selesa..

err... maaf. lama tak menulis, banyak pula bebelnya=="

Balas
avatar

kuat iqbal! :)

Balas
avatar

Hmm..nampaknya ada yang kurang berpuas hati dgn iqbal..yg penting keikhlasan hati and niat tu.. Mungkin dia nak menguji tp cara dia salah..

p/s : bykkan bersabaq naa..

Balas
avatar

ya allah.. kurniakanlah kekuatan utuk adikku ini....amin

Balas
avatar

sper yg kuwa islam nie??? aishhh!!! ayh pin pong pin ker??

Balas
avatar

ayah pin ? wow, sangat ekstrim tuduhan tu !
sabar jelah saudara Iqbal :)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443