Perkongsian : Menulis Itu Sukar

"Online tu, update blog la..", gurau seorang teman. Yang lain pula menambah, "Alaa..biasa lah, blogger". Serentak mereka ketawa. Saya hanya mengulum senyum. Dalam hati, timbul tanda tanya.

Menulis itu mudahkah?

Seawalnya, jawapan saya ialah 'ya'. Saya tak perlukan masa yang banyak untuk menulis. Bahkan, saya rasa menulis itu suatu yang mengasyikkan. Ia seperti menjadi satu ketagihan bagi saya. Sering juga beberapa orang sahabat mengusik, bila saya mahu menghasilkan novel. Saya hanya tersenyum. Tiada jawapan bagi soalan itu buat saat ini.

Namun, saya tidak diajar dan tidak akan mengajar orang untuk menulis sebagai hobi cuma. Kerana, saya dan anda pasti faham bahawa menulis itu juga dakwah, satu tanggungjawab dan juga kewajipan. Satu kitab bertajuk 'Jundullah' karangan Said Hawa menerangkan kepada kita bahawa penulisan juga merupakan satu dakwah.

Bahkan, apa yang kita tulis itu kesannya lebih signifikan daripada apa yang kita dengar. Bayangkanlah, setiap yang dibukukan dan ditulis boleh dibaca oleh jutaan manusia, selagi ia tidak terhapus. Bukankah ia satu dakwah yang meluas?

Menulis itu mudah, tapi susah.
Menulis itu satu bab. Membaca pula satu bab yang lain. Dan mengamalkan itu satu bab yang asing pula. Secara peribadi juga, saya akan katakan bahawa membaca itu tidak semudah menulis, dan mengamalkan apa yang kita tulis itu adalah yang paling sukar antara tiga itu. Ya, ada yang lebih sukar, iaitu istiqomah.

Peluang duduk bersarapan semeja dengan Tuk Guru Nik Radhi banyak membuka mata saya tentang dakwah. Saya pernah memetik kata-katanya : 'Dakwah itu sangat sulit. Seumpama kita meraba-raba kayu api dalam pekat malam. Hati-hati, jangan sampai terpegang ular'.

Ia tidak mudah, dan ia perlu kepada ketelitian, hati-hati dan "sumber cahaya". Sumber yang tidak lain dan tidak bukan ialah sumber wahyu.

Dan inilah topik perbincangan kita saat ini- 'Di mana sensitiviti kita dalam menggunakan sumber wahyu'

Satu ketika, saya meminjam tafsir Ibnu Katsir milik seorang abang. Sengaja saya membuka surah an-Nashr (surah ke 110) kerana para ulama berbeza pendapat tentang wahyu terakhir. Ada yang menyatakan surah ke 110 ini ialah wahyu terakhir. Wallahua'alam. Yang menarik, saya bertemu satu hadis dari Jabir Ibnu Abdillah, Rasulallah bersabda yang bermaksud; "manusia akan masuk islam berbondong-bondong, dan keluar (murtad)  berbondong-bondong juga"- riwayat Imam Ahmad dalam Musnnd Imam Ahmad.

Apa yang menarik, Ibnu Katsir berkomentar bahawa hadis ini sanadnya dhaif (bukan matannya).

Satu indikator bahawa beliau sangat teliti dalam meyelitkan sumber hadis.

Saya yang masih amat dan terlalu jahil ini cuba merapati beberapa ustaz, berteduh di bawah payung ilmu mereka. Saya bertanya tentang hal-hal hadis ini. Dan banyak sekali adab dan tatatertib yang telah saya langgar.

Astagfirullah. Moga Allah maafkan kejahilan saya.

Sensitivekah kita?
Dari dulu, saya akan sedaya upaya untuk tidak menyelitkan hadis-hadis yang saya tidak tahu sumbernya. (Anda boleh nilaikan sendiri). Cuma maaf, dalam artikel lepas, saya benar-benar masukkan satu hadis yang saya tidak sempat cari sumbernya. Saya masukkan hadis itu dalam penulisan saya kerana saya yakin bahawa hadis itu cukup banyak dalam lafaz yang berbeza-beza. Tambahan pula saya tidak punya banyak masa untuk mencari.

InsyaAllah, ia satu kesilapan yang tidak akan berulang lagi.

Kembali kepada topik asal, iaitu sensitiviti. Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya, cukup teliti dalam menyelitkan hadis. Dia pasti akan menyemak dahulu status hadis yang bakal dimasukkannya. Saya juga mahu begitu. Mahu teliti.

Sebabnya cukup ringkas.

"Sesiapa yang berdusta dengan namaku, hendaklah dia mempersiapkan dirinya untuk neraka"- Hadis Mutafaqun' alaih. Dan saya juga pernah ditegur oleh Hilal Asyraf akan hal ini.

Saya jahil.
Saya faham benar dengan fakta itu. Demikian, saya cuba sedaya upaya untuk memperkasakan ilmu dan amal saya. Saya jahil. Tak teragak-agak untuk saya ulang- saya sangat jahil. Apa yang saya tulis ini pun banyak hasil dari mutiara kata ustaz-ustaz. Saya tidak bernasib sebaik anda. Anda alim, saya jahil. Anda berpeluang belajar agama dengan sistematik, saya tidak. Tapi itu bukan pembeza antara kita, bukan?

Sungguh-sungguh saya faham akan hakikat itu- Saya jahil!

Maka, kerana kesungguhan saya mahu mendapatkan sumber wahyu yang benar dan diyakini, saya sanggup berhabisan puluhan ringgit untuk mendapatkan kitab hadis Shahih Bukhari. Seorang sahabat bertanya, 'Kau beli ni nak sedekah kat surau ke?' Saya tersenyum lalu membalas, 'Tak lah. Aku beli untuk diri aku. Kitab ini ialah sumber kedua selepas Quran. Sebab tu aku perlukan kitab ni". Dia terdiam dan saya tidak mampu menafsirkan riak wajahnya.

Kesimpulan.
Saya mahu ubah pendirian awal saya. Menulis itu bukan mudah. Apa yang mudah ialah mencoret. Tidak sama, kerana mencoret ialah menulis sesuatu yang bersifat peribadi berupa pengalaman atau sesuatu yang berkaitan dengan diri. Sedang menulis perkara ilmiah dan berkaitan islam benar-benar memerlukan kepada rujukan. Siapa kita untuk menulis tanpa naskah Quran di sebelah?

Saya cuma mahu tekankan persoalan 'hati-hati' dalam menulis. Itu saja. Dan satu lagi, saya mahu kalian tahu bahawa menulis itu bukan sesuatu yang enteng. Kerana itu, saya memohon sejuta kemaafan kerana Bayyinat setakat ini hanya mempunyai seorang penulis. Maka, agak mustahil untuk Bayyinat diupdate setiap hari. Jadi saya sangat memohon maaf atas kelemahan saya.

Saya memperingatkan diri saya dan diri kalian supaya lebih berhati-hati dalam memasukkan hadis ke dalam tulisan kita kerana tiada fitnah yang lebih besar selain fitnah kepada agama. Sila timbang-timbangkan dan sama-sama bermuhasabah. Moga usaha dakwah kita ini diredhai-Nya :)
Previous
Next Post »
19 Komentar
avatar

setelah sekian lama nis tunggu
akhirnya awak update juga
(:

Balas
avatar

sangat2 bersetuju, menulis itu sukar...anda jahil? sy pun sama...masih banyak perkara yg sy x tahu..

Balas
avatar

sebenarnya di awal penulisan saya juga cari sumber hadis daripada internet. tapi disebabkan hadis rasulullah tentang berdusta atas namanya tu, saya rasa sangat penting untuk kita dapatkan sumber asalnya. bukan nak kata sumber dari internet tu salah tapi kita sendiri tak tahu dari mana sumber asal yang penulis dapat. untuk elak daripada sebarang kesilapan, saya fikir lebih baik cari dari sumber rujukan yang sebenar. wang? jangan difikirkan sangat. kerana hasilnya sesuatu yang sangat berharga untuk diri kita insyaallah. teruskan yang baik :)

Balas
avatar

tmksh..er...sm2lh sy n anda semua tidak mntfsrkn ayat quran y d quote mggunakn akal sndr..(trutma sy)...wlpn pun btl pd pndgn kita ia ttp dkira slh pd pndgn agm...

Balas
avatar

menulis tidak susah, semua orang boleh menulis. menulis untuk berkongsi ilmu/ dakwah tu yang payah kerana perlu teliti dalam segala hal. tidak boleh sesuka hati untuk letak ayat al-Quran atau hadis tanpa memahami maksudnya terlebih dahulu.

saya juga masil jahil, masih berusaha menambah ilmu.

teruskan menulis Iqbal, kerana ada yang akan membaca tulisanmu. mohonlah pada Allah agar diberi ilham untuk mengajak manusia kepada kebaikan. insyaAllah.

Balas
avatar

teruskan menulis wahai cik iqbal...^___^

Balas
avatar

betulx3... lepas ini sy perlu berhati2...

Balas
avatar

menulis tu mudah, bertanggungjawab atas tulisan tu yang payah.. lebih payah kalu tulisan tu menjadikan orang lain juga ikut berdosa

Balas
avatar

menulis bkn kerana nama tp agar dpt mberi ssuatu kpd pbaca biiznillah

maka menulis dan membaca perlu seiring agr nati ia pnuh dgn fakta bkn auta..ahh saya jgk jahil..

menulis itu mmg sukar wlu keinginan nk update i2 ad ~~

Balas
avatar

Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kejahilanku..

-imam syafie
:)

Balas
avatar

salam Iqbal..
perlu kita semua maklumi, asas utama sistem pembelajaran ilmu tauhid dan keagamaan adalah berguru dengan seorang guru yang mursyid.
rabitah guru tidak dapat berlaku selain secara berhadapan bertentang mata.
medium lain selepas itu seumpama kitab-kitab, buku-buku agama boleh di gunapakai, namun masih perlu merujuk guru.
medium internet ini terlalu terbuka dan terdedah dengan banyak unsur yang baik maupun tidak baik.
penulisan berbentuk dakwah hendaklah secara terkawal. kita tak tau latar belakang para pembaca di luar sana. jangan menulis sehingga menimbulkan kekeliruan dan permasalahan ummah pula.
sekadar satu pandangan..teruskan usaha anda...

Balas
avatar

kata ustaz pahrol, menulis bukan sekadar tulis suka2 kena ada asas dan buktinya juga. tak semua dapat qoute hadis dan ayat al-Quran atas kekurangan ilmu, semoga Allah lapangkan masa untuk kita belajar.

Balas
avatar

sebagaimana kita refer tafsir Al-Quran utk selitkan ayat2 Al-Quran dlm post, begitu jgak la hadith. smnjk brpeluang join 'reading riyadus-saliheen', sy jgak br2 je mnyedari kpntgn mmiliki rujukan hadith sbgaimana mmiliki tafsir Al-Quran. Riyadus-saliheen impian utk sy miliki. stkat ni ada soft copy je.. :(

Balas
avatar

tulisan yang baik, menyedarkan kita semua agar berhati2. sumber internet masih boleh diragui. lebih baik ada kitab dan paling baiknya berguru.

tentang pendapat wahyu terakhir (ayat al-Quran terakhir)yg diturunkan, mmg terdapat perbezaan pendapat antara ulama'. Tetapi, pandangan yg paling rajih adalah pandangan ulama' yg diketuai oleh Imam al-Suyuti sebagaimana yg diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas dan ditakhrijkan oleh al-Nasa'i. Nabi SAW sempat hidup selama 9 malam selepas ayat ini diturunkan. Ayat itu ialah surah al-Baqarah ayat 281.

Balas
avatar

iqbal, semakin matang dalam menulis! kerana penulisan yang ini lahir dari hati. tahniah setulusnya dari saya.

saya antara insan yang tidak menulis tetapi lebih banyak mencoret. betul sangat seperti dalam artikel ini. sangat2 bersetuju... bila menulis kita perlu banyak merujuk... itu bermakna kita perlu banyak membaca dan belajar dari inan lain yang lebih berilmu.

sekarang iqbal lebih pandai menggunakan perenggan dalam bentuk pelbagai... satu cara memikat dalam penulisan... teruskan. doa saya agar Allah mencemerlangkan iqbal dalam akademik dan dakwah... ameen

Balas
avatar

setuju. n pd sy menulis benda2 yg berilmu agama ni lagi agk susah. mgkin pd sy, that y salute sgt entry2 iqbal. ayat matang, pastu tak mengguris. & jujur, cpt sampai kat hati. syukran. :)

entry sy, sy tulis sekadar isi masa lapang je.mostly mcm tade content pun.;(

Balas
avatar

terima kasih..camana kenal hilal asyraf..sy baru tahu nama tu sbb baca novel sinergi

Balas
avatar

sy pun terkesan banyak dengan melayari blog ini...terima kasih banyak2 kerana perkongsian ilmu..semoga saudara Iqbal lebih maju ke depan

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443